UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Khamis, 21 April 2011

Pas digesa nyata pendirian ‘ali baba’ DAP!

Pas didesak supaya menyatakan pendirian berhubung dakwaan amalan ‘ali baba’ yang dilakukan oleh sekutu mereka, DAP untuk mendapatkan kontrak di dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Sungai Besar, Budiman Mohd. Zohdi berkata, tindakan itu sekiranya benar adalah tidak bertanggungjawab selain menunjukkan Pas seolah-olah menjadi ‘kuda tunggangan’ DAP dalam pentadbiran negeri ini.

Ini kerana, katanya, Pas ketika mula mentadbir Selangor bersama-sama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyatakan akan membantu dalam meningkatkan taraf ekonomi bumiputera di negeri ini.

“Namun, apa yang berlaku sekarang, DAP dikatakan telah mempergunakan nama-nama syarikat kontraktor bumiputera dengan tujuan mendapatkan kontrak projek kecil di kawasan DUN Seri Kembangan dan Kampung Tunku.

“Paling dikesali hasil keuntungan projek tidak diperoleh, syarikat kontraktor bumiputera, sebaliknya dikaut oleh seorang kontraktor bukan bumiputera yang kemudiannya disalurkan untuk kepentingan DAP.

“Jadi, apakah pendirian sebenar kepimpinan Pas dalam hal ini? Bagaimana dengan agenda untuk membantu bumiputera? Jika dakwaan ini benar, kita andaikan Pas gagal membantu orang Melayu dan hanya menjadi ‘kuda tunggangan’ kepada DAP,” katanya di sini hari ini.-UM

Juragan Malawati..

1 ulasan:

  1. Assalam Bro

    PAS pun samalah Bro. Ladang rakyat kat Kelantan bukan menolong orang Melayu tapi kaya kan cina.

    BalasPadam