UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Sabtu, 23 April 2011

Mustapha Ali 'terkedu' digertak Azmin Ali!

Parti Keadilan Rakyat (PKR) berang dengan pendirian Pas untuk mengkaji semula masa depan parti itu bersama pakatan pembangkang, jika siasatan pihak berkuasa membuktikan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah lelaki dalam rakaman video seks.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali ketika ditanya oleh wartawan mengenai kedudukan parti itu dalam pakatan pembangkang, semasa sidang akhbar semalam cukup menyinggung perasaan Anwar dan PKR.

Azmin seterusnya menuntut penjelasan daripada Mustafa sehingga memaksa Setiausaha Agung Pas tersebut membuat penafian hari ini, yang beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa parti itu bersedia untuk menilai semula kedudukan dalam pakatan pembangkang.

“Apakah benar Mustafa Ali keluar kenyataan begitu untuk menyinggung Keadilan (PKR) dan DSAI (Anwar)? Rakyat tuntut penjelasan.

“Pimpinan perlu akur (dengan) kerangka besar agenda bersama pakatan rakyat. Jangan jadi jaguh kampung yang tidak lagi relevan tapi mahu perhatian,” kata Azmin seperti dipetik dari laman Twitternya, hari ini.

Semalam, Mustafa ketika ditanya oleh wartawan Agenda Daily apakah pendirian Pas jika siasatan polis mendapati lelaki dalam video seks tersebut adalah Anwar sebagaimana didakwa berkata:

“Andaian sebenarnya tidak boleh dijawab. Kalau bukan dia bagaimana? Kita tunggu siasatan selesai, sehingga benar macam itu (dakwaan bahawa lelaki dalam rakaman video seks tersebut adalah Anwar). Jika terbukti pelakunya, baru kita buat keputusan.”

Kenyataan Mustafa itu dilaporkan oleh semua akhbar termasuk portal berita propembangkang sendiri iaitu Malaysiakini dan The Malaysian Insider.

Sementara itu, Azmin selepas Mustafa membuat penafian, menasihatkan pemimpin pembangkang supaya berhati-hati ketika memberi kenyataan kepada media terutamanya semasa sidang akhbar berlangsung.

“Pimpinan perlu berhati-hati memberi kenyataan kepada media yang dikuasai UMNO. Wajar buat kenyataan media secara bertulis untuk elak manipulasi,” katanya.

Komen : Nampak sangatlah PAS ni memang pengecut dan tiada pendirian. Mereka cuma berani menghentam UMNO dan BN, tapi bila digertak oleh rakan dalam Pakatan mereka menikus ketakutan. Baru kena gertak, dah tarik semula kenyataan! Memang hamPAS!!!!

Juragan Malawati..

1 ulasan:

  1. Baru jelas bagaimana Mustapha di UGUT. Jika degil sangat siaplah nanti rahsia kau akan tersebar... rahsia seluar dalam..

    BalasPadam