UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Jumaat, 27 Ogos 2010

Selangor Bangkit : Isu Pasir - Persoalan Yang Belum Terjawap!

Sebelum Ramadhan bermula, saya bersama-sama dengan rakan didalam UMNO Selangor telah melancarkan SSDE dengan isu utama penyelewengan didalam KSSB dan juga masalah kecurian pasir.Saya mengakui ianya mendapat sambutan yang hebat daripada rakyat Selangor sehinggakan kerajaan Selangor sekarang seperti cacing kepanasan.

Baru-baru ini MB Selangor TS Khalid Ibrahim telah mengumumkan penubuhan skuad antirasuah pasir dengan kerjasama SPRM.Saya melihat tindakan ini adalah satu tindakan yang mengesahkan dakwaan saya bahawa penyelewengan didalam KSSB dan kecurian pasir benar-benar berlaku.Saya bukanlah mengatakan bahawa dakwaan saya sebelum ini hanyalah cerita semata-mata tetapi ini adalah satu jawapan kerana sebelum ini kerajaan negeri Selangor cuba menafikan dakwaan tersebut.

Apa yang menjadi persoalannya sekarang adakah isu pasir ini akan selesai dengan wujudnya skuad antipasir? Saya akan mendapatkan penjelasan daripada pihak SPRM apakah tindakan mereka seterusnya kerana UMNO Selangor telah membuat laporan polis dan juga kepada pihak SPRM terhadap isu penyelewengan ini.Adakah siasatan akan terus dilakukan walaupun SPRM sekarang mempunyai akses terhadap KSSB?

UMNO Selangor berpendirian bahawa kes kecurian pasir dan penyelewengan ini wajib diteruskan siasatannya kerana ianya telah melibatkan kerugian yang banyak kepada kerajaan negeri.Tan Sri Khalid Ibrahim masih belum menjawap persoalan yang saya bangkitkan kenapa ada satu syarikat diberikan kemudahan diskaun yang begitu banyak berbanding syarikat-syarikat lain.

Apa tujuan diskaun tersebut diberikan kerana ianya mengakibatkan kerugian yang sangat ketara.Tan Sri Khalid Ibrahim cuba menyelesaikan masalah secara fizikal agar rakyat melihat tindakan yang mereka lakukan seolah-olah mahu menunjukkan kesungguhan mereka membendung kegiatan curi pasir tetapi bagaimana dengan penyelewengan yang rakyat tidak nampak seperti yang telah saya dedahkan tempohari.

Implikasi kepada kerugian tersebut sedikit sebanyak telah menyebabkan rakyat Selangor dinafikan hak mereka untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik dari segi infrastruktur, kemudahan-kemudahan awam dan sebagainya.Saya akan terus memantau perkara ini dari masa ke semasa demi memastikan rakyat tidak tertipu dengan politik Pakatan Rakyat.

Bagi saya penubuhan skuad antirasuah pasir ini tidak menyelesaikan masalah tetapi mempunya agenda tersendiri didalam Pakatan Rakyat.Adakah Tan Sri Khalid Ibrahim cuba mengajar mereka-mereka yang cuba menjatuhkan kreabiliti beliau sebagai seorang Menteri Besar? Sama-sama kita fikirkan persoalan tersebut.

Pena Noh Omar
Kelana Jaya

Juragan Malawati..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan