UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Rabu, 30 November 2011

JANGAN TIKAM DARI BELAKANG DAN JANGAN PULA MAIN BELAKANG!


Ucapan Datuk Seri Najib Tun Razak, PRESIDEN UMNO

1. Berbekal rasa tawadhu’ dan kerendahan hati, Perhimpunan Agung UMNO kali ini ditandai masuknya Tahun Baru Hijrah 1433. Ini bererti, hampir 1380 tahun wafatnya Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW pada 11 Hijrah bersamaan tahun 632 Masihi. Baginda telah kembali ke pangkuan Ilahi. Pergi selamanya meninggalkan kita dengan dua pegangan utama yakni Al-Quran dan Sunnah sebagai suluh sepanjang zaman agar tidak tersasar dalam perjalanan hidup di dunia ini.

2. Menyisir sirah Nabawi, dengan beriktibar daripada rentetannya, Rasul yang agung itu, telah mewariskan kepada tamadun kemanusiaan suatu riwayat kepimpinan penuh berteladan. Baginda telah didokong dan didamping, penuh kemuliaan oleh Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Khalifah Pertama selaku teman setia yang arif berpengalaman, Saidina Umar Al-Khattab, Khalifah Kedua, Al-Faruq yang menjadi perlambangan ketegasan prinsip beragama.

3. Seterusnya, Saidina Uthman Al-Affan, Khalifah Ketiga, hartawan amanah dengan kewarakan dan keperibadian tiada tolok bandingnya, manakala Saidina Ali, Khalifah Keempat, simbol ketokohan golongan muda yang sanggup berkorban apa saja. Dimuliakan wajahnya serta turut digelar sebagai Singa Allah sepertimana Saidina Hamzah.

4. Sayugialah, para cendekiawan dan para pengkaji menyifatkan tali temali perjuangan suci Baginda dalam menegakkan syiar Islam, sebagai penuh berstrategi. Semuanya dipintal dan diikat oleh sifat-sifat mahmudah yang terpuji seperti cinta dan kasih kepada perjuangan, ketaatan, kesetiaan, pengorbanan, keikhlasan, kejujuran, amanah, kuat kerja, tidak putus asa, tabah dan pastinya bertawakal kepada Allah.

Saudara dan Saudari,

5. Menjejaki laluan tersebut, kita mahu terus mencontohi dan mengambil pengajarannya, bagi memperelok dan memperbaiki perjuangan UMNO, yang selama ini turut dipersaksikan oleh perjalanan suka duka, pahit dan manis, selaku sebuah parti penuh berjasa.

6. Tahun ini, UMNO menyambut kelahirannya yang ke-65. Hampir tujuh dekad berjuang sebagai organisasi politik yang menyejarah, mendaging dan mendarah dalam ikhtiar memartabatkan maruah serta mengangkat tinggi kedudukan orang-orang Melayu.

7. Sungguh jauh kita berjalan. Sungguh banyak hitungan masa. Walau dihadap segenap cabaran, walau dilempar segala fitnah, walau diterjah sedemikian banyak taktik jahat lagi kotor, digodam dan dihentam oleh pihak lawan, terbukti kita tidak pernah pudar semangat, tidak akan mengalah, dan, tidak akan mungkin padam cita-cita.

8. Bahkan, derap demi derap, terus menyusun strategi, mengatur langkah demi langkah, mara ke hadapan, menjulang panji-panji bangsa, agama dan Negara.

Saudara dan Saudari,

9. Bersesekali dengan itu jua, saya pohon, marilah kita sama-sama bangun dan berdiri......, bangkit, untuk beri satu penghormatan kepada para pendahulu, kesatria-kesatria UMNO, warga parti yang tidak didendang serta barisan negarawan unggul lagi terbilang yang dilahirkan oleh perjuangan mulia ini. Marilah....., marilah, kita angkat tinggi penghargaan kepada semuanya.

10. Bermula dengan gemulah tokoh-tokoh tersanjung yang telah pulang menyahut panggilan Ilahi seperti Allahyarham Dato’ Onn, Almarhum Tunku Abdul Rahman, Allahyarham Tun Razak, Allahyarham Tun Hussein, Allahyarham Tun Dr. Ismail dan Allahyarham Tun Ghaffar Baba. Begitulah juga tokoh-tokoh yang masih teguh berbakti hingga ke detik ini, seperti Tun Dr. Mahathir, Tun Abdullah Badawi dan Tun Musa Hitam.

Saudara dan Saudari,

11. Khususnya, kalungkanlah penghormatan kita kepada parti bertuah ini, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yakni UMNO yang telah memungkinkan sebuah negara merdeka terbina gagah, ilmu pengetahuan digembur dan disebar luas pada anak-anak, belantara dipugar, sawah ladang diusahakan, hingga laba yang lumayan melimpah-limpah ke kaki halaman.

Saudara dan Saudari,

12. Sememangnya termaktub, ceritera kejayaan Malaysia adalah cerita kejayaan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, yakni UMNO, bersama dengan rakan-rakannya. Parti Perikatan, yang kemudiannya bergelar Barisan Nasional, adalah satu jelmaan dan terjemahan hasil pakatan ikhlas kaum Melayu/Bumiputera beserta kaum-kaum lain di Malaysia.

Berkat pengurusan negara yang begitu cekap, terutamanya di lapangan ekonomi, wajah Malaysia telah berubah daripada sebuah negara pertanian berpendapatan rendah, diawali dengan lebih separuh warganya hidup di bawah paras kemiskinan, kepada sebuah negara perindustrian moden berpendapatan sederhana tinggi, di mana, kurang daripada empat peratus penduduknya berada bawah paras kemiskinan relatif manakala kemiskinan tegar pula hampir berjaya dibasmi.

13. Jika dihalusi, susur galur kejayaan ini, mempunyai bibit-bibitnya dalam prakarsa, perancangan rapi, penggubalan dasar dan pelaksanaan oleh kerajaan yang diterajui UMNO. Dalam kata lain, ia tidak terjadi secara sendiri mahupun dalam vakum atau kelompongan.

14. Lantas, usahlah kita berasa bimbang dan ragu. Malaysia, nyatanya, bukanlah sebuah kisah ditulis parti pemerintah yang gagal. Ia dinukil oleh sebuah parti yang berhak untuk berbesar hati, bahawa, mandat dan kepercayaan diberikan oleh rakyat Malaysia, telah digunakan sebaik-baiknya, demi kebajikan dan kegemilangan pertiwi.

Saudara dan Saudari sekalian,

15. Menghayati ehwal demikian, secara sedar atau tidak, bukan semua parti politik jika membentuk kerajaan akan menghasilkan kejayaan yang sama seperti kita. Lihat saja kepada sejumlah besar negara di dunia, waima, mempunyai pelbagai potensi termasuk sumber asli yang kaya, namun dek sebab kerajaan tidak berkebolehan, sia-sialah segala faktor dimiliki, malah akhirnya mereka menjadi negara yang gagal.

Saudara dan Saudari,

16. Pada perhimpunan tahun lepas, saya telah bercakap dan membicarakan dari sudut falsafah dan asal usulnya, siapakah itu Melayu. Kita dah dengar bahawa antara terhitung dalam kelompok Melayu adalah Bugis, Minang, Arab, Muallaf, serta berpuluh suku kaum di Sabah dan Sarawak. Hatta Mamak dan Malbari pun dah serap jadi Melayu. Celah-celah itu, ketiga-tiga Naib Presiden kita tampaknya terdiri daripada Jawa, Turki dan Bajau Laut atau lanun. Saya kata takpalah, yang penting semua kira Melayu…

17. Jadinya, pada perhimpunan kali ini, setelah saya belek-belek dan saya kaji-kaji pengalaman secara aktif selama 35 tahun dalam parti, bersempena pula UMNO sudah menjangkau satu umur yang sangat dewasa, berpengalaman dan matang yakni 65 tahun, elok rasanya kalau dikupas pula siapakah dan apakah ertinya menjadi orang UMNO.

18. Maksud saya, bilamana memperkatakan tentang parti, kita semua, sebenarnya, tidak cukup sekadar didefinisikan sebagai ahli UMNO. Sebaliknya, kita perlu menjadi orang UMNO. Makna kata, orang UMNO yang tergambar dan terpamer perwatakannya melalui tindak tanduk serta sistem nilai yang dipegang.

Saudara dan Saudari,

TAAT DAN SETIA

19. Pertama sekali, orang UMNO itu adalah, orang yang taat dan setia kepada parti. Orang UMNO tidak akan sekali-sekali mengkhianati parti.

20. Kita faham, adalah lumrah dalam sesebuah parti, mesti timbul perbezaan pendapat. Apa yang penting, kelainan pandangan itu, seharusnya membawa rahmat dan bukannya mengundang mudarat.

21. Dalam berijtihad pula, orang UMNO harus mencipta kebaikan untuk parti. Mengambil mufaham pengertian setia dan taat melalui syura dan musyawarah seperti difirmankan dengan indahnya pada helaian Surah An-Nisa’, apabila sesuatu keputusan telah dibuat, jika tidak menyalahi syariat, maka wajiblah ditaati.

22. Contohnya, kita mahu pengikut seperti Khalid al-Walid yang taat mengundur diri sebagai Panglima perang apabila diarahkan oleh Khalifah dan hanya ikut serta sebagai soldadu biasa. Sekalipun sedang berada dikemuncak karier, menurut sejarahnya tidak pernah kalah perang.

23. Seterusnya, Usamah bin Zaid, seorang anak muda belasan tahun yang setia menurut arahan mengepalai pasukan tentera Islam walaupun bukanlah seorang panglima yang berpengalaman di medan perang.Inilah dia, watak, dan keperibadian pejuang sejati yang kita inginkan dalam susuk diri orang-orang UMNO.

24. Bercakap tentang taat setia juga, kita tak mau, bila depan kita disuruh angguk, dia angguk, disuruh geleng, dia geleng. Tapi di belakang lain pulak halnya. Jangan tikam dari belakang dan jangan pula main belakang. Bak kata pepatah, janganlah telunjuk saja lurus tetapi kelingking berkait.

Saudara dan Saudari,

CINTA DAN KASIH

25. Adapun nilai kedua orang UMNO itu adalah, orang yang cinta dan kasih kepada perjuangan parti. Seperti dimadah oleh Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, dalam lagunya… itulah kasih mesra, sejati dan mulia.

26. Dalam hal ini, apabila ada rasa cinta dan kasih kepada parti, orang UMNO itu juga adalah, orang yang tidak takut dan tidak gentar menyuarakan pendapat serta mendengar pula pendapat orang lain demi kebaikan parti.

27. Ajaran agama dan pujangga melorongkan pedoman, perkatakanlah yang benar kerana kebenaran itu isi dan makanannya sejarah, tidak akan patah dipukul zaman. Bersesuaian dengan nilai kesetiaan, bila kuat hawa kasihnya kepada parti, orang UMNO wajib membela dan mempertahankan parti, selagi hayat dikandung badan.

28. Seperkara utama lagi adalah, cerdik pandai berfatwa, tak kenal maka tak cinta. Lantaran, untuk mencintai parti, orang UMNO wajar kenal sejarah parti, samada yang tersurat, mahupun yang tersirat. Begitulah, seharusnya menjiwai prinsip serta falsafah perjuangannya.

29. Pendek kata, orang UMNO harus melihat parti sebagai satu-satunya wadah yang mampu membela untung nasib orang Melayu. Dalam berusaha pula, sebagai tanda kasih, orang UMNO sewajibnya bersemangat dan tidak sesekali mengecewakan parti yang dicintai.

30. Meluncur topik cinta dalam berorganisasi, orang UMNO wajib ada cinta yang satu sahaja kepada parti, tidak boleh cinta poligami, tidak boleh cinta berbelah bagi atau kata orang Indonesia berbagi cinta…tak mungkin Pak...engga’ bisa Pak…

Saudara dan Saudari,

BERKHIDMAT TANPA JEMU DAN BERKORBAN

31. Orang UMNO itu adalah orang yang sanggup berkhidmat tanpa jemu dan sanggup berkorban. Pengorbanan adalah satu sifat yang harus bersebati dalam diri orang UMNO. Bersandarkan prinsip persalingan, orang UMNO harus menunjukkan keikhlasan berkhidmat kepada rakyat.

32. Beringatlah bahawa, rakyat sedang memerhati kita. Kata orang, rakyat itu sentiasa merasa, mendengar dan mengadili, biar betapapun senyap suara mereka, biar betapapun jua diam gerak geri mereka.

33. Di sudut lain, sambil menghadam peradaban Melayu, orang UMNO perlu bermuhasabah ke dalam diri masing-masing. Masih wujudkah semangat Tun Tuah di sanubari? Masih bergemakah kekentalan jiwa Tun Fatimah?

34. Mahu tidak mahu, orang UMNO harus berusaha tanpa jemu. Biar berdepan apa pun cabaran, pastikan UMNO menang, biar dilintang apapun dugaan, orang UMNO mesti terus berdamping dengan rakyat. Sedarlah kita bahawa, dalam sistem demokrasi, tidak ada tempat kedua. Kita wajib jadi juara.

Kesimpulannya, kemuncak pengorbanan adalah menjunjung kepentingan dan maruah parti, bukannya kepentingan dan maruah peribadi.

Juragan Malawati

DAP sebenarnya anti-perlembagaan!

Tindakan pemimpin DAP serta portal propembangkang The Malaysian Insider dan Malaysiakini melabelkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai rasis jelas membuktikan parti monopoli kaum Cina itu bersifat antiperlembagaan.

Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd. Nor menegaskan, DAP serta dua ejen berita itu juga terbukti amat rasis serta anti-nasional kerana ucapan Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden UMNO itu adalah semata-mata untuk mempertahankan martabat Islam dan Melayu seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kata Ezam, semasa menjadi Ketua Angkatan Muda Keadilan dahulu, beliau telah berpesan kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim supaya berhati-hati dengan agenda DAP yang sentiasa berhasrat menghapuskan kedudukan istimewa Islam dan Melayu dalam negara.

“Sewaktu itu agenda DAP yang anti-Islam dan anti-Melayu semakin dominan tetapi Anwar tidak mengendahkannya akibat terhutang budi dibela oleh DAP dalam kes liwatnya.

“Justeru saya berani nyatakan bahawa kenyataan Muhyiddin malam tadi adalah tepat, benar dan setiap rakyat Malaysia yang setia pada negara dan perlembagaan wajib bersama-sama berjuang melawan pengkhianat- pengkhianat negara ini,” katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS) hari ini.

Beliau mengulas ucapan Muhyiddin sewaktu merasmikan persidangan serentak sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam tadi.

Dalam ucapannya, Muhyiddin membidas pembangkang khususnya DAP yang dilihat langsung tidak menghormati institusi Raja-raja Melayu, menghina pegawai-pegawai kerajaan, dan mencerca pasukan keselamatan dengan penghinaan keterlaluan khususnya selepas mula mentadbir Pulau Pinang.

Selain itu, kata beliau, DAP juga terbukti mempertikai institusi penguatkuasaan, menjatuhkan kewibawaan institusi kehakiman dan memperkuda sebahagian orang Melayu dengan tujuan mendapatkan kuasa.

“Ketika umat Islam bangkit bersatu mempertahankan akidah umat daripada diruntuhkan oleh kumpulan yang berniat jahat, DAP dan konco-konconya bertubi-tubi mempersenda umat Islam.

“Semakin nyaring suara umat Islam membela kesucian agama, semakin ghairah mereka menjalankan dakyah jahat ke atas umat Islam atas nama kebebasan beragama,” katanya.

Berikutan ucapan Muhyiddin berkenaan, portal propembangkang membuat laporan kononnya beliau menggunakan isu perkauman bagi memenangi hati rakyat sementara Penasihat Lim Kit Siang dalam laman mikro ‘twitter’ mendakwa kenyataan Timbalan Perdana Menteri itu sebagai ibu segala penipuan dan perkauman.-UM

Juragan Malawati..

Selasa, 29 November 2011

'Pas tidak mungkin ganti UMNO tetapi DAP mungkin ganti Pas'!

Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memberi amaran kepada orang Melayu bahawa Pas sama sekali tidak boleh menggantikan UMNO sebaliknya yang berlaku ialah DAP menggantikan Pas.

Malah, Timbalan Presiden UMNO itu mengingatkan orang Melayu jangan sampai terpedaya dengan muslihat jahat DAP yang hanya mahukan mereka menjadi kuda tunggangan untuk menjaga kepentingan cauvinis parti tersebut.

"Ketika umat Islam bangkit bersatu mempertahankan akidah umat daripada diruntuhkan oleh kumpulan yang berniat jahat, DAP dan konco-konconya, bertubi-tubi mempersenda umat Islam.

" DAP bercakap mengenai Islam, Pas mengiyakan sahaja. Pemimpin DAP menyebut dua tiga patah ayat al-Quran walaupun salah, Pas mempertahankan. Pemimpin DAP menggelar dirinya Khalifah Umar Abdul Aziz, Pas memberi pengiktirafan.

"Pemimpin DAP berceramah, penyokong Pas bertakbir. Tetapi apabila Pas menyebut tentang Negara Islam, pemimpin DAP lah yang pertama sekali mengecam Pas. Dan apabila dikecam, Pas diam seribu bahasa. Apa maknanya ini? Maknanya, DAP lah yang memberi definisi kepada Islam yang dianuti oleh Pas," tegas beliau.

Beliau membangkitkan perkara itu ketika merasmikan serentak Persidangan Perwakilan Pemuda, Wanita dan Puteri 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini malam ini.

Dalam ucapan bertajuk 'Menunjangi Survival Bangsa: Suatu Jihad' itu, Muhyiddin seterusnya mengingatkan orang Melayu yang bersekongkol dengan DAP adalah pengkhianat bangsa.

Kata beliau: "Janganlah jadi pembelot seperti Si Kitol. Janganlah jadi seperti tikus membaiki labu. Janganlah jadi seperti Pak Kaduk, menang sorak, kampung tergadai. Janganlah sudah terhantuk, baru tengadah.

"Jangan sampai nasi menjadi bubur. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya. DAP sudah pasti bukanlah parti untuk orang Melayu dan bumiputera."

Mengenai Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula, tegas Timbalan Presiden UMNO itu, parti tersebut ketandusan agenda untuk orang Melayu dan Islam. PKR, kata beliau, adalah sebuah parti ultraliberal yang tiada asas moral dalam perjuangannya.

"Jika tidak, masakan orang yang sedang dibelenggu krisis kredibiliti yang serius terus diangkat memimpin parti itu secara tidak demokratik. Mana mungkin kedudukan agama, bangsa dan negara boleh dijaga oleh PKR jika yang diangkat menjadi pemimpin pun bergelumang dengan masalah kredibiliti.

"Ringkasnya, PKR sebuah parti yang amat tenat. Hampir kesemua pengasas parti ini telah meninggalkan parti dan menyokong UMNO," katanya.

Menarik perhatian sekali lagi mengenai Pas, Muhyiddin berkata, untuk menutup kegagalan parti itu mempertahankan kesucian Islam, Pas mengemukakan pula agenda Negara Berkebajikan.

"Kini, mereka mengatakan konsep Negara Islam tidak disebut dalam al-Quran, yang ada hanyalah Negara Berkebajikan.

"Malang bagi Pas kerana setelah puluhan tahun memperjuangkan Negara Islam, tetapi akhirnya mengatakan konsep Negara Islam tiada dalam al-Quran. Maknanya, selama ini PAS membohongi umat Islam dengan perjuangan palsu mereka," katanya.

Dalam soal ini, kata beliau, Pas sendiri tidak mampu menyediakan bekalan air bersih di Kelantan, justeru masakan mereka kini berangan-angan pula hendak mewujudkan Negara Berkebajikan.

" Slogan Negara Berkebajikan hanyalah helah politik Pas untuk menutup kelemahan sendiri kerana tergadainya matlamat untuk mendirikan negara Islam.

"Apa yang penting bagi Pas, slogan Negara Berkebajikan boleh diterima oleh DAP," katanya.

Komen : Sedarlah rakyat umat Islam-Melayu Malaysia, bahawasanya PAS bukan pejuang Islam sejati. Mereka hanya mengunakan Islam sebagai alat mendapatkan kuasa iaitu berselindung disebalik parti politik. Jika ianya bukan sebuah parti politik nescaya ia ibarat sama sahaja dengan kumpulan-kumpulan ajaran sesat yang wujud di Malaysia.

Kumpulan mereka meletakan syurga dibawah tapak kaki ketua-ketua mereka seolah-olah syurga mereka yang punya diakhirat kelak. Tiada siapa diantara golongan mereka berani menegur perbuatan yang menyalahi ajaran Islam sepertimana ketua ajaran-ajaran sesat yang ada.

Ini memberikan satu kuasa sampingan kepada ketua-ketua mereka untuk melakukan apa sahaja untuk mendapat keuntungan politik. Al-Quran, Hadith, hukum-hakam, hal ehwan Islam menjadi mainan politik serta pertaruhan oleh ketua-ketua serta pengikut dan penyokong PAS untuk mengekalkan kuasa.

Demi DAP dan PKR, PAS dibawah pemimpin yang ada kini akan mengorbankan PRINSIP dan Undang-Undang Tubuh parti PAS sendiri. Ahli PAS dan penyokong PAS yang mahukan Islam ala-PAS, sedarlah bahawa tiada lagi perjuangan dan syariat Islam di dalam PAS. Perjuangan Hudud bukan lagi "make-up" buat PAS.

Kepada penyokong PAS yang sangat mentah untuk menilai semua ini kerana berpandukan emosi dan terpengaruh dengan lidah bercabang pemimpin PAS. TOLAK PAS, sebuah parti yang bertopengkan Islam yang sanggup merosakkan agama Islam hanya untuk mendapat tempat di dalam Pakatan Rakyat. Janganlah tersesat dan mengadaikan AQIDAH demi kepercayaan tok-tok guru PAS yang berkepentingan....!!!!
Wallahuallam.

Juragan Malawati..

Kesetiaan Azmin terhadap Anwar 'tiada tolok banding'!

Kenyataan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali yang kononnya sanggup bangkit meruntuhkan kezaliman institusi penjara sekiranya Anwar Ibrahim dipenjarakan disifat sebagai 'kesetiaan luar biasa' Ahli Parlimen Gombak itu terhadap tuannya.

Bekas Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, kesungguhan Azmin untuk 'menyelamatkan' Anwar daripada kehidupan di penjara dilihat sebagai ketaksuban yang melampau dan tidak bertamadun.

"Mungkin Azmin terlalu sayangkan Anwar lebih daripada seorang pemimpin hingga sanggup melanggar Perlembagaan dan undang-undang negara.

"Dia (Azmin) amat mengagungkan Anwar sekali gus bercita-cita menjadikannya sebagai Perdana Menteri yang jelas sekali tidak akan berlaku di negara ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Azmin yang sanggup bangkit meruntuhkan kezaliman penjara sekiranya ketua pembangkang itu dipenjarakan ketika menyampaikan ucapan dasar pada majlis perasmian Kongres Nasional PKR Kelapan di Johor, Jumaat lalu.

Menurut Zahrain yang juga Ahli Parlimen Bayan Baru, pucuk pimpinan PKR juga sanggup menggadai maruah dan kepentingan rakyat asalkan impian untuk melihat Anwar diangkat sebagai Perdana Menteri tercapai.

"Mereka (pemimpin PKR) telah menyimpang jauh daripada tujuan asal PKR ketika mula ditubuhkan dahulu iaitu untuk membela nasib rakyat. Kini mereka telah terpesong dengan mengangkat seorang individu yang gila kuasa untuk menjadi pemimpin negara demi kepentingan peribadi," katanya.

Sementara itu, salah seorang pengasas PKR, Ng Lum Yong berpendapat, tindakan Azmin yang sanggup melanggar undang-undang negara merupakan taktik lama PKR untuk mempengaruhi rakyat supaya membenci kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Azmin cuba menghasut orang ramai untuk membenci kerajaan yang pada hematnya kejam kerana memenjarakan individu tidak bersalah.

"Rakyat harus buka mata dan menilai tujuan sebenar PKR yang jelas untuk mengalih perhatian rakyat daripada kes liwat dan video seks yang kini sedang hangat diperkatakan," katanya.

Bekas Naib Ketua Angkatan Muda PKR, Mohd. Zahid Md. Arip pula berpendapat Azmin mahu diangkat sebagai hero baru dalam parti itu dengan menonjolkan 'pengorbanannya' terhadap Anwar.

"Azmin bertindak sedemikian bagi meningkatkan kasih sayang Anwar terhadapnya kerana umum mengetahui jawatan yang disandang dalam parti itu merupakan hasil belas ihsan ketua pembangkang itu.

"Ingin saya ingatkan Azmin bahawa dia tidak perlu merobohkan penjara untuk bebaskan Anwar, bahkan kita yang akan pastikan pintu penjara terbuka untuk dia 'menemani' ketua pembangkang itu," ujarnya.

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin pula berkata, tindakan Azmin itu jelas membuktikan perjuangan PKR bukan untuk membela nasib rakyat tetapi adalah untuk membela Anwar.

"Azmin dan pucuk pimpinan PKR yang lain sedar bahawa survival politik mereka terletak di tangan Anwar dan tanpanya mereka sudah tentu akan 'bungkus'," katanya.

Dalam perkembangan sama, bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, Azmin kini berada dalam keadaan terdesak hingga sanggup meluahkan 'kesetiaannya' terhadap Anwar.

"Dia (Azmin) bakal berdepan dengan kesukaran dalam PKR jika Anwar tiada dalam arena politik kerana tiada siapa lagi yang akan mempertahankannya seperti pada situasi ketika pertandingan jawatan dalam PKR lalu," tegasnya.

Juragan Malawati..

Sabtu, 26 November 2011

Salam Maal Hijrah.


HIJRAH satu PERJALANAN. HIJRAH satu PERJUANGAN. HIJRAH satu PENGORBANAN. HIJRAH membentuk PERPADUAN. Sambil mengingati peristiwa Hijrah Rasulullah SAW, saya mengingatkan diri sendiri & menyeru sahabat supaya sentiasa berhijrah ke arah kebaikan. Bermaksud kita memperbaiki kelemahan diri masa ke masa. Kerana kita insan yang biasa. Selamat Menyambut Tahun Baru 1433 Hijrah.

Ikhlas Dari : UKS
Juragan Malawati

Rabu, 23 November 2011

Sultan Selangor dukacita!

Sultan Sharafuddin Idris Shah meletakkan pedang sebagai tanda perasmian Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor dan Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam sambil diperhatikan oleh Hishammuddin Tun Hussein (belakang), Ismail Omar (dua kanan) dan Tun Hisan Tun Hamzah (kanan) di pekarangan IPK Selangor di Shah Alam, semalam.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa dukacita kerana ada sesetengah pihak di negeri ini suka mengritik dan mencaci pasukan polis.

Baginda bertitah, perbuatan itu adalah sesuatu yang tidak baik serta perlu dielakkan kerana pegawai dan anggota polis juga merupakan manusia biasa yang mempunyai hati serta perasaan.

“Beta berasa dukacita kerana ada segolongan rakyat di negeri ini yang suka mengkritik dan mencaci pihak polis yang sedang menjalankan tugas-tugas dan tanggungjawab mereka.

“Ada juga rakyat yang sengaja tidak mahu mendengar dan degil dengan arahan-arahan yang diberi oleh pihak polis bagi mengelakkan kekacauan dan huru-hara,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada majlis perasmian Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar; Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar dan Ketua Polis Negeri, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah.

Sultan Selangor menitahkan seluruh rakyat di negeri supaya terus mematuhi undang-undang serta menyokong tugas-tugas anggota polis bagi memastikan negeri ini terus aman dan damai.

“Beta menyeru kepada semua rakyat di negeri Selangor supaya menyokong tugas-tugas polis dan mematuhi undang-undang serta memberikan kerjasama kepada pihak polis supaya negeri Selangor akan sentiasa berada di dalam keadaan aman dan damai serta rakyatnya yang berbilang kaum dapat hidup dalam harmoni dan selesa,” titah baginda.

Dalam pada itu, baginda berharap pihak polis dapat menjalankan tugas dengan baik serta ikhlas dalam menangani sesuatu kes jenayah dengan adil tanpa mengira kaum, agama, jantina, usia dan status.

“Apa yang penting, setiap anggota polis hendaklah menjalankan tugas mengikut undang-undang yang telah ditetapkan dan tidak menyalahgunakan status sebagai anggota polis mencapai kepentingan peribadi,” titah baginda.

Selain itu, baginda turut mengingatkan pasukan polis supaya menjaga disiplin dan integriti mereka termasuk memastikan bahan bukti untuk sesuatu kes dapat terus dijaga dengan rapi agar ia tidak hilang atau dirosakkan.

“Ini kerana, ia (kehilangan barang kes) boleh menjejaskan perbicaraan sesuatu kes serta boleh menyebabkan orang yang bersalah terlepas daripada menerima hukuman yang sewajarnya.

“Kehilangan dan kerosakan bahan bukti juga boleh menyebabkan integriti pihak polis dipersoalkan oleh masyarakat,” titah baginda.-UM.

Juragan Malawati..

Ahad, 20 November 2011

‘Winnable candidates’ BN perlu diterima generasi muda - PM!

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan iPad sebagai gimik pelancaran Konvensyen Media Sosial 1Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra.


Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, antara kriteria “winnable candidates” (calon boleh menang) Barisan Nasional (BN) adalah mereka yang diterima oleh generasi baru yang merupakan penentu pilihan raya umum akan datang.

Perdana Menteri berkata, selain itu, calon BN juga perlu memanfaatkan teknologi baru untuk menyampaikan mesej kepada ra...kyat, terutama golongan generasi muda ini yang menggunakan saluran alam maya untuk menerima maklumat mengenai perkembangan semasa baik di dalam atau di luar negara.

Pengerusi BN dan juga Presiden UMNO itu berkata, pemimpin dan calon BN yang aktif dalam menggunakan teknologi baru ini serta saluran alam maya akan diberikan markah bonus.

"Kita kumpulkan bonus poin ini. Kita hendak ”winnable candidates” jadi calon, termasuk yang diterima generasi baru, kerana generasi baru penentu pilihan raya,” kata Perdana Menteri dalam ucapannya semasa melancarkan Konvensyen Media Sosial 1Malaysia, yang julung kali diadakan di sini hari ini dan dihadiri lebih 2,000 pengamal media sosial.

Pada majlis itu, Najib turut melancarkan Kelab Sukarelawan Media Sosial 1Malaysia MyVoice yang dianggotai oleh para pengamal media sosial yang diiktiraf beliau “sebagai para pejuang dan bala tentera baru BN, yang bergerak di alam maya”.

Juragan Malawati..

Sabtu, 19 November 2011

Desak bebas pengganas: Suhakam tak bertanggungjawab!

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein membidas Suruhajaya Hak Asasi Malaysia (Suhakam) yang disifatkannya sebagai tidak bertanggungjawab apabila mendesak supaya 13 individu yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada Isnin lepas dibebaskan.

Beliau berkata Suhakam tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan itu tanpa mengetahui tentang latar belakang dan fakta tentang kesemua mereka yang ditahan pihak berkuasa di Tawau, Sabah.

"Membuat kenyataan tanpa mengetahui latar belakang dan fakta, dan hendak membebaskan mereka yang cukup berbahaya itu adalah cukup tidak bertanggungjawab oleh Suhakam,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pemimpin bersama rakyat di Felda Bukit Tongkat di sini, hari ini.

Hishammuddin yang juga anggota Parlimen Semberong menasihatkan pihak Suhakam supaya berjumpa dengannya terlebih dahulu di mana kementerian bersedia berkongsi maklumat tentang penahanan individu itu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam yang menggesa Kementerian Dalam Negeri supaya membebaskan 13 individu yang ditahan itu.

Sebelum itu : 13 individu ditahan amat berbahaya kepada negara, rantau

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mendedahkan kumpulan 13 individu yang ditahan pihak berkuasa di Tawau, Sabah awal minggu ini di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai amat berbahaya kepada keselamatan negara dan serantau.

Menurut beliau, kumpulan 13 individu terbabit termasuk enam warga asing “tidak takut mati” dan “mahu mati jihad” amat berbahaya bukan sahaja kepada rakyat Malaysia tetapi seluruh rantau Asia Tenggara.

"Kumpulan ini tidak takut mati dan sememangnya mereka mahu mati dalam jihad,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama pemimpin Parlimen Semberong di Felda Bukit Tongkat di sini, hari ini.

Beliau yang juga anggota Parlimen Semberong menyifatkan isu penahanan 13 individu terbabit sebagai “amat serius” dan berkata, pada ketika ini mereka sedang ditahan di pusat tahanan di Tawau.

Hishammuddin juga mendedahkan, operasi penahanan 13 individu yang dilaksanakan oleh unit khas anti keganasan polis turut menemui sejumlah besar senjata api dan bahan letupan.

“Ada (senjata yang ditemui), bukan sedikit dan senjata itu dari (negara) luar,” katanya, membuktikan kumpulan individu itu amat berbahaya.

Menteri Dalam Negeri itu turut mendedahkan operasi yang dilaksanakan oleh 13 individu yang ditahan tersebut melibatkan tiga buah negara, tetapi beliau tidak mendedahkan ketiga-ketiga negara terbabit.

Beliau juga berkata, kumpulan terbabit juga menjadikan beberapa tempat dan individu sebagai sasaran mereka.

"Ia melibatkan tiga negara, dengan ada negara tertentu di mana mereka mendapatkan latihan ketenteraan, ada negara dijadikan tempat perancangan dan ada negara di mana tempat serta individu tertentu dilihat sebagai sasaran mereka,” katanya.

Dua hari lepas, Hishammuddin berkata beliau ke Indonesia untuk melihat dengan lebih dekat tentang rangkaian kumpulan ini di Malaysia dan negara-negara jiran. Katanya, Kementerian Dalam Negeri akan memerangi sebarang kegiatan keganasan secara bersungguh-sungguh dan tidak mahu ia dipolitikkan.

Juragan Malawati..

Isnin, 14 November 2011

Perhimpunan penting untuk UMNO!

''AYUH, Jangankan gerimis, hujan pun mari kita redahi. Jangankan ribut, taufan pun mesti kita harungi...Jangankan air bah, gelombang badai pun harus berani kita renangi...Jangankan gerhana, kelam gelita pun pasti kita terangi.

''Kepada semua saya berpesan, kepada semua saya beri pedoman, janganlah kita terpalit damak beracun sandiwara lawan yang hanya menempah alam kegagalan. Berpasaklah kepada UMNO. Bertetaplah kepada panji-panji Barisan Nasional. Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi Putrajaya mesti kita pertahankan."

Inilah dua pesanan bersemangat yang dilafazkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak ketika merasmikan Perhimpunan Agung UMNO Ke-61 tahun lalu.

Mungkin ada di kalangan pemimpin dan ahli UMNO yang ingat atau mungkin ia sekadar laungan yang terus dilupakan sebaik sahaja mereka melangkah meninggalkan Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) apabila perhimpunan selesai.

Apa pun perhimpunan agung parti keramat orang Melayu itu akan berlangsung buat kali 62 mulai 29 November ini.

Dan kali ini ia lebih menarik apabila jumlah perwakilan yang bakal hadir adalah tertinggi iaitu 3,476 perwakilan berbanding 2,543 perwakilan tahun lalu. Jumlah tersebut bertambah berikutan pindaan Perlembagaan UMNO tahun ini.

Namun begitu sebelum perwakilan, pemerhati dan penyokong UMNO melangkah ke PWTC sekali lagi, mereka perlu bermuhasabah untuk menilai apakah pesanan-pesanan yang disampaikan oleh Najib pada perhimpunan agung lalu sudah dipatuhi?

Apakah pesanan Najib bahawa mereka perlu mengukuhkan perpaduan dan barisan demi memastikan UMNO kuat bagi berhadapan dengan pilihan raya sudah dilaksanakan atau tidak?

Bagaimana pula dengan sikap mereka, apakah mereka bersedia mengorbankan perjuangan peribadi untuk menerima kriteria calon mesti menang yang ditetapkan oleh Najib demi kepentingan parti?

Setakat ini sukar dipastikan, apa yang nyata berdasarkan senario selepas perhimpunan agung UMNO lalu, sindrom bermusuh sesama sendiri, politik cah keting dan berebut menjadi calon masih lagi menebal di kalangan pemimpin dan ahli terutamanya peringkat bahagian dan negeri.

Sebagai contoh, di sebuah kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di utara tanah air, ada sekelompok pemimpin UMNO menghantar memorandum kepada Perdana Menteri memburuk-burukkan wakil rakyat sedia ada juga daripada UMNO.

Di sebuah bahagian di Pantai Timur, ada ketua bahagian yang mendapat peruntukan UMNO pusat untuk diagih-agihkan kepada pemimpin bawahan bagi melaksanakan program untuk rakyat tidak berbuat demikian.

Malahan ada banyak bahagian UMNO tidak bersungguh-sungguh menjalankan program bagi meraih sokongan rakyat dengan alasan pilihan raya masih lambat dan ada pula beranggapan buat apa bersusah payah, kalau bukan dia atau individu yang mereka sokong menjadi calon.

Inilah sindrom yang masih lagi melumuri UMNO biar pun perhimpunan agung kali ini dilihat sebagai 'pertemuan terakhir' sebelum pertembungan sengit dalam pilihan raya umum.

Semua keadaan itu menunjukkan bahawa kesedaran betapa penting UMNO mengukuhkan barisan bagi berhadapan dengan pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang masih rendah.

Peringatan Najib dalam perhimpunan agung lalu jelas dilupakan dan sebahagian kelompok inilah juga yang akan menghadiri perhimpunan kali ini dengan bersikap hipokrit di hadapan pemimpin pusat bahawa mereka bersedia berkorban jiwa dan raga demi memastikan UMNO dan Barisan Nasional (BN) mencapai kejayaan cemerlang dalam pilihan raya.

Tetapi apabila pulang ke kawasan masing-masing mulalah menonjol perangai buruk mereka berpolitik yang akhirnya apabila tiba pilihan raya, UMNO dan Barisan Nasional (BN) berada di ambang bahaya.

Justeru adalah penting perhimpunan agung kali ini tidak akan terus dijadikan medan oleh sesetengah pemimpin di peringkat negeri mahupun bahagian bersikap hipokrit.

Sebaliknya mereka perlu mematuhi dan mengubah sikap demi kepentingan UMNO dan perjuangan bangsa Melayu.

Ia memandangkan perhimpunan agung kali ini amat penting bagi UMNO menyusun strategi dan menanam semangat perjuangan yang kental demi memastikan parti itu mempunyai kekuatan tulen bagi berhadapan dengan pembangkang dalam pilihan raya akan datang.

Memang hak mereka, untuk datang ke PWTC sekadar menjadi perwakilan, pemerhati atau penyokong, mendengar ucapan Presiden dan pemimpin-pemimpin kanan dan pulang dengan jiwa kosong tanpa ada apa-apa perasaan.

Namun mereka perlu ingat bahawa Najib, Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan semua pemimpin UMNO di peringkat pusat amat bersungguh-sungguh dalam mengembalikan sokongan rakyat kepada parti itu dan BN.

Kerajaan di bawah kepimpinan Najib sudah melakukan segala-galanya di peringkat pusat bagi meraih sokongan rakyat tetapi semua itu tidak bermakna jika pemimpin dan ahli UMNO di peringkat bahagian dan negeri tidak mahu mengubah sikap buruk mereka berpolitiking sesama sendiri semata-mata berebut-rebut menjadi calon.

Pilihan raya umum kali ini bukan sahaja penentu kepada 'hidup mati' terhadap kekuasaan politik BN dan UMNO malah lebih penting daripada itu adalah survival politik orang Melayu.

Sama ada penguasaan politik orang Melayu boleh dipertahankan atau tidak, menjadi rapuh atau tidak segala-galanya bergantung kepada UMNO.

Ini sudah dipertegaskan oleh Najib ketika ucapan penggulungannya apabila beliau berkata, ''Kita beritahu bahawa UMNO akan menyelamatkan masa depan Melayu dan negara kita yang tercinta. Tak ada orang lain (hendak pertahankan)...

Oleh itu adalah penting kepada pemimpin dan ahli UMNO yang akan menghadiri perhimpunan agung mulai 29 November ini memahami bahawa langkah mereka ke PWTC bukan sekadar kerana mereka ahli politik yang hadir ke persada politik tanah air untuk merebut kuasa dan kedudukan tetapi lebih penting adalah mempertahankan perjuangan bangsa, agama dan negara.

Seandainya mereka tidak mahu berubah sikap dan masih lagi mahu berpolitiking sesama sendiri, maka juga perlu bersedia untuk disumpah oleh anak cucu mereka nanti apabila Melayu hilang kuasa dalam pilihan raya umum akan datang.

Justeru sebelum terlambat, jadikanlah kehadiran ke perhimpunan agung UMNO kali ini ibarat melangkah 'ke alam pertapaan' yang bertujuan meningkatkan kemampuan dan kekuatan serta menyingkirkan sikap buruk dalam memastikan kesinambungan perjuangan UMNO dan mengekalkan kuasa politik Melayu di bumi yang suatu ketika bernama Tanah Melayu ini!

Oleh : Zulkiflee Bakar

Juragan Malawati..

Jumaat, 11 November 2011

Memo pembeli rumah kos rendah yang telah ditipu oleh pemimpin PKR!




GAPS prihatin dengan aduan yang diterima mengenai kes penyelewengan ini dan kami telah membantu mangsa untuk mendapatkan semula hak mereka. Petang semalam GAPS dan jawatankuasa bertindak isu ini telah menghantar memorandum ke pejabat MB Selangor.

Memorandum ini telah diserahkan kepada En Mohd Amin, pegawai khas MB Selangor untuk tindakan selanjut. GAPS mendesak agar desakan 4 perkara dalam isu ini diambil perhatian dan tindakan oleh Menteri Besar Selangor.

Terima kasih.

Juragan Malawati..

Khamis, 10 November 2011

SelangorKu..oh..SelangorKu..Janji piliharaya banyak tak ditunaikan, dah buat janji baru lagi..!!!

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini membentangkan Bajet 2012 bagi negeri ini melibatkan peruntukan sebanyak RM1.6 bilion dengan bertemakan Selangorku: Hasil Negeri Untuk Rakyat pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini.

Beliau berkata, bajet berimbang itu mengandungi empat strategi iaitu meningkatkan kecekapan pentadbiran dan meningkatkan kualiti asas kehidupan keluarga dan masyarakat selain melestarikan pembangunan serta mendorong masyarakat berilmu, berakhlak mulia dan hidup sihat.

Antara intipati bajet ialah program elaun anak ke nurseri membabitkan peruntukan RM3 juta dan penerusan program pemberian air percuma 20 meter padu kepada rakyat negeri ini.

Beliau juga mengumumkan 'Geran Selangorku' melibatkan peruntukan RM300 juta untuk memantapkan program Merakyat Ekonomi Selangor (MES) menerusi 17 program tambahan antaranya pengenalan gaji minimum pada tahun depan oleh anak syarikat milik penuh kerajaan negeri dengan dana RM10 juta disediakan untuk anak-anak syarikat kerajaan negeri yang prestasi kewangan belum stabil bagi melaksanakannya.

Katanya, menerusi program tambahan itu, sebanyak RM50 juta diperuntukkan bagi infrastruktur manakala RM30 juta untuk pembinaan infrastruktur sukan selain masing-masing RM30 juta bagi program pemerkasaan wanita bagi membasmi kemiskinan, keusahawanan sosial dan program keusahawanan muda serta belia menambah nilai perniagaan.

"Bagi sekolah yang memerlukan bantuan khususnya kemudahan asas, sebanyak RM30 juta diperuntukkan menerusi pengenalan Program Sokongan Pendidikan," katanya ketika membentang bajet tersebut pada sidang DUN di sini hari ini.

Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri juga memperuntukkan RM20 juta bagi pengenalan program kebajikan untuk bekerja dan program pembasmian rasuah dan penyelewengan dengan peruntukan RM15 juta.

Selain itu, beliau juga mengumumkan program pengukuhan demokrasi dengan peruntukan RM5 juta, pengukuhan budaya (RM3 juta), program pemeliharaan alam sekitar (RM5 juta), jangkaan hidupan bandar (RM10 juta) dan program pejabat ke rakyat (RM20 juta) manakala program penerangan maklumat negeri (RM10 juta).

Beliau juga mengumumkan program peningkatan kualiti hidup rakyat dengan peruntukan RM5 juta dan program peningkatan kemahiran kakitangan awam sebanyak RM5 juta manakala program penggerak pembangunan luar bandar, RM22 juta.

Antara butiran lain bajet yang dibentangkan oleh Abdul Khalid ialah;

l. RM8.5 juta untuk pemuliharaan tapak pelupusan sampah Kubang Badak, Air Hitam, Sungai Kembong, Pulau Ketam, Sungai Kertas selain kerja pemulihan Sungai Kembong.

2. RM3 juta untuk Program Zon Bersih.

3. RM4 juta untuk program kerajaan prihatin melibatkan kos tambahan bina baru dan baik pulih rumah keluarga miskin, bantuan bencana alam, bekalan makanan asasi, penyelengaraan rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), baik pulih lif rumah kos rendah selain tambahan RM500,000 untuk membaiki dewan orang ramai dan RM4 juta bagi pemasangan kamera litar tertutup (CCTV).

4. RM3.2 juta untuk tambah baik kawasan bersejarah di Kuala Langat, Kuala Selangor dan Hulu Selangor selain tambahan RM500,000 bagi pembangunan muzium di Istana Bandar, Jugra dan RM2.8 juta menaik taraf Muzium Sultan Alam Shah.

5. RM14.5 juta untuk pembangunan desa dan luar bandar termasuk kampung baru, kampung bagan dan kampung tersusun manakala tambahan RM500,000 bagi pembangunan pinggir bandar.

6. RM2 juta untuk membasmi kemiskinan dan RM2.2 juta bagi program pembangunan ekonomi petani, nelayan dan penternak selain RM500,000 bagi kebajikan golongan itu serta RM300,000 untuk program pembangunan pekerja ladang.

7. RM4.7 juta untuk pembangunan produk pelancongan seperti kraf tangan dan RM2 juta bagi industri kampung.

Bagi tujuan pendidikan pula, RM2 juta diberikan masing-masing kepada program pusat tuisyen rakyat dan program pendidikan tinggi, Program Spiritual, Fizikal, Emosi dan Sosial (Spies) (RM3 juta), Program Generasi Idaman Selangor (GEMS) sebanyak RM1 juta, tabung anak pekerja ladang (RM1 Juta), pembangunan Orang Asli (RM100,000) dan program Orang Kelainan Upaya (OKU), anak yatim dan kanak-kanak sebanyak RM1 juta.

8. Bagi sekolah agama, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil, masing-masing diperuntukkan sebanyak RM16 juta manakala rumah ibadat bukan Islam diperuntukkan RM3 juta.

9. Sebanyak RM3.5 juta pula diperuntukkan untuk program pembangunan belia, RM4 juta untuk pembangunan sukan, RM500,000 untuk latihan kemajuan wanita dan keluarga, latihan dan pembangunan usahawan serta latihan teknikal sebanyak RM2.25 juta manakala latihan kemahiran kepada kakitangan kerajaan sebanyak RM500,000.-UM.

Juragan Malawati..

Selasa, 8 November 2011

Program seksualiti ikut telunjuk nafsu!


Sebahagian daripada peserta demonstrasi penyokong gay memakai baju warna kuning di Toronto, Kanada, baru-baru ini.


Reaksi awam mengenai program Seksualiti Merdeka akhirnya reda apabila Polis Diraja Malaysia mengeluarkan kenyataan perhimpunan itu adalah haram dan kemudiannya penganjur membatalkannya walaupun perjumpaan yang sama berjaya diadakan pada 2008.

Pengharaman itu kerana ia bertentangan dengan undang-undang negara, tetapi ada sedikit keraguan dalam kalangan pendokongnya apabila melihat tegahan tersebut sebagai tidak menghormati kebebasan individu sehingga ada andaian bahawa homoseksual adalah sesuatu yang lumrah dalam kehidupan manusia.

Pandangan itu sebenarnya adalah sebuah premis yang keliru, kerana seorang peguam menulis dengan nada menyindirnya sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya dijadikan isu kerana masalah rasuah adalah lebih serius berbanding kerosakan budaya yang dikaitkan dengan golongan yang celaru dan hilang jatidiri itu.

Menurut pandangan peguam yang memperjuangkan kebebasan itu, “kita mudah mengharamkan dan menghalalkan sesuatu tanpa berfikir panjang dan mengambil kira situasi dan keadaan semasa. Jika ia tidak halal pasti ia haram dan begitulah sebaliknya. Ketahuilah Islam lebih luas dari masjid dan surau kita.” (Afiq M Noor, Catatan Ringkas: Islam dan Homoseksualiti, Malaysiakini, 5 November 2011).

Alasan beliau, mudah, kerana Islam merupakan agama yang diasaskan prinsip kasih sayang, maka mengharamkan homoseksual itu adalah tidak wajar kerana ia boleh mengaibkan mereka yang memangnya dilahirkan secara tabienya begitu.

Kesimpulan itu, sebenarnya menggunakan premis yang salah, tidak melihat Islam dengan jelasnya menentang sebarang bentuk maksiat, termasuk berzina apatah lagi hubungan seks sejenis, berdasarkan al-Quran mengenai kisah manusia di zaman Nabi Luth a.s. dan peraturan dalam pergaulan antara muhrim dan bukan muhrim.

Memang benar al-Qur‘an bukanlah sebuah kitab hukum kerana daripada sejumlah lebih 6,000 ayat yang ada, hanyalah sekitar 81 ayat merupakan ayat-ayat hukum yang kemudiannya dilembagakan sebagai perimbangan haram dan halal. Maka, disebabkan zina itu termasuk dosa besar, ia dijelaskan dengan begitu terang, bahawa seseorang yang berzina itu perlu dihukum termasuk rejam sampai mati.

Natijah peguam tersebut amat mudah kerana menganggap pengharaman dan kemarahan umat Islam terhadap Seksualiti Merdeka hanyalah sebuah petunjuk yang tidak menghormati tabie, kerana homoseksual itu adalah sesuatu yang semulajadi. Benarkah pandangan itu?

Allah SWT menjadikan manusia sebaik-baik kejadian dalam keadaan berpasangan-pasangan, iaitu lelaki dan wanita. Dari segi fitrahnya sudah jelas, tidak ada lelaki separuh dan separuh lagi wanita. Ini bermakna secara fizikal, seseorang lelaki adalah mereka yang mempunyai alat kelamin yang berlainan dengan wanita.

Secara saintifiknya, ada pemerhatian ilmiah dibuat ke atas mereka yang termasuk dalam kategori ketiga atau keempat (lesbian dan gay, maknyah atau pondan dan bapok atau khunsa). Lesbian asalnya diambil dari nama pulau iaitu Lesbos, terletak di tengah Laut Aegen. Pulau itu hanya dihuni oleh wanita. Sesiapa yang lahir di situ, di akhir namanya diletakkan nama Lesbos, dan dari situlah penghuninya dipanggil lesbian.

Konsep itu kemudiannya berkembang menjadi jalinan seks sesama wanita. Perlakuan ini turut mempengaruhi naluri sehingga tidak melihat bahawa keperluan untuk hidup adalah atas dasar hubungan sepasang manusia yang kelainan jantina.

Ini mungkin disebabkan oleh tekanan persekitaran yang mempengaruhi kecenderungan otak sehingga memberikan kesimpulan bahawa lelaki adalah pasangan yang banyak mendatangkan kesan negatif.

Istilah gay pula merujuk kepada tabiat seks sejenis yang diamalkan oleh lelaki. Gay pada awalnya bermaksud “ceria”, “gembira” atau “terang” akhirnya disebabkan adanya perasaan sesama lelaki dianggap sebagai sesuatu menggembirakan, ia bertukar kepada penarikan seks sesama lelaki.

Istilah ini sebenarnya merupakan dua struktur yang dikhaskan untuk menggambarkan orientasi seksual seseorang dalam sifat dan jenis homoseksual.

Istilah homoseksual diperkenalkan oleh seorang penulis keturunan Austria, Karl-Maria Kertbeny dalam sebuah risalah yang diterbitkan di Jerman pada 1869. Homoseksual merupakan gabungan dua perkataan Yunani, iaitu homo yang bermaksud “sama” dan seks yang bererti seks.

Berdasarkan pengalaman sejarah kuno, Charlotte Higgins dalam buku It‘s All Greek to Me (2008), perilaku homoseksual sudah pun berlaku dalam negara polis iaitu Sparta. Pada waktu itu, lelaki diwajibkan menjalani kerahan tenaga dan mereka tidak dibenarkan berkahwin. Dalam situasi itulah perilaku tertariknya seks sesama jantina terjadi. Ia berbeza dengan Athens, yang mengamalkan prinsip kebebasan.

Di Athens, perlakuan seks sesama jantina sukar dikesan, kerana mereka mengamalkan kehidupan bebas, iaitu bebas memilih pasangan yang berlainan jantina. Mereka mementingkan prinsip kebebasan, kerana boleh memiliki seberapa ramai wanita asalkan pemilikan tidak berdasarkan paksaan.

Menerusi gabungan dua perspektif itulah kemudiannya homoseksual dilihat sebagai perlakuan seks sesama jantina dengan syarat dilakukan bukan dalam terpaksa. Prinsip ini kemudiannya berkembang hingga ke hari ini, dan dijadikan asas mendesak undang-undang sesebuah negara agar menghalalkan perkahwinan sesama jenis.

Berdasarkan kajian saintifik, faktor genetik bukanlah penyebab utama lahirnya pengamal homoseksual. Ia berkait rapat dengan persekitaran hormon dihasilkan oleh badan seseorang sehingga boleh mengawal struktur otak. Misalnya kajian Simon LeVay pada 1991, kelompok kecil neuron pada anterior hypothalamus mengawal tabiat seksual dua kali ganda pada imbasan otak homoseksual berbanding mereka yang mengamalkan seks kelainan jantina.

Ekoran berkembangnya fahaman kebebasan, orientasi seks sejenis dijelmakan melalui pelbagai tulisan erotik dihasilkan oleh penulis-penulis yang merasakan dirinya tertekan oleh persekitaran lazim, kerana menganggap kelaziman itu sesuatu yang amat membosankan.

Dalam analisis Christopher Bram, Mapping the Territory (2009), The flowering of gay and lesbian writing has been astounding, in an literary explosion that is positively uncanny in an age that many critics consider postliterate yang berlaku dengan hebatnya dalam tahun 1970-an.

Dalam tempoh itu, beberapa universiti di Amerika Syarikat memulakan pengajian dalam bidang budaya gay dan lesbian manakala Universiti Harvard memulakannya sebagai satu pengkhususan dalam bidang sosiologi dan psikologi pada akhir 1990-an.

Keadaan itu, akhirnya memaksa negara Barat membuat penelitian semula mengenai kedudukan undang-undang sehinggalah membenarkan perkahwinan sejenis secara meluas pada pertengahan 2011.

Islam melarang keras perkahwinan sejenis berdasarkan ayat 80 surah al-Araf: “Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: ‘Patutkah kamu melakukan perbuatan keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu? Kemudiannya, Allah menyambungnya dalam ayat ke-81: “Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas.

Seharusnya peguam yang mendakwa pejuang kebebasan itu meneliti dengan mendalam pengisahan yang berlaku pada zaman Nabi Luth a.s. sebelum membuat kesimpulan berdasarkan perspektif yang terkeluar daripada al-Quran yang dianggapnya bukan sebagai kitab hukum.

Homoseksual sebenarnya disumbangkan oleh persekitaran kekeluargaan, di mana seseorang itu pernah mengalami trauma dikasari oleh anggota keluarga akhirnya menyebabkan rasa benci kepada kelainan jantina. Predominan dalam pemilihan identiti itu juga berlaku dalam persekitaran perhubungan kekeluargaan yang renggang.

Tabiat pergaulan dan persekitaran menjadi faktor terbesar menyumbang kepada kecelaruan identiti di mana salah seorang anggota keluarga tidak menunjukkan kasih sayang dan sikap ibu bapa yang merasakan penjelasan mengenai seks adalah sesuatu yang taboo.

Secara jelasnya, faktor pergaulan yang amat besar mempengaruhi perilaku seksual dalam kalangan mereka yang kehilangan jatidiri dan kecelaruan psikologi, maka itu menyumbang kepada kurang keyakinan diri terhadap keupayaan seks.

Tindakan polis mengharamkan perhimpunan tersebut amat wajar manakala desakan meluas masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan untuk dikenakan tindakan tegas kepada penganjur bukanlah bertentangan dengan prinsip kebebasan. Mereka sebenarnya ingin memugarkan hakikat kebebasan individu agar kehidupannya lebih beradab dan bermoral.

PENULIS ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Juragan Malawati..

Isnin, 7 November 2011

Seksualiti Merdeka: Marina Mahathir Kecam Media!


Sekali lagi... Marina menconteng arang ke atas muka ayahanda, Tun Dr Mahatir Muhamad, janganlah kerana emosi... Marina sanggup memalukan keluarga dengan tindakan sebegini rupa! Marina perlu ingat bahawa Tun Mahathir adalah bekas Perdana Menteri, dan Dato' Mukhriz seorang Timbalan Menteri MITI, Dato' Mukriz yang juga bersama Umno..

Statusnya sebagai anak bekas Perdana Menteri Malaysia, bekas Presiden UMNO dan Pengerusi BN, menjadikan dia mempunyai nilai politik yang tidak mungkin dilepaskan Pakatan.

Beliau sebelum ini pernah menyertai Perhimpunan BERSIH 2.0 yang turut mendapat sokongan dari Pakatan Rakyat.

Kali ini, Marina membuat kenyataan menyokong Ambiga kerana bagi beliau, selagi sesebuah Program tidak mendatangkan sebarang kekacauan yang boleh menggugat keselamatan Negara, ianya dianggap tidak salah disisi undang? Takkan nak tunggu nasi jadi bubur baru nak ambil tindakan kak oi!

Tak faham, apa yang Marina nak perjuangkan... Apa yang jelaslah kita lihat Marina menyokong sepenuhnya perjuangan kumpulan LGBT ini? Sebelum ini beberapa parti politik dan NGO Islam tampil membantah penganjuran Seksualiti Merdeka 2011 termasuklah dari parti UMNO dan PAS, kerana ianya diaangap sebagai Majlis seks songsang!

Tanpa Mahathir dibelakang namanya, Marina is nobody lah. Tanpa itu, Marina lebih kurang sama macam wanita liberal yang mengganggotai SIS yang juga turut bersekutu dengan Bersih 2 seperti dia.

Di bawah kenyataan Marina Petang tadi:

Datuk Paduka Marina Mahathir hari ini menyelar laporan-laporan media yang menggambarkan Seksualiti Merdeka seolah-olah sebagai festival seks bebas dan mengancam untuk menyama jika perkara itu tidak diperjelaskan dan diputarbelitkan.

Pada sidang media yang diadakan petang ini, anak bekas perdana menteri itu berkata, tiada perkataan yang dapat digunakan untuk menggambarkan perasaan marah beliau apabila program tersebut difitnah, yang jelas menerusi TV3 malam tadi, dan memberi amaran kepada pemberita dari stesen tersebut akan kesannya jika kenyataannya hari ini disalah petik.

“Saya melihat pada wajah anda dan kami tahu siapa anda,” kata Marina di ibu pejabat Tenaganita di sini.

Marina muncul di pejabat pertubuhan bukan kerajaan itu di Jalan Gasing di sini untuk memberi sokongan kepada empat rakannya yang dipanggil polis hari ini berhubung program itu, yang diadakan setiap tahun sejak 2008 tetapi menjadi kontroversi tahun ini dan diharamkan berkuat kuasa Khamis lalu.

Mereka yang dipanggil polis hari ini ialah pengasas program Seksualiti Merdeka Pang Khee Teik, Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenavasan, Pengarah Tenaganita Irene Fernandez dan ahli jawatankuasa Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah.

“Saya berada di sini sebagai seorang penyokong sebab dua tahun lalu saya telah merasmikan Seksualiti Merdeka tanpa sebarang insiden,” katanya.

Marina menjelaskan program itu bukan bertujuan menggalakkan seks bebas tetapi untuk membantu kumpulan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan traansgender) yang dipinggirkan memahami hak mereka dalam lingkungan undang-undang.

“Ia adalah satu acara untuk menjelaskan dan mendidik tentang hak mereka dalam lingkungan perundangan, dan bukannya di luar lingkungan.

“Saya sangat marah, sangat marah, tiada perkara untuk menggambarkan ke atas sesetengah pihak yang menganggap ini sebagai festival seks bebas. Anda tiada perkara lebih baik untuk dilakukan? Seks bebas memang tidak dibenarkan di sini... adakah anda gila (sehingga) boleh menggambarkan perkara ini?” kata beliau.

Dalam pada itu, menurut Ambiga, kes itu disoal siasat di bawah Seksyen 298 dan 109 Kanun Keseksaan, dan juga di bawah Akta Polis berhubung kesalahan menyinggung sentimen agama seseorang.

Ketika muncul selepas pertemuan selama 45 minit dengan polis, Ambiga mendakwa media membuat fitnah mengenai festival itu dan merujuk kepada TV3 atas kesilapan yang dilakukan.

Bekas presiden Majlis Peguam itu kemudian mencabar stesen swasta itu agar menyiarkan kenyataan beliau hari ini dan tiga rakannya secara verbatim, dan jika tidak akan mengambil tindakan perundangan.

“Saya mencabar TV3 agar melaporkan dengan penuh apa yang diperkatakan oleh Datuk Paduka Marina Mahathir. Saya juga mencabar anda menyiarkan segala apa yang saya katakan sekarang.

“Anda mengelirukan publik. Anda memanggil yang ini sebagai festival seks bebas. Saya mencabar anda membawa setiap yang saya katakan atau tidak saya boleh menjamin anda, anda akan mendengar daripada peguam-peguam saya dalam isu ini,” kata beliau.

“Jaga-jaga, TV3.”

Khamis lalu, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata Polis Diraja Malaysia mengharamkan sebarang majlis yang dilakukan mana-mana penganjur berkaitan dengan program Seksualiti Merdeka demi ketenteraman awam.

Pengharaman berkuat kuasa Khamis lalu.

Katanya, polis telah mengenal pasti dan akan memanggil kesemua mereka yang terlibat dalam penganjuran program itu termasuk Ambiga untuk dirakam keterangan mereka.

“Polis akan mengambil tindakan di bawah Seksyen 27 A (1) (C) dan juga 298 A Akta Polis untuk menghalang sebarang penganjuran majlis itu,” katanya.

Beliau berkata undang-undang di negara ini tidak mengiktiraf kegiatan songsang yang boleh menghancurkan kehidupan beragama di negara ini.

Merdeka Seksualiti 2011, program yang bermula 1 November lalu dan sepatutnya berlaruran sehingga 13 November antara lain mendesak hak sama rata untuk golongan homoseksual dan transeksual seperti gay, lesbian, biseksual, interseks serta transgender.

Bagi mengelak suasana tidak diingini berlaku, beliau berkata polis meminta orang awam supaya tidak menyertai program itu kerana ia boleh mengganggu ketenteraman awam.

Sumber : Politik Harian

Juragan Malawati..

Ahad, 6 November 2011

DAP tidak selesa lihat penguasaan Melayu!

Hasrat DAP mahu mengurangkan bilangan penjawat awam sekiranya dipilih sebagai pemerintah negara mengukuhkan dakwaan bahawa parti berkenaan tidak selesa melihat penguasaan orang Melayu dalam sesuatu bidang.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berkata, semua pihak sedar majoriti penjawat awam merupakan orang Melayu dan DAP tidak selesa dengan perkara tersebut.

“Mereka (DAP) memang ada agenda tersembunyi menerusi hasrat tersebut dan bukanlah semata-mata mahu mengurangkan perbelanjaan kerajaan seperti didakwa.

“Mereka ini memang tidak boleh tengok orang Melayu lebih sedikit dalam sesuatu. Kita (Melayu) memang ramai dalam sektor awam, jadi mereka cuba untuk mengurangkan penguasaan kita dalam sektor tersebut,” katanya di sini hari ini.

Menurut Zulkifli, DAP seharusnya melaksanakan terlebih dahulu hasrat mereka itu di negari-negeri ditadbir pembangkang dan lihat kesannya.

“Saya cabar mereka laksanakan dahulu hasrat mereka itu di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Kita tengok apa reaksinya,” jelasnya.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Penerangan DAP, Tony Pua yang disiarkan dalam sebuah akhbar berbahasa Cina baru-baru ini bahawa kerajaan DAP akan mengu rangkan penjawat awam dan mena matkan perkhidmatan mereka yang tidak efi sien seperti yang dilakukan kera jaan China bagi mengurangkan bajet kerajaan

Ruangan Bisik-Bisik Mingguan Awang Selamat yang turut menyentuh isu tersebut menganggap ia sebagai satu lagi provokasi DAP yang tersirat agenda tertentu.

Sementara itu, Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd. Noor berkata, itulah belang sebenar DAP yang bersikap rasis dan menanam kebencian terhadap orang Melayu dan asas negara.

Katanya, konsep Malaysian-Malaysia yang dimulakan oleh PAP dan diteruskan oleh DAP adalah atas semangat yang sama iaitu tidak mengiktiraf Melayu dan Islam sebagai teras negara ini.

‘‘Cuma semangat rasis dan kebencian itu hanya muncul sekarang setelah DAP yakin mereka boleh peralat dan tunggang pemimpin Melayu yang terdesak seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sanggup gadai maruah bangsa dengan didokong sekelompok pro Anwar yang rakus kuasa di dalam Pas.

‘‘Ini membuatkan DAP semakin berani terjemah semangat rasisnya dengan kenyataan terbaru berhubung kakitangan awam itu,’’ katanya.

Komen : Apa yang diperkatakan oleh YB Zulkifli itu ada kebenarannya! Mereka memang cemburu apabila melihat ramai orang Melayu yang sudah menjadi golongan pertengahan. Orang Melayu sudah mampu memiliki rumah besar, kereta besar dan lain-lain hasil dari kerja keras kerajaan BN yang memerintah. Tetapi agak mengecewakan bila ada diantara Melayu-melayu ini yang lupa daratan sehingga sanggup bersekongkol dengan cina-cina biaDAP ini!

Juragan Malawati..

Salam Aidil Adha..!


" Labbaika Allahumma labbaika. Labbaika la syarika laka labbaika. Innal hamda wanni’mata laka wal mulka. laa syarika laka ".

" Ya Allah, aku datang karena panggilanMu. Tiada sekutu bagiMu. Segala ni’mat dan puji adalah kepunyanMu dan kekuasaanMu. Tiada sekutu bagiMu ".

Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha dari saya dan keluarga buat semua rakan-rakan blogger dan juga para pembaca yang budiman. Selamat melakukan ibadah Qurban dan sambutlah ianya dengan penuh keinsafan dan keredhaan. Semoga Allah swt sentiasa memberkati kita semua..InsyaAllah..AMIN.

Ikhlas Dari : Juragan Malawati

Khamis, 3 November 2011

Anwar dan PAS 'dilondehkan' oleh YB Zulkifli Noordin malam tadi di Bandar Puncak Alam!


Alhamdulillah, walaupun hujan turun dengan agak lebat sebelum ceramah bermula pada jam 9.30 malam, ianya telah dapat menarik ramai hadirin datang untuk memenuhi khemah-khemah yang disediakan. Dianggarkan seramai lebih 700 orang yang hadir untuk mendengar ceramah yang diberikan oleh YB Zulkifli Noordin, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Kedah.


ADUN Jeram, YB Datuk Amiruddin Setro memulakan ucaptama sebelum ceramah bermula.


Beberapa isu dan kupasan menarik yang dapat diambil dari ceramah YB Zulkifli ini antaranya adalah :

Kes Saiful antara punca Keraguan Saya Pada Anwar! Beliau mengakui keraguannya kepada Anwar Ibrahim berpunca dari kes liwat II yang membabitkan seorang pemuda bernama Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

" Saya mula meragui Anwar semasa melihat reaksi pelik Ketua Umum PKR itu pada 28 Jun 2008, di Quality Hotel, Shah Alam, sebaik sahaja mendapat tahu bekas pembantu, Mohd Saiful telah membuat laporan polis diliwat."

Menurutnya, terdapat perbezaan yang ketara Anwar menghadapi kes liwat I dengan kes liwat II yang menyebabkan di kalangan aktivis-aktivis PKR mula tertanya-tanya di antara satu sama lain. Katanya dalam kes liwat I, Anwar mengambil pendekatan melawan, manakala dalam kes liwat II, Anwar mengambil sikap terbalik, iaitu berusaha melarikan diri.

Dalam kes Saiful berbeza. Dan saya antara peguam yang terlibat secara langsung, dua-dua (kes liwat). Saya nampak perbezaan itu. Pertama sekali, dalam kes Saiful, laporan polis dibuat oleh Saiful dua hari sahaja selepas kejadian. Azizan enam tahun. Ini dua hari. Berlaku 26 Jun 2008, lapor 28 Jun.

Kedua, DNA yang ditemui dalam lubang dubur Saiful ini disahkan tidak kurang dari tujuh orang. Bukan seorang. Polis, doktor yang memeriksa, pakar forensik (beberapa orang), pakar kimia. Semua confirm ada DNA di dalam dubur Saiful. Dan semuanya confirm, bahawa DNA itu adalah sumbernya air mani.

Tak kan tujuh orang (pakar) ini nak menipu. Ketujuh-tujuh orang ini tidak kenal antara satu sama lain. Jadi, nampak beza dengan kes Azizan ?

Bukan sahaja mereka temui DNA dalam dubur Saiful, mereka dapat kenal pasti sumber DNA itu iaitu air mani “Lelaki Y” dan air mani itu ada lagi kat dalam (dubur).

Cuma orang Melayu dia tak faham. Anwar pandai. Dia pergi kat luar, dia kata tak kan lah air mani boleh bertakung. Air mani bukan air bertakung seketul begitu. Masih melekat kat dinding dubur. Dia ambil swab, cotton bud itu, ambil swab sampel yang ada itu. Bukannya air bertakung dalam karung macam tu.

Maknanya sumber DNA dikenal pasti oleh beberapa orang yang independent, tak ada kena mengena antara satu sama lain. Jadi kita boleh nampak perbezaannya itu. Itu yang Datuk Zahrain sebut, ‘keraguan mengatasi keyakinan’.

Banyak dalam kes Saiful ini kita mula ragu. Apatah lagi bila tengok cara Anwar bertindak. Saya sendiri terlibat dalam tahun 1998. Kita lawan, tapi dalam kes Saiful, kita lari. Anwar pergi ke Kedutaan Turki. Patutnya kami semua lari ke Kedutaan Turki juga. Nak cabut ni. Dalam kes 1998, kita tak buat macam ni. Kita lawan.

Itu yang menimbulkan keraguan. Kenapa Anwar nak lari? Lepas itu kita buat pula mesyuarat dalam (Quality Hotel) itu. Masa itu kita buat keputusan, kita buat cerita yang Anwar nak kena bunuh. Ingat lagi kenyataan Wan Azizah dengan Syed Hussin Ali bahawa Anwar nak kena bunuh. Ada snipper nak cari dia.

Saya ingat lagi, malam itu bagaimana kita berbincang nak buat surat sumpah palsu untuk Rahimi dan lain-lain. Saya rasa Rahimi sekarang ini pun dah confirm bahawa dia kena buat surat sumpah palsu.

Jadi, saya antara orang yang terlibat 1998, tengok benda ni semua, (mula tertanya-tanya) eh..apa hal ni ? Kenapa buat macam ni? Kita mula bertanya.

Mula bertanya, itulah kunci sebenarnya.

Kuncinya dalam insiden pertama, 1998, kesilapan besar yang dibuat kami, tak pernah tanya. Kita terima bulat-bulat apa yang Anwar cerita. Tapi bila kita kena yang kedua ini, kita tanya, sebab kita tengok semua ini. Kita mula tanya, kenapa Anwar buat macam ni? Kenapa dia nak lari? Polis minta DNA, masih ingat lagi, awal-awal lagi polis dah minta sampel air mani.

Bagilah (DNA) kalau bukan kau. (Tapi) dia tak mahu bagi.

Inilah peluang terbaik saya kata sebab kalau yang ada dalam dubur Saiful itu air mani orang lain, kalau kau boleh bagikan DNA dan buktikan itu bukan kau punya, selesai masalah kita. Bukan sahaja selesai, silap-silap kerajaan tumbang. Tapi dia tak nak bagi.

Jadi, kita tengok. Kita manusia, akhirnya Allah akan bagi petunjuk juga, campakkan hidayah. Saya ingat lagi, kami sama-sama tanya, dah mula mempersoalkan sampai lah kepada isu 16 September. Tadi dah ragu dah. Kenapa dia nak lari ke Kedutaan Turki? Kenapa dia bohong kata dia nak kena tembak? Kenapa dia tak mahu bagi DNA? Kita dah ragu dah.

Masuk isu 16 September, dia tipu kita. Dia kata ahli Barisan Nasional (BN) dah setuju, dah tandatangan. Dia tunjuk kertas depan kita tapi tak pernah tunjuk yang tandatangan itu. Semua dah tandatangan (katanya).

Lepas tu, bila kena hantar Tian Chua dan Elizabeth Wong kejar Ahli Parlimen ke Taiwan. Kita pelik. Hari tu, dia kata dah tandatangan. Tapi ini, nak kena ikut pergi Taiwan pula. Kita mula tanya. Kalau dah tandatangan, nak ikut buat apa lagi ke Taiwan ?

Lepas itu dia (Anwar) beritahu kat kita pula. Ok, jom-jom..Yang DiPertuan Agong dah setuju, Panglima Angkatan Tentera dah setuju..jom-jom kita pergi. Kami ingat lagi, kami berkumpul dekat Kampung Bharu, siap berbaju Melayu lagi (sebab) nak angkat sumpah.

Bila kita tanya, (Anwar jawab) Ala Tuanku… Special Branch (SB) ni jahat, pergi sekat Agong (supaya) jangan jumpa kita. Jadi, kita ni bukan bodohlah. Manusia boleh fikir benda yang tak kena.

Bila berlaku 16 September, mula kita berkata, kita kena kencing dah ni. Kita kena bohong.

Kalau saudara perhati, selepas kes Saiful dan 16 September baru berlaku pergerakan ahli (PKR) keluar. Tan Tee Beng keluar kerana DAP. Datuk Zahrain keluar kerana DAP. Sebab Datuk Zahrain kata, semua dah ragu, dah mula persoal.

Lepas itu, bila timbul isu orang Islam, orang Melayu di Pulau Pinang. Datuk Zahrain sebagai Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, sudah tentu bertanggungjawab membawa isu ini. Bincang kenapa DAP buat macam ni.

Bukan sahaja dia tak dibela tapi diheret ke Jawatankuasa Disiplin. Eh..apa ni? Kita nak bela orang Melayu Islam di Pulau Pinang, tanggungjawab dia, tiba-tiba kena (tindakan disiplin).

Disebabkan keraguan pun dah ada, dah tak percaya pun ada, bila kena macam tu, Datuk Zahrain keluar (PKR), orang macam YB Mohsin keluar, orang macam Wee Chee Keong keluar. Saya (pula) yang keraguan menjadi pecah itu, yang menjadi fullstop itu adalah kerana isu kalimah Allah.

Tentang isu Khalimah Allah boleh digunakan oleh ugama lain terutamanya Kristian, beliau berpendapat ianya hanyalah pembohongan Anwar semata-mata untuk mencapai cita-citanya untuk menjadi PM! Anwar berpura-pura menyokong khalimah Allah boleh digunakan oleh Kristian sebagai umpan supaya dengan itu Anwar boleh menarik ahli-ahli parlimen yang bukan beragama Islam dari sabah dan Sarawak agar mengalih sokongan ( belot ) kepadanya pada 16 September yang lalu.

Zulkifli berkata Anwar telah memberitahu beliau yang dia telah berjaya menarik sokongan 30 ahli parlimen BN dari Sabah dan Sarawak belot kepadanya dengan menjanjikan pelbagai jawatan penting dalam 'kabinet baru'nya. Namun segala-galanya hanya janji dan penipuan semata-mata apabila tiada siapapun ahli parlimen dari BN yang berpaling tadah.

Mengenai Program seks bebas, Seksualiti Merdaka 2011 anjuran lebih daripada 20 NGO dan individu mempunyai matlamat yang lebih besar daripada sekadar mempromosikan seks sejenis atau membela hak asasi kumpulan lesbian, biseksual,gay dan transgander (LBGT). Zulkifli berkata, program itu sebaliknya cuba menggerakkan usaha supaya Seksyen 377A-D Kanun Keseksaan yang mengharamkan liwat dan seks songsang dihapuskan.

Sepertimana yang kita sedia maklum, ini adalah seksyen dimana Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dikenakan pertuduhan meliwat pemandunya, Azizan Abu Bakar pada 1998 dan pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada tahun 2008. Katanya lagi, Seksyen 377A-D ini adalah satu peruntukan yang melarang amalan seks songsang dan luar tabii seperti seks melalui dubur samada antara lelaki dengan lelaki, lelaki dengan wanita ( termasuk isteri sendiri ) atau samada paksa termasuk dengan haiwan!

Menurut Zulkifli, program itu juga berniat jahat apabila cuba mengelirukan orang ramai dengan nama canggih iaitu Seksualiti Merdaka bagi mempromosi festival seks bebas!

" Saya melihat program ini cuba memburuk-burukkan dan memperlekeh Malaysia di peringkat antarabangsa kononnya tidak memberi ruang yang adil dan saksama kepada perjuangan hak asasi manusia dinegara ini," katanya.

Zulkifli juga menempelak PAS yang menhalalkan " liwat " terhadap isteri sendiri seperti mana yang diperuntukkan di dalam Seksyen 14 enakmen berkaitan kesalahan meliwat di dalam undang-undang hudud, qisas dan takzir yang digariskan oleh Kerajaan PAS Terengganu ketika itu.

Yang paling saya terperanjat, ada berbelas-belas kesilapan yang bercanggah dengan Islam tetapi yang saya nak tunjuk, ini bukan datang daripada syariat Islam, Contoh, berkaitan dengan liwat. Disebut dalam ini (enakmen) liwat ialah Seksyen 14. Ini enakmen yang telah digazetkan.

“Tafsiran liwat (di dalam enakmen) ialah satu kesalahan yang merupakan persetubuhan antara seorang lelaki dengan seorang lelaki... kita faham la tu... atau antara lelaki dengan seorang perempuan yang dilakukan di luar tabii iaitu melalui dubur.

“Yang saya terperanjat dia (hukum hudud Pas) kata, ‘selain daripada isterinya’. Makna kata kalau seorang suami bersetubuh melalui dubur isteri, itu tak liwat dalam hudud Pas ini,” katanya!

Zulkifli turut mendedahkan di dalam enakmen itu turut menyebut berhubung pelantikan hakim-hakim yang turut membenarkan orang bukan Islam dilantik bagi undang-undang hudud serta perkara berkaitan qazaf yang melibatkan empat saksi bagi zina iaitu sekiranya salah seorang saksi menarik diri, maka tiga lagi saksi boleh dihukum.

Beliau berkata, pendedahan itu dilakukan bagi menunjukkan bahawa apa yang disebut oleh PAS sebagai hukum hudud yang mahu dilaksanakan oleh parti itu bukanlah hukum Allah, sebaliknya ia adalah rekaan mereka sendiri.

Zulkifli berpendapat, PRU ke-13 nanti bakal menjadi pilihanraya paling kotor dalam sejarah pilihanraya negara kerana Anwar akan melakukan apa sahaja demi mencapai cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri.



Hadirin yang datang begitu khusyuk mendengar ceramah yang dibawa oleh YB Zulkifli.


Mungkin tertarik dengan isu yang dibawa oleh penceramah.


Kaum hawa juga tidak ketinggalan untuk sama-sama datang mendengar ceramah 'secara live' dari YB Zulkifli.




Sebenarnya banyak lagi "rahsia Anwar" yang YB Zulkifli hendak bongkarkan dan dikongsi bersama dengan para hadirin. Namun disebabkan masa yang terhad, ceramah ditamatkan tepat jam 12.00 tengah malam. Yang menariknya hadirin yang datang tidak berganjak dari tempat duduk sehinggalah ke akhir ceramah termasuklah segelintir pengikut-pengikut PAS dan PKR yang panas telinga "dibasuh" oleh YB Zulkifli!

Wallahuallam.

Juragan Malawati..