UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Rabu, 20 April 2011

Pelakon video seks juga perlu didakwa - Perkasa!

Pihak berkuasa digesa supaya jangan membuat pendakwaan terpilih dengan hanya memberi fokus kepada pihak yang memiliki dan mendedahkan rakaman video seks, yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang

Sebaliknya, pendakwaan juga perlu dilakukan terhadap 'pelakon' dalam video seks tersebut kerana jelas, hubungan seks melibat seorang lelaki yang mirip pemimpin pembangkang itu memang berlaku, selain polis juga sudah mempunyai bukti lengkap mengenai identiti lelaki tersebut.

Ahli Dewan Tertinggi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Mohd. Zahid Md. Arip berkata, pihak berkuasa tidak sepatutnya memberi layanan yang berbeza.

"Kita bukan mempersoalkan kewibawaan pihak berkuasa dan Jabatan Peguam Negara dalam hal ini tetapi, berdasarkan kenyataan polis, seolah-olah hanya trio 'Datuk T' sahaja yang bakal didakwa di mahkamah kerana kesalahan memiliki dan menyebarkan video seks.

"Bagaimana pula dengan orang yang melakukan hubungan seks? Kenapa sehingga kini tiada usaha serius untuk menghadap orang ini ke Mahkamah Syariah? Kalau begini keadaannya, tidak hairan jika tiada lagi orang ramai berani tampil untuk mendedahkan mengenai aktiviti seks selepas ini.

"Kalau begini mana-mana pemimpin bebas melanggan pelacur selepas ini dan tidak perlu bimbang jika aksi mereka dirakam, kerana pihak berkuasa hanya akan mendakwa mereka yang mendedahkannya," katanya dalam satu kenyataannya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani bahawa, trio 'Datuk T' mungkin berdepan dengan pendakwaan jika Peguam Negara memutuskan untuk berbuat demikian.-UM

Juragan Malawati..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan