UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Selasa, 26 April 2011

Menghitung hari - 16 Mei tentukan nasib Anwar!

Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 16 Mei ini, keputusan sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dipanggil membela diri atau dibebaskan daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah menetapkan tarikh tersebut selepas selesai mendengar hujahan lisan daripada pihak pembelaan dan pendakwaan hari ini.

Anwar, 64, dibicarakan selepas didakwa meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 26, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No.99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara pukul 3.01 petang hingga 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Semalam, pihak pendakwaan dalam hujahnya menamakan Ketua Pembangkang itu sebagai pemilik profil asid deoksiribonukleik (DNA) 'Lelaki Y' yang ditemui di dalam dubur Mohd. Saiful Bukhari.

Ketika menyambung hujah balasnya hari ini, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden menjelaskan pihaknya tidak memanggil Dr. Muhammad Osman Abdul Hamid sebagai saksi memandangkan keterangan doktor dari Hospital Pusrawi itu tidak boleh diterima dan sebahagiannya pula tidak benar.

Menjawab hujahan peguam Karpal Singh berhubung isu tersebut, beliau menyatakan, ini kerana berdasarkan keterangan Mohd. Saiful Bukhari, doktor tersebut tidak menjalankan ujian forensik ke atas dirinya sebaliknya menasihatkan pergi ke hospital kerajaan.

Berhubung hujah peguam RamKarpal Singh yang mendakwa keterangan ahli-ahli kimia, Dr. Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon berat sebelah, ujarnya, apa yang berlaku adalah setiap kali menjawab soalan balas peguam itu, keterangan mereka akan dipintas menyebabkan mereka tidak dapat memberikan penjelasan.

Justeru, beliau meminta mahkamah melihat secara menyeluruh keterangan sepanjang pemeriksaan utama, pemeriksaan balas dan pemeriksaan semula kedua-dua saksi terbabit.

Hujah beliau lagi, berdasarkan bahan bukti yang dikemukakan, saksi-saksi pakar itu bukan sahaja cekap dalam menjalankan pemeriksaan dan analisis yang ditugaskan kepada mereka, bahkan telah menjelaskan penemuan atau pendapat mereka beserta dengan alasannya sekali.

''Tidak terputus rantaian keterangan berkaitan bahan-bahan bukti yang boleh memberi kesan kepada integriti mereka,'' tegas beliau.

Mengenai dakwaan peguam Sankara Nair bahawa tiada gel pelincir KY Jelly digunakan dalam kejadian itu, jelasnya, mengikut keterangan doktor, penggunaan gel tersebut sebagai alat pelincir adalah konsisten dengan apa yang berlaku.

Justeru, Mohd. Yusof menegaskan pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan bahawa air mani ditemui dan ia adalah kepunyaan Anwar, maka adalah wajar Ketua Pembangkang itu menjelaskan bagaimana perkara itu boleh berlaku.

Beliau juga menyatakan tidak ada keterangan pengadu yang mustahil, tidak masuk akal atau diragui untuk mahkamah tidak merasa selamat menerimanya memandangkan pemuda itu merupakan saksi yang boleh dipercayai.

''Keseluruhan keterangan yang dikemukakan oleh pendakwaan pada peringkat ini adalah berwibawa untuk mahkamah menerimanya dengan selamat, telah diberikan perhatian dan tindakan sewajarnya selain telah membuktikan seluruh inti pati pertuduhan,'' katanya.

Oleh itu, tegas Mohd. Yusof, pihaknya bukan sahaja berjaya mengemukakan bukti bagi menyokong kes prima facie, tetapi telah mengemukakan kes tanpa sebarang keraguan bahawa tertuduh yang melakukan perbuatan itu dan bukan orang lain.

Kita tunggu pula apa sandiwara terbaru yang bakal dilakonkan oleh Anwar! Agak-agak apa yang akan dilakukannya untuk 'melarikan' diri? Sama-samalah kita tunggu dan lihat.

Juragan Malawati..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan