UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Isnin, 4 April 2011

Anak yatim dibelasah guru, meninggal!

Seorang murid Sekolah Agama Rakyat (SAR) berasrama di Jejawi, Perlis dipercayai dibelasah seorang guru tanpa belas kasihan sehingga koma, menghembus nafas terakhir pada jam 8.50 pagi di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini semalam.

Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, dimasukkan ke hospital berkenaan, Jumaat lalu.

Bapa mangsa, Saiful Sopfidee Marzuki, 34, ketika dihubungi berkata, jenazah anaknya akan dikebumikan Tanah Perkuburan Kampung Tok Paduka, belakang Balai Bomba, Kangar, petang ini.

Menurutnya, walaupun sebelum ini anaknya tinggal bersama keluarga angkat sejak kematian ibunya, Jahiyah Che Amat pada 2006, namun hubungan antara mereka akrab sekalipun jarang berjumpa kerana terpaksa bertugas di Langkawi.

“Saya kerap berkunjung ke rumah keluarga angkat sekiranya mempunyai masa lapang untuk melihat Syazani, tetapi sejak kebelakangan ini saya jarang berjumpa Syazani kerana sibuk dengan tugasan.

“Syazani anak tunggal hasil perkongsian hidup dengan arwah isteri, bagaimanapun sebelum itu saya pernah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki berusia 14 tahun,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Dalam perkembangan sebelum ini, Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain berkata, Syazani tidak sedarkan diri akibat masalah jantung dan pendarahan otak, kemudiannya dipindahkan ke HSB dari Hospital Tuanku Fauziah (HTF).

“Sebaik menerima laporan bapa mangsa, polis menggerakkan usaha memburu suspek sebelum lelaki itu yang juga warden asrama sekolah terbabit menyerah diri di Balai Polis Arau dan direman tujuh hari,” katanya.

Menerusi perkembangan sama, mangsa diperlakukan guru lelaki berusia 26 tahun itu selepas dituduh terbabit dalam beberapa kes kecurian wang.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira jam 7 malam Khamis lalu selepas mangsa dibawa guru berkenaan ke bilik sebelum dua tangannya diikat dan disoal siasat berhubung insiden kecurian.

Mangsa dikatakan merayu dilepaskan, tetapi tidak diendahkan guru terbabit yang didakwa terus memukul dan menyoal siasat sehingga kanak-kanak itu diserang sawan dan terus pengsan.

Sebaik sahaja mengetahui kejadian itu, bapa mangsa terus bergegas ke HSB dan terkejut melihat kesan lebam di badan, mata kiri dan pipi, muka bengkak, selain melecet pada tangan kiri anaknya.

Selepas melihat keadaan itu, dia segera membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah pada petang Jumaat lalu.

Juragan Malawati..

1 ulasan:

  1. Ustaz minta maaf atas perbuatannya - Bapa angkat murid

    Bapa angkat kepada murid yang dipukul sehingga meninggal dunia tidak menyangka individu yang menjemputnya untuk melihat keadaan anak angkatnya itu di hospital merupakan indivdu yang melakukan perbuatantersebut.

    Mohd Zamri Shafie, 40, seorang pekerja kilang simen berkata ustaz tersebut yang menelefonnya sendiri pada pukul 1.40 pagi Jumaat lalu untuk memaklumkan bahawa anak angkatnya Saiful Syazani Saiful Sopfidee 7, telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah akibat mengalami sawan dan mengajaknya untuk melihat kanak-kanak tersebut.

    "Pada mulanya saya tidak menyangka ustaz itu yang memukul anak saya sehinggalah beliau sendiri datang jumpa saya pada pagi hari Jumaat dan meminta maaf atas perbuatannya," kata Mohd Zamri di rumahnya di Jejawidekat sini hari ini.

    Saiful Syani, seorang anak yatim pada mulanya koma setelah dikatakan dipukul hampir dua jam oleh seorang ustaz yang berumur 26 tahun yang juga penyelia asrama di Sekolah Rendah Islam Al-Furqan di Jejawi.

    Kanak-kanak tersebut kemudianya meninggal dunia di hospital pada 8.50 pagi semalam.

    Mohd Zamri berkata beliau melihat kesan lebam di badan Saiful Syazani dan doktor mengesahkan terdapat pendarahan dalam kepalanya.

    Menurutnya, bapa kandung kanak-kanak itu Saiful Sopfidee Marzuki, 34, telah membuat laporan polis dan penyelia asarama tersebut telah ditahan Sabtu lalu dan menyifatkan anak angkatnya itu sebagai seorang yang pendiam, agak aktif serta keras hati namun tidak pernah mengabaikan solat serta berkebolehan membaca al-Quran.

    Beliau yang memelihara Saiful Syazani sejak kanak-kanak berkenaan berusia dua tahun setelah ibunya meninggal dunia pada 2006.

    BalasPadam