UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Ahad, 3 April 2011

Suasana di ceramah SSDE DUN Jeram, Kuala Selangor pada malam 1-April 2011!


Ceramah bermula tepat jam 9:00 malam bertempat diperkarangan rumah Allahyarham Dato' Kamaruddin, Kampung Bukit Kuching, Jeram, Kuala Selangor.

Tahniah diucapkan kepada pihak penganjur yang telah menjayakan program SSDE semalam dengan baik sekali sehinggakan para hadirin yang dijangkakan seramai lebih 800 orang tidak berganjak dari tempat duduk! Barisan penceramah yang diketui oleh Datuk Amiruddin Setro, Sdr. Khairul Anuar dan juga Ummi Hafilda adalah hebat-hebat belaka.

Yang pastinya para hadirin mahu mendengar dari mulut Ummi Hafilda sendiri tentang apa yang sebenarnya berlaku diantara Azmin, Shamsidar, Anwar dan juga Wan Azizah! Mereka tidak berganjak dari tempat duduk sehinggalah Ummi menamatkan ceramah beliau tepat jam 12 tengah malam.

Pujian seharusnya diberi kepada penganjur kerana berjaya menarik ramai hadirin sehinggakan terpaksa menambah kerusi bagi menampung bilangan yang hadir. Kelihatan ramai juga ahli-ahli PAS yang hadir mengikuti ceramah kerana secara kebetulan lokasi ceramah adalah disebelah markas PAS. Malah ada diantara mereka mengikuti dari jauh dengan penuh minat.


Para hadirin yang hadir termasuk Datuk Amiruddin Setro, ADUN Jeram.


Datuk Amiruddin sedang memberikan ucapan kata-kata aluan pembukaan majlis dan juga memberi sedikat ceramah mengenai Anwar dan PKR secara ringkas


Sdr. Khairul Anuar sedang memberikan ceramah beliau










Para hadirin yang hadir mendengar dengan penuh minat dan tidak berganjak dari tempat duduk masing-masing


Ummi Hafilda sedang memberikan ceramah beliau

Ummni Hafilda dengan tenang dalam ceramah beliau 'membogelkan' satu persatu rahsia Anwar yang disifatkannya manusia munafik no.1 dalam negara! Bermula dari kisah Samsidar yang juga kakak ipar beliau sendiri yang bermain kayu tiga dengan Anwar, Azmin yang pada mula adalah anak angkat kepada Tun Dr.Mahathir boleh terpengaruh dengan kehebatan Anwar sehingga sanggup memperlekehkan Tun semasa beliau sakit di Australia.

Seterusnya bagaimana "surat Ummi tentang salah laku Anwar" membuatkan Anwar begitu marah dan beliau diugut supaya menarik semula surat tersebut sehingga terpaksa dikenakan tahanan rumah selama setahun! Dengan surat inilah juga membuatkan Anwar 'digugurkan' dari kerajaan!

Antara yang menarik sekali adalah bila mana Ummi mendedahkan bagaimana Tong Kooi Ong, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Phileo Allied Berhad – sebuah syarikat senaraian papan utama BSKL yang mana Phileo Allied Bank berada di bawah kawalan Tong diarahkan oleh Anwar supaya mengambil Shamsidar Taharin bekerja dengan banknya.

Shamsidar ialah isteri kepada Azmin Ali, bekas Setiausaha Sulit kepada Anwar, yang juga merupakan antara ‘barang kes’ dalam perbicaraan Anwar!!! Dipercayai bahawa Shamsidar dibayar gaji yang tinggi dan disediakan dengan sebuah kereta dan pemandu dan kebanyakkan dia tidak perlu bekerja.

Apa lagi yang nak dikata! Apa lagi yang nak disorok! Apa halnya Shamsidar diwujudkan semata-mata untuk berkonspirasi terhadap Anwar! Apa hebatnya 'barang kes' ini sehinggakan ditatang begitu sekali. Dimana pada hari Rabu setiap minggu Shamsidar akan dibawa oleh Datuk Nallakaruppan?

Antara lain yang dibongkarkan oleh Ummi adalah kisah Anwar yang mengawal sebanyak 20 Akaun Induk (Master Accounts) yang diuruskan oleh kroni-kroninya, membabitkan aset, saham dan wang bernilai lebih RM3 bilion, merobek lagi perangai sebenar bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Menurut Ummi, Abdul Murad yang juga Timbalan Gabenor Bank Negara dalam Akuan Berkanun yang diikrarkan di depan Pesuruhjaya Sumpah mendakwa Anwar menggunakan wang akaun induk itu untuk memajukan cita-cita politiknya termasuk membayar hutang-hutang para penyokong setianya. Abdul Murad juga mendakwa Anwar memperalatkan pengaruh BNM untuk keuntungan perniagaan kawan-kawan, kroni dan elemen asing!!!

Anwar menuduh kerajaan BN menbuat banyak penyelewengan,'menghalalkan' rasuah tetapi yang sebenarnya "Bapa Penyelewengan" adalah beliau sendiri, tegas Ummi. Anwar sebenarnya melakukan "kronisme" semasa beliau didalam kerajaan dan apabila 'berada diluar' kini menuduh kerajaan BN yang melakukannya!

Lebih menarik lagi apabila sebahagian daripada kroni-kroni beliau kini merupakan aktivis parti pembangkang seringkali mendakwa pihak kerajaan tidak adil, korup dan pelbagai hinaan lagi. Mereka yang telah kenyang hasil dari 'rompakan elit' ini, tampil pula dengan wajah baru untuk 'memperbaiki ekonomi negara' melalui belanjawan altenatif! Sampai bila rakyat akan tertipu lagi dengan Anwar!

Anwar adalah ahli politik dan pejuang ideologi yang licik dan gemar kepada perbuatan-perbuatan bersifat konspirasi. Semasa dalam ABIM dia begitu mudah mengadakan hubungan dengan negara Libya, Iran dan Arab Saudi. Begitu juga hubungannya dengan Institut Pemikiran Islam Antarabangsa.

Ketika didalam UMNO, hubungan sulitnya dengan agensi-agensi asing berjalan dengan lebih mudah dan luas. Malah kadangkala terkagum dengan beliau yang mampu merancang pelbagai jenis konspirasi demi mencapai matlamat politiknya.

Lihat sajalah bagaimana Anwar menjatuhkan Datuk Suhaimi Kamaruddin dari jawatan Ketua Pemuda UMNO dahulu. Tindakan yang serupa diambil untuk memenangi jawatan Naib Presiden. Namun konspirasi terhebatnya adalah menjatuhkan Tun Ghafar Baba sebagai Timbalan Presiden melalui Team Wawasannya. Sebab sebelum itu beliau menafikan dengan bersumpah sesungguhnya bahawa beliau tidak akan mencabar Tun Ghafar. Tetapi akhirnya beliau mewujudkan Team Wawasan untuk menentang Tun Ghafar.

Itulah ANWAR KONSPIRATOR TERHANDAL DI MALAYSIA. Semua ini permainan politik dan sandiwara Anwar, kata Ummi lagi. Tegas Ummi beliau pernah nampak bagaimana konspirasi Anwar menggunakan wang untuk menjatuhkan Tun Ghaffar Baba.

Satu lagi yang paling pelik ialah layanan yang terlalu baik diberikan kepada PUAN SAMSIDAR TAHARIN? Apakah kelebihannya? Adakah kerana suaminya Setiausaha Anwar maka layanan sebegitu diberikan? Jika ya, KRONISME namanya!!!. Pasti perkara ini menimbulkan fitnah dan kecurigaan. Bertambah-tambah pelik pula suaminya AZMIN ALI tidak mencurigai apa-apa? ADAKAH INI KERANA WANG? MATLAMAT MENGHALALKAN CARA!!!

Ummi mempersoalkan bagaimana Azmin pada ketika itu baru berumur 25 tahun boleh jadi jutawan dengan sekelip mata walaupun hanya berjawatan sebagai setiausaha sulit kepada Anwar Ibrahim! Namun apa yang hendak dipelikkan. Diri Anwar itu sendiri pun amat pelik orangnya!!!! Dan itulah sebenarnya diri ANWAR BIN IBRAHIM, TOK DALANG KONSPIRATOR TERNAMA MALAYSIA.

Anwar tidak boleh melarikan diri lagi. Dia terperangkap dengan sistem konspirasi yang telah dia sendiri wujudkan. Akhirnya, jerat makan tuan. Sesungguhnya pembalasan Tuhan bukan sahaja di akhirat. Kepada semua rakyat, selamatkanlah negara ini dari pemimpin yang sedemikian rupa.

Sebenarnya banyak lagi yang diceritakan oleh Ummi, cuma Juragan hanya memetik antara yang terbaik untuk dikongsikan bersama. Tepat pukul 12 tengah malam Ummi menamatkan ceramah beliau sebelum upacara penutup dilakukan oleh pengerusi majlis.

Mudah-mudaha para hadirin yang datang pada malam itu mendapat manfaat dari apa yang telah diceritakan oleh para penceramah. Dan tahniah sekali lagi kepada pihak penganjur kerana telah dapat menjayakan ceramah SSDE dengan cemerlang.

Juragan Malawati..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan