UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Rabu, 21 Julai 2010

Isu Pasir : Tindakan Terdesak Lagakan UMNO Selangor!


Pembangkang kini cuba mengalih tumpuan ramai daripada isu pasir di Selangor dan cuba mengada-adakan pembohongan konon berlaku krisis dalam UMNO Selangor. Cubaan menyebarkan khabar angin dan fitnah itu bertujuan melaga-lagakan bekas Pengerusi UMNO Selangor, Dato’ Seri Dr Mohammad Khir Toyo dengan Timbalan Pengerusi UMNO Selangor, Dato’ Seri Noh Omar, kononnya kedua pemimpin kanan UMNO Selangor ini masing-masing hendak menjadi juara isu pasir di Selangor.

“Saya nak beritahu yang Shuhaimi ini tidak faham dengan apa yang saya dan Dr Khir buat. Ini menunjukkan mereka tak tahan apabila ada dua orang menyerang mereka dalam sudut yang berbeza.

“Dr Khir Toyo serangannya dengan mendedahkan on the ground di tanah-tanah, pasir-pasir yang dicuri. Saya naik helikopter, kita nak mengesahkan supaya rakyat lebih jelas nampak bahawa apa yang di cakap oleh Khir Toyo itu betul. “Keduanya, tindakan antara saya dengan Khir Toyo ini memang dah dirancang, memang berbeza. Dr Khir mendedahkan on the ground tetapi saya mendedahkan penyelewengan, penyelewengan di dalam pentadbiran KSSB itu sendiri.

“Di mana saya telah mendapat bukti, bahawa ada berlakunya kroni, ada berlakunya pilih kasih yang mana sekarang ini isu pasir ini pihak kerajaan negeri terpaksa jawab dari dua angle,” ujarnya yang ditemui krew umno-online selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO, di sini petang ini.


Menurutnya, mereka terpaksa menjawab isu curi pasir yang didakwa KSSB tak tahu manakala pihak KSSB pula terpaksa menjawab bahawa bagaimana pentadbiran dan penyelewengan ini boleh berlaku.

Maka, jelasnya, pembangkang tidak boleh menjawab isu-isu dan serangan dari kedua pemimpin ini, akhirnya mereka reka cerita baru bagi mengalih perhatian rakyat supaya lupa isu pasir tetapi dalam masa yang sama, mengambarkan kononnya kedua pemimpin ini menghadapi konflik sesama mereka.

“Ini taktik yang digunakan oleh pembangkang dan kita juga melihat bahawa mereka tidak tahan dengan cara, strategi kita yang baru bahawa ada satu-satu isu yang kita timbulkan, dia akan ada sahut-menyahut.

“Kita akan main dengan isu ini dengan cara sendiri, dengan cara kita sendiri, biarlah 10 orang pun bercakap tetapi matlamat UMNO Selangor satu sahaja, nak mendedahkan kepada rakyat betapa pembohongan, hipokrit yang dibuat oleh parti PKR,” kata beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Pada masa yang sama, Noh turut menjelaskan, sebenarnya Naib Presiden PKR, Azmin Ali seronok dengan pendedahan yang dibuat UMNO ini kerana pada satu ketika dulu, PKR sendiri menyerang kerajaan negeri sehingga berjaya menukar pengerusi PKR negeri Selangor.

“Sekarang, orang UMNO pula tekan. Jadi dah tentu ada pihak-pihak dalam PKR ini yang seronok, yang tepuk tangan supaya MB diberikan tekanan yang mungkin akhirnya akan meletakkan jawatan, boleh Azmin jadi MB yang baru,” ujarnya.

Noh yakin rakyat sudah sedar dan tidak mahu lagi tidak mahu bersubahat dengan pembangkang lagi.

Sehubungan dengan itu, beliau menyarankan kepada pemimpin-pemimpin pembangkang khususnya ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafiei yang agar menjaga `rumahtangga’ parti sendiri dan tidak melaga-lagakan pemimpin UMNO untuk mengekalkan survival politik mereka dalam memenangi hati rakyat.

Sementara itu : “Dialah Raja Pasir Selangor” – Dr Khir Toyo

Tak perlu nak melaga-lagakan UMNO Selangor, baik jaga dan nilai diri sendiri dan parti sendiri. Begitulah ulasan Bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Dato’ Seri Dr Khir Toyo, berhubung dakwaan ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafiei dalam sebuah laman web alternatif, konon wujudnya persaingan untuk menjadi juara ‘Isu Pasir Selangor’.

“Dialah Raja Pasir Selangor sebenarnya bersama Yaakob Sapari. Tak payahlah nak laga-lagakan saya dengan Noh Omar, kerana kami sentiasa bekerjasama antara satu sama lain untuk memastikan hak rakyat Selangor tidak mudah diperkotak-katikkan oleh pentadbiran kerajaan negeri sekarang.

“Kita pun tahu, Shuhaimi dan Yaakob sedang disiasat SPRM, oleh itu hadapilah siasatan dan jangan cuba untuk mengalih pandangan masyarakat dengan melaga-laga kami pula,” ujarnya ketika dihubungi UMNO-online.

Tambahnya, beliau dan Noh tidak ada sebarang masalah malah akan terus bekerjasama untuk memastikan isu pasir ini serta apa sahaja isu berkaitan penyelewengan dan kegagalan kerajaan Selangor didedahkan kepada rakyat Selangor.

Juragan Malawati..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan