UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.

Sabtu, 31 Disember 2011

Muhyiddin Sertai ‘Countdown’ 2012 Di I-City Malam Ini!

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual menyertai acara pengiraan detik menjelang Tahun Baru 2012 malam ini sempena Karnival ‘Sayangi Selangor’ di i-City di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata Muhyiddin dijangka tiba pada 10.45 malam untuk beramah mesra dengan pengunjung, peniaga dan petugas pameran sebelum mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan acara pengiraan detik Tahun Baru.

“Orang ramai dijemput membawa keluarga masing-masing menyertai pelbagai acara menarik yang disediakan di Karnival Sayangi Selangor termasuk sambutan Tahun Baru 2012 mulai 9 pagi ini.

“Pelbagai acara menarik untuk semua peringkat umur disediakan dan tiada bayaran masuk dikenakan,” katanya di sini hari ini.

Karnival empat hari itu itu dianjurkan oleh Barisan Nasional (BN) Selangor dengan tujuan menterjemahkan sokongan rakyat negeri itu kepada BN. Mohd Zin berkata karnival itu juga boleh dianggap sebagai sambutan ambang tahun baru terbesar pernah diadakan di Selangor mahupun di peringkat nasional.

Katanya antara acara yang disediakan sepanjang karnival itu ialah pertunjukan bunga api, belon udara panas, bola sepak jalanan, pertandingan gendang, karakter kartun ‘Sponge Bob’ bertemu peminat, permainan kanak-kanak ‘Soppa Doopa’, muzik belia serta persembahan artis popular Akademi Fantasia dan Malaysian Idol seperti Adam, Yazir, Suki dan Daniel.

Beliau berkata orang ramai juga boleh menyaksikan tarikan terbaru di i-City seperti ‘Ferris Wheel’ gergasi yang pertama kali ditempatkan di taman tema itu selain produk lain seperti ‘Snowhouse’, ‘Spacewalk’, ‘Superswing’, ’2-tier Carousel’, ‘Circus’, ‘Bumper Car’ dan Kapal Lanun.

Orang ramai dinasihatkan menggunakan pengangkutan awam atau berkongsi kenderaan untuk ke tapak karnival, katanya. - Umno-Online.

Juragan Malawati..

Khamis, 29 Disember 2011

BN pastikan Selangor terus maju jika kembali memerintah!

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, BN akan memastikan Selangor terus maju dengan pembangunan jika kembali menawan negeri itu pada pilihan raya umum ke-13.

"Selangor dulu maju tetapi sekarang kotor,” katanya semasa berucap selepas melawat ruang-ruang pameran di Karnival Sayangi Selangor di i-City, Seksyen 7, di sini yang bermula semalam hingga malam tahun baru pada Sabtu ini.

Beliau berkata, Selangor menjadi kotor selepas keputusan kerajaan negeri menamatkan kontrak pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam daripada Alam Flora Sdn Bhd dan melantik kontraktor-kontraktornya sendiri.

Katanya, BN menyedari mengenai kelemahan itu dan akan memperbaikinya jika diberi peluang menerajui kembali Selangor.

Mengenai kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mendakwa peruntukan RM2.7 bilion untuk Selangor tahun ini daripada kerajaan Persekutuan adalah wang rakyat dan bukannya wang BN, beliau berkata, keadaan itu juga sama dengan kerajaan negeri di mana ia adalah wang rakyat dan bukannya wang Pakatan Rakyat.

Beliau berkata, program “Jom Shopping” kerajaan negeri yang memberikan kupon RM100 kepada warga emas di negeri ini untuk membeli-belah belum lagi mencapai sasaran 100,000 orang sebaliknya kira-kira 20,000 orang sahaja.

Ini berbeza dengan BN yang telah menyelesaikan bantuan awal persekolahan bernilai RM100 seorang dan dijangka memberikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berjumlah RM500 bagi setiap isi rumah yang berpendapatan bawah RM3,000 sebulan pada bulan hadapan, katanya.

Khalid GAGAL..!!!

Juragan Malawati..

Isnin, 26 Disember 2011

Jom beramai-ramai kita ke Karnival Sayangi Selangor!


Barisan Nasional (BN) Selangor akan menganjurkan karnival empat hari bertujuan menyemai semangat 1Malaysia dalam kalangan masyarakat di i-City dekat sini mulai Rabu ini (28 Dis).

BN negeri telah menyusun pelbagai aktiviti berasaskan kekeluargaan terutamanya bagi belia di karnival bertemakan 'Karnival Sayangi Selangor. Karnival ini adalah penutup kepada semua program yang diwujudkan dan dilaksanakan oleh Barisan Nasional Selangor tahun ini demi manfaat penduduk di negeri ini.



Matlamat majlis ini adalah untuk mewujudkan kesedaran dan persefahaman dalam kalangan masyarakat umum mengenai pelbagai program pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual menghadiri majlis itu dan potret gergasi Perdana Menteri (Najib) yang dibentuk daripada gambar pelbagai wajah penduduk Selangor akan turut diserahkan kepada Datuk Seri Najib pada majlis berkenaan.

Seluruh rakyat Malaysia dijemput hadir untuk sama-sama meriahkannya!

Juragan Malawati..

Ahad, 25 Disember 2011

Syarat BN menang besar PRU13!

Jangan jadi seperti Pak Pandir. Berlawan sabung ayam, ayamnya menang tapi kampung tergadai. Begitu juga dengan Mat Jenin yang hanya tahu berangan namun hasilnya tiada.

Cerita penglipur lara ini walaupun agak melucukan tetapi membawa maksud cukup mendalam jika dihayati. Dan cerita rakyat ini hakikatnya menyelitkan mesej yang harus diteladani.

Cerita-cerita sebegini harus menjadi teladan kepada orang UMNO. Jangan kita menang sorak tapi kampung tergadai. Jangan kita hanya bersemangat melaungkan perjuangan dan berkobar-kobar semasa Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) baru-baru ini. Tetapi selepas habis persidangan, semangat dan perjuangan luntur ditelan masa, sehinggalah bertemu kembali 'tak ada apa-apapun' dalam persidangan tahun hadapan.

Begitu juga dengan cerita Mat Jenin. Orang UMNO hari ini tidak boleh terus berasa selesa dan berangan bahawa Barisan Nasional (BN) mampu mempertahankan kerajaan yang ada kini pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). Ini kerana tanpa melakukan gerak kerja dan strategi bagi mendekati dan memenangi hati rakyat, parti pemerintah itu tidak mustahil akan diketepikan.

Genderang perang sudah ditiup Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Perhimpunan Agung UMNO lalu. Semangat perjuangan sudah disuntik, mesej perjuangan sudah menjalar ke akar umbi. Calon boleh menang sudah diperjelaskan dan persoalannya kini sejauh mana kesediaan jentera parti untuk menghadapi 'perang' yang akan berlaku pada bila-bila masa.

Banyak perubahan yang sudah kita saksikan sejak Najib mengambil alih tampuk pentadbiran negara. Usaha untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap BN dan UMNO setelah melalui 'tsunami politik' pada 2008 dilakukan secara konsisten, tanpa mengenal erti putus asa.

Bercakap kepada Utusan Malaysia semalam, Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, dalam mendepani cabaran politik semasa, perubahan perlu dilakukan bagi meremajakan UMNO. Ia seperti yang ditekankan Najib yang juga Presiden parti bahawa UMNO tidak boleh menjadi parti mendapat sokongan orang kampung saja.

Sebaliknya ia perlu menjadi parti mewakili masyarakat Malaysia dari segenap lapisan Bandar dan luar bandar secara menyeluruh.

"Menyedari akan hakikat itulah, tercipta satu sejarah sepanjang 62 tertubuhnya UMNO apabila pindaan dilakukan terhadap perlembagaan UMNO yang menyaksikan tujuh perubahan dilakukan bagi memastikan UMNO bersifat inklusif serta relevan kepada rakyat Malaysia.

"Tujuh perubahan ataupun pindaan yang dilakukan itu ialah perluasan jumlah perwakilan, penghapusan kuota, penambahan bilangan Ahli Jawatankuasa Majlis Tertinggi, Bahagian dan Cawangan lantikan, penubuhan Jawatankuasa Pemilihan UMNO, penghapusan yuran tahunan, pendaftaran keahlian dan pengiktirafan kepada Setiausaha Bahagian.

"Walaupun Ketika ini UMNO dan BN dilihat sudah berupaya mengembalikan sokongan rakyat dengan pelbagai program, tindakan, pengumuman, aktiviti, gerak kerja serta usaha dilakukan secara berterusan, namun juga harus diingat segala isu yang melingkari parti dan kerajaan yang ada kaitan dengan UMNO, BN atau para pemimpinnya perlu diperjelaskan kepada rakyat dan harus ada agensi serta jentera parti yang bergerak cepat memadamkan isu ini," kata beliau.

Menurut beliau, tindakan proaktif ini perlu dimainkan oleh para pemimpin di peringkat bahagian, cawangan dan akar umbi demi kepentingan parti. Dan bukannya terpinga-pinga terjebak dalam mainan 'psywar' atau strategi politik kotor pembangkang.

"Adalah tidak wajar jika UMNO dan kerajaan menjadi kambing hitam dalam isu berkenaan dan lebih malang lagi masyarakat mempercayainya bulat-bulat walaupun ia berunsur fitnah atau tohmahan," kata beliau.

Cuma dalam aspek ini, penulis mahu melontarkan bahawa adakah masalah kepimpinan di peringkat bahagian UMNO masih menjadi penyakit dan duri dalam daging? Barangkali kerana segelintir kecil, maka itu sebabnya semasa taklimat Presiden Perhimpunan Agung parti baru-baru ini, Najib memberi penekanan supaya masalah di peringkat akar umbi perlu diselesaikan segera dengan sebaik mungkin.

Kisah mengenai adanya Setiausaha Bahagian yang 'menggelapkan' rumah seawal pukul 10 malam ketika pilihan raya kecil kerana tidak terpilih sebagai calon. Dan ada pemimpin bahagian yang menyimpan peruntukan pilihan raya untuk digunakan bagi bertanding jawatan dalam parti selain pemimpin parti pergi keluar negara meninggalkan jentera pilihan raya kerana tidak dipilih menjadi calon, semuanya itu harus menjadi iktibar jika BN ingin mempertahankan 'nikmat' pemerintahan kuasa yang ada pada parti pemerintah itu.

Sesuatu yang menimbulkan tanda tanya, apakah orang UMNO sanggup menjunjung dan berpegang kepada bai'ah dilafazkan baru- baru ini. Adakah ahli parti di peringkat bahagian ataupun akar umbi sanggup bekerja bagi memastikan kemenangan jika calon yang dipertandingkan nanti bukan daripada kumpulan mereka.

Begitu juga pemimpin bahagian. Apakah mereka sanggup berkorban dan sedia memberi laluan kepada calon baru untuk berada di pentas arus perdana bagi meneruskan kesinambungan perjuangan yang ditinggalkan mereka.

Sepanjang perhimpunan agung UMNO baru-baru ini, isu 'winnable candidate' diperbahaskan daripada dalam dan luar Dewan Merdeka, di Riverside dan coffee house. Ia sungguh hangat diperkatakan oleh orang UMNO dan semuanya setuju dengan Presiden parti dalam soal ini.

Bukan itu saja, malah ada pihak yang mahu Presiden parti menggariskan kriteria 'calon boleh menang' dimaksudkan kerana ramai teruja dan terpanggil untuk mencongak-congak siapa agaknya "wineable candidate" di kawasan mereka.

Namun bagi pucuk pimpinan parti, ia sangat jelas tiada kriteria khusus melainkan calon yang dicadangkan nanti boleh membawa kemenangan kepada parti. Selain isu 'winnable candidate', ada satu perkara yang perlu diberi perhatian serius iaitu soal percaturan.

Cakap-cakap positif yang kedengaran sewaktu penulis minum bersama perwakilan parti di Riverside tempoh hari, antaranya perlu parti mengambil iktibar akan kekalahan BN di Perak pada pilihan raya umum lalu. Ia bukan disebabkan oleh kekuatan lawan tetapi kerana kesilapan percaturan.

Justeru, sudah tiba masanya BN menukar percaturan ini di mana calon kawasan majoriti Melayu dan bukan Melayu harus dikaji. Pertukaran kerusi secara strategik perlu dilakukan. Ini kerana formula ini telah digunakan oleh PKR dalam PRU ke-12 dan mereka mencapai kemenangan tidak dijangka. Satu lagi yang perlu diberi perhatian oleh pucuk pimpinan dan pemimpin peringkat bahagian ialah janji-janji pilihan raya.

Sudah tiba masanya untuk BN menyemak kembali janji-janji yang ditawarkan pada pilihan raya umum lalu. Apakah ia sudah dilaksanakan sebaik mungkin seperti mana dijanjikan. Jika belum, penjelasan perlu diberikan kepada rakyat supaya mereka tidak terkeliru.

Akhir sekali penekanan paling penting selain daripada calon boleh menang, UMNO dan BN perlu memiliki 'jentera parti boleh menang' seperti yang dinyatakan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dalam ucapan pengulungannya. Tiada gunanya jika BN memiliki calon yang baik dan sempurna jika jentera parti tidak boleh bergerak.

Dan paling penting ialah jentera parti tidak mensabotaj calon. Tepuk dada, tanyalah hati. Adakah orang UMNO sudah siap siaga? Jika ya, teruslah mara tanpa gentar lagi.

Oleh : Zulkifli Jalil

Juragan Malawati

Jumaat, 23 Disember 2011

Al-Fatihah...Tan Sri Abdul Hamid Othman meninggal dunia diserang angin ahmar!



Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Abdul Hamid Othman meninggal dunia hari ini dipercayai akibat serangan angin ahmar. Beliau berusia 72 tahun.

Beliau yang bertugas sebagai Penasihat Maju Holdings Sdn. Bhd. meninggal dunia kira-kira pukul 4.45 petang ketika sedang menjalankan urusan kerja di pejabatnya di Maju Junction di sini.

Pegawai peribadinya, Nor Azhar Yusof berkata, sebelum serangan itu, beliau kelihatan sihat dan berwatakan seperti biasa namun tiba-tiba mengalami kesukaran bernafas.

“Kakitangan pejabat memanggil saya apabila melihat Allahyarham mengalami sesak nafas dan kami semua cuba memberi bantuan kecemasan termasuk bantuan pernafasan namun lima minit kemudian Tan Sri telah tiada.

“Allahyarham mempunyai sejarah penyakit lain iaitu sakit jantung dan diabetis,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, jenazah Abdul Hamid dibawa pulang ke kediamannya di Taman Tenaga, Batu 9, Jalan Puchong.

Penasihat Agung Pusat Kebajikan Wanita dan Keluarga (Kewaja) itu meninggalkan seorang isteri, Puan Seri Jamilah Mohd. Said, 68; seorang anak, Wafi Nazrin dan serta lima cucu.

Allahyarham dilahirkan pada 21 Julai 1939 di Kampung Kemelong, Mukim Sik, Kedah, pernah mengetuai Pusat Islam Malaysia di Jabatan Perdana Menteri sebagai Ketua Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Islam.

Abdul Hamid memegang jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dari 1995 sehingga 1999. Sebelum itu pada tahun 1990 beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Pada 2001, Abdul Hamid dilantik sebagai Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan kemudian Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dari 2005 hingga 2009.

Semasa hayatnya, Allahyarham merupakan penerima pertama biasiswa kerajaan Malaysia menuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir, bersama empat orang lagi pelajar lain dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Perundangan Islam pada 1961.

Al-Fatihah..

Juragan Malawati

Hebat sangatkah SMM?

Sebahagian daripada ahli NGO mengadakan bantahan secara aman di pintu utama Universiti Pendidikan Sultan Idris, berhubung tindakan seorang pelajarnya yang didakwa biadab menurunkan dan menggantikan bendera Perdana Menteri, kelmarin.

Setiap tahun ribuan pelajar berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) gagal memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA) mahupun swasta (IPTS).

Mereka gagal kerana pelbagai alasan termasuklah ada antaranya tidak cukup syarat dan ada pula kerana kuota sudah penuh.

Justeru ibu bapa mereka akan berusaha bermati-matian membuat rayuan dan berjumpa dengan pihak itu dan pihak ini, dengan matlamat anak mereka boleh menjadi seorang mahasiswa.

Ada antara mereka yang berjaya dan ada pula yang gagal dalam rayuan masing-masing. Yang berjaya ibu bapa akan berusaha sedaya upaya mencari sumber kewangan termasuk memohon biasiswa atau pinjaman kerana yang penting anak mereka mampu menggenggam segulung ijazah.

Tetapi bagaimanakah dengan gelagat sekumpulan anak muda yang bergabung dalam Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang secara biadab melakukan demonstrasi dan menurunkan bendera wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu lalu.

Cuba kaji bagaimana mereka berjaya memasuki universiti, mereka berjaya menjejak kaki kerana dasar kerajaan Barisan Nasional (BN) dan ada antara mereka sudah pasti menerima biasiswa atau pinjaman daripada kerajaan.

Namun keghairahan kononnya untuk menjadi pejuang biar pun usia baru setahun jagung telah menyebabkan mereka terlupa tujuan sebenar mereka memasuki menara gading.

Ibu bapa di kampung menaruh harapan anak mereka akan berjaya sebagai mahasiswa di universiti dan bukannya terpekik terlolong di jalanan.

Apa yang mengecewakan, SMM bukan sahaja angkuh dengan menolak desakan supaya mereka memohon maaf malah seolah-olah memberi amaran kepada kerajaan supaya mendengar tuntutan mereka atau berhadapan dengan protes secara besar-besaran oleh mahasiswa yang menentang Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Persoalannya hebat sangatkah SMM ini? Siapa mereka? Apakah mereka benar-benar mewakili seluruh mahasiswa di negara ini atau mereka sekadar hanya 'tukang karut' yang didalangi oleh pihak tertentu bagi menentang kerajaan?

Tidak apalah buat sementara ini kita menerima penafian SMM bahawa mereka tidak menjadi alat sesiapa, kalau begitu bijak sangatkah mereka untuk mengajar kerajaan bagaimana hendak mentadbir negara?

Ia terbukti apabila, mereka mendakwa tindakan menurun bendera tersebut sebagai satu gambaran bahawa mereka sudah hilang kepercayaan kepimpinan negara yang dilihat gagal menangani isu-isu utama negara.

Hebat betul, kelompok yang mendakwa mewakili mahasiswa ini, belum habis belajar sudah pandai untuk menuding kesilapan orang lain, seolah-olah mereka lebih bijak mentadbir negara, biar pun kemungkinan ada antara mereka memasuki universiti atas kelayakan 'cukup makan sahaja'.

Apa pun kita percaya, SMM tidak mewakili majoriti mahasiswa di negara ini, mereka hanya kelompok kecil yang terlalu ghairah untuk berpolitik biar pun ilmu mereka ibarat buih di lautan, banyak tetapi tidak mampu mendatangkan manfaat dan kemudaratan kepada sesiapa.

Apa pun 'tahniahlah' kepada SMM, sekurang-kurang kita mampu menilai bahawa ada di kalangan mahasiswa yang tidak layak digelar mahasiswa.

Kebebasan bersuara yang diberikan telah dicemari dengan perbuatan biadab yang jelas membuktikan mereka tidak tahu menghormati pemimpin negara.

Kalau benar mereka mahu melakukan protes atau memberikan pandangan berhubung AUKU lakukan secara beradab, jangan lupa ini Malaysia yang rakyatnya mempunyai tata susila dan adab sopan yang tinggi.

Sebenarnya, dari satu segi, protes SMM itu tidak perlu dilayan kerana pindaan AUKU baru peringkat perbincangan, belum lagi ada kata pemutus berhubung pindaan yang hendak dibuat.

Oleh itu, adalah lebih baik jika SMM bertindak matang sebagai kelompok yang kononnya menganggap diri mereka mahasiswa atau pelajar universiti dengan menanti dulu apa pindaan tersebut.

Jika kerajaan di bawah kepimpinan Najib tidak mempedulikan suara mahasiswa, sudah pasti beliau tidak akan mengarahkan AUKU dikaji semula dan dipinda.

Kerajaan tidak berhasrat membisu suara dan menutup mata para mahasiswa sebab itulah pindaan ke atas AUKU dilakukan dan masyarakat juga amat memahami peranan mahasiswa dalam bersama-sama membangunkan negara.

Sebab itulah, SMM perlu matang, janganlah mendesak kerajaan mendengar dan memenuhi tuntutan mereka sahaja, apatah lagi kalau suara itu, bukan suara majoriti.

Apa yang perlu diingat SMM hanyalah kelompok kecil di kalangan mahasiswa, mereka tidak pernah dan tidak akan dianggap mewakili seluruh mahasiswa di negara ini.

Justeru tidak perlulah SMM terlalu angkuh, seolah-olah desakan mereka harus dipatuhi kalau tidak, kerajaan akan berhadapan dengan bantahan besar-besaran mahasiswa.

Hakikatnya, negara ini mengamalkan demokrasi dan kerajaan sentiasa bersikap terbuka untuk berbincang dengan mana-mana pihak dan dalam apa juga isu.

Malahan kalau dikaji, mahasiswa di negara ini paling beruntung kerana mendapat pelbagai faedah dan manfaat daripada kerajaan, termasuklah terbaru sumbangan baucer RM200 untuk mahasiswa membeli buku.

Perbezaan pendapat dan pandangan adalah perkara biasa dalam kehidupan, apa yang penting ia pendekatan bagi menyatukan perbezaan tersebut. Sudah pastilah ia perlu dilakukan secara berhemah dan bersopan, bukannya cara dianggap biadab dan tidak bertamadun.

Adalah sesuatu yang malang apabila SMM menganggap tindakan menurunkan bendera wajah Perdana Menteri adalah perkara kecil berbanding tuntutan mereka.

Kalau itulah pandangan mereka jelaslah, SMM adalah terdiri daripada sekelompok mahasiswa yang tidak matang dalam bertindak. Mereka melakukan sesuatu tindakan berdasarkan emosi dan bukannya akal.

Apa yang dibimbangkan, jika beginilah tahap pemikiran yang ada dalam SMM, mereka boleh terpengaruh dengan mainan politik sesetengah pihak.

Kepada SMM, berhentilah bersikap angkuh atau merasa hebat, urusan kalian di universiti masih belum selesai, berusahalah menjadi mahasiswa yang cemerlang dalam pelajaran dan bukannya terpekik terlolong di jalanan.

Tidak salah untuk memberi pandangan dan cadangan tetapi lakukanlah secara berhemah. Malaysia berhasrat melahirkan generasi mahasiswa yang berkualiti dan menggunakan pertimbangan akal dalam melakukan tindakan, bukannya kelompok mahasiswa yang cetek fikiran dan mengikut perasaan.

Seandainya kelompok SMM ini merasakan diri mereka hebat dan mampu mengubah segala-galanya melalui demonstrasi serta perbuatan biadab yang dianggap kecil maka mereka juga perlu bersedia menanggung akibatnya termasuk disingkirkan dari universiti.

Mungkin itu yang mereka mahukan supaya akan dianggap wira tetapi percayalah rakyat sudah mampu menilai siapa yang layak menjadi wira dan siapa pula hanya sekadar 'boneka'.-UM.

Juragan Malawati..

Rabu, 21 Disember 2011

Memang sah - DAP berjaya ubah imej PAS, perjuangan dikorban!

Kebergantungan PAS kepada DAP demi memulihkan imej ekstrem dan pelampau parti itu dari kaca mata bukan Melayu ternyata berjaya, tetapi ia dilaksanakan dengan harga yang cukup mahal iaitu dengan mengorbankan dasar perjuangan parti sendiri.

Pengakuan Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor, Khalid Abdul Samad bahawa parti itu banyak bergantung kepada DAP bukan sahaja mengesahkan Pas kini 'pak turut' tetapi terhutang budi kepada DAP.

Sebab itu kepimpinan PAS hari ini sanggup menukar perjuangan menubuhkan negara Islam kepada negara kebajikan, berdiam diri dalam soal murtad serta tidak berani menyokong Himpunan Sejuta Umat (Himpun) walaupun perhimpunan itu dilakukan demi menyelamat akidah orang Islam.

PAS bukan sahaja tidak layak mendakwa parti itu bakal menggantikan UMNO bagi memayungi kepentingan orang Melayu, malah tidak lagi relevan untuk menggelar parti tersebut sebagai parti yang memperjuangkan kepentingan agama Islam.

Pengakuan Khalid itu hanya mengesahkan segala kebimbangan orang Melayu selama ini kerana apabila PAS berkerjasama dengan DAP, parti ini bukan sahaja terhutang budi tetapi sanggup menggadai segala dasar demi menjaga hati DAP, makna kata yang mengatur PAS adalah DAP.

Sebaliknya DAP walaupun PAS sendiri banyak membantu dan bersungguh mahu memulihkan imej cauvinis tetapi mereka tidak menggadaikan dasar parti. DAP tetap dengan dasar cauvinis dan sentiasa lantang memperjuang kepentingan orang Cina serta lantang menolak negara Islam.

PAS pula hanya ghairah mengejar undi bukan Melayu tetapi mereka lupa orang Melayu kini kecewa dan mula menolak parti PAS. Malah pemimpin kanan mereka sendiri mengkritik perkara ini secara terbuka!



Pengakuan dari Khalid semalam bahawa PAS banyak bergantung kepada DAP dalam usaha membantu memulihkan imej parti itu daripada label ekstremis serta pelampau khususnya di kalangan bukan Melayu bagi memastikan kemenangan dalam pilihan raya.

Apa yang dilakukan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dam Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali dan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa adalah tepat kerana Pas kini jauh tersasar.

Keberanian Hasan menyatakan pandangan berbeza secara tegas membuktikan beliau seorang pemimpin yang ikhlas dan benar-benar berjuang demi Islam serta bukan kerana kecewa tidak terpilih sebagai calon sebagaimana didakwa Pas Selangor.

Alasan kecewa tidak disenarai alasan lapuk dan ia langsung tidak terpakai ke atas Hasan. Beliau bangkit berjuang bukan kerana pangkat dan darjat tetapi kerana beliau seorang pemimpin yang objektif serta berprinsip, beliau tidak rela Pas dan Islam ditunggang oleh DAP! Wallahuallam.

Juragan Malawati..

Selasa, 20 Disember 2011

Pengikut PAS Terengganu masih lagi berpegang kepada Amanat Hadi!


Pemimpin Pas terutama Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu berjiwa besar bagi memperbetulkan sikap pengikut yang terus berpegang kepada amanatnya yang mengkafirkan UMNO lebih dua dekad lalu.

Kejadian solat Jumaat di masjid berasingan dalam satu kariah baru-baru ini merupakan sisa kepada kempen melampau untuk mendapatkan sokongan umat Islam ketika itu.

Haji Abdul Hadi merupakan individu yang mengeluarkan fatwa di Banggol Peradong pada tahun 1986 perlu memikul tanggungjawab untuk memperjelaskan kepada pengikutnya agar perpecahan sekian lama tidak berlarutan.

Sebagai pemimpin Islam berjiwa besar apa salahnya memberitahu pengikut bahawa pegangan selama ini adalah tidak betul apatah lagi Pas juga sudah menjalin bekerjasama dengan parti bukan Islam!

Haji Abdul Hadi tidak boleh lepas tangan dalam menyelesaikan kemelut yang berlarutan sejak sekian lama dan mendapat perhatian Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Aibdin baru-baru ini.

Para pemimpin Pas juga perlu memberitahu pengikutnya bahawa fatwa tersebut tidak lagi relevan memandangkan Pas kini sudah bekerjasama rapat parti bukan Islam terutama DAP manakala perjuangan menegak negara Islam telah mereka sisihkan.

Sebelum ini Pas menggunakan isu kerjasama dengan parti bukan Islam untuk menolak UMNO dan kerana itu imam dari kalangan orang UMNO dianggap tidak boleh mengimamkan solat di masjid kerajaan.

Keadaan itu boleh menimbulkan perpecahan dalam kalangan masyarakat terutama di Besut sehingga mendorong ramai pengikut Pas dan pemimpin mereka mendirikan solat Jumaat di surau dan markas parti.

Sebelum ini ada usaha memanggil pemimpin Pas untuk berbincang bagi mengatasi masalah tersebut tetapi usaha yang dibuat menerusi pejabat agama dipandang sepi.

Juragan Malawati..

Isnin, 19 Disember 2011

Nik Abduh bidas kartun Harakah!

Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz hari ini membidas kartun drnot yang disiarkan di dalam Harakah keluaran terbaru kerana menghina bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa.

Beliau berkata, Harakah sepatutnya perlu lebih beretika, berakhlak serta tahu cara untuk membina serta mendamaikan dan bukan bertindak memecah atau meruntuhkan.

Pada masa sama, beliau turut membidas kritikan serta tuduhan secara terbuka oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali terhadap dua pejuang Islam iaitu Nasharuddin dan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali yang berkali-kali menyatakan kesetiaannya kepada parti itu.



‘‘Saya menolak (bidas) kartun drnot dalam Harakah cetakan terbaru yang menghina kekanda saya, Ustaz Nasharuddin. Harakah mesti beretika, berakhlak dan tahu untuk membina dan mendamai, bukan memecah dan meruntuh.

‘‘Saya turut menolak (bidas) temuramah Setiausaha Agung Pas yang mengkritik dan menuduh secara terbuka dua pejuang Islam ini yang telah berkali-kali menyatakan kesetiaannya kepada parti. Tunggulah dulu dua pejuang itu masuk UMNO jika betul-betul nak tunjuk hero menjaga Pas. Jika tidak, ia hanya tuduhan yang memecahkan,’’ katanya.

Beliau berkata demikian dalam status terbaru laman sosial Facebooknya hari ini.

Isu membabitkan kedua-dua pemimpin Pas itu mula tercetus apabila tersiarnya kenyataan Ketua Penerangan Pas Selangor, Saari Sungib di dalam beberapa blog yang menyatakan kemungkinan besar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia itu akan digugurkan.

Ekoran daripada itu Hasan membuat kenyataan bahawa beliau sedia bekerjasama dengan pihak di luar Pas jika diminta demi kepentingan Islam dan Melayu serta tidak kisah jika tidak dicalonkan pada PRU Ke-13 akan datang.

Nasharuddin dalam satu kenyataan baru-baru ini pula mengatakan beliau hairan dengan perjalanan politik Pas yang didakwanya semakin pelik ekoran tindakan Saari yang mendahului parti berhubung kedudukan Hasan yang tidak mendapat pencalonan mencukupi untuk mempertahankan DUN Gombak Setia.

Mustafa kemudian mendakwa Nasharuddin dan Hasan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor terperangkap dalam agenda UMNO.

Dalam perkembangan berkaitan, Nik Abduh turut mempersoalkan sebab-sebab kenyataan Saari yang sengaja diperkecilkan sedangkan ADUN Hulu Kelang itu telah memulakan isu yang sudah sedia membara dalam sekam.

‘‘Di mana beliau untuk tidak memohon maaf secara terbuka? Pemuda Pas menjunjung akhlak berjemaah yang tinggi,’’ katanya lagi.-UM

Juragan Malawati..

Ahad, 18 Disember 2011

Pas dan perjuangan Islam!

Ternyata isu kenyataan Datuk Dr. Hasan Ali berhubung tindakan untuk terus memperjuangkan kepentingan Melayu dan mempertahankan Islam biar pun digugurkan sebagai calon Pas dalam pilihan raya umum nanti tidak disenangi oleh beberapa pemimpin parti itu.

Mereka melihat tindakan Hasan telah menimbulkan gejolak baru dalam Pas kerana selama ini biar pun sudah menukar haluan perjuangannya daripada menubuhkan negara Islam kepada negara berkebajikan namun Pas tetap menyatakan mereka memperjuangkan Islam.

Keadaan itu sedikit sebanyak mewujudkan kekeliruan di kalangan penyokong-penyokong Pas sendiri berhubung hala tuju parti berkenaan.

Dari satu segi Pas mendakwa, matlamat mereka kini ialah mewujudkan negara berkebajikan dan salah satu segi lain pula pemimpin mereka melenting apabila dikatakan tidak lagi memperjuangkan Islam.

Tetapi yang anehnya, Pas sendiri sudah mencapai kata sepakat untuk tidak lagi memperkatakan soal negara Islam bagi menghormati kesepakatan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Cuba kita teliti apa yang termaktub di dalam Perlembagaan Pas, khususnya dalam sebahagian yang tertulis pada Fasal 5 dan Fasal 6.

Fasal 5 menyatakan: Tujuan Pas ialah:

(1) Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup lslam dan hukum-hukumnya menuju keredaan Allah.

(2) Memperjuangkan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.

Fasal 6: Usaha-usaha:

(1) Menyeru umat manusia kepada syariat Allah dan sunnah Rasulullah SAW melalui dakwah, sama ada secara lisan, tulisan mahupun amalan.

(2) Memperjuangkan lslam sebagai akidah dan syariah serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai keislaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan.

(3) Memupuk dan memperkuatkan ukhuwah lslamiah dan menyuburkan rasa perpaduan di kalangan rakyat bagi memelihara kehidupan politik dan masyarakat yang sihat dan berkebajikan.

(4) Mengajak dan menggalakkan badan-badan, pertubuhan-pertubuhan dan orang- orang perseorangan bagi mengenali dan memahami serta memperjuangkan konsep dan pandangan hidup lslam.

Soalnya, apakah Pas sekarang berada di landasan seperti mana dinyatakan dalam perlembagaannya itu?

Kita tidak mahu membuat kesimpulan apa- apa tetapi apa yang jelas di peringkat akar umbi perdebatan mengenai hala tuju Pas semakin banyak diperbincangkan di kalangan ahli dan penyokongnya.

Mereka seolah-olah tidak mempunyai jawapan pada soalan mengenai perjuangan Islam yang selama ini menjadi asas penubuhan parti itu pada tahun 1951.

Kesepakatan politik dengan PKR dan DAP telah memungkinkan soal perjuangan Islam semakin reda dalam kamus politik Pas.

Atas sebab itulah ketika mengulas perkara ini, bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin secara terbuka menyatakan bahawa Pas telah meninggalkan perjuangan Islam sebaik sahaja parti itu bersahabat dengan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP.

Mungkin atas persahabatan itu jugalah pemimpin-pemimpin Pas tidak berpuas hati dengan Hasan, biar pun beliau mengatakan sesuatu yang benar.

''Pas lebih mementingkan nilai keduniaan iaitu kemenangan pada pilihan raya daripada meneruskan agenda perjuangan Islam sedangkan inilah perjuangan yang sepatutnya mereka utamakan.

''Akhirnya pemimpin-pemimpin yang memperjuangkan Islam seperti Dr. Hasan Ali akan diketepikan kerana tidak selari dengan perjuangan Pas walaupun apa yang dilakukan oleh Exco Selangor itu adalah perjuangan asal Pas,'' kata Mohamed Hafiz.

Sebab itulah Pas dikatakan 'pening kepala' berhadapan dengan isu Hasan, ini kerana mereka merasa 'terperangkap' akibat mainan politik sendiri.

Percaturan politik yang dilakukan oleh Pas kini meletakkan parti itu dalam situasi akan terjerumus dalam perangkap 'yang dikejar tak dapat dan yang dikendong berciciran', 'menang sorak prinsip tergadai'.

Keadaan itu berlaku kerana Pas bukan sahaja akan kehilangan sokongan daripada orang Melayu atas pagar yang melihat parti tersebut hanya menjadi alat politik kepada PKR dan DAP tetapi juga di kalangan sesetengah penyokong mereka sendiri.

Ia disebabkan di kalangan penyokong Pas, mereka merasakan tiada apa-apa keuntungan jika mengundi parti berkenaan dalam pilihan raya kerana akhirnya yang untung ialah PKR dan DAP.

Justeru adalah lebih baik jika pilihan raya umum akan datang, ia dijadikan medan bagi mereka memberi isyarat kepada kepimpinan Pas untuk kembali kepada perjuangan asal dan bukan terlalu mengejar kuasa politik bersama sekutunya.

Sebab itulah, kerjasama Pas dengan PKR dan DAP tidak menguntungkan parti tersebut, sebaliknya mereka hanya berasa 'bertuah' kerana dapat sepentas memaki hamun kerajaan Barisan Nasional (BN) dan UMNO sahaja tetapi dari sudut kuasa politik percayalah Pas tidak akan ke mana.

Pas hanya dibawa bekerjasama dengan PKR dan DAP demi untuk menumbangkan BN, itu sahaja matlamatnya.

Kalau mereka benar-benar menghormati Pas sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam, sudah pasti mereka akan mencari jalan supaya Pas tidak harus dipaksa mengorbankan perjuangan Islamnya.

Tetapi itu tidak berlaku, sebaliknya PKR dan DAP secara tersurat dan tersirat sering 'menghalang' Pas untuk meneruskan perjuangan berkenaan.

Dalam keadaan Pas begitu percaya bahawa mereka tidak akan dianiaya apatah lagi menjadi mangsa manipulasi politik PKR dan DAP, tanpa disedari ia sudah pun berlaku.

Sebab itulah Mohamed Hafiz mengingatkan, selagi Pas tidak keluar daripada pakatan pembangkang selagi itu parti tersebut akan gagal dalam agendanya memperjuangkan Islam.

Oleh itu, untuk kesimpulannya dalam soal kita memperkatakan mengenai hala tuju perjuangan Pas berikutan keghairahannya memburu kuasa politik bersama PKR dan DAP, cuba renungi lirik lagu tema Pas, apakah ia masih sesuai jika dibandingkan dengan apa yang berlaku kepada parti itu sekarang:

Antara lain lirik berkenaan berbunyi: Berjuanglah wahai Ansorullah, Dengan matlamat daulah islamiah, Berkorbanlah wahai yang beriman, Dengan harta dan segenap kepunyaan.

Bergeraklah ke gerbang jasa, Kalah menang bukan alasannya, Sucikanlah niat di hati,

Hingga nyata benarnya janji Rabbi.

Dan dalam soal ini, Mohamed Hafiz secara tegas menyatakan, ''Saya yakin dan cukup percaya Pas sedar yang mereka tidak akan berjaya menegakkan syiar Islam walaupun pakatan pembangkang menang pada pilihan raya. Realitinya PKR dan DAP tidak mahu syiar Islam ditegakkan,'' ujarnya.

Sama ada kenyataan Mohamed Hafiz betul atau tidak terserahlah kepada kita untuk memikirkannya yang pasti ramai yang mendoakan agar lebih ramai lagi pejuang seperti Hasan Ali akan muncul bagi menyedarkan Pas.

Oleh : Zulkiflee Bakar

Juragan Malawati..

Rabu, 14 Disember 2011

Sultan Kedah catat sejarah.


TUANKU Abdul Halim Mu'adzam Shah menyerahkan surat sumpah pelantikan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-14 kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Istiadat Khas Mesyuarat Raja-Raja Ke-227 di Istana Negara, Kuala Lumpur, semalam.

Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah hari ini melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara di sini.

Ini merupakan kali kedua baginda dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong. Kali pertama ialah dari 21 September 1970 hingga 20 September 1975 semasa berusia 43 tahun.

Tuanku Abdul Halim, 84, dipilih oleh Raja-Raja Melayu pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang ke-226 (Khas) di Istana Negara pada 14 Oktober lepas untuk tempoh lima tahun berkuat kuasa hari ini, bagi menggantikan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 semalam.


Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bersama Sultanah Kedah Tuanku Haminah Hamidun ketika berangkat pulang selepas sambutan penuh istiadat di Dataran Parlimen, hari ini. Tuanku berdua kemudiannya berangkat ke Istana Negara bagi menghadiri istiadat melafaz sumpah dan menandatangani surat memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14.

Sistem penggiliran Yang di-Pertuan Agong dalam kalangan sembilan Raja Melayu dimulakan sejak negara merdeka pada 31 Ogos 1957.

Istiadat hari ini merupakan istiadat seumpamanya yang pertama kali diadakan di Istana Negara yang baru dibina bercirikan binaan Islam dan tradisional Melayu di kawasan seluas 96.52 hektar yang mula beroperasi pada 15 November lepas.

Upacara bermula pada pukul 11.15 pagi dengan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-227 (Khas) sempena Istiadat Melafaz Sumpah Memegang Jawatan dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan oleh baginda di Balairong Seri.


TUANKU Abdul Halim Mu'adzam Shah bersama Tuanku Haminah Hamidun di Dataran Parlimen diiringi Najib Tun Razak dan isteri, Rosmah Mansor serta Muhyiddin Yassin dan isteri, Noorainee Abdul Rahman sebelum berangkat ke Istana Negara, Kuala Lumpur, semalam.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja itu dipengerusikan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad kemudian menyembah surat sumpah jawatan kepada Tuanku Abdul Halim yang memakai pakaian Diraja Kedah yang dikenali sebagai Sikap terdiri daripada jaket pendek, berbelah di hadapan dan berkolar tinggi lengkap dengan tenggolok, seluar, sampin dan bengkung serta berkeris.

Baginda kemudian melafazkan sumpah jawatan dan menandatangani surat sumpah jawatan itu di hadapan Majlis Raja-Raja.

Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah menjadi saksi.

Istiadat hari ini juga melibatkan upacara melafaz sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.


TUANKU Abdul Halim Mu'adzam Shah menandatangani Surat Pengisytiharan Memegang Jawatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-14 di Istana Negara, Kuala Lumpur, semalam.

Ia diikuti bacaan doa dipimpin oleh Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad kemudian memohon menangguhkan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke suatu masa yang ditetapkan.

Ini disusuli istiadat menandatangani surat pengisytiharan memegang jawatan oleh Tuanku Abdul Halim sebagai Yang di-Pertuan Agong, diikuti dengan pembacaan pengisytiharan tersebut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Istiadat diteruskan dengan Sultan Muhammad V menandatangani surat pengisytiharan memegang jawatan sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong dan diikuti dengan Najib membaca pengisytiharan tersebut.


TUANKU Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Tuanku Haminah Hamidun bersalaman dengan Tunku Intan Safinaz Sultan Abdul Halim di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas, Kedah sebelum berangkat ke Istana Negara, Kuala Lumpur bagi upacara mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14, semalam.

Istiadat hari ini dihadiri oleh Raja-Raja Melayu kecuali Terengganu yang diwakili Tengku Sri Temenggong, Raja Tengku Baharuddin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.

Turut hadir kesemua empat Yang Dipertua Negeri, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, menteri-menteri kabinet serta ketua-ketua jabatan. – BERNAMA

Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!

UMNO Bahagian Kuala Selangor
Juragan Malawati

Isnin, 12 Disember 2011

Hargai keprihatinan Yang di-Pertuan Agong.



Berikut adalah teks ucapan menjunjung kasih Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Majlis Jamuan Negara Sempena Tamat Tempoh Pemerintahan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-13 di Istana Negara, Jalan Duta pada 10 Disember 2011 (Sabtu) malam.

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia.

Segala puji dan Tahmid dirafakkan ke hadrat Allah SWT yang telah mencurah rahmat serta inayah-Nya kepada kita semua.

Menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.

Menghadap Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah.

Ampun Tuanku beribu ampun, sembah patik mohon diampun.

Seawal-awal kata, dipersembahkan setinggi-tinggi junjungan kasih, atas limpah perkenan Tuanku berdua untuk berangkat ke Majlis Jamuan Negara Sempena Tamat Tempoh Pemerintahan selaku Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong ketiga belas.

Sayugialah difatwakan oleh para bangsawan dan rakyat yang ada, bahawa Tuanku umpama bintang bercahaya, patik sekalian menumpang terangnya.

Pada suasana malam yang indah lagi permai ini, bersama segala takzimnya, patik bagi pihak kerajaan serta seluruh rakyat jelata ingin merakamkan sebesar-besar penghargaan dan lafaz penghormatan yang tiada terperinya, Ke Bawah Duli Tuanku, justeru sepanjang tempoh pemerintahan selaku Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, telah menjalankan tugas dan amanah seperti mana yang termaktub dalam undang-undang tertinggi negara yakni Perlembagaan Persekutuan.

Sesungguhnya, patik sekalian bersyukur ke hadrat Allah SWT, lantaran tanggungjawab yang diterjemah dan dilunaskan ini, telah berlangsung dengan sempurna sehingga ia mendatangkan kemuliaan dan kepujian kepada Tuanku dan kepada negara Malaysia.

Sememangnya, Institusi Raja Berperlembagaan, Demokrasi Berparlimen dan ketertinggian Perlembagaan bertulis adalah warisan bapa-bapa pengasas negara kepada kita generasi hari ini. Ia sebenarnya adalah pilihan yang amat tepat bagi sebuah negara majmuk seperti Malaysia.

Dalam konteks ini, institusi Yang di-Pertuan Agong sebagai kepala utama negara adalah amat unik kepada Malaysia. Kebitaraannya berasaskan kepada beberapa faktor.

Pertamanya, sekalipun institusi ini merupakan satu ciptaan Perlembagaan Persekutuan yang dengan secara terperinci telah dilakarkan segala tugas serta tanggungjawabnya, ia masih tetap diasaskan kepada faktor-faktor sejarah, tradisi juga budaya bangsa Melayu.

Keduanya, sungguhpun Yang di-Pertuan Agong diberi kuasa budi bicara yang terhad untuk melantik Perdana Menteri dan membubarkan Parlimen, jelasnya institusi ini dipermuliakan dengan bersifat lampau politik atau dalam kata lain letak duduknya itu, di atas politik kepartian.

Malah, faktor ketiganya, institusi Yang di-Pertuan Agong sangatlah terpelihara kerana bukanlah dipilih oleh para pengundi, begitu juga tidak terbuka untuk ditandingi oleh mana-mana pihak.

Seterusnya, keempat, institusi ini tidak bersifat warisan, kerana ia dipilih oleh sebuah majlis daripada kalangan sembilan Raja-Raja Melayu yang sedia ada.

Dan kelimanya, begitu indah sekali bahawa, institusi ini melindungi bukan sahaja kaum Melayu dan Bumiputera malah mencakupi hak serta kepentingan yang sah kepada semua kaum di negara ini.

Di atas segalanya, sumbangan terbesar institusi ini sebagai diperbuktikan sepanjang lebih lima dekad kewujudan ialah peranannya dalam memastikan kestabilan politik negara. Kerukunan dan keharmonian tersebutlah yang telah memungkinkan berlakunya transformasi Malaysia selama ini.

Lantaran itu, pada hemah kerajaan, institusi ini perlu terus dipertahan oleh setiap rakyat Malaysia, kerana ia adalah milik semua tanpa kecuali. Oleh sebab itu, janganlah sesekali ada pihak yang cuba bermain api untuk mencabarnya.

Ketahuilah bahawa, kerajaan Tuanku ini akan sentiasa bertegas, bagi memelihara dan melindungi Perlembagaan Persekutuan bersama segala institusi yang diwujudkan serta hak-hak yang terbit darinya, dengan segala kuasa juga kekuatan seperti diperuntukan oleh undang-undang.

Perjalanan kita sebagai sebuah negara baru telah menempuh pelbagai peristiwa pahit manis. Namun, Alhamdulillah, di sebalik cabaran dan rintangan yang sesetengahnya hampir mencarik fabrik asas kenegaraan, kita telah mampu keluar daripadanya dengan penuh jaya tanpa sedikit pun mengorbankan prinsip keluhuran Perlembagaan mahupun kedaulatan undang-undang.

Lalu, dengan izin Yang Maha Esa, pertiwi yang dirahmati ini telah mampu bersaing di persada antarabangsa. Bak kata orang, boleh duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain di dunia.

Kendatipun begitu, sebagai sebuah negara, kita sedar bahawa kejayaan terbaik kita yang sebenarnya, berada di garis-garis hadapan dan bukannya tersimpul dalam detik-detik silam. Ia terbina atas harapan, impian, imaginasi dan usaha gigih semua anak-anak Malaysia.

Patik bagi pihak kerajaan dan rakyat berasa bertuah kerana negara ini dalam tempoh naungan Tuanku, telah merentasi kejayaan demi kejayaan. Untuk itu, kerajaan Tuanku ini akan meneruskan usaha bagi mencipta hari muka yang lebih ampuh untuk Malaysia.

Sebetulnya pun, kita telah memulakan usaha islah dan pembaharuan secara menyeluruh semenjak lebih tiga puluh bulan yang lalu. Ia melibatkan usaha untuk mengukuhkan perpaduan nasional dengan meraikan kepelbagaian, menambah baik sistem penyampaian sektor awam dengan prinsip merundingi rakyat.

Seterusnya, menyambung proses merealisasikan wawasan nasional yakni sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi sekali gus memastikan Malaysia tumbuh berkembang menjadi sebuah demokrasi yang berfungsi di samping mengimbangi kepentingan keselamatan nasional serta kebebasan individu.

Seperkara lagi ialah patik dan rakyat berasa bangga di atas keprihatinan Tuanku sebagai seorang Raja yang berjiwa rakyat dalam memayungi kerja-kerja amal dan kebajikan di Malaysia.

Terbukti, sifat kasih dan sayang dipamerkan oleh Tuanku apabila berangkat ke majlis-majlis rasmi mahupun temasya amat menyentuh sanubari rakyat jelata tanpa mengira kaum. Nyatanya, patik sekalian turut berasa kagum dan paling mengingati penceburan secara aktif oleh Tuanku di lapangan riadah antaranya seni mempertahankan diri, aktiviti kapal layar dan sukan berkuda.

Seperti yang ramai maklum, minat Tuanku dalam sukan berkuda bukanlah calang-calang. Baginda Tuanku dari semasa ke semasa telah secara instrumental melibatkan diri dalam pertandingan berkuda tahunan di Malaysia yang mendapat sambutan pelbagai atlet negara termasuklah dari negara-negara Eropah. Selain itu, tidak ketinggalan tentunya bidang riadah kegemaran Tuanku, yang turut diminati oleh ramai, yakni sukan golf.

Dalam kesempatan ini juga, patik bagi pihak kerajaan dan rakyat terbanyak, ingin turut menghimpun bahara kasih tiada ternilai kepada Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong yang selalu setia di sisi dan mendampingi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong terutamanya dalam menjalankan tugas-tugas rasmi negara. Pastinya, budi baik Tuanku berdua yang harum mewangi akan kekal terpahat sampai bila-bila pun jua. Kata orang, hendak daun diberi daun, dalam daun ada bidara, hendak pantun diberi pantun, dalam pantun ada bicara:

Beralun nobat, bergema watan,

Raja berangkat mencemar duli,

Budi Tuanku segunung intan,

Rakyat menyanjung, kekal abadi.

Akhir kalam, patik bagi pihak kerajaan, hamba rakyat, putera puteri negara ini serta segenap takluknya berdoa semoga Allah SWT sentiasa memelihara Tuanku berdua dalam keadaan sihat walafiat.

Menjelang keberangkatan Tuanku berdua ke negeri Terengganu Darul Iman kelak, dipanjatkan bersama harapan semoga negeri Terengganu dan rakyatnya terus sentosa lagi makmur.-UM.

Juragan Malawati..

Keberangkatan balik Tuanku Mizan.


Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah melambaikan tangan kepada para pemimpin negara dan rakyat ketika berangkat balik di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang, semalam.


Ketibaan Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Tuanku Nur Zahirah di Dataran Parlimen sempena Istiadat Keberangkatan Balik Seri Paduka yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 berlangsung dengan penuh adat istiadat diraja.

Ketibaan pasangan diraja itu disambut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman sambil diiringi tiupan nafiri oleh 20 anggota daripada Rejimen Kedua Kor Armour Diraja.

Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah yang berpakaian rasmi kemudiannya diiringi oleh Najib dan Muhyiddin bersama isteri masing-masing ke pentas diraja dan melintasi pasukan kawalan bertombak diikuti persembahan tabik Hormat Diraja oleh kawalan kehormat dan disusuli lagu Negaraku oleh Pasukan Pancaragam dari Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja yang dipimpin oleh Mejar Ahmad Muzaimi Mohd. Ali.

Pada masa sama, panji peribadi Yang di-Pertuan Agong berwarna hijau dan kuning turut dikibarkan sambil diiringi tembakan meriam sebanyak 21 das.

Tuanku Mizan kemudiannya berkenan memeriksa barisan kawalan kehormat Batalion Pertama Regimen Askar Melayu Diraja yang terdiri daripada 103 anggota dan pegawai yang diketuai oleh Leftenan Mohd. Nor Azizan Yahya.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh kemudiannya memimpin bacaan doa selamat dan disusuli tabik Hormat Diraja serta lagu Negaraku sekali lagi.

Pasangan diraja itu kemudian bersalaman dengan barisan Jemaah Menteri, ahli-ahli Parlimen, serta wakil kedutaan asing sebelum berangkat ke Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

Sementara itu di kiri, kanan jalan menuju ke bangunan Parlimen, rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat dan kaum berbaris panjang sambil mengibarkan bendera Malaysia untuk mengucapkan selamat berangkat balik kepada Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah.

Tuanku Mizan ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 pada 26 April 2007.

Daulat Tuanku.

Juragan Malawati..

Ahad, 11 Disember 2011

Daulat Tuanku

SEMOGA ALLAH LANJUTKAN USIA TUANKU




DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ
IBNI ALMARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ALHAJ
D.K.,D.M.N., D.K.( Terengganu ), D.K. Kelantan ), D.K.( Perak ), D.K.( Perlis ), D.K.( Negeri Sembilan ), D.K.( Kedah ), D.K.( Johor ), S.P.M.S., S.S.I.S., S.P.M.J.

SULTAN DAN YANG DIPERTUAN NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN
SERTA SEGALA DAERAH TAKLUKNYA

Sembah Tahniah Dan Ucap Selamat

SEMPENA ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN YANG KE 66
DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SELANGOR
PADA 11 DISEMBER 2011 BERSAMAAN 15 MUHARRAM 1433

SEMBAH TAKZIM DARIPADA

Seluruh Warga UMNO Bahagian Kuala Selangor
Selangor Darul Ehsan

Khamis, 8 Disember 2011

Jangan perkecil kemampuan institusi Islam - Sultan Selangor!


Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak mahu ada pihak yang memperkecilkan kemampuan institusi Islam di negeri ini terutamanya Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dalam mentadbir dan memajukan ekonomi masyarakat Islam.

Baginda juga tidak memperkenankan mana-mana pihak yang tidak sepatutnya campur tangan dan terlibat dalam urusan agama Islam bagi tujuan kepentingan politik atau peribadi mereka.

''Ini secara tidak langsung akan mengeliru dan meresahkan umat Islam serta menjadikan kepercayaan umat Islam di negeri Selangor terhadap institusi agama Islam di sini berkurangan.

''Beta selaku Ketua Agama Islam di negeri ini tidak rela melihat agama Islam dipermain-mainkan oleh orang lain yang cuba menjatuhkan imej dan nama baik agama Islam," titah baginda pada majlis pelantikan Ahli-ahli MAIS bagi penggal 2012-2014 di Bilik Singgahsana, Istana Bukit Kayangan di sini hari ini.

Baginda bertitah, pelantikan ahli-ahli MAIS yang dibuat setiap tiga tahun sekali itu dilakukan secara telus, berhemah dan penuh teliti agar ia terdiri daripada mereka yang berkelayakan dan mempunyai peranan penting dalam membangun serta memajukan agama Islam di negeri ini.

''Oleh yang demikian, beta berharap ahli-ahli MAIS yang baru dilantik dapat mengekalkan aspek kualiti tersebut agar kemajuan dan pembangunan agama Islam di Selangor bergerak selari dengan kemajuan semasa. Sesungguhnya masyarakat akan memandang mulia dan menjadikan ahli-ahli MAIS sebagai contoh tauladan kepada masyarakat Islam di negeri ini," titah baginda.

Sultan Selangor bertitah, ahli-ahli MAIS adalah terdiri daripada golongan cerdik pandai dan mereka yang mempunyai pengalaman serta kebijaksanaan dalam bidang masing-masing.

''Justeru, beta menyeru ahli-ahli MAIS agar sentiasa memberikan cadangan, pandangan dan idea-idea yang bernas untuk dimanfaatkan dan direalisasikan di Selangor. Setiap idea yang diutarakan hendaklah dianalisis dan diperhalusi agar tidak memberikan kesan negatif kepada masyarakat negeri Selangor yang berbilang kaum," titah baginda.

Terdahulu, baginda berkenan menyampaikan watikah pelantikan kepada lima muka baru ahli MAIS berkuat kuasa 1 Januari 2012 hingga 31 Disember 2014 selain 15 ahli MAIS sedia ada.

Pengerusi MAIS, Datuk Mohammad Adzib Mohd. Isa mendahului barisan Ahli MAIS sedia ada menerima pelantikan tersebut diikuti Timbalannya, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali yang juga Exco Hal Ehwal Islam negeri; Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Mohammed Khusrin Munawi; Penasihat Undang-Undang Negeri, Datin Zauyah T. Loth Khan; Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mohd. Arif Ab. Rahman; Mufti Selangor, Datuk Mohd. Tamyes Abdul Wahid dan Ketua Polis Negeri, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah.

Turut dilantik ialah Ahli Dewan Diraja, Tengku Setia Wangsa Diraja Tengku Setia Ramli Tengku Shahruddin Shah; Ahli Dewan Diraja, Datuk Abdul Halim Abdul Rauf; Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Datuk Seri Prof. Dr. Zaleha Kamaruddin; Pensyarah Institut Pendidikan UIAM, Prof. Datuk Dr. Sidek Baba; Pengerusi Eksekutif Akademi Aidit, Datuk Aidit Ghazali; peguam, Datuk Salehuddin Saidin; Pengerusi Sarmid Holdings (M) Sdn. Bhd., Datuk Sarip Hamid dan Pensyarah Kanan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Datuk Dr. Ab. Halim Tamuri.

Sementara itu, muka baru yang dilantik adalah Orang Besar Daerah Petaling, Datuk Emran Kadir; Pengerusi Perbadanan Wakaf Selangor, Datuk Ramli Mahmud; Ahli Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Prof. Madya Datuk Mohd. Mohktar Shafii; Dekan Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial Universiti Selangor (Unisel), Prof. Dr. Mujaini Tarimin dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Marzuki Hussin.-UM.

Juragan Malawati..

Rabu, 7 Disember 2011

Bukti Pas lindungi kemungkaran!



Keengganan Pas mengambil tindakan ke atas Shamsul Zaman Sukri atau ‘Ustaz Budak’ yang didakwa menyamakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan nabi membuktikan parti itu sanggup melindungi kemungkaran walaupun melibatkan isu akidah.

Sehingga kini ulama-ulama di dalam Pas masih mendiamkan diri meskipun isu itu cukup besar apabila penceramah Pas tersebut bertindak menyamakan Nik Abdul Aziz dengan nabi. Sepatutnya Nik Abdul Aziz mengambil langkah memperbetulkan kekeliruan dengan memberi nasihat kepada penyokong taksubnya dan bukan membiarkan keadaan seperti itu terus berlaku.

Nik Abdul Aziz merupakan ulama di dalam Pas dan beliau wajib memperbetulkan kekeliruan itu, namun sehingga kini Menteri Besar Kelantan tersebut dilihat lebih bersekongkol kerana membiarkan orang taksub dengannya.

Ini menunjukkan Pas pilih kasih dalam memperjuangkan amar maaruf dan nahi mungkar. Pas sebenarnya telah merosakkan imej Islam kerana melindungi kemungkaran dalam parti walaupun melibatkan isu akidah. Semoga Pas tidak berkata video ucapan Ustaz Budak itu tidak boleh dijadikan bukti kerana ia adalah besi!

Sebelum itu dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) meminta Nik Abdul Aziz bertanggungjawab dan tidak lepas tangan dalam isu membabitkan penceramah parti itu Shamsul Zaman yang menyamakannya dengan nabi.

Mereka meminta Menteri Besar Kelantan itu memberi nasihat dan teguran kepada penyokong Pas supaya tidak terlalu mendewa-dewakan pemimpin parti kerana dikhuatiri boleh menimbulkan kekeliruan.

Sementara itu usaha pihak wartawan mendapatkan penjelasan lanjut daripada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung ceramah Shamsul Zaman Sukri yang menyamakannya dengan nabi, gagal, apabila Musyidul Am Pas itu memberi alasan keletihan dan terus beredar selepas merasmikan satu majlis.

“Letih, letih,” katanya ringkas ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Inovasi Peringkat Negeri Kelantan 2011 di Dewan Teratai, Kota Darulnaim di sini, hari ini.

Kelmarin, Nik Abdul Aziz enggan bertanggungjawab terhadap isu tersebut dengan alasan ia ditimbulkan oleh orang lain.

Bagaimanapun, pelbagai pihak mendesak Menteri Besar Kelantan itu bertanggungjawab dan tidak ‘lepas tangan’ kerana perkara yang dibangkitkan oleh Shamsul Zaman membabitkan soal akidah.

Sekumpulan penduduk kampung dari daerah Pasir Mas juga tampil ke pejabat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) untuk menyerahkan salinan rakaman ceramah pendakwah terbabit bagi membolehkan tindakan susulan diambil.

Juragan Malawati..

Selasa, 6 Disember 2011

Kedaulatan Sultan Selangor dan faktor Dr. Hasan!

Mengikut kalendar, minggu depan ialah Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Saya difahamkan satu peristiwa yang cukup signifikan akan berlaku.

Datuk Dr. Hasan Ali akan menjadi satu-satunya, saya ulang satu-satunya, Exco dalam Kerajaan Negeri Selangor yang akan dianugerahkan pingat kebesaran negeri Selangor oleh baginda Al-Sultan. Difahamkan beliau akan dianugerahkan darjah kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor.

Jika itu benar, banyak signifikan yang dapat dirungkaikan. Mengapa hanya Dr. Hasan seorang sahaja yang menerimanya? Ramai lagi Exco dari PKR dan tentunya dari DAP yang menguasai sistem kerajaan itu juga patut menerimanya.

Mengapa tidak YB Cik Teresa Kok, YB Encik Ronnie Liu dan lain-lain? Mengapa pula Dr. Hasan, yang sudah pun menerima banyak gelaran?

Beliau pun bukanlah Exco dan ahli politik yang disukai di kalangan rakan-rakannya dalam barisan jemaah majlis mesyuarat itu. Dr. Hasan dikenali sebagai orang dalam Exco yang begitu kontroversi dan kaki kacau. Beliaulah yang membuat bising mengenai usaha sebuah gereja di Damansara yang cuba memurtadkan orang Islam tidak lama dulu.

Beliaulah yang membela Pengarah JAIS, Datuk Khusrin Munawi daripada tentangan pelantikan ke jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK). Tentangan itu datangnya daripada Menteri Besar sendiri, para pemimpin DAP dan Anwar Ibrahim.

Malah, banyak kenyataan Dr. Hasan yang bercanggah dengan aspirasi kepemimpinan Kerajaan Selangor pimpinan DAP itu.

Namun itulah Dr. Hasan. Semasa saya bertemu dengan beliau di kediamannya semasa isu gereja itu tengah panas tidak lama dulu, beliau menegaskan yang dia sanggup dipecat daripada kerajaan pimpinan DAP jika tindakannya untuk menyelamatkan akidah umat Islam daripada kumpulan evengelis Kristian itu dipertikaikan.

Ternyata beliau seorang pejuang. Beliau tidak gentar kehilangan kerusinya, jawatannya, kedudukannya demi maruah kesucian agama Islam dan keutuhan bangsa Melayu yang cuba dipecahbelahkan.

Perlu diingat dalam sistem berperlembagaan di tanah air yang cukup bertuah ini, “Melayu itu ialah Islam dan Islam itu ialah Melayu”. Hanya Pas ala Nik Aziz sahaja yang tidak mengiktiraf sistem itu. Pas Nik Aziz enggan menerimanya kerana beranggapan itulah yang dipegang oleh UMNO selama ini. Pas Nik Aziz berfikiran, jika mereka menerimanya, bermakna mereka akan menerima UMNO. Dendam Nik Aziz terhadap UMNO terlalu berkesumat sekali.

Perlu diingat lagi, melalui sistem yang dipegang itulah, Malaysia bukan seperti bumi Melayu Nusantara yang lain, yang memperlihatkan kepercayaan akidah orang Melayu di sana sudah terbiar dirobek oleh pendakwah-pendakwah agama lain.

Tapi mengapa DYMM Tuanku berkenan dengan Dr. Hasan? Dari sudut hati kecil Tuanku, mungkin baginda mahu Selangor diselamatkankah?

Mungkinkah baginda juga menaruh harapan yang tinggi terhadap keupayaan Dr. Hasan?

Ampun Tuanku Beribu-ribu Ampun Sembah Patik Harap Diampun, bukan hasrat patik mahu menarik Tuanku ke dalam kancah politik, tapi sebagai pemerhati dan penganalisis politik, perkara ini tidak boleh lari daripada diperbincangkan.

Faktor Dr. Hasan amat penting sekali. Beliau dipertaruhkan harapan untuk melakukan perubahan. Terlalu banyak rahsia kerajaan Selangor pimpinan DAP yang diketahui oleh Dr. Hasan. Mungkin juga banyak rahsia itu tidak menyenangkan kedudukan orang Melayu dan kesucian umat Islam.

DAP sebenarnya gerun dengan Dr. Hasan. Malah PKR pun pening kepala dengan beliau.

Dr. Hasan, lulusan perancang bandar dari Amerika Syarikat itu bukan calang-calang orang. Seorang sumber memberitahu saya, Tuanku cukup mengiktiraf peranan yang dilakukan oleh Dr. Hasan. Beliau dilihat sebagai faktor penyatuan kepada perpaduan Melayu di Selangor.

Memetik kata-kata Sultan Sharafuddin semasa mencemar duli mengunjungi pejabat Utusan Melayu, yang amat dibenci oleh DAP, kelmarin: ‘‘Beta tidak mahu melihat orang Melayu dan umat Islam di negara ini berpecah-belah. Bukan maksud beta orang Melayu itu bersatu untuk berperang dengan bangsa lain.

“Bukan juga bermaksud antara UMNO dan Pas perlu ‘berkahwin’ sebab bukan hak beta untuk mencampuri urusan politik.”

Sesungguhnya amat mendalam dan halus sekali maksud Tuanku Al-Sultan itu.

Di Selangor Faktor Dr. Hasan amat penting sekali. Pengikutnya di dalam Pas (yang sehaluan dengan beliau) amat besar sekali. Pengaruhnya di kalangan penjawat-penjawat awam Melayu di dalam kerajaan Selangor juga amat besar sekali.

Kedua-dua faktor itu memberi kelebihan kepada Dr. Hasan untuk melakukan perubahan. Dr. Hasan berupaya melakukan perkahwinan itu demi menegakkan kesucian agama Islam dan keutuhan umat Melayu di Selangor.

Selangor perlu diselamatkan!

Oleh : Zaini Hassan

Juragan Malawati..

Apa motif The Star?

Dalam permohonan maafnya secara terbuka, kolumnis The Star, Tunku 'Abidin Muhriz menjelaskan bahawa beliau tidak maksudkan dalam rencananya bahawa semua ahli UMNO adalah 'lintah-lintah'.

Tetapi sesiapa yang membacanya akan tertanya apakah maksudnya melepaskan kata-kata kesat itu semasa Perhimpunan Agung UMNO sedang berlangsung. Permohonan maafnya itu dibuat dengan anggapan daya pemikiran orang Melayu terlalu rendah.

Sesiapa juga yang mengikuti tulisannya selama ini sukar mempercayai dakwaan bahawa keluarga di raja Negeri Sembilan itu menghormati kepimpinan UMNO.

Malah sangat jelas dia tidak menjiwai semangat dan kefahaman terhadap UMNO seperti yang disuarakan oleh seorang wakil pelajar Kelab UMNO Luar Negara dari Newcastle melalui Wan Mohamad Azam dalam Perhimpunan Agung UMNO itu.

Jika Tunku ini menjiwai perasaan keislaman dan nasionalisme Malaysia, beliau tidak akan memainkan kemarahan orang Melayu dengan turut membantah penyembelihan korban di sekolah-sekolah seperti yang disuarakan dalam sebuah rencananya sebelum ini dengan tujuan untuk memperlihatkan dirinya lebih Malaysia daripada orang Melayu lainnya.

Bagaimanapun kita tidak mahu menyalahkan anak muda yang mentah ini yang cuba menunjukkan daya intelektualnya yang tinggi, tetapi tanpa sedar telah menelanjangi taraf pemikirannya yang penuh prejudis dengan menganggap UMNO sebagai lintah.

Persoalan saya ialah mengapakah The Star sebagai akhbar yang didokong oleh MCA rakan karib UMNO menggunakan orang Melayu yang berpandangan serong terhadap UMNO dan dasar-dasar kerajaan untuk menghakiskan imej UMNO malah juga Islam dari semasa ke semasa.

Kita memberi sebagai contoh supaya disedari oleh The Star bahawa apa yang dilakukan olehnya dipantau dan disedari oleh orang Islam dan Melayu di negara ini. Umpamanya mengapa The Star menyiarkan gambar orang Melayu berkupiah putih bersama isteri merayakan Hari Kekasih (Valentine's Day) di atas kereta api pada tahun lalu yang kemudiannya dinafikan oleh KTM bahawa itu adalah upacara tersebut?

Menjelang perayaan Halloween baru-baru ini, akhbar ini menyiarkan gambar orang Melayu sedang membeli-belah pakaian untuk merayakannya. Mengapakah orang Melayu? Sedangkan yang biasa merayakan perayaan itu ialah orang Kristian. Tidakkah ini suatu cara dakwah halus yang sangat bijak?

Selain dari itu apabila Jabatan Agama Islam menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah gereja yang cuba memurtadkan orang Islam di Petaling Jaya, The Star menyiarkannya sebagai serbuan yang menimbulkan kemarahan orang bukan Islam.

The Star juga menyiarkan reaksi pantas Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin mengkritik serbuan itu. Khairy kemudiannya mengeluarkan suatu kenyataan berlainan di akhbar Melayu tetapi tidak tersiar di The Star.

Berasaskan kepada keterangan- keterangan di atas adalah sangat wajar dan kena pada masanya Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengambil tindakan meminta The Star untuk memohon maaf di atas penyiaran rencana keluarga diraja Negeri Sembilan itu yang menghina orang UMNO sebagai 'lintah-lintah'.

Kita mempunyai banyak bukti rencana yang memperlekeh UMNO dengan menggunakan orang Melayu yang anti-UMNO sebagai kolumnis yang mewajarkan tindakan UMNO untuk meminta akhbar itu meminta maaf.

Tindakan ini seharusnya menyedarkan semua pihak yang terlibat supaya tidak menggunakan kebijaksanaan menyembunyikan tangan berdakwah untuk mencemarkan UMNO dan Islam, di sebalik bermuka-muka menyokong kepimpinan UMNO.

Sedarlah perbuatan mereka itu diperhati, disedari dan dipantau oleh orang Melayu. Mereka bukan idiot atau bodoh.

Juragan Malawati..

Isnin, 5 Disember 2011

Titah Sultan Selangor - Bersatu pertahankan maruah!

SULTAN Sharafuddin Idris Shah menjadi tumpuan semasa sesi bergambar bersama kakitangan Kumpulan Utusan sempena lawatan baginda ke Kompleks Percetakan Sri Utusan, Bandar Baru Bangi, Selangor, semalam.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyeru orang Melayu dan umat Islam di negara ini supaya bersatu demi mempertahankan maruah bangsa dan agama daripada dicaci dan dihina.

Baginda bertitah, perpaduan itu penting bagi membolehkan orang Melayu dan umat Islam bangkit mempertahankan kesucian dan maruah bangsa serta agama.

“Beta tidak mahu melihat orang Melayu dan umat Islam di negara ini berpecah-belah. Bukan maksud beta orang Melayu itu bersatu untuk berperang dengan bangsa lain. Bukan juga bermaksud antara UMNO dan Pas perlu ‘berkahwin’ sebab bukan hak beta untuk mencampuri urusan politik.

“Tetapi kita (orang Melayu dan umat Islam) bersatu apabila agama dan bangsa kita dicaci dan dihina,” titah baginda ketika mencemar duli berangkat melawat Kompleks Sri Utusan di Bandar Baru Bangi hari ini.

Baginda diiringi oleh Ahli Dewan Diraja Selangor, Tengku Seri Wangsa Diraja Tengku Ramli Alhaj dan Setiausaha Sulit, Datuk Mohamad Munir Bani.

Keberangkatan tiba baginda kira-kira pukul 10 pagi disambut oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin; Pengarah Eksekutif Kumpulan, Datuk Mohd. Nasir Ali; Ketua Pengarang Kumpulan, Datuk Aziz Ishak dan Pengurus Besar Pengeluaran, Ahmad Khairumuzammil Abd. Rahman.

Dalam lawatan yang mengembalikan nostalgia kunjungan baginda ke Utusan Melayu semasa menjadi Raja Muda pada 9 Mei 1974, Sultan Selangor diberi penerangan ringkas perkembangan semasa Kumpulan Utusan.

Baginda yang turut beramah mesra dengan kakitangan Utusan berkenan menekan butang operasi di meja kawalan mesin cetak yang mencetak 500 naskhah akhbar khas Utusan Malaysia lapan muka surat yang memuatkan pelbagai kisah menarik mengenai baginda.

Dalam titah baginda juga, Sultan Selangor menyeru kalangan korporat Melayu yang berjaya untuk membantu dan memberi sokongan kepada akhbar Utusan Malaysia.

Titah baginda, akhbar ini memainkan peranan yang sangat penting dalam menyedarkan masyarakat Melayu khususnya ke arah perpaduan bangsa serta mempertahankan agama Islam.

“Apabila beta bercakap tentang Melayu dan disiarkan Utusan Malaysia, rakyat kata beta orang Utusan Malaysia. Tapi beta tidak ada share (saham) pun dengan Utusan Malaysia.

“Begitu juga apabila beta menegur orang Melayu dalam kes derhaka terhadap Sultan Perak (Sultan Azlah Shah), ada kata beta orang UMNO. Sebenarnya tidak, sebab UMNO itu UMNO lah.

“Tetapi apa yang menjadi perhatian beta adalah supaya agama Islam dan bangsa Melayu itu dipertahankan. Orang Melayu kita biarlah beradab dan jangan kurang ajar,” titah baginda.

Sementara itu, dalam perutusan baginda sempena lawatan berkenaan, Sultan Selangor bertitah, peranan akhbar di negara ini masih penting dan relevan walaupun mendapat saingan hebat daripada akhbar dalam talian seperti portal berita, laman blog dan medium-medium berita lain.

Titah baginda, kehadiran Internet juga menyebabkan hampir semua akhbar kini bersaing memperkenalkan versi dalam talian seiring dengan perkembangan teknologi semasa.

Juragan Malawati..

Ahad, 4 Disember 2011

Kerajaan PKR Selangor gagal tunai janji PRU12!


“Bila rumah tidak berketua, celaka datang bala menimpa, bila negeri pemimpin kurang bijaknya, alamat hidup aniaya menganiaya.’

Itulah rangkap pantun yang dilontarkan oleh wakil Selangor, Datuk Johan Abd. Aziz bagi menggambarkan nasib rakyat Selangor di bawah pentadbiran kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang sebenarnya menipu rakyat kerana gagal menunaikan janji-janji dalam manifesto pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) lalu.

Menurut Johan, kegagalan dan kerakusan kerajaan PKR di bawah pentadbiran Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, akan menjadikan Selangor, negeri paling maju di negara ini muflis.

Jelasnya, pakatan pembangkang dalam manifestonya pernah berjanji akan membuka tabung permulaan sebanyak RM100 bagi setiap kelahiran anak Selangor.

Bagaimanapun, katanya, persoalan timbul apabila laporan Tabung Wawasan Anak Selangor (Tawas) menunjukkan, sehingga 16 April 2010 hanya 300 bayi yang mendapat kemudahan tabung tersebut.

“Mereka juga berjanji akan memberikan bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke nurseri, memberi bantuan RM50 sebulan seorang bagi pendidikan prasekolah, elaun kepada ibu-ibu tunggal yang layak dan elaun khas kepada suri rumah yang memilih untuk menjaga sepenuh masa anak-anak kecil mereka sekiranya diberi amanah memerintah negeri Selangor.

“Dah perintah pun, tak pernah dapat pun, sudah tiga tahun memerintah. Malah, Wan Azizah (Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ibrahim) baru-baru ini berjanji di Johor akan memberi RM1,000 kepada setiap rumah.

Adakah kita masih leka dengan janji-janji palsu pakatan pembangkang ini?,” soalnya ketika membahaskan usul ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2011 yang berakhir Sabtu lepas.

Juragan Malawati..

Jumaat, 2 Disember 2011

Pas perlu terima hakikat!


KETIKA berlangsung muktamar tahunannya baru-baru ini, Pas dengan penuh bersemangat menguar-uarkan kepada ahli dan penyokong parti itu bahawa mereka sudah bersedia menggantikan UMNO.

Pas berhujah UMNO kini semakin lemah dan tidak lagi berupaya membela nasib orang Melayu, oleh itu tanggungjawab berkenaan akan terpikul di bahu Pas.

Itulah impian Pas dan itulah mimpi Pas, tetapi kelmarin ketika merasmikan serentak Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jawapan kepada angan-angan Pas itu.

Timbalan Presiden UMNO itu menegaskan, "apa yang berlaku hari ini bukan Pas Ganti UMNO seperti yang dicanang oleh mereka. Pas takkan boleh menggantikan UMNO kerana UMNO tiada galang ganti. Yang sebenarnya berlaku ialah DAP Ganti Pas.''

Seperti biasa sudah pasti Pas akan menganggap kenyataan Muhyiddin itu menunjukkan UMNO semakin takut dengan kekuatan Pas tetapi Pas tidak boleh menipu sendiri apatah lagi rakyat.

Semua orang tahu apa yang terjadi kepada Pas apabila mereka mengikat perjanjian politik dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP. Segala-galanya mereka gadai dan pertaruhkan demi memastikan mereka tidak ditinggalkan oleh kedua-dua parti itu dalam mengejar impian Putrajaya.

Oleh itu apa sahaja yang mereka lakukan, Pas tidak akan melihat ke hadapan, sebaliknya akan menoleh dahulu untuk melihat reaksi DAP dan PKR.

Ia kerana keyakinan diri Pas sudah semakin terhapus, Pas seolah-olah begitu lemah untuk berdiri sendiri dan semakin terpengaruh dengan janji-janji politik PKR dan DAP.

Atas sebab itulah demi kepentingan politik kekuasaan yang diburu, Pas sanggup mengorbankan perjuangan negara Islam dan menggantikannya dengan negara berkebajikan.

Pelbagai hujah dikeluarkan oleh parti itu bagi 'menghalalkan' tindakan mereka mengubah hala tuju perjuangan, mereka mendakwa kononnya apa yang dilakukan tidak lari daripada semangat Islam yang diperjuangkan.

Tetapi hakikatnya seperti mana kata Muhyiddin, Pas sudah tidak ada lagi keberanian untuk bersuara lantang memperjuangkan Islam, kesudahannya Pas dilihat hanyalah 'pak turut' dalam pakatan pembangkang.

Pas perlu menerima hakikat, parti yang paling dominan dalam pakatan pembangkang bukannya mereka sebaliknya DAP, manakala PKR pula tidak peduli apa, matlamat mereka hanya satu untuk menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Justeru Pas tidak boleh mendabik dada apatah lagi menyimpan impian untuk menggantikan UMNO kerana Pas tidak ada keberanian untuk menyanggah DAP.

Sebab itulah DAP begitu berani menyentuh pelbagai isu sensitif melibatkan orang Melayu dan umat Islam kerana mereka tahu Pas tidak akan berani menegur mereka.

Lihat sahaja apa yang berlaku di Selangor, apabila Pas tidak mampu bertindak apa-apa apabila kerajaan negeri pimpinan PKR dan didokong kuat oleh DAP menghalang hasrat Pas untuk mengharamkan penjualan arak di kedai-kedai serbaneka.

Pas hanya tunduk dan terpaksa akur dengan kehendak rakan sekutunya itu, malahan Pas juga diam membisu apabila DAP tanpa segan silu menyatakan bahawa apa pun berlaku, mereka mahu menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri, kalau pembangkang memerintah.

DAP membuat kenyataan seumpama itu tanpa mempedulikan hati dan perasaan pemimpin-pemimpin Pas yang sepatutnya perlu diberi keutamaan kerana bukankah dari segala segi, pemimpin Pas lebih layak.

Pas ditubuhkan lebih awal daripada PKR, pemimpin Pas dilihat jauh lebih bermoral berbanding pemimpin PKR tetapi kenapa tidak ada sekelumit pun kenyataan daripada DAP untuk melantik pemimpin Pas sebagai Perdana Menteri?

DAP hakikatnya tidak pernah menghormati Pas sebaliknya hanya mahu menjadikan parti yang dianggotai seratus peratus orang Melayu sebagai 'kuda tunggangan' bagi mencapai cita-cita politiknya.

DAP tahu mereka tidak boleh bergantung kepada PKR kerana parti itu tidak ada kekuatan di kalangan orang Melayu tetapi Pas mempunyai keupayaan untuk 'mencairkan' orang Melayu dengan pendekatan agama yang dibawa.

Pas bukannya tidak sedar tentang niat serong DAP itu, tetapi semua itu tidak dipedulikan oleh Pas kerana Pas hanya mahu kuasa.

Sebab itulah DAP tidak pernah peduli apa pun yang Pas kata kerana mereka tahu Pas 'kemaruk kuasa', kalau Pas mahu menentang DAP maka DAP akan bertindak menyingkirkan mereka daripada pakatan pembangkang.

Pas sudah tentu tidak mahu keadaan itu berlaku, oleh itu apa yang boleh Pas lakukan hanya menurut sahaja.

Kalau benar Pas mahu menafikan kenyataan Muhyiddin atau tafsiran pelbagai pihak bahawa mereka hanya 'pak turut', Pas perlu membuktikan dalam pilihan raya umum akan datang mereka bertanding lebih banyak kerusi daripada DAP dan PKR.

Ia kerana hanya cara itu Pas akan dominan, tetapi kita percaya Pas tidak akan mempunyai keberanian sedemikian, justeru janganlah orang Melayu mengharapkan apa-apa kepada Pas.

Orang Melayu sebenarnya meletakkan masa depan mereka dalam bahaya jika mereka percaya jika kuasa pemerintahan diberikan kepada pakatan pembangkang, Pas akan mampu membela nasib mereka.

Percayalah Pas tidak ada kekuatan apatah lagi keberanian untuk menjadi wira dan pejuang kepada orang Melayu seperti mana apa yang dilakukan oleh UMNO dalam Barisan Nasional (BN).

Ini kerana parti komponen dalam BN mempunyai rasa hormat yang tinggi kepada UMNO dan yakin bahawa apabila UMNO menjadi tonggak pemerintahan negara, semua kaum mendapat pembelaan, sejarah sudah pun membuktikan fakta ini.

Tetapi ini berbeza jika pakatan pembangkang memerintah, segalanya ditentukan oleh DAP manakala PKR dan Pas hanya mengikut sahaja. Melalui pendekatan pemerintahan seumpama itu mampukah seluruh rakyat mendapat pembelaan sewajarnya manakala nasib dan kepentingan orang Melayu akan terbela dan terpelihara?

Sudah pasti tidak! Atas sebab itulah ahli-ahli UMNO perlu memahami pesanan Muhyiddin bahawa mereka perlu yakin bahawa apa yang diperjuangkan adalah satu jihad untuk agama, bangsa dan negara, jihad untuk keadilan dan jihad untuk mempertahankan hak.

Bagaimanapun jihad tersebut tidak akan mampu dilaksanakan jika ahli-ahli UMNO tidak meletakkan kepentingan parti mengatasi segala-galanya.

Justeru dengarlah nasihat Muhyiddin, bahawa pilihan raya nanti adalah pertandingan hidup atau mati dan pilihan raya itu bukan untuk kemenangan diri tetapi adalah parti.

Rakyat terutamanya orang Melayu perlu dinasihatkan supaya tidak terpedaya dengan politik kekuasaan pembangkang dan kononnya Pas mampu menggantikan UMNO.

Sebaliknya mereka perlu diyakinkan hanya UMNO sahaja mampu menjadi tonggak kekuatan politik orang Melayu, hanya UMNO sahaja mempunyai keberanian mempertahankan kepentingan umat Islam di negara ini dan hanya UMNO sahaja yang tidak akan menggadaikan segala-galanya demi meraih kuasa.-UM.

Juragan Malawati

Rabu, 30 November 2011

JANGAN TIKAM DARI BELAKANG DAN JANGAN PULA MAIN BELAKANG!


Ucapan Datuk Seri Najib Tun Razak, PRESIDEN UMNO

1. Berbekal rasa tawadhu’ dan kerendahan hati, Perhimpunan Agung UMNO kali ini ditandai masuknya Tahun Baru Hijrah 1433. Ini bererti, hampir 1380 tahun wafatnya Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW pada 11 Hijrah bersamaan tahun 632 Masihi. Baginda telah kembali ke pangkuan Ilahi. Pergi selamanya meninggalkan kita dengan dua pegangan utama yakni Al-Quran dan Sunnah sebagai suluh sepanjang zaman agar tidak tersasar dalam perjalanan hidup di dunia ini.

2. Menyisir sirah Nabawi, dengan beriktibar daripada rentetannya, Rasul yang agung itu, telah mewariskan kepada tamadun kemanusiaan suatu riwayat kepimpinan penuh berteladan. Baginda telah didokong dan didamping, penuh kemuliaan oleh Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Khalifah Pertama selaku teman setia yang arif berpengalaman, Saidina Umar Al-Khattab, Khalifah Kedua, Al-Faruq yang menjadi perlambangan ketegasan prinsip beragama.

3. Seterusnya, Saidina Uthman Al-Affan, Khalifah Ketiga, hartawan amanah dengan kewarakan dan keperibadian tiada tolok bandingnya, manakala Saidina Ali, Khalifah Keempat, simbol ketokohan golongan muda yang sanggup berkorban apa saja. Dimuliakan wajahnya serta turut digelar sebagai Singa Allah sepertimana Saidina Hamzah.

4. Sayugialah, para cendekiawan dan para pengkaji menyifatkan tali temali perjuangan suci Baginda dalam menegakkan syiar Islam, sebagai penuh berstrategi. Semuanya dipintal dan diikat oleh sifat-sifat mahmudah yang terpuji seperti cinta dan kasih kepada perjuangan, ketaatan, kesetiaan, pengorbanan, keikhlasan, kejujuran, amanah, kuat kerja, tidak putus asa, tabah dan pastinya bertawakal kepada Allah.

Saudara dan Saudari,

5. Menjejaki laluan tersebut, kita mahu terus mencontohi dan mengambil pengajarannya, bagi memperelok dan memperbaiki perjuangan UMNO, yang selama ini turut dipersaksikan oleh perjalanan suka duka, pahit dan manis, selaku sebuah parti penuh berjasa.

6. Tahun ini, UMNO menyambut kelahirannya yang ke-65. Hampir tujuh dekad berjuang sebagai organisasi politik yang menyejarah, mendaging dan mendarah dalam ikhtiar memartabatkan maruah serta mengangkat tinggi kedudukan orang-orang Melayu.

7. Sungguh jauh kita berjalan. Sungguh banyak hitungan masa. Walau dihadap segenap cabaran, walau dilempar segala fitnah, walau diterjah sedemikian banyak taktik jahat lagi kotor, digodam dan dihentam oleh pihak lawan, terbukti kita tidak pernah pudar semangat, tidak akan mengalah, dan, tidak akan mungkin padam cita-cita.

8. Bahkan, derap demi derap, terus menyusun strategi, mengatur langkah demi langkah, mara ke hadapan, menjulang panji-panji bangsa, agama dan Negara.

Saudara dan Saudari,

9. Bersesekali dengan itu jua, saya pohon, marilah kita sama-sama bangun dan berdiri......, bangkit, untuk beri satu penghormatan kepada para pendahulu, kesatria-kesatria UMNO, warga parti yang tidak didendang serta barisan negarawan unggul lagi terbilang yang dilahirkan oleh perjuangan mulia ini. Marilah....., marilah, kita angkat tinggi penghargaan kepada semuanya.

10. Bermula dengan gemulah tokoh-tokoh tersanjung yang telah pulang menyahut panggilan Ilahi seperti Allahyarham Dato’ Onn, Almarhum Tunku Abdul Rahman, Allahyarham Tun Razak, Allahyarham Tun Hussein, Allahyarham Tun Dr. Ismail dan Allahyarham Tun Ghaffar Baba. Begitulah juga tokoh-tokoh yang masih teguh berbakti hingga ke detik ini, seperti Tun Dr. Mahathir, Tun Abdullah Badawi dan Tun Musa Hitam.

Saudara dan Saudari,

11. Khususnya, kalungkanlah penghormatan kita kepada parti bertuah ini, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yakni UMNO yang telah memungkinkan sebuah negara merdeka terbina gagah, ilmu pengetahuan digembur dan disebar luas pada anak-anak, belantara dipugar, sawah ladang diusahakan, hingga laba yang lumayan melimpah-limpah ke kaki halaman.

Saudara dan Saudari,

12. Sememangnya termaktub, ceritera kejayaan Malaysia adalah cerita kejayaan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, yakni UMNO, bersama dengan rakan-rakannya. Parti Perikatan, yang kemudiannya bergelar Barisan Nasional, adalah satu jelmaan dan terjemahan hasil pakatan ikhlas kaum Melayu/Bumiputera beserta kaum-kaum lain di Malaysia.

Berkat pengurusan negara yang begitu cekap, terutamanya di lapangan ekonomi, wajah Malaysia telah berubah daripada sebuah negara pertanian berpendapatan rendah, diawali dengan lebih separuh warganya hidup di bawah paras kemiskinan, kepada sebuah negara perindustrian moden berpendapatan sederhana tinggi, di mana, kurang daripada empat peratus penduduknya berada bawah paras kemiskinan relatif manakala kemiskinan tegar pula hampir berjaya dibasmi.

13. Jika dihalusi, susur galur kejayaan ini, mempunyai bibit-bibitnya dalam prakarsa, perancangan rapi, penggubalan dasar dan pelaksanaan oleh kerajaan yang diterajui UMNO. Dalam kata lain, ia tidak terjadi secara sendiri mahupun dalam vakum atau kelompongan.

14. Lantas, usahlah kita berasa bimbang dan ragu. Malaysia, nyatanya, bukanlah sebuah kisah ditulis parti pemerintah yang gagal. Ia dinukil oleh sebuah parti yang berhak untuk berbesar hati, bahawa, mandat dan kepercayaan diberikan oleh rakyat Malaysia, telah digunakan sebaik-baiknya, demi kebajikan dan kegemilangan pertiwi.

Saudara dan Saudari sekalian,

15. Menghayati ehwal demikian, secara sedar atau tidak, bukan semua parti politik jika membentuk kerajaan akan menghasilkan kejayaan yang sama seperti kita. Lihat saja kepada sejumlah besar negara di dunia, waima, mempunyai pelbagai potensi termasuk sumber asli yang kaya, namun dek sebab kerajaan tidak berkebolehan, sia-sialah segala faktor dimiliki, malah akhirnya mereka menjadi negara yang gagal.

Saudara dan Saudari,

16. Pada perhimpunan tahun lepas, saya telah bercakap dan membicarakan dari sudut falsafah dan asal usulnya, siapakah itu Melayu. Kita dah dengar bahawa antara terhitung dalam kelompok Melayu adalah Bugis, Minang, Arab, Muallaf, serta berpuluh suku kaum di Sabah dan Sarawak. Hatta Mamak dan Malbari pun dah serap jadi Melayu. Celah-celah itu, ketiga-tiga Naib Presiden kita tampaknya terdiri daripada Jawa, Turki dan Bajau Laut atau lanun. Saya kata takpalah, yang penting semua kira Melayu…

17. Jadinya, pada perhimpunan kali ini, setelah saya belek-belek dan saya kaji-kaji pengalaman secara aktif selama 35 tahun dalam parti, bersempena pula UMNO sudah menjangkau satu umur yang sangat dewasa, berpengalaman dan matang yakni 65 tahun, elok rasanya kalau dikupas pula siapakah dan apakah ertinya menjadi orang UMNO.

18. Maksud saya, bilamana memperkatakan tentang parti, kita semua, sebenarnya, tidak cukup sekadar didefinisikan sebagai ahli UMNO. Sebaliknya, kita perlu menjadi orang UMNO. Makna kata, orang UMNO yang tergambar dan terpamer perwatakannya melalui tindak tanduk serta sistem nilai yang dipegang.

Saudara dan Saudari,

TAAT DAN SETIA

19. Pertama sekali, orang UMNO itu adalah, orang yang taat dan setia kepada parti. Orang UMNO tidak akan sekali-sekali mengkhianati parti.

20. Kita faham, adalah lumrah dalam sesebuah parti, mesti timbul perbezaan pendapat. Apa yang penting, kelainan pandangan itu, seharusnya membawa rahmat dan bukannya mengundang mudarat.

21. Dalam berijtihad pula, orang UMNO harus mencipta kebaikan untuk parti. Mengambil mufaham pengertian setia dan taat melalui syura dan musyawarah seperti difirmankan dengan indahnya pada helaian Surah An-Nisa’, apabila sesuatu keputusan telah dibuat, jika tidak menyalahi syariat, maka wajiblah ditaati.

22. Contohnya, kita mahu pengikut seperti Khalid al-Walid yang taat mengundur diri sebagai Panglima perang apabila diarahkan oleh Khalifah dan hanya ikut serta sebagai soldadu biasa. Sekalipun sedang berada dikemuncak karier, menurut sejarahnya tidak pernah kalah perang.

23. Seterusnya, Usamah bin Zaid, seorang anak muda belasan tahun yang setia menurut arahan mengepalai pasukan tentera Islam walaupun bukanlah seorang panglima yang berpengalaman di medan perang.Inilah dia, watak, dan keperibadian pejuang sejati yang kita inginkan dalam susuk diri orang-orang UMNO.

24. Bercakap tentang taat setia juga, kita tak mau, bila depan kita disuruh angguk, dia angguk, disuruh geleng, dia geleng. Tapi di belakang lain pulak halnya. Jangan tikam dari belakang dan jangan pula main belakang. Bak kata pepatah, janganlah telunjuk saja lurus tetapi kelingking berkait.

Saudara dan Saudari,

CINTA DAN KASIH

25. Adapun nilai kedua orang UMNO itu adalah, orang yang cinta dan kasih kepada perjuangan parti. Seperti dimadah oleh Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, dalam lagunya… itulah kasih mesra, sejati dan mulia.

26. Dalam hal ini, apabila ada rasa cinta dan kasih kepada parti, orang UMNO itu juga adalah, orang yang tidak takut dan tidak gentar menyuarakan pendapat serta mendengar pula pendapat orang lain demi kebaikan parti.

27. Ajaran agama dan pujangga melorongkan pedoman, perkatakanlah yang benar kerana kebenaran itu isi dan makanannya sejarah, tidak akan patah dipukul zaman. Bersesuaian dengan nilai kesetiaan, bila kuat hawa kasihnya kepada parti, orang UMNO wajib membela dan mempertahankan parti, selagi hayat dikandung badan.

28. Seperkara utama lagi adalah, cerdik pandai berfatwa, tak kenal maka tak cinta. Lantaran, untuk mencintai parti, orang UMNO wajar kenal sejarah parti, samada yang tersurat, mahupun yang tersirat. Begitulah, seharusnya menjiwai prinsip serta falsafah perjuangannya.

29. Pendek kata, orang UMNO harus melihat parti sebagai satu-satunya wadah yang mampu membela untung nasib orang Melayu. Dalam berusaha pula, sebagai tanda kasih, orang UMNO sewajibnya bersemangat dan tidak sesekali mengecewakan parti yang dicintai.

30. Meluncur topik cinta dalam berorganisasi, orang UMNO wajib ada cinta yang satu sahaja kepada parti, tidak boleh cinta poligami, tidak boleh cinta berbelah bagi atau kata orang Indonesia berbagi cinta…tak mungkin Pak...engga’ bisa Pak…

Saudara dan Saudari,

BERKHIDMAT TANPA JEMU DAN BERKORBAN

31. Orang UMNO itu adalah orang yang sanggup berkhidmat tanpa jemu dan sanggup berkorban. Pengorbanan adalah satu sifat yang harus bersebati dalam diri orang UMNO. Bersandarkan prinsip persalingan, orang UMNO harus menunjukkan keikhlasan berkhidmat kepada rakyat.

32. Beringatlah bahawa, rakyat sedang memerhati kita. Kata orang, rakyat itu sentiasa merasa, mendengar dan mengadili, biar betapapun senyap suara mereka, biar betapapun jua diam gerak geri mereka.

33. Di sudut lain, sambil menghadam peradaban Melayu, orang UMNO perlu bermuhasabah ke dalam diri masing-masing. Masih wujudkah semangat Tun Tuah di sanubari? Masih bergemakah kekentalan jiwa Tun Fatimah?

34. Mahu tidak mahu, orang UMNO harus berusaha tanpa jemu. Biar berdepan apa pun cabaran, pastikan UMNO menang, biar dilintang apapun dugaan, orang UMNO mesti terus berdamping dengan rakyat. Sedarlah kita bahawa, dalam sistem demokrasi, tidak ada tempat kedua. Kita wajib jadi juara.

Kesimpulannya, kemuncak pengorbanan adalah menjunjung kepentingan dan maruah parti, bukannya kepentingan dan maruah peribadi.

Juragan Malawati