UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Selasa, 1 Februari 2011

'Tidak mungkin Pas tubuh negara Islam'!

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkefly Ahmad menyifatkan tidak mungkin bagi Pas untuk menubuhkan negara Islam di Malaysia.

Pada satu forum minggu lalu, beliau yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat berkata, keadaan demografi Malaysia menyukarkan bagi parti itu untuk menubuhkan sebuah negara Islam.

''Terdapat 60 peratus orang Islam dan 40 peratus bukan Islam. Malah, kita sendiri tidak memiliki 60 peratus sokongan daripada masyarakat Islam," katanya menjawab satu soalan daripada peserta forum berkenaan seperti dipetik dalam portal berita Free Malaysia Today bertajuk 'Ahli Parlimen Pas: Tiada Negara Islam'.

Ketika ditanya peserta mengenai negara Islam seperti Pakistan, Dzulkefly memberitahu, negara Islam hanya wujud semasa era pemerintahan Rasulullah di Madinah.

''Kita telah memasukkan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama di dalam manifesto pilihan raya kita. Beberapa tahun lalu Pas 'gagal' bila berhadapan dengan individu seperti Haris Ibrahim dan Malik Imtiaz, namun hari ini kita berjaya mengatasinya," jelas beliau.

Suruhanjaya Antara Agama dicadangkan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dinamakan Artikel 11 yang diketuai Malik Imtiaz untuk mengutarakan masalah berkaitan agama.

Bagaimanapun, cadangan itu ditolak semasa pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi selepas beberapa kumpulan Islam termasuk Pas menentang penubuhannya.

Dzulkefly pada masa yang sama mengetepikan kebimbangan ke atas soal hudud dengan berkata:

''Kenapa anda perlu takut dengannya sedangkan ia hanya disebut sebanyak dua kali di dalam al-Quran?

Menurutnya, Pas lebih cenderung ke atas soal keadilan sebagaimana yang disebut banyak kali di dalam al-Quran dan ia diteruskan menerusi platform pakatan pembangkang.

Isu-isu seperti mengharamkan wayang kulit, memisahkan kaunter pembayaran di pasar raya untuk lelaki dan wanita sebagaimana yang dilakukan oleh Kerajaan Pas Kelantan sebelum ini turut dibangkitkan peserta.

Untuk ini, pemimpin Pas tersebut memberi reaksi bahawa Islam tidak mensyaratkan ia dalam sekatan dan peraturan.

Komen : Tertarik kepada kenyataan Dzulkefly Ahmad yang menyifatkan tidak mungkin bagi Pas untuk menubuhkan negara Islam di Malaysia! Negara Islam hanya wujud semasa era pemerintahan Rasulullah di Madinah. Jadi apa tujuan sebenarnya PAS ditubuhkan sekarang? Adakah ianya hanya sebagai sebuah parti politik semata-mata yang mempergunakan ugama demi kepentingan politik sempit mereka?

Wallahuallam.

Juragan Malawati..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan