UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Isnin, 11 April 2011

Apa tujuan Anwar fitnah Perdana Menteri?

Anwar Ibrahim ternyata sangat iri hati dengan Datuk Seri Najib Tun Razak apabila cuba mengaitkan Perdana Menteri dengan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu ketika dirinya terdesak dalam isu rakaman video aksi seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Senator Ezam Mohd. Nor menyifatkan tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu melayakkan beliau digelar 'raja fitnah.'

Menurut beliau, Anwar yang kini dilihat berada dalam keadaan terdesak sengaja melempar fitnah itu sedangkan umum mengetahui bahawa pendedahan berhubung rakaman video aksi seks itu dibuat oleh trio 'Datuk T'.

"Mengapa Anwar hendak melempar fitnah terhadap Perdana Menteri. Anwar amat biadap. Ternyata Anwar sangat iri hati dengan Perdana Menteri," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ezam seterusnya mempersoalkan tindakan Anwar tidak menyaman Pengerusi DAP, Karpal Singh pada 1997 ketika peguam itu membuat kenyataan di Hotel Federal tentang kegiatan liwatnya.

"Kini sudah jelas bahawa Anwar sememangnya seorang pemimpin yang paling berat sebelah (dalam tindakannya)," ujar beliau.

Juragan Malawati..

1 ulasan:

  1. anwarinas kaki penipu ni dah berjaya mengkucar kacirkan pas pula supaya ikut telunjuk beliau. sanggup memaki hamun ulamak dlm pas dgn perkataan "bodoh"

    BalasPadam