UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Isnin, 29 April 2013

PRU13: Najib selesaikan penantian 12 tahun pembeli rumah Alam Perdana!


KUALA SELANGOR: Perdana ,Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyerahkan kunci rumah kepada pembeli rumah pangsa kos rendah Bandar Alam Perdana di Ijok, dan sekali gus menyelesaikan masalah penantian 12 tahun mereka untuk akhirnya memiliki rumah sendiri.

Simbolik penyerahan replika kunci rumah kepada 10 wakil pembeli itu pada satu majlis hari ini memberi erti yang amat besar kepada mereka kerana projek yang terbengkalai itu diselamatkan oleh Barisan Nasional (BN) melalui Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).


Projek perumahan kos rendah di Alam Perdana yang terbengkalai itu terdiri daripada 2,500 unit rumah, yang berkeluasan lantai, 650 kaki persegi di atas tapak seluas 20 hektar di sini.

Projek yang terbengkalai sejak 2002 itu, akhirnya mendapat sijil layak menduduki pada 27 Disember lalu setelah disiapkan oleh kontraktor yang dilantik SPNB, Medallion Builders Sdn Bhd.



Najib semasa berucap di majlis penyerahan kunci itu berkata projek itu diselamatkan oleh BN menerusi SPNB dengan peruntukan Kementerian Kewangan berjumlah RM200 juta.

Sungguhpun projek ini diambilalih oleh SPNB, ia lewat setahun untuk disiapkan kerana kerajaan Selangor di bawah pakatan pembangkang tidak memberikan kerjasama kepada SPNB.

Ikutilah apa yang dikatakan oleh :

DATUK IR IDRIS HARON / PENGERUSI SPNB
Nak masuk rumah dah kerajaan negeri Selangor tak nak urus pengambilalihan tanah dan tak nak lepas CF. Apa maknanya? Maknanya pilihanraya nanti MB dan exco perumahan baru nak sampaikan CF jadi ada niat politik.

Bagi pembeli, mereka rata-rata golongan berpendapatan rendah. Selain isu tanah yang melewatkan penyerahan kunci, penduduk juga mendakwa dikenakan bayaran tambahan oleh kerajaan negeri.

AMIRUDDIN ABDULLAH / PENGERUSI JAWATANKUASA BERTINDAK PEMBELI BANDAR ALAM PERDANA
Kenapa kerajaan negeri Selangor masih nak kutip 2 ribu dari setiap rumah sebagai kos tambahan SPNB tak nak kutip kos tambahan selain kos asal itu di sini saya minta siasatan kes ini kerana jejas ekonomi orang berpendapatan rendah.


Selain projek Bandar Alam Perdana, di Selangor SPNB mempunyai 15 projek yang babitkan 6,024 unit rumah sedang dan telah dibina.
SPNB menerima peruntukkan awalan dana khas dalam Tabung Pemulihan Perumahan Terbengkalai.

Ia diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak melalui Pakej Rangsangan Ekonomi 1 Dan 2. Dana Pakej Rangsangan 1 dan 2 bernilai RM430 juta.

Juragan Malawati..

Ahad, 28 April 2013

PRU13: BN janji selesai isu pengangkutan awam di Kuala Selangor, jika diberi mandat!

Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan penduduk semasa hadir bagi merasmikan bangunan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Bestari Jaya di Kuala Selangor hari ini.

Masalah pengangkutan awam di kawasan Kuala Selangor akan diselesaikan sekiranya Barisan Nasional (BN) mendapat mandat daripada rakyat Selangor untuk mentadbir negeri ini pada pilihan raya umum 5 Mei ini.

Itu antara aku janji tambahan yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di hadapan kira-kira 3,000 warga Ijok yang menyambut kedatangan beliau di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Bestari Jaya, di sini hari ini.

"Kita akan selesaikan masalah pengangkutan awam antara Bestari Jaya ke Kuala Selangor dan Bestari Jaya ke Tanjong Karang," katanya disambut tepukan gemuruh daripada rakyat yang hadir.

Turut hadir Penyelaras BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed, calon BN di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok, K. Parthiban dan calon BN Parlimen Kuala Selangor Datuk Irmohizam Ibrahim.

Bagi SJKT Bestari Jaya, Najib turut mengumumkan bantuan dana untuk pembinaan dewan bagi sekolah tersebut. Beliau bagaimanapun tidak menyatakan jumlahnya.

Najib berkata, BN berjanji menyelesaikan isu penduduk di tanah rezab Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Bukit Badong jika diberi mandat menubuhkan kerajaan negeri.

Bagi kawasan parlimen Kuala Selangor pula, aku janji tambahan BN merangkumi pembinaan hospital di Puncak Alam dan pembinaan 2,000 rumah mampu milik di Kuala Selangor, umum Najib yang juga Pengerusi BN Selangor.

Terdahulu ketika merasmikan bangunan tambahan SJKT Bestari Jaya, Najib berkata ia merupakan satu lagi janji ditepati kerajaan BN.

Pembinaan bangunan tambahan itu dijanjikan BN pada pilihan raya kecil Ijok pada 2007.

"Hari ini juga menggambarkan usaha untuk membantu dan membela rakyat Malaysia secara inklusif dan komprehensif...terbukti usaha kita menunjukkan hasil yang boleh dibanggakan," katanya. Najib berkata BN berjanji menyelesaikan isu penduduk di tanah rezab Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Bukit Badong jika diberi mandat menubuhkan kerajaan negeri.

Bagi kawasan parlimen Kuala Selangor pula, aku janji tambahan BN merangkumi pembinaan hospital di Puncak Alam dan pembinaan 2,000 rumah mampu milik di Kuala Selangor, umum Najib yang juga Pengerusi BN Selangor.

Terdahulu ketika merasmikan bangunan tambahan SJKT Bestari Jaya, Najib berkata ia merupakan satu lagi janji ditepati kerajaan BN.

Pembinaan bangunan tambahan itu dijanjikan BN pada pilihan raya kecil Ijok pada 2007.

"Hari ini juga menggambarkan usaha untuk membantu dan membela rakyat Malaysia secara inklusif dan komprehensif...terbukti usaha kita menunjukkan hasil yang boleh dibanggakan," katanya.

Juragan Malawati..

Sabtu, 27 April 2013

PRU -13 : Husam..Husam..!!! Jaga Kandang Kambing Pun Tak Mampu, Ada Hati Pulak Nak Jaga Putrajaya?


INTIPATI PETIKAN CERAMAH TUN MAHATHIR DI PUTRAJAYA.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir mengesa pengundi di Putrajaya agar memastikan calon Pas, Datuk Husam Musa kalah teruk pada Pilihan Raya Umum ke-13.

"Saya datang sebab saya tak mahu Putrajaya jatuh kepada orang yang tak sepatutnya, tentukan Husam dikalahkan dengan teruk sekali. Apakah sumbangan Husam, Nik Aziz, Pas kepada Putrajaya? Orang buat elok-elok baru bak balaih.

Kita tak boleh percaya orang macam ini," kata Dr. Mahathir dalam ceramahnya di Presint 9 hari ini.

"Balik betulkan Kelantan. Kalau dah berjaya di Kelantan, minta izin dengan kita supaya boleh bekerja di Putrajaya. Kalau dia nak jual goreng pisang pun saya benar. Itu latihan yang terbaik untuk jadi PM. Bagi kuali, minyak kelapa dah pandai barulah jadi PM."

"Sebelum daripada itu duduk diam-diamlah di Kelantan, itu tempat kamu. Betulkan dulu tempat kamu. Tiru presint-presint di Putrajaya ini. Buat pejabat-pejabat dan rumah yang baik di Kelantan, selepas itu baru boleh minta kerja di Putrajaya. Sikit demi sikit boleh naik pangkat," tegas beliau.

Dr. Mahathir yakin penduduk Putarajaya akan mengekalkan pentadbiran Putrajaya di bawah kerajaan yang bersih, cekap dan amanah. Saya diberitahu Husam datang ke sini untuk bertanding. Semalam Nik Aziz datang ke sini. Saya sedih mereka yang dianggap ulama kerap berbohong.

Husam ini dihantar ke sini kerana percaya saya akan bertanding di Putrajaya. Semua orang tahu saya sudah bersara. Saya tidak mahu bertanding. Seluruh dunia tahu saya tidak berniat untuk bertanding.


Ini alasan untuk Husam bertanding di sini. Ini satu lagi penipuan yang datang daripada mulut orang bergelar ulama, mulut berbohong. Kononnya Pas itu Islam, Islam itu Pas. Maka tempat tak ada Pas tidak adalah Islam. Apakah 1.6 bilion orang Islam sudah tidak Islam? Sudah jadi kafir?

Niat Nik Aziz kafirkan semua orang Islam supaya dia seorang Islam. Ini sikap bongkak. Apa hak dia nak kafirkan orang UMNO? Tanpa usul periksa dia dengan mudah menuduh orang UMNO kafir.

Saya dilahir sebagai Islam membesar sebagai Islam. Saya sembahyang, puasa, zakat, menunaikan haji dan umrah. Kalau dia nak tanya saya sembah selain Allah, kalau saya kata ya. maka saya kafirlah. Dia tak tanya pun.

Ini satu kezaliman. Islam melarang kira melakukan zalim. Al-Quran menyuruh kita menghakimi dengan adil. Adilkan kaki pembohong ini, kononya senbahyang orang UMNO tak dapat pahala? Dia pergi sembahyang pun di masjid dibuat UMNO.

Putrajaya kononnya meniru orang asing sebab ada perkataan presint. Dia ada manifesto. Manifesto tu cakap Melayu ke? Dia tak tiru orang asing. Sebab tu jalan-jalan di Kelantan tidak ada tar. Kita yang bubuh tar. Dia tak pernah tengok kot orang bubub tar atas jalan.

Kita dirikan Putrajaya kerana Kuala Lumpur begitu sesak untuk pegawai kerajaan menjalankan pentadbiran negara. Kita awal-awal sedar. Nik aziz tak kata apa. Pas tak kata apa. Kita sedar kesesakan akan datang. Itu persedian memindahkan pegawai-pegawai di kawasan yang baik.

Kalau tak ada Putarjaya KL tak boleh bergerak. Kerata banyak sebab orang banyak duit. Pegawai kerajaan gaji dinaikan berkali-kali. Masa saya dulu tak naik gaji. Itulah nikmat diterima. Kita bangga orang mengunakan kereta dan banyak. Walaupun kononnya harga kereta mahal.

Pembangkang nak turun kereta sehingga RM20 ribu. Ada kereta di Malaysia harga begitu. dah ada. Kereta edar ada. Pi la beli. Nak kereta besar harga RM25,000. Bila harga murah banyak kereta atas jalan sehingga kereta tidak bergerak. Inilah orang yang tak buat kira-kira.

Pada tahun 1981 lagi kita tahu bahawa kesesakan akan berlaku di KL. Justeru kita bina Putrajaya.

Mereka kata membazir duit kerajaan. Nik aziz kata nak lelong Putrajayam Saya dah beli loceng supaya dia duduk depan masjid agar dia lelong masjid. Sekarang tak mahu lelong. Sekarang nak mai nak dirikan kerajaan. Putrajaya bukan untuk Nik Aziz, Hadi dan sudah tentu bukan untuk Anwar.

Anwar sudah tidak ada modal.

Baru ni buat ucapan minta saya mati. Inilah kempen PKR. Itu bukan kuasa dia, kuasa tuhan. Niat buruk. Dia bolen niat, yang tentukan bukan Anwar . Dia boleh pergi ke mahkamah minta saya mati cepat. Putrajaya bukan pembaziran ia kemudahan untuk negara yang kian maju. Kenapa Malaysia kian maju?

Kerana Pas? Tengok Kelantan serambi Mekah. Malu kita, air dia tak boleh minun. Inikah Serambi Mekah. Janganlah menjatuhkan maruah Mekah. Banyak orang Arab Islam datang ke Malaysia sebab dengar Malaysia sudah maju. Negara contoh bagi negara Islam di dunia. Apakah mereka pergi ke Kelantan? Mereka datang ke KL, Putrajaya. Kagum bagaimana negara yang diperintah orang Islam dapat membangunkan.

Orang Kelantan nak dapat pekerjaan sampai mati kebuluran. Sebab itu mereka berhijrah ke negeri lain yang diperintah BN.

Kenapa tidak di Kelantan? Tak ada peluang kerja sebab kerajaan Pas tidak tahu mewujudkan pelung kerja. Pemerintahaan di Kelantan yang mundur salah kumpulan yang kononnya tuan guru, tetapi banyak berbohong, fatwa bohing. Saya ingat dia dah nyanyuk.

Saya ni umur 87. Dia 82 nak berdiri tak boleh, tapi nak bertanding sampai bila-bila. Suruh kita tukar, tukarlah diri kau dulu.

Saya dengar kononnya calon Pas,Husam nak berdebat dengan saya. Siapa dia Husam? Umur saya dengan dia, dia masih lagi budak-budak berdebatlab dengan kawan-kawan kau yang sama umur. Jangan cabar-cabar, nak jawab saya pun tak boleh.

Kita telah bangunkan Putrajaya bagi pemerintahan negara. Ramai yang mahu meniru, membina bandar-bandar pentadbiran. Bukan kita tiru orang. Orang tiru kita. Dulu Singapura takda F1 dia tiru kita. Semua kita buat orang tiru.

Kelantan nak tiru kita tapi ta mampu. Besar niat nak jadi kerajaan Federal. Perintah Kelantan baik-baik barulah ada angan-angan nak perintah. Bagi 5 tahun di Kedah tak ada apa-apa di Kedah. Cakap sahaja tapi tak buat apa-apa. Berkelahi sesama mereka.

Yang mula buat Pakatan ialah Anwar dia mahu jadi PM. Penipu besar. Hadi pun nak jadi PM. Anwar kaki tipu. Dia tipu saya. Saya nampak dia warak boleh jadi imam. Khutbah dalam mesjid. Kita ingat betullah dia baik.

Masuk UMNO boleh bawa unsur Islam. Saya pun bodoh sikit. Saya nampak permukaan sahaja. Nampak jangut sikit. Kaki penipu besar. Dia sepatutnya masuk Pas. Cakap macam Pas. Kawan dengan Fadhil. 1982 saya dapat makluma Anwar nak masuk UMNO, saya teruja jugak, bagus. Saya terima, 10 tahun kemudian baru saya sedar kalau dia masuk Pas tak boleh jadi PM. Yang biasa jadi PM ialah UMNO. Kalau masuk Pas tak adalah peluang.

Masa Anwar jadi TPM, dia tunggu bila saya nak letak jawatan dia tunggu. Saya sakit bedah jantung dan sihat. Dia dok tunggu bila saya nak pi. Dia cucuk orang-orang dia kata saya ada kroni. Selain nak jadi PM, dia ada niat lain yang kita tak boleh benarkan. Orang macam ni tak boleh jadi PM. Bilik PM tu besar. Ada pegawai-pegawai masuk. Pegawai muda, saya takut apa akan jadi pada pegawai dia. Driver dia pun tak selamat. Ada pegawai-pegawai yang comel. Bukan sahaja wanita, lelaki pun ada. Kalau dia jadi PM habis rosak. Sebab tu saya tanya kawan dalam UMNO dan mereka kata buang sahaja Anwar.

Inilah Anwar yang mahu saya mati. Cari la jalan lain. Ada cara lain. Ini niat tak baik. Inilah orang yang bercita-cita nak jadi PM. Nak jadi PM tak perlu berhempas pulas pun boleh jadi PM. Tunku pun tak tahu. Tiba-tiba jadi Presiden UMNO dan jadi PM.

Saya pun tak ada harapan nak jadi PM. Fikirkanlah, saya dulu jual goreng pisang. Tak mungkin jadi PM tapi akhirnya jadi. Ini dia hentam semua orang, sebab nak jadi PM. Orang seperti ini tidak layak jadi PM. Masa dia jadi TPM rosak semua. Ini satu-satunya orang yang gila-gila nak jadi PM.

Saya tahu rata-rata penduduk Putarajaya mahu kekalkan tempat ini ditadbir oleh kerajaan yang bersih, cekap dan amanah.- Utusan Online

Juragan Malawati..

Khamis, 25 April 2013

PRU -13 : Jangan lupa apa pembangkang telah lakukan...?


Semua pengundi sudah dimaklumkan siapa lawan siapa dalam merebut kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri di kawasan masing-masing. Selepas penamaan calon sebelah pagi Sabtu lalu, maka bermula secara rasmi kempen parti-parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Perang kempen calon berlarutan selama 15 hari dengan penamatnya pada 5 Mei ini. Pelbagai strategi dan pendekatan perang akan digunakan untuk memenangi hati pengundi.

Namun perkara yang paling dibimbangi ialah penggunaan strategi halus dan taktik kotor untuk memperdaya fikiran dan keputusan pengundi. Watak dan sikap itu boleh dilihat apabila calon-calon yang sebelum ini mengetuai tunjuk perasaan dan mendakwa serangan di Lahad Datu, Sabah awal Mac lalu sebagai konspirasi UMNO, mahukan kempen berjalan dengan bersih.

Calon, penyokong dan jentera pilihan raya parti-parti politik akan memancing undi dengan apa cara pun. Kalau taktik itu boleh meyakinkan pengundi dan menolak calon lawan, maka cara itulah akan digunakan.

Antaranya kata seorang rakan yang juga Timbalan Presiden Kelab Belia Nusantara, Abu Bakar Jalal, dalam ceramah-ceramah pakatan selepas penamaan calon baru-baru ini, mereka dilihat terus memainkan isu-isu pendidikan dengan mengatakan dasar pendidikan negara kerap berubah-ubah.

Tindakan Menteri Pelajaran itu berdasarkan maklum balas orang ramai yang telah dijalankan melalui road show Pelan Pembangunan Pendidikan Negara di seluruh negara tahun lepas serta penerimaan memorandum beberapa NGO dan daripada pihak-pihak yang berkepentingan. Bukannya tindakan sesuka hati atau melulu.


Ramai tokoh pembangkang yang terpelajar dan daripada kalangan profesional berkelulusan dari universiti dalam mahupun luar negara juga adalah bukti keberkesanan dasar pendidikan negara sejak merdeka," kata Abu Bakar yang juga penganalisis hubungan antarabangsa dan sejarah itu.

Selain daripada isu pendidikan, parti pembangkang juga berusaha mengaburi pemikiran rakyat dengan pembohongan sebagai taktik menjatuhkan BN. Menjelang hari pengundian, cuba tanya pengundi, siapa yang tidak menerima risalah dan surat cinta daripada Anwar Ibrahim dan Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ramai yang sudah menerima kiriman surat mengandungi propaganda bahan kempen PKR dan Pas yang dipos ke rumah- rumah.

Dengan tema “Siapa sebenarnya pemimpin rakyat?" antara Anwar dan Datuk Seri Najib Tun Razak, risalah itu cuba mengetengah kehebatan diri Anwar - baik tentang latar belakang mereka berdua, dasar ekonomi, rasuah dan hubungan antarabangsa. Apa yang dijanjikan dan dilaksanakan oleh Najib kepada rakyat Malaysia langsung dinafikan, yang didedahkan hanya fitnah.

Memang pilihan yang lebih baik untuk rakyat sudah jelas iaitu bukan Anwar.

Begitu juga dengan surat yang ditandatangani oleh Nik Aziz. Kepada pengundi, mesej ayat-ayat merayu oleh Tok Guru itu dan dakwaan kerajaan BN yang dipimpin Najib semua tak betul. Tindak-tanduk yang kerajaan ambil menzalimi rakyat. Itu sahaja gambaran yang diberi supaya pengundi percaya.

Tanpa rasa malu Nik Aziz mengajak pengundi melihat Kelantan yang sudah 23 tahun di bawah Pas. Entah dari mana pengiktirafan diterima yang mengatakan Kelantan, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang negeri yang berprestasi cemerlang.

Di atas fakta mana Nik Aziz mengatakan hak rakyat dirampas, keselamatan rakyat terancam angkara jenayah yang menular, tekanan hidup yang memuncak dan pemberian hak kerakyatan secara berleluasa. Memang senang buat tuduhan dan fitnah kerana mahu orang percaya pada kata-katanya.


Dengan slogan “"Ini kalilah" Nik Aziz minta pengundi menyumbang kepada misi Pas untuk melakukan perubahan di Putrajaya. Entah berapa banyak “Ini kalilah" Pas Kelantan hendak pengundi menyokongnya setelah lebih dua dekad memerintah negeri itu. Kalau ada perubahan di negeri yang dipimpin Nik Aziz itu pun bukan usaha Pas tetapi bantuan daripada Kerajaan Pusat.

Catatan pada kain-kain rentang kempen pilihan raya pembangkang pun menggunakan taktik memujuk yang menyeru pengundi mengambil wang Bantuan Rakyat 1Malaysia yang diberi oleh BN tetapi undi beri kepada mereka.

Tanpa rasa muka tebal, apa sahaja pemberian atas nama 1Malaysia mahu dikautnya tetapi janji-janji pembangkang sendiri kepada pengundi tidak pula dipedulikan sama ada hendak ditunaikan ataupun tidak.

Hakikatnya pengundi tahun 2008 dengan pengundi 2013 adalah orang yang sama ditipu oleh pembangkang dan ditambah pengundi baharu. Apa pun, pengundi lama telah menerima pengajaran dan pengundi baharu dapat melihat sendiri corak pentadbiran negeri di bawah pakatan pembangkang.

Pengundi sudah celik. Mereka boleh melihat dan berfikir dengan sebijak-bijaknya tentang kebenaran berdasarkan fakta.

Jadi tunggulah 5 Mei ini.

Juragan Malawati..

Rabu, 24 April 2013

PRU -13 : Kempen calon BN di Parlimen dan DUN Kuala Selangor..!!!


Di pekan Ijok, Kuala Selangor kelmarin kempen PKR agak hambar. Di kawasan perumahan dekat situ, calon kerusi DUN BN, K.R Parthiban yang belum pun melepasi rumah yang jaraknya dalam 50 meter dari dia berdiri, tiga keluarga Cina sudah siap terpacul di depan pagar menunggu kedatangannya.

Seolah-olah macam hero filem Tamil pula gaya Parthiban dinanti si gadis. Rakan Parthiban, muka baharu untuk kerusi Parlimennya, Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim, 37, pula kerap dilihat berlari-lari anak di tapak pasar malam perumahan itu, sambil memperkenalkan dirinya dan beramah mesra.

Beliau yang diiringi isteri Sushulayanti Sumadi nampak begitu bersungguh-sungguh dan serius. Begitu bekerja keras beliau untuk memastikan bukan sahaja dirinya dikenali tetapi yang utama katanya, kerja keras yang dilakukan Kerajaan Pusat dalam empat tahun ini, benar-benar tersemat dan dijiwai oleh pengundi.


"Saya kena jumpa lebih ramai pengundi, jadual memang padat tapi inilah tanggungjawab besarnya apabila kita jadi calon BN," katanya.

Beberapa meter dari tempat Irmohizam berkempen, kelihatan saingan Partiban dari PKR, Dr. Idris Ahmad yang sekadar memerhati di hujung tapak pasar malam sambil mengedarkan manifesto PKR.

Apa yang pelik, jentera PKR yang dibawa Idris bukan dari kawasan situ sebaliknya datang dari Cabang PKR Segambut. Ini berdasarkan tulisan yang tertera pada baju mereka.

Di DUN Bukit Malawati pula, lain ceritanya. Cara calon BN di situ, Jakiran Jacomah, 61, berceramah siap dengan aksi gaya tangannya menunjuk ke arah sana sini. Nada yang diluahkannya pun begitu bertenaga. Tapi ini tidak menghairankan kerana beliau adalah salah seorang anggota jawatankuasa pengadil bola sepak di Parlimen Kuala Selangor.


"Saya dah 40 tahun berjuang dalam UMNO, dari era Tan Sri Abu Hassan Omar (bekas MB Selangor) hinggalah saya dipilih menggalas cabaran BN dalam PRU-13.

"Maaf, terbawa-bawa persis pengadil, tapi saya fikir ini positif untuk pengundi, yang menampakkan saya ini memang nak tolong selesaikan masalah mereka," katanya kepada pemberita.

Juragan Malawati..

Selasa, 23 April 2013

PRU -13 : Tamatkan sengsara 5 tahun di Selangor?


Penduduk Selangor yang dianiaya kerajaan negeri pakatan pembangkang sejak lima tahun lalu, perlu menggunakan kuasa di tangan mereka untuk melakukan perubahan pada 5 Mei ini.

Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan Selangor bukan saja gagal mengatasi masalah bekalan air bersih berikutan keengganan meluluskan projek Loji Rawatan Air Langat 2, malah tidak mampu mengatasi isu pungutan sampah yang menjejaskan kehidupan rakyat.

Ikrar Najib

Sehubungan itu, Perdana Menteri berikrar keutamaan pertama kerajaan Barisan Nasional (BN) apabila merampas semula Selangor pada PRU-13, ialah menjamin bekalan air berterusan untuk keperluan rakyat dan pembangunan negeri itu.


Mereka utamakan mengambil alih syarikat (konsesi) air, tidak mementingkan cara menyelesaikan masalah air untuk rakyat Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Saya amat gembira kerana hari ini saya sampai di Gombak Setia ini. Saya kagum melihat suasana dan sambutan rakyat di kawasan ini kepada BN. Kita sudah serik dengan janji kosong pembangkang. Banyak janjinya hanya bohong, katanya.

Najib berucap pada program tinjauan mesra di premis perniagaan Taman Greenwood dalam kawasan DUN Gombak Setia, di sini dan pada program turun padang dan tinjauan mesra di DUN Seri Muda, Parlimen Kota Raja, Shah Alam, semalam.

BN bawa harapan

Najib yang ditemani anaknya, Norashman Razak dan Nooryana Najwa hadir di Taman Greenwood dengan menaiki bas BN tertera slogan Menepati Janji, Membawa Harapan selepas melakukan tinjauan mesra di Bandar Baru Selayang.


Di Bandar Baru Selayang, Perdana Menteri disambut calon kerusi Parlimen Selayang, Datuk Donald Lim Siang Chai, calon DUN Kuang, Abdul Shukur Idrus; calon DUN Rawang, Lee Li Yew; calon DUN Taman Templer, Datuk Seri Subahan Kamal dan kira-kira 2,000 penduduk.

Najib yang juga Pengerusi BN Selangor kelihatan ceria dan meluangkan kira-kira setengah jam beramah mesra dengan masyarakat sebelum menikmati sarapan nasi lemak kukus, puyuh goreng dan teh o bersama orang ramai di Restoran Rumpun Selera.

Ketika mengadakan tinjauan mesra di Taman Melawati, Hulu Klang, Najib bangga dengan semangat tinggi jentera BN Selangor. Beliau meluangkan kira-kira setengah jam menikmati nasi ayam di gerai Melawati Nasi Ayam Hainan Singapore bersama penduduk.

Dalam ucapannya di Seri Muda, Najib berkata bekalan air berterusan amat penting untuk Selangor dan masa depan negara. Di Selangor dan Lembah Klang, 60 peratus daripada GDP (Keluaran Dalam Negara Kasar) negara berada di kawasan ini, katanya.

Sebelum itu Najib menunaikan solat Asar berjemaah di Masjid Al-Falah di Taman Sri Muda, Shah Alam. Perdana Menteri turut turun padang ke kawasan Parlimen Subang dan memperkenalkan calon BN, A Prakash Rao.

Juragan Malawati...

Isnin, 22 April 2013

PRU-13: Hendak minum petang bersama Anwar, Aziz Bari kena bayar RM20!


SABAK BERNAM : Penganjur majlis Hi-Tea bersama penasihat umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen Sabak Bernam di Parit 3, Banat, Sungai Manis di sini petang ini meminta orang ramai yang hadir membeli kupon RM20 untuk menyertai majlis itu.

Ada antara petugas itu turut merayu pihak media membeli kupon berkenaan atas alasan untuk mengutip dana bagi calon kawasan itu yang bertanding pada pilihan raya umum ke-13, pada 5 Mei ini.

Calon Parlimen Sabak Bernam Dr Abdul Aziz Bari dari PKR, turut hadir.

Sebaik majlis bermula, pihak penganjur membuat pengumuman bahawa sesiapa yang tidak membayar kupon RM20 tidak dibenarkan duduk di meja bulat serta memaklumkan kupon mereka yang hadir di situ akan disemak.

Berikutan itu tidak semua penduduk yang hadir membayar kupon, sebaliknya sanggup berdiri dan bersandar di kenderaan masing-masing.

Hanya sebahagian sahaja daripada 1,000 kerusi dan meja yang disediakan dipenuhi manakala yang lain hanya mengambil kerusi tambahan dan duduk di luar khemah.

Pihak penganjur juga didapati hanya menyediakan beberapa jenis kuih dan minuman yang nilainya dikatakan tidak setimbal harga kupon yang dibayar.

Sementara itu, Anwar dalam ucapannya mengulangi janji untuk menurunkan harga minyak dan menghapuskan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pada bulan depan.

Beliau turut mendakwa kononnya BN Selangor sudah ketandusan modal kerana hanya mampu menciplak manifesto pakatan pembangkang berhubung pemberian air percuma di Selangor. - BERNAMA

Juragan Malawati..

Ahad, 21 April 2013

Senarai calon BN di kerusi Parlimen dan DUN Kuala Selangor.

P96 KUALA SELANGOR : Dato' Haji Irmohizam Haji Ibrahim

N12 JERAM : Dato' Amiruddin bin Setro

N10 BUKIT MELAWATI : Saudara Jakiran Jacomah

N11 IJOK : Cikgu K.R.Parthiban

Calon Dewan Undangan Negeri, N12 Jeram, Amiruddin Setro bersalaman dengan penyokongnya selepas menyerahkan borang pencalonan di Stadium Kuala Selangor, di sini semalam.

Calon N10 Bukit Melawati, Jakiran Jacomah memeluk penyokongnya selepas menyerahkan borang pencalonan di Stadium Kuala Selangor, di sini semalam.

Dato' Haji Irmohizam Haji Ibrahim, Jakiran Jacomah, Dato' Amiruddin bin Setro dan Cikgu K.R.Parthiban adalah calon yang telah dipilih untuk menerajui kepimpinan baru Barisan Nasional Kuala Selangor dan mereka adalah calon yang layak mengikut kebolehan masing-masing.

Spekulasi mengenai sabotaj-mensabotaj calon di Kuala Selangor tidak wujud dan ini dibuktikan apabila semua kepimpinan dan ahli UMNO bahagian dan cawangan sama-sama meraikan calon dan mendengar amanat dari mereka untuk menghadapi PRU kali ini.

Tahniah dan terima kasih kepada semua pejuang-pejuang parti keramat UMNO dan pejuang dari komponen parti Barisan Nasional yang mempunyai semangat juang yang tinggi dan sanggup mengenepikan perselisihan dan perbezaan pendapat semata-mata untuk memberikan kemenangan yang besar kepada Barisan Nasional. Dengan adanya sokongan padu daripada akar umbi seperti ini sudah pastinya mengerunkan pihak lawan dan memberikan semangat kepada semua yang akan berjuang dalam pilihanraya ini nanti.


SAYANGI SELANGOR, YAKINI BN 

Juragan Malawati..

Sabtu, 20 April 2013

PRU- 13 : Dato Noh Omar Lawan Herman Tino !


TANJUNG KARANG – Penyanyi 80-an, Herman Tino bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Tanjung Karang, sekali gus bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru dengan BN dan PAS.

Calon BN pada parlimen itu ialah Datuk Seri Noh Omar. Yang pasti anak jati Tanjung Karang yang terkenal dengan lagu dangdut dan lagu jawa Ojo Kesandung itu, menambahkan lagi ‘koleksi’ penyanyi yang masuk bertanding dalam PRU-13 selepas Aishah dan Dayangku Intan.

Pada November 1989, Herman pernah mencetuskan kontroversi apabila dia mengambil keputusan berjalan kaki dari Rawang ke Ipoh, Perak untuk majlis pelancaran albumnya, Apa Dosaku sebagai suatu protes peribadinya terhadap keadaan semasa yang berlaku ketika itu.

Satu fakta yang mungkin juga satu kebetulan, Herman dan Aishah pernah bersama-sama berduet dalam sebuah album. “Saya rasa ada roh yang baik di sebalik nama Herman Tino. Saya yakin Tuhan restu saya menggunakan nama itu biarpun nama sebenar saya ialah Masrun Tamsi.

“H itu ialah Hasiah iaitu nama emak saya, ER (Erham adik emak saya), MAN (nama cikgu nyanyian saya, AJ Ajman). T ialah Tamsi nama bapa saya, NO (Yusno iaitu anak sulung saya),” katanya dalam satu temubual tidak lama dulu.

Juragan Malawati..

Selasa, 16 April 2013

PRU -13 : Mustafa perlu buat laporan polis atau letak jawatan?

Abdul Halim Hasan (dua dari kiri) dan Johari Teh (tiga dari kiri) serta sebahagian ahli PKR Kedah yang bertindak keluar parti mengangkat tangan dalam majlis penyerahan borang keahlian UMNO di Kulim, semalam.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali perlu membuat laporan polis berikutan tersebar video seks miripnya dalam internet bagi membuktikan beliau tidak bersalah.

Presiden Badan Bertindak Anti Penyelewengan Negeri Kedah, Khairul Anuar Ramli berkata, langkah bagi menghentikan pandangan negatif masyarakat yang mendakwa segala aktivitinya kini sudah terbongkar apabila melihat video itu.

"Kalau pemimpin MCA dan MIC yang pernah terlibat dalam video lucah mengakui secara terbuka mengadakan hubungan seks maka pemimpin Pas yang berbuat demikian perlu membuat pengakuan sama dan terus letak jawatan atau membuat laporan polis jika ia adalah tidak benar," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Ceramah UMNO Bahagian Padang Serai di Kampung Beka, Merbau Pulas di sini malam tadi.


Khairul Anuar mengulas mengenai penyebaran video membabitkan aksi seorang lelaki yang dikatakan menyerupai Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali di internet sejak semalam.

Pada majlis yang dihadiri hampir 1,000 penduduk itu, seramai 150 ahli dan penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) kawasan Merbau Pulas di sini bertindak keluar dari parti itu untuk menyertai UMNO.

Antara mereka ialah Ketua Cabang PKR Padang Serai, Johari Teh yang menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Timbalan Ketua UMNO Bahagian Padang Serai, Abdul Halim Hasan.

Khairul Anuar berkata, sekiranya Mustafa tidak terlibat dengan perbuatan tersebut maka beliau perlu membersihkan diri daripada terus difitnah dengan cara mengangkat sumpah di masjid.

"Tidak ada sebab pemimpin Pas hendak menyalahkan UMNO dalam hal-hal begini," katanya sambil memberitahu dijangka lebih banyak video lucah akan diedar secara terbuka oleh pihak tertentu menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13.

Juragan Malawati..

Ahad, 14 April 2013

Analisis PRU-13: Khalid Ibrahim mahu lari ke "lubang cacing"?


Memang menjadi kelaziman seorang menteri besar akan bertanding di kawasan dewan undangan negeri (DUN) yang sama pada setiap kali pilihan raya. Sifirnya mudah sahaja sebagai menteri besar pastinya kelebihan terletak kepada beliau selaku penyandang.

Pengundi di kawasan beliau pastinya akan dilayan seperti `anak emas' iaitu segala permintaan akan ditunai dan ia sekali gus mengukuhkan keyakinan pengundi terhadapnya.

Pembangunan dalam bentuk kemudahan infrastruktur dan kegiatan ekonomi pastinya akan dibalas dengan majoriti yang lebih besar pada pilihan raya.

Bagaimanapun situasi itu berbeza dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Daripada bertanding di DUN Ijok beliau kini memberitahu akan bertanding di DUN Pelabuhan Klang dengan alasan parti mahukan dia berpindah kawasan berkenaan.

Walaupun hakikatnya beliau sebenarnya takut dimalukan oleh pengundi Ijok yang sekian lama dilayan seperti `anak tiri' sehingga mereka sudah muak dengan janji-janji pemimpin PKR itu. Pada pilihan raya lalu pengundi telah tertipu dengan imej ahli korporat yang dibawa oleh Abdul Khalid, tetapi ternyata beliau gagal selaku menteri besar dan wakil rakyat.

Sebahagian suri rumah di Selangor berhimpun secara aman selepas memfailkan saman berjumlah RM5.858 juta terhadap kerajaan negeri dan Abdul Khalid Ibrahim bagi menuntut elaun khas yang dijanjikan dalam manifesto Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum ke-12 lalu, di Mahkamah Tinggi Shah Alam, 28 Mac lalu.

Bagi pengundi di Pelabuhan Klang dinasihatkan supaya mereka juga menolak Abdul Khalid jika tidak mahu mengalami nasib yang sama seperti pengundi di Ijok.

Lebih buruk lagi mereka mungkin terpaksa menghadapi pilihan raya kecil memandangkan Abdul Khalid kini berdepan dengan pelbagai kes penyelewengan yang dilaporkan terhadap beliau termasuk begitu banyak saman yang dituntut ke atasnya kerana tidak menunaikan janji pada pilihan raya lalu.

Antara kes-kes berkenaan ialah:

1. SHAH ALAM 14 Mac - Seramai 1,888 ibu bapa hari ini memfailkan saman terhadap kerajaan negeri Selangor menuntut tunggakan RM1.038 juta kerana gagal memberikan bantuan pendidikan prasekolah kepada anak-anak mereka seperti yang dijanjikannya dalam manifesto pilihan raya umum 2008.

Saman difailkan Tetuan Kamarudin & Partners di Mahkamah Tinggi di sini hari ini bagi pihak ibu bapa di Selangor yang diketuai seorang suri rumah, Sarina Hashim, 35.

Mereka menamakan kerajaan negeri Selangor yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP sebagai defendan pertama dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku Ketua Eksekutif kerajaan negeri sebagai defendan kedua.

2. KUALA LUMPUR 21 Mac - Dua syarikat pemaju hartanah telah memfailkan saman terhadap kerajaan negeri Selangor dan enam lagi termasuk Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk menuntut ganti rugi berjumlah RM5 bilion.

Saman tersebut difailkan oleh LBCN Development Sdn. Bhd. dan Mujur Zaman Sdn. Bhd. pada 21 Februari lalu di Mahkamah Tinggi di sini atas dakwaan tanah yang diberikan kepada mereka telah dirampas.

Menurut syarikat itu, mereka telah memajukan tanah tersebut untuk pembangunan bersepadu di kawasan revolusi hujan Bukit Cerakah, peringkat 1 di Mukim Ijok.

3. SHAH ALAM 28 Mac - Kerajaan negeri Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor buat kesekian kalinya disaman oleh penduduk negeri tersebut yang tidak berpuas hati dengan kegagalan kerajaan negeri itu memenuhi janji dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) pada 2008.

Ini ditunjukkan melalui tindakan saman oleh sebanyak 1,010 suri rumah di negeri itu hari ini bagi menuntut tunggakan berjumlah RM5,858 juta daripada kerajaan negeri kerana didakwa gagal memberikan bantuan elaun kepada suri rumah yang menjaga anak mereka di rumah.

Writ saman tersebut difailkan melalui firma guaman, Tetuan Kamarudin & Partners di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada pukul 10 pagi ini.

Abdul Khalid sebenarnya mencatat sejarah sebagai menteri besar paling banyak disaman dan senarai itu itu akan terus bertambah.

Beliau tidak mempunyai tempat selamat lagi untuk bersembunyi walaupun ke `lubang cacing' kerana rakyat akan menghukumnya dan hukum yang paling berat oleh rakyat ialah menolaknya pada pilihan raya umum akan datang.

Juragan Malawati..

Sabtu, 13 April 2013

PRU -13 : Husam 'Juling' Musa Mula Berceramah Di Masjid Putrajaya – Katanya Air Putrajaya Kotor, Keladak Dan Bahaya Untuk Kesihatan?


Penulis menjadi hairan bagaimana calon PAS bagi Parlimen Putrajaya di dalam PRU-13, dibenarkan untuk memberi tazkirah a.k.a ceramah manifesto beliau di dalam Masjid Putrajaya yang terkenal dengan binaan yang cantik, tempat tumpuan ibadah dan menjadi tumpuan pelancong. Apakah beliau sekarang berada di bumi Kelantan? Apakah tiada penguatkuasaan Ahli Jawatankuasa Masjid dan Perbadanan Putrajaya untuk mengelakkan mana-mana pihak memberi ceramah di masjid?

Baru sehari dua menjejakkan kaki di Putrajaya, Husam Musa sudah mula tunjuk pandai. Itu tidak kena, ini tidak kena. Masih ingatkah lagi bagaimana pembangkang ingin melelong Putrajaya sekiranya mereka memerintah? Sekarang apa jadi? Terhegeh-hegeh untuk menjadi calon Wakil Rakyat Parlimen Putrajaya! Hari ini Husam Musa sudahpun mengkritik Perbadanan Putrajaya dan Kerajaan Pusat khasnya mengenai permasalahan yang kononnya berlaku di Putrajaya.

Penulis senaraikan apa ketidakpuasan hati Husam Musa mengenai Putrajaya. Dengan permasalahan ini, kononnya Husam Musa akan cuba untuk menyelesaikannya. Sedarkah beliau, beliau datang dari Kelantan dan juga merupakan seorang bekas EXCO Kanan. Persoalannya apakah masalah sosial, infrastruktur dan ekonomi Kelantan sudah diselesaikan?

Berikut adalah permasalahan yang diutarakan oleh Husam Musa dalam tazkirah / ceramah beliau di dalam Masjid Putrajaya:

1. Hanya kumpulan gred profesional sahaja disediakan parking dan kumpulan bawahan diminta menaiki bas Nadi Putra yg mungkin salah satu perjanjian kroni.

2. Kos parking bagi kakitangan sokongan / pegawai muda yang tidak diperuntukkan parking lot di bangunan Kerajaan adalah terlampau tinggi dan membebankan. Hasilnya parking lot berbayar yang dibina PJH terbiar kosong seperti projek gajah putih. Namun malangnya pula, bila kakitangan tersebut meletakkan kenderaan di kawasan tidak berbayar yang ‘tidak direstui’ PPj seperti di bahu2 jalan selalunya berakhir dengan tindakan saman oleh PPj / JPJ / Polis Trafik. Bilangan parking di apartment-apartment juga sangat mengecewakan.

3. Kos perumahan yang terlampau tinggi yang menyebabkan hanya pegawai-pegawai berjawatan tinggi memiliki rumah di Putrajaya.

4. Aktiviti-aktiviti usrah / keagamaan di Masjid Putrajaya / Masjid Tuanku Mizan sangat-sangat mengecewakan. Tidak padan jumlah makmum berbanding saiz masjid.

5. Premis-premis komersil dijual dengan kadar yang terlampau tinggi. Ini menyebabkan kadar sewa bulanan yang terpaksa dibayar oleh peniaga adalah sangat-sangat tinggi dan mereka terpaksa meninggikan harga jualan barangan mereka dan ini meningkatkan kos kehidupan penghuni Putrajaya.

6. Kurangnya pusat-pusat yang menawarkan pendidikan Islam kepada anak-anak. Kesannya, mungkin tahap pemahaman / penghayatan Islam di kalangan anak-anak di Putrajaya di masa depan membimbangkan keluarga.

7. Sistem pengangkutan awam yang kurang efektif. Walaupun bilangan bas di sini adalah mencukupi, namun laluan bas ditetapkan tanpa membuat kajian menyeluruh terhadap keperluan pengguna-pengguna. Perlu lebihkan route bas yang masuk terus ke kawasan-kawasan bangunan Kerajaan khususnya di Parcel C, D dan E (kebiasaan bas berhenti di luar kawasan Parcel kurang mesra pengguna sbb pengguna terpaksa berjalan kaki dan lebih susah kalau waktu hujan)

8. Kebanjiran pekerja asing menyebabkan persepsi penduduk ke atas tahap keselamatan di Putrajaya merosot.

9. Kualiti air yang kurang memuaskan. Kotor, berkeladak dan bahaya utk kesihatan. (Nota: Husam Musa maih teringatkan Kelantan kot?)

10. Perlu wujudkan persekitaran / peluang untuk penduduk tempatan menambahkan pendapatan

11. Hubungan sosial di kalangan penduduk Putrajaya amat mendukacitakan. Perlu lebih kreatif dalam menghasilkan aktiviti-aktiviti kekeluargaan yg lebih santai, boleh eratkan kemesraan dan kepedulian di antara ahli komuniti (aktiviti-aktiviti sedia ada lebih berteraskan hiburan). Taman-taman yang indah di sekitar Putrajaya ( Taman Perdana, Taman Pancarona, Taman Wetland dan Taman Botani tidak dimanfaatkan untuk menceriakan lagi kegidupan sosial warga PutraJaya)

12. Ketiadaan bengkel-bengkel kereta beroperasi, tiada bengkel khas / one stop center yg menawarkan semua pakej repair di Ptrajaya sedangkan kawasan perindustrian ringan di Presint 15 boleh dimanfaatkan.

Sumber : SelangorDaily

Juragan Malawati..

Jumaat, 12 April 2013

PRU -13 : 'Kempen semakin tidak sihat'?

KESEDARAN penduduk Tanah Melayu tentang tanggungjawab sebagai pengundi telah meningkatkan jumlah daftar pemilih pada Pilihan Raya Umum 1959 kepada 2.17 juta berbanding 1.28 juta pemilih pada 1955.

Selepas melalui 12 kempen Pilihan Raya Umum (PRU) satu perbezaan ketara yang boleh disaksikan dalam pilihan raya negara ini adalah kempen sudah menjadi semakin tidak sihat.

Itu kesimpulan yang dibuat oleh beberapa pengundi yang berpengalaman melalui suka duka 12 PRU, sejak PRU pertama diadakan pada 1959.

Umar Hamid, 75, berkata, jika mahu dibandingkan, sememangnya suasana pilihan raya umum dahulu dan sekarang sangatlah berbeza terutama apabila bercerita tentang kempen-kempen yang dilakukan bagi meraih undi.

Pada masa itu, ceritanya, kempen banyak menyentuh mengenai pengisian kemerdekaan seperti menaikkan taraf ekonomi, pendidikan, membina kemudahan asas dan kehidupan penduduk.

"Setelah berpeluang mengundi 12 kali ini (memasuki yang ke-13), saya melihat cara berkempen pada masa kini menjadi semakin tidak sihat terutama dengan wujudnya teknologi dan media baharu.

Kempen asyik memburuk-burukkan antara satu sama lain, berbanding berbicara tentang memperjuangkan hak rakyat.

"Sebab itu, jika terdapat ceramah yang dianjurkan mana-mana parti politik pada masa dahulu, pasti berduyun-duyun orang datang untuk mendengar manifesto yang disampaikan calon bertanding walau di mana pun ia dianjurkan.

"Kalau diikutkan, penduduk Tanah Melayu dahulu bukannya senang seperti sekarang. Tetapi yang menghairankan, ada antara mereka sanggup berjalan kaki atau menaiki basikal berbatu-batu jauh semata-mata mahu memberi sokongan kepada calon pilihan mereka.

"Malah, yang menggunakan kereta lembu untuk ke lokasi ceramah pun ada pada masa itu dek kerana tidak mempunyai kenderaan lain," katanya sambil tersenyum mengimbau kenangan 54 tahun lalu.

Cerita Umar, wakil rakyat yang bertanding pada ketika itu juga sangat mesra rakyat.

Sebab itu katanya, calon-calon yang bertanding pada PRU dahulu tidak perlu bersusah-payah berkempen kerana mereka selalu melawat kawasan yang mahu ditandinginya.

Beliau menambah, pengalaman menampal dan menggantung poster serta bendera pada musim pilihan raya sukar untuk dilupakan.

Sementara itu, peluang bertentang mata dengan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ketika membuka gerai makanan bersebelahan Rumah UMNO di Jalan Batu Road kini Jalan Tuanku Abdul Rahman antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan Raja Hassan Raja Begap, 84.

Biarpun hanya melihat Presiden UMNO itu dari jauh, kata Raja Hassan, peluang itu begitu bermakna buat dirinya kerana bukan semua penduduk Tanah Melayu berpeluang bertentang mata dengan Bapa Kemerdekaan itu.

Menurutnya lagi, menjelang PRU pertama selepas Merdeka, jentera UMNO pada ketika itu begitu hebat berkempen tanpa mengira waktu.

"Disebabkan gerai saya terletak berhampiran Rumah UMNO, maka banyaklah ahli-ahli politik daripada parti tersebut menjamu selera di gerai saya.

"Daripada pemerhatian saya, Rumah UMNO pada ketika itu kelihatan sangat meriah kerana ada sahaja yang keluar masuk daripada bangunan tersebut dengan membawa pelbagai barangan.

"Malah, saya dapat merasakan perjuangan parti UMNO yang tulus untuk membela nasib rakyat apabila melihatkan mereka bersusah-payah sehingga larut malam bagi memastikan PRU tersebut dimenangi dengan majoriti besar," katanya yang sudah mengundi sebanyak 12 kali.

Mengakui tidak menyimpan banyak memori mengenai PRU pertama yang berlaku kira-kira 54 tahun lalu, Rahmah Baiduri, 84, bagaimanapun tidak melupakan peringatan tentang tanggungjawab mengundi yang diuar-uarkan Jabatan Penerangan.

Ceritanya, memandangkan pada masa itu kebanyakan penduduk tidak mempunyai televisyen dan hanya sebahagian kecil sahaja yang mempunyai radio, maka Jabatan Penerangan akan membuat hebahan dengan menggunakan pembesar suara yang diletakkan di atas van dan mengelilingi sesuatu kawasan tersebut.

Pada masa itu juga, kata Rahmah, lagu Marilah Mengundi juga kerap dimainkan dicorong-corong radio mahupun dari van Jabatan Penerangan yang melalui kawasan rumahnya.

"Pada awal-awal pagi lagi saya telah bersiap-siap untuk keluar dari rumah dan berkumpul bersama jiran-jiran lain di jalan besar untuk keluar mengundi. Kalau tidak silap, ketika PRU pertama saya membuang undi Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur.

"Mujurlah, saya tidak perlu berjalan kaki kerana telah disediakan kenderaan untuk ke pusat mengundi yang mana memberi keutamaan kepada warga emas dan wanita," katanya. -UMO

Juragan Malawati..

Isnin, 8 April 2013

DAP pada PRU ke - 13 ini?


1. Apabila pilihanraya hampir tiba, PAS akhirnya tidak sanggup lagi dilihat sebagai anjing kurap atau kuda tunggangan kepada DAP. Dengan susah payah, PAS mula bangun dan mengutip sisa-sisa harga diri yang tinggal.

2. Umat Melayu mula memandang serong terhadap PAS apabila parti itu tunduk kepada DAP sehingga meninggalkan perjuangan ke arah Negara Islam. Tahap ‘keIslaman’ PAS teruji lagi apabila berhadapan dengan isu murtad yang mana DAP telah dikenalpasti turut menjadi dalang.

3. Ternyata PAS kalah dalam ujian tersebut sehingga sanggup memecat Dato’ Hasan Ali yang bersungguh-sungguh memperjuangkan akidah umat Islam dari dipesongkan oleh gerakan Evangelist Kristian. Tindakan PAS benar-benar mengejutkan umat Islam dan ia dilihat sebagai bukti kukuh betapa tipisnya perjuangan Islam PAS sehingga sanggup untuk memilih menjaga hati DAP, daripada menyelamatkan akidah ummah.


4. PAS juga sanggup membelakangkan bangsa sendiri dan menghina mereka yang mempertahankan Melayu walaupun menyedari bahawa DAP bermati-matian memperjuangkan bangsa Cina. Atas dasar itu maka, sokongan Melayu terhadap PAS pun semakin berkurangan.

5. Pada tahun 2010, PAS sekali lagi memilih untuk menyebelahi DAP dalam isu Kalimah Allah dan injil berbahasa Melayu. Isu ini menjadi gah apabila pihak kerajaan dituduh dengan sengaja menghalang kemasukan injil berbahasa Melayu yang menggunakan Kalimah Allah ke Malaysia. Pada masa itu PAS mengambil pendirian untuk mendesak kerajaan membenarkan kemasukan injil tersebut bagi menunjukkan kepada DAP betapa parti Islam itu serius membawa imej yang lebih terbuka.



6. Tidak cukup dengan itu, PAS juga diuji dengan berbagai skandal Anwar Ibrahim yang tidak jemu-jemu membuat salahlaku moral. Dan dalam setiap keadaan, PAS tetap teguh berada di belakang Anwar sehingga sanggup menggunakan hujah jahiliah dengan menolak bukti berbentuk rakaman video.

7. Berdasarkan semua faktor tersebut, maka sokongan terhadap PAS semakin lama semakin nipis. PAS dicemuh oleh lawan serta tidak dihormati oleh kawan.

8. Justeru, apabila isu Kalimah Allah sekali lagi menjadi hangat akhir-akhir ini, maka PAS yang baru tersedar dari mimpi telah mengambil keputusan U-Turn. Malah, PAS turut kembali berdolak-dalih mengenai Negara Islam yang mana telah pun dipersetujui sebelum ini untuk digugurkan dari dasar parti.



9. Tindakan U-Turn, berdolak-dalih dan putar belit ini nampaknya tidak membantu, malah menyebabkan semakin ramai yang memalingkan muka dari PAS. Di tambah dengan pendedahan mengenai kelemahan pentadbiran di Kedah dan selamanya, di Kelantan, maka PAS semakin terdesak untuk menghadapi pilihanraya.

10. Dalam pada itu, PAS juga turut dikutuk kerana tidak pernah bertanding kerusi yang cukup, yang mana tidak mungkin membolehkan mereka menjadi kuasa dominan di dalam PR.

Juragan Malawati..

Ahad, 7 April 2013

PRU -13: Masanya sudah tiba - Najib!

NAJIB Tun Razak memakai topi keledar IM4U bersama Noh Omar (kanan), Abdul Azeez Abdul Rahim (kiri), Mohd. Zin Mohamed (dua dari kiri) dan Ungku Salleh Ungku Jamal (belakang kanan) ketika majlis perhimpunan Patriotik Anak Muda Selangor dan mengagihkan topi keledar IM4U kepada anak muda Selangor di Shah Alam, semalam.

Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak 2.1 juta pengundi di Selangor termasuk 45 peratus daripadanya orang muda melakukan perubahan dengan menukar kerajaan negeri sedia ada kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum terdekat ini.

Menjadikan Selangor negeri pertama dijelajahinya selepas melancarkan manifesto Barisan Nasional (BN) semalam, Perdana Menteri mengingatkan selepas banyak janji gagal ditunaikan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR), masa untuk peralihan kepemimpinan negeri itu sudah tiba.

"Pilihan raya kali ini untuk semua, lebih-lebih lagi orang muda sebab orang muda penentu kejayaan.

"Parti ini (pakatan pembangkang) gagal tepati janji, tadbir Selangor serta selesaikan masalah rakyat.

"Masanya telah tiba untuk melakukan perubahan dan tukar kerajaan negeri ini. Tukar...tukar...tukar. Gelombang Biru...gelombang biru...gelombang biru," tegas beliau sambil disambut yang sama daripada lebih 5,000 orang yang menghadiri Himpunan Patriotik Anak Muda Selangor di sini hari ini.

Yang hadir sama, Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar; Koordinator BN Selangor yang juga Timbalan Pengarah Pilihan Raya BN Selangor, Datuk Seri Mohd. Zin Mohamed, Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Rahim dan Ketua Pemuda UMNO Selangor, Ungku Salleh Ungku Jamal serta para pemimpin parti komponen BN Selangor.

Najib berkata, golongan muda memberikan mesej jelas bahawa mereka sudah bersiap sedia untuk bertindak menukar kerajaan negeri Selangor dengan memberikan sokongan padu kepada BN.

"Ibu tunggal merana sehingga mereka saman kerajaan negeri, begitu juga warga emas dan golongan muda, kita tidak boleh kekalkan kepimpinan yang tidak menepati janji.

"Manifesto pembangkang adalah fantasi dan khayalan sebab Menteri Besar kata manifesto bukan satu perjanjian," katanya.

Sebaliknya, beliau menegaskan bahawa manifesto BN adalah aku janji kerajaan BN antaranya mahu mewujudkan 3.3 juta peluang pekerjaaan, satu juta rumah mampu milik dan menambah jumlah pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk orang muda.

"Kita akan memberikan tumpuan kepada orang muda," katanya.

Perdana Menteri memberi jaminan akan memastikan pentadbiran negeri yang lebih baik sekiranya BN kembali memerintah Selangor.

"Kita akan menyelesaikan masalah air, kerana kita sudah melabur banyak dan terowong air sudah hampir siap. Bagi kerajaan negeri cukuplah jangan hendak kuasai syarikat (konsesi air), selesaikan masalah rakyat, sampah sarap tidak dibersih, judi haram bertambah dan banjir kilat."

''Sudah cukup tipu helah dan pembohongan mereka, BN akan melakukan perubahan besar kepada Selangor," katanya.

Pada majlis tersebut, Perdana Menteri turut menyerahkan pemberian 22,000 topi keledar berwarna biru untuk diedarkan kepada 22 kawasan Parlimen di negeri ini.

"Ini bukan sebarang topi keledar, KP1M misinya sudah berubah daripada misi kemanusiaan, sekarang misi mesti menang, kita warnakan semuanya warna biru.

"Selangor akan kita birukan, pemuda-pemuda akan menjadi panglima di barisan hadapan, tidak akan takut dan kita akan serang untuk pastikan BN menang pada kali ini," katanya.-UMO

Juragan Malawati..

Manifesto untuk mandat lebih besar!


Mulai pukul 9 malam tadi, berjuta-juta pengundi di Malaysia mula berpeluang untuk membaca manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) Barisan Nasional (BN).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan manifesto BN itu di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur dalam satu perhimpunan politik yang disemarakkan dengan lagu patriotik Inilah Barisan Kita dan lagu Anak Kampung yang telah diubah suai untuk menggambarkan semangat manifesto tersebut.

Membuka halaman manifesto itu memberikan kita gambaran mengagumkan tentang Najib dan BN: Najib menyedari betapa beratnya tugas untuk memimpin negara dan gabungan BN yang diterajuinya sentiasa berusaha memberikan yang terbaik untuk rakyat Malaysia.

Membaca manifesto itu membolehkan kita menginsafi betapa banyaknya kejayaan yang telah kita ukir selama di bawah pemerintahan BN: Ia memperlihatkan begitu kompleksnya perjuangan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang hebat, dengan pendekatan keterangkuman menyatukan semua rakyat daripada pelbagai kaum, agama, budaya, negeri dan wilayah.

Meneliti manifesto itu mendedahkan kita kepada suatu persepsi yang begitu penting kepada kemanusiaan dan politik: Najib dan BN mempunyai rekod menepati janji yang tidak dapat disangkal, amat komprehensif, bersifat nasional dan mendahului zaman dari segi cara pemikirannya, adil dalam pelaksanaan dasar-dasar serta realistik dalam berjanji.

Najib selaku Pengerusi BN tidak menjanjikan sesuatu yang tidak dapat ditepati. Tidak seperti mainan kata pemimpin parti pembangkang, Perdana Menteri dan BN tidak berjanji untuk memperdayakan pengundi.

Berbeza dengan para pemimpin pembangkang yang berpolitik untuk merobohkan apa yang telah dibina, kuasa yang ada, kepada Najib dan BN, adalah kesinambungan. Beliau tidak menjanjikan apa sahaja yang ada di langit dan di bumi semata-mata untuk mendapatkan kuasa.



Kandungan manifesto Menepati Janji Membawa Harapan setebal 32 muka surat itu adalah refleksi pegangan politik Najib dan corak perjuangan BN di bawah kepimpinannya. Melalui manifesto itu, kita dapat merasakan bahawa Najib ialah seorang yang dapat diyakini dan kepadanya dapat kita letakkan harapan untuk menentukan untung nasib anak cucu di tanah air yang tercinta ini.

Manifesto itu dimulakan dengan warkah Najib sebagai Perdana Menteri kepada para pengundi yang mencerminkan keperibadian dan latar belakang politiknya sebagai anak sulung Perdana Menteri kedua Malaysia, Tun Abdul Razak Hussein.

Dengan Dewan Rakyat telah pun dibubarkan pada 3 April lalu dan PRU-13 bakal diadakan beberapa minggu lagi, Najib memulakan warkah dalam manifesto itu dengan ayat “rakyat Malaysia yang dikasihi".

“Masanya telah tiba untuk kita membuat keputusan. Laluan demokrasi menetapkan bahawa masa depan negara ini berada dalam tangan rakyat. Kuasa rakyat itulah cerminan pilihan raya yang bebas dan adil.

“Allahyarham ayahanda saya, Tun Abdul Razak Hussein pernah berkata, ‘Tugas kamu kepada negara adalah untuk memenuhi amanah rakyat dengan segala daya upaya’.

“Saya melangkah masuk ke bidang politik 37 tahun lalu dan ini adalah kali pertama saya memimpin gabungan BN untuk menghadapi pilihan raya umum. Ia menjadi satu cabaran besar dan tanggungjawab yang berat," kata Najib.

Sebenarnya, tiada perkataan manifesto tertera pada dokumen manifesto yang dilancarkan oleh Najib malam tadi, tetapi beliau menegaskan dalam warkahnya bahawa para pengasas negara ini menekankan betapa pentingnya komitmen serta pengorbanan.

Rekod kerajaan BN menunaikan janji cukup jelas, tegas Najib, dan inilah rekod transformasi yang beliau mahu dikupas, direnungi dan dihayati oleh 13.29 juta pengundi pada PRU-13 nanti.

“Daripada transformasi ekonomi, politik dan sosial, sehingga kepada menjunjung hak asasi manusia dan demokrasi, kita mara dengan penuh yakin dan mantap bagi mencapai liberalisasi yang lebih menyeluruh.

“Perubahan sebenar telah pun berlaku dan dirasai, tetapi perjalanan ke arah transformasi sepenuhnya akan mengambil masa," kata beliau.

Dokumen manifesto Menepati Janji Membawa Harapan mengandungi tujuh bahagian.

Pertama, warkah Najib kepada pengundi; kedua, prinsip-prinsip politik BN dan kenapa pengundi perlu pilih BN; ketiga, huraian dasar umum BN untuk 17 sub topik daripada menangani kos sara hidup, menguruskan ekonomi, keselamatan dan ketenteraman awam sehingga kepada pengurusan sumber alam; keempat, apa yang telah dilakukan BN setakat ini; dan kelima, janji BN kepada rakyat dalam tempoh lima tahun akan datang.

Dokumen itu juga mengandungi dua lagi bahagian tambahan iaitu renungan petikan kata-kata Najib yang menggariskan pendekatan, gaya kepimpinan, penekanan dan keprihatinannya serta penggunaan gambar-gambar dan visual yang relevan dengan setiap sub topik manifesto tersebut.

Daripada halaman pertama manifesto itu, pendekatan BN yang mengotakan janji dan memupuk politik konsensus sejak dari zaman Tunku Abdul Rahman Putra dan Tun Razak jelas mendominasi tema kempen pilihan raya BN pada PRU-13. Politik perpaduan dan integriti pemimpin inilah yang menyalakan semangat jentera pilihan raya BN yang digerakkan oleh parti-parti yang mewakili rakyat pelbagai kaum, budaya dan agama.

Ungkapan kata-kata Najib mengenai muhibah, persefahaman, kemajuan, kemakmuran untuk semua rakyat, perpaduan kaum dan kestabilan nasional menjadikan dokumen Menepati Janji Membawa Harapan itu suatu manifestasi iltizam politik Perdana Menteri.

Najib mengharapkan manifesto yang ditampilkan oleh BN malam tadi akan menjadi topik perbincangan rakyat sebelum mereka keluar mengundi pada PRU-13. Katanya, rakyat perlu menilai BN berdasarkan merit dan apa yang BN telah sumbangkan kepada negara selama ini.

Najib menawarkan kepada rakyat gabungan BN yang begitu berpengalaman, telah teruji, satu gerakan kesederhanaan yang berkongsi kuasa secara harmoni bersama semua kaum serta memiliki rekod pencapaian yang hebat dalam memenuhi kehendak rakyat.

Dalam tempoh lima tahun akan datang, misalnya, manifesto itu menggariskan komitmen kerajaan BN untuk menarik pelaburan sebanyak RM1.3 trilion dan mencipta 3.3 juta peluang pekerjaan kepada rakyat negara ini. Dalam pada itu, golongan minoriti dan terpinggir tidak dilupakan.

Manifesto itu juga mengandungi 24 petikan kata-kata Najib, termasuk satu ungkapan yang mencerminkan falsafah kepimpinannya. Ketika membentangkan Bajet 2013 di Dewan Rakyat pada bulan Oktober lalu, Najib menegaskan prinsip keadilan sosial pentadbiran kerajaan BN dengan rangkap kata-kata berbunga yang puitis dan membawa maksud yang amat mendalam.

Beliau mengimpikan untuk melihat Malaysia digemblengkan oleh segenap lapisan masyarakat untuk menjadi sebuah negara yang istimewa: “Sebuah negara yang mana yang susah dibantu, yang lemah dilindungi, yang berada membantu, yang kuat melindungi, yang muda dikasihi, yang tua dihargai, yang memerlukan dikhidmati dan yang berbakat digilap."

Najib, dengan pengalamannya mentadbir negara begitu lama dan liku-liku politik yang dilaluinya, telah berpuluh tahun melakukan tanggungjawab yang tersimpul dalam rangkap kata-kata itu sejak beliau menceburi bidang politik pada tahun 1976 selepas kematian Allahyarham Tun Razak.

Setelah lebih tiga dekad bergelumang dalam politik, beliau ditakdirkan menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri pada 3 April 2009 selepas setahun PRU-12 berakhir. Tempohnya berkhidmat sebagai Perdana Menteri amat mencabar kerana PRU-12 pada Mac 2008 menyaksikan BN hilang majoriti dua pertiga di Parlimen dan gabungan parti itu gagal menguasai lima buah negeri.

Apabila Najib membubarkan Dewan Rakyat pada 3 April lalu, beliau sedar betapa rapuhnya politik negara selepas Mac 2008 dan dengan rendah diri beliau mengakui bahawa mandat rakyat di peti undi yang akan menentukan kedudukan BN pada PRU-13.

Inilah kali pertama Najib, 60, mengetuai BN menghadapi pilihan raya umum dengan agenda besar mengembalikan imbangan dalam politik Malaysia dan mencorakkan semula landskap politik negara yang sejak 2008 diwarnai perbalahan, konflik dan pertarungan.

Dalam manifesto BN, Presiden UMNO yang juga Ahli Parlimen Pekan itu memohon mandat daripada rakyat supaya diberi peluang untuk memimpin sebuah kerajaan yang mendahulukan kepentingan dan kebajikan rakyat bagi menjayakan Agenda Transformasi Negara.

Melalui rekod pencapaian dan komitmen BN yang disenaraikan dalam manifesto yang dilancarkan malam tadi, beliau amat mengharapkan rakyat untuk turut memberi sokongan besar kepada kesemua 222 calon BN di peringkat Parlimen dan 505 di peringkat Dewan Undangan Negeri yang akan bertanding pada PRU-13 nanti.

Kenapa mandat besar diperlukan?

Najib menulis dalam manifesto BN: “Sebagai Perdana Menteri Malaysia, mandat yang saya mohon ini amat penting demi kelangsungan dan kesinambungan. Kita perlu bergerak ke hadapan meninggalkan jalan mundur yang menghalang perpaduan, kestabilan, keharmonian serta kemakmuran. Kita mesti menolak pecah belah, kelembapan, pergolakan, kekacauan, perbalahan dan krisis.

“Mandat daripada anda adalah sebuah janji yang membawa harapan, mandat untuk mencapai kecemerlangan bersama-sama sebagai satu bangsa, satu negara dan satu wawasan. Berilah peluang kepada saya untuk meneruskan khidmat bakti ini sedaya upaya saya. Saya ingin meyakinkan anda bahawa kegemilangan akan menyusul!"

Dengan aspirasi rakyat yang tergaris jelas dalam manifesto BN itu, cita-cita Najib untuk melihat penubuhan kerajaan yang lebih kukuh diharapkan akan terjelma pada PRU-13 bagi membawa Malaysia ke mercu kegemilangan baharu.

Juragan Malawati..

Jumaat, 5 April 2013

PRU -13 : Nurul Izzah sangkal ibu tidak tanding PRU-13?


Tidak sampai 24 jam berita Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dilaporkan media, anaknya Naib Presiden parti Nurul Izzah Anwar menyangkal kebenaran berita itu.

"Itu hanya cakap-cakap politik," katanya malam tadi, walaupun menyedari berita itu berpunca daripada KeadilanDaily.com yang memetik bapanya Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim memaklumkan perkara itu kepada stesen televisyen Al-Jazeera Rabu lepas.

"Itu kenyataan dikeluarkan oleh Jabatan Pilihan Raya Pusat (JPRP) Keadilan (merujuk kepada KeadilanDaily.com) saja. Setakat ini tidak ada perancangan sebegitu dan ia akan dimuktamadkan semasa hari penamaan (calon) nanti.

"Saya rasa pengumuman rasmi akan dibuat pada Rabu ini oleh Anwar Ibrahim. Beliau pastinya tahu mengenai persiapan calon," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah di Chabang Tiga di sini.

Kenyataan Dr. Wan Azizah tidak akan bertanding dimaklumkan Anwar semasa temu bual secara langsung dengan Al-Jazeera pada Rabu, menurut KeadilanDaily.com di www.keadilandaily.com semalam.

Sementara itu, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali hari ini menegaskan, Dr. Wan Azizah tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum kali ini.

Katanya, Wan Azizah akan menjelajah ke seluruh negara untuk memancing undi kaum wanita.

Dalam pada itu, Nurul Izzah juga tidak percaya Anwar akan beralih angin bertanding di Perak seperti yang dibayangkan bapanya.

"Saya fikir beliau tidak menyatakan yang beliau bersedia bertanding di Perak. Ini spekulasi media dan saya sendiri telah mendapat memorandum daripada warga Permatang Pauh yang meminta beliau (Anwar) kekal di sana.

"Ada satu dimensi sentimental yang amat unik di Permatang Pauh. Ibu saya Wan Azizah telah tiga penggal menjaga kerusi dan berkhidmat di sana dan ternyata permintaan mereka untuk (Anwar) kekal di sana harus diambil kira," katanya.

Anwar menyandang kerusi Parlimen Permatang Pauh selepas menang pilihan raya kecil yang diadakan pada 26 Ogos 2008 ekoran tindakan Dr Wan Azizah mengosongkan kerusi itu untuk suaminya.

Mengenai pembahagian kerusi PKR dan Pas di Terengganu, Nurul Izzah berkata perkara itu masih dalam perbincangan di peringkat akhir dan akan akan ditentukan dalam sehari dua lagi.

Sementara itu di BUKIT MERTAJAM, Anwar malam ini menamatkan teka teki mengenai kononnya beliau akan berpindah kawasan parlimen apabila mengumumkan akan mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh pada PRU-13.

Dalam ceramah di Padang Awam Taman Pauh, beliau memberi alasan untuk mempertahankan kerusi parlimen itu atas sokongan rakyat di kawasan tersebut.

Katanya, hasrat awal beliau mahu bertanding di Tambun, Perak bagi mengukuhkan pakatan pembangkang di sana, tetapi tidak dapat berbuat demikian berikutan berasa terhutang budi dengan penduduk di Parlimen Permatang Pauh.

"Mengikut perancangan awal memang saya nak bertanding di Tambun tetapi selepas beberapa pertemuan dengan penduduk di Permatang Pauh, mereka mahu saya terus pertahankan kerusi di sini.

"Kerana terhutang budi dan jasa penduduk di sini, saya dengan ini mengumumkan untuk mempertahankan kerusi parlimen ini," katanya. — BERNAMA

Juragan Malawati..

Khamis, 4 April 2013

PRU-13: Penyokong Pas berang, Salehuddin janji datang tak nampak bayang?


Sebahagian daripada penyokong pakatan pembangkang mendengar ceramah sambil tertunggu-tunggu namun hampa apabila Salehuddin Ayub tidak hadir pada ceramah tersebut di Kampung Bukit Pulau, Bukit Baru, Melaka semalam.

Beberapa penyokong Pas kecewa apabila Naib Presiden parti itu Salehuddin Ayub yang sepatutnya berceramah di Lorong Pulau Pangkor Laut, Kampung Bukit Pulau, Bukit Baru dekat sini tidak hadir sehingga ceramah itu berakhir tepat pukul 12 tengah malam tadi.

Rata penyokong parti itu yang datang dari luar Kampung Balik Pulau dihadiri sekitar 200 orang itu menunggu sejak pukul 8 malam, setelah dimaklumkan seminggu sebelum itu mengenai kehadiran Salehuddin.

Terdengar di kalangan mereka merungut setelah menunggu hampir tiga jam sehingga saat ceramah berakhir barulah seorang daripada wakil parti itu memaklumkan mengenai ketidakhadiran Naib Presiden Pas atas sebab-sebab yang tidak dinyatakan.

"Kita kena tipu rupanya, ingatkan dia (Salehuddin) datang tapi sampai kat pukul 12 tak datang langsung,'' katanya kepada rakannya sebelum mereka meninggalkan ceramah tersebut.

Keadaan itu menyebabkan beberapa penceramah Pas dari Bukit Baru bagaikan kehabisan modal dan seperti lazim dalam setiap ceramah yang mereka anjurkan cemuhan dan kritikan dilemparkan terhadap UMNO.

Lebih mengecewakan salah seorang penceramah turut membidas pihak polis kerana membenarkan Barisan Nasional (BN) menganjurkan ceramah yang terletak kira-kira 500 meter daripada tempat pembangkang.

Dalam pada itu, beberapa penduduk di Kampung Bukit Pulau merungut apabila Pas mengadakan ceramah berhampiran jalan utama penduduk masuk ke kampung tersebut sehingga menyebabkan kesukaran kereta dan motosikal untuk keluar masuk.

Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Ismail berkata, Pas tidak sepatutnya membuat ceramah di kawasan laluan penduduk kampung keluar masuk.

"Saya nak lalu pun payah sudahlah jalan sempit muat-muat sebuah kereta dengan motosikal diletak dibahu jalan apa salahnya cari tempat yang luas dan tidak menyusahkan orang kampung,'" katanya.

Ujarnya, berbanding ceramah BN, ia terletak kira-kira 500 meter dari jalan utama tidak menghalang laluan masuk penduduk.

Seorang lagi penduduk yang enggan nama disiarkan berkata, Pas sepatutnya berceramah di satu kawasan lapang dan bukannya berhampiran laluan masuk penduduk.

Juragan Malawati..

Selasa, 2 April 2013

PRU-13: Ucapan PM berhubung pembubaran Parlimen!



KUALA LUMPUR 3 April - Berikut ucapan penuh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengumumkan pembubaran Parlimen, di Putrajaya hari ini.

"Saya ingin memaklumkan kepada rakyat Msia bahawa pada pagi ini telah mengadap Yang d-Pertuan Agong dan menyembah warkah kepada baginda memohon perkenan supaya Parlimen Ke-12 dibubarkan pada hari ini Rabu 3 April 2013.

Sehubungan dengan itu, selaras dengan Perlembagaan Persekutuan, Baginda telah pun memperkenankan bagi Parlimen Ke-12 dibubarkan berkuatkuasa hari ini

Sehubungan dengan itu, saya menasihatkan kepada ketua-ketua kerajaan negeri yang berkenaan untuk mengadap ketua-ketua negeri mereka bagi mendapat perkenan pembubaran DUN masing-masing agar pilihan raya umum dapat diselaraskan secara serentak di seluruh negara.

Rakyat Malaysia yang dikasihi.

Hari ini empat tahun lalu, pada tanggal 3 April 2009, saya telah mengangkat sumpah untuk memikul amanah serta tanggungjawab sebagai PM negara Malaysia yang tercinta.

Dalam tempoh tersebut saya bersama-sama TPM, anggota jemaah menteri dan anggota pentadbiran yang lain telah pun dengan segala ikhtiar dan upaya, mencetuskan dan melaksanakan pembaharuan serta perubahan berpaksikan kepada falsafah 1 Malaysia, rakyat di dahulukan, pencapaian diutamakan serta dipandu oleh Dasar Transformasi Nasional.

Dalam tempoh 4 tahun yang lepas, rakyat Malaysia telah dapat mengalami dan menyaksikan sendiri bagaimana program, perancangan serta dasar transformasi nasional yang melibatkan program transformasi kerajaan, ekonomi, politik dan sosial telah dilaksanakan dan seterusnya membuahkan hasil dalam meningkatkan kesejahteraan hidup mereka dan memakmurkan negara.

Kerajaan yang ada pada hari ini adalah kerajaan yang bertanggungjawab, kerajaan ini ialah yang meletakkan kepentingan tuan-tuan dan puan-puan rakyat Malaysia di atas segala-galanya. Kami merupakan kerajaan yang apabila berjanji, menepati janji, kami sebuah kerajaan yang apabila diberi amanah akan menjunjung dan melaksanakannya, bukan sikap kami menanam tebu di bibir.

Semuanya bukti komitmen kami mampu dinilai serta diukur daripada prestasi dan track rekod kami sepanjang 4 tahun yang lalu. Rakyat Malaysia yang dikasihi, pembubaran ini akan membuka laluan kepada bermulanya proses pilihan raya umum bagi kali yang ke-13 untuk negara semenjak tahun 1959. Iaitu apabila kita mula mengadakan pilihan raya umum yang pertama selepas merdeka.

Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan sebagai asas pemerintahan. Kuasa mutlak untuk memilih kerajaan berada di tangan rakyat.

Sejarah telah menunjukkan bahawa kebunggaran demokrasi telah berjaya menyediakan asas-asas yang subur untuk kestabilan dan keamanan nasional yang telah dinikmati warga negara ini selama lebih 5 dekad.

Amalan demokrasi di Malaysia kekal dan berjaya kerana walaupun bersifat sengit dan amat berdaya saing namun pada akhirnya ia berjaya kerana semua pihak menghormati proses dan keputusannya. Saya ingin menyeru agar tradisi ini diteruskan demi kesejahteraan rakyat dan kestabilan nasional.

Semua parti politik yang memilih untuk terlibat dalam pilihan raya umum kali ini perlulah bertanggungjawab. Janganlah kerana tidak yakin dengan sokongan rakyat terhadap parti masing-masing maka ada pihak yang cuba menyemai racun syak wasangka dan seterusnya merosakkan kepercayaan kepada integriti proses pilihan raya yang bakal diadakan.

Insaflah dan ambillah iktibar daripada apa yang berlaku di negara-negara lain di mana taktik ini telah cuba diguna pakai. Kesan dan akhirnya keputusan pilihan raya di negara-negara tersebut tidak lagi diyakini dan mana-mana kerajaan yang dipilih termasuk dari parti yang mengamalkan taktik-taktik tersebut telah ditolak rakyat. Negara akhirnya menjadi tidak stabil, pelabur hilang keyakinan, kemakmuran nasional merudum dan akhirnya rakyat menderita.

Sejarah selama ini telah membuktikan bahawa di malaysia sejak merdeka lagi, proses pilihan raya yang diadakan bersifat berwibawa, adil dan telus.

Kerajaan yang telah dipilih hasil pilihan raya umum sama ada di peringkat Persekutuan mahu pun di peringkat Negeri ialah kerajaan yang mendapat sokongan serta keyakinan majoriti rakyat sesuai dengan amalan demokrasi. Amalan demokrasi sebagai teras pemerintahan merupakan mekanisme terbaik yang pernah dicipta manusia.

Hakikatnya perbezaan pendapat, idea dan pandangan bukannya penyebab malapetaka atau punca perpecahan. Malah jika ditangani dan diuruskan secara baik sejarah telah menunjukkan ia mampu mendatangkan rahmat, yang akan membahagiakan rakyat dan memajukan negara.

Marilah kita sama-sama sama ada parti kerajaan mahupun parti pembangkang memberikan komitmen untuk memelihara keutuhan proses demokrasi dan menghormati keputusan yang akan dibaut oleh rakyat.

Marilah kita bersama-sama berdoa agar pilihan raya ini akan berjalan dengan lancar aman, lancar dan selamat.

Rakyat Malaysia yang dikasihi, saya inign beri jaminan bahawa kerajaan yang ada akan meneruskan tugas dan tanggungjawabnya sesuai dengan prinsip keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang sehingga selesai proses pilihan raya.

Saya juga ingin menyeru di samping memberi jaminan kepada semua rakyat Malaysia serta parti politik yang terlibat bahawa jika berlaku sebarang peralihan kuasa sama ada di peringkat Persekutuan mahu pun di peringkat negeri ia akan dan perlu berlangsung secara aman dan tertib.

Inilah iltizam kita dalam menjunjung prinsip demokrasi. Inilah tekad kita dalam menggerakkan transformasi politik. Inilah komitmen kita dalam menghormati suara dan mendahulukan kepentingan rakyat.

Kepada semua rakyat Malaysia terutama yang tinggal di pantai timur Sabah janganlah bimbang dan takut. Laksana dan tunaikanlah tanggungjawab tuan-tuan dan puan-puan sebagai warganegara Malaysia. Pihak keselamatan negara akan menjalankan tugas mereka untuk memastikan persekitaran yang selamat untuk tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

Setiap undi tuan-tuan dan puan-puan adalah penting. Jangan bazirkan ia. Jangan pertaruhkan masa depan anak-anak dan negara Malaysia.

Fikir dan renungkanlah dengan sebaik-baiknya sebelum membuat keputusan. Ini kerana undi saudara saudari akan menentukan bukan sahaja hala tuju negara dan negeri tetapi juga untung nasib anak cucu kita semua.

Dalam pilihan raya ini tuan-tuan dan puan-puan bukan sahaja bertanggungjawab memilih wakil saudara dan saudari bagi setiap kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) tetapi juga memilih kerajaan yang akan mendokong aspirasi tuan-tuan dan puan-puan.

Rakyat Malaysia yang dikasihi, saya berdiri di sini dengan penuh rasa tawaduk dan terhormat kerana diberi kepercayaan untuk memimpin tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Saya dan rakan-rakan amat menghargai dan menjunjung tinggi kepercayaan yang telah diberikan oleh rakyat dan akan memberikan yang terbaik demi untuk Malaysia dan warganya.

Di sini saya selaku ketua kerajaan Barisan (BN) ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana telah memberi kepercayaan kepada rakyat Malaysia kepada kami kerajaan Barisan nasional (BN) untuk menerajui kepimpinan negara semenjak lima tahun yang lepas.

Mulai hari ini saya dan rakan-rakan kepimpinan Barisan Nasional (BN) akan turun dan bertemu dengan rakyat seluruh pelosok negara bagi meyakinkan rakyat Malaysia kenapa kami Barisana Nasional (BN) perlu diberi peluang kembali untuk membentuk kerajaan dengan majoriti yang kukuh.

Kami akan menggunakan mandat kukuh yang diberi insya Allah untuk melipat gandakan lagi usaha bagi melakar masa depan yang lebih baik, yang lebih bermakna, yang lebih sejahtera untuk saudara dan saudari serta anak cucu kita semua.

Ayuh, teruskan perjalanan kebangsaan untuk mencapai wawasan nasional ke arah Malaysia yang maju dan berpendapatan tinggi.

Ingatlah pencapaiannya bukan secara automatik. Ia memerlukan kita melipatgandakan usaha dan meneruskan kesinambungan kejayaan yang wujud.

Marilah kita bersama-sama berganding bahu, berpimpin untuk menjadikan impian ini sebuah realiti.

Malaysia yang maju, makmur dan selamat penuh dengan peluang serta sarat harapan bagi semua.

Demi Malaysia usaha bakti kita curahkan, kepada Tuhan kita berserah. - UTUSAN ONLINE

Juragan Malawati..