UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Jumaat, 7 Jun 2013

Guan Eng kata DAP miskin,mahu elak kes Red Bean Army?


Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyangkal dakwaan pihaknya menaja tentera siber pembangkang yang dikenali Red Bean Army seperti yang didakwa media massa.

Beliau ketika ditemui berkata, DAP tidak mampu biayai kumpulan itu berikutan isu kesempitan wang dihadapi. “Kami tidak pernah tubuhkan sebarang kumpulan dan ini salah satu lagi isu jahat yang cuba dimainkan lawan.

“Jika benar wujud kumpulan digembar-gemburkan, kami mohon polis kemukakan bukti kukuh supaya tindakan selanjutnya boleh diambil,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media yang diadakan selepas Perasmian Projek Naik Taraf Pasar Awam Sama Gagah di Permatang Pauh, semalam.


Turut hadir ialah Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Maimunah Mohd Sharif. Kelmarin, media tempatan menyiarkan laporan pihak berkuasa diminta untuk memantau pergerakan kumpulan tentera penentang pembangkang supaya tidak menjejaskan keselamatan sekaligus memecahbelahkan masyarakat.

Dalam pada itu, seorang ahli perniagaan dari Taiwan yang memilih Pulau Pinang untuk melabur turut dikaitkan sebagai penaja kumpulan terbabit. Guan Eng berkata, isu itu hanya akan menakutkan pelabur melabur di Malaysia terutama di Pulau Pinang.

“Ia salah satu helah kerajaan pusat untuk menakut-nakutkan orang ramai selain membangkitkan sentimen perkauman dan isu tentera ini,” katanya. Anwar berkata, kerajaan Pusat perlu mengubah pendekatan dan menggunakan cara lain untuk menjatuhkan PR.

Juragan Malawati..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan