UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Rabu, 13 April 2011

Suami isteri sepatutnya menjalani ujian pengesan pembohongan atau berundur!

Anwar Ibrahim dan isteri, Wan Azizah Wan Ismail wajar berundur daripada dunia politik tanah air jika enggan menjalani ujian pengesan pembohongan berhubung isu rakaman video aksi seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang.

Presiden Persatuan Sosial Harmoni Malaysia, Nordin Ahmad berkata, walaupun Anwar dan Wan Azizah menafikan lelaki di dalam rakaman video itu adalah ketua pembangkang tersebut, rakyat mahukan bukti kukuh yang mengesahkan pasangan itu berada di pihak benar.

"Jika tidak bersalah, kenapa nak takut? Demi kebenaran, apa masalahnya sehingga susah sangat hendak tunjuk jam tangan Omega? Mengapa perlu gelabah dan melepaskan geram terhadap wartawan yang bertanyakan tentang jam tangan berkenaan? Jika ada, tunjukkan. Rakyat pun nak tahu.

"Baguslah ada cadangan supaya mereka berdua menjalani ujian pengesan pembohongan, tetapi bagi saya kalau hendak selesai, tunjukkan sahaja jam tangan itu jika ada pada mereka," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kata Nordin yang juga bekas Setiausaha Biro Penerangan Pemuda PKR, selepas dibelenggu dengan pelbagai isu termasuk kes liwat, Anwar sepatutnya berundur seperti yang pernah dilakukan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek.

"Pergilah berehat, selepas kes yang membelenggu hidupnya selesai, kalau hendak bertanding semula dan diterima oleh penyokongnya, bertandinglah," jelasnya.

Katanya, berhubung kes terbaru membabitkan isu rakaman video aksi seks, ramai kalangan pemimpin PKR itu keliru dengan sikap Anwar dan Wan Azizah.-UM.

Juragan Malawati..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan