UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Selasa, 18 Oktober 2011

Pesawat ringan terhempas di Kuala Selangor!

Sebuah pesawat ringan jenis Socata TB-10 Tobago GT terhempas di kawasan paya bakau berdekatan Kampung Asam Jawa di sini petang ini, setelah dipercayai mengalami masalah teknikal.

Dalam kejadian pukul 3.45 petang itu, juruterbang pesawat, Abdul Rais Saad, 45, dan pembantunya, Parvinder Pal Singh, 21, bagaimanapun terselamat.

Sebelum itu, pesawat berkenaan dikatakan cuba melakukan pendaratan cemas setelah menyedari berlaku masalah teknikal tetapi gagal lalu terhempas di kawasan terbabit dengan bahagian hadapannya terjunam ke dalam paya bakau.

Ketika kejadian, pesawat itu dalam perjalanan ke pangkalan ESB Aeroclub Subang dari Sekinchan selepas melakukan penerbangan latihan.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Mohd. Taib Ahmad berkata, sebaik sahaja terhempas, kedua-duanya keluar dan meredah lumpur sejauh kira-kira 500 meter untuk mendapatkan bantuan daripada pekerja kolam ternakan udang berhampiran.

"Sebelum terhempas juruterbang pesawat itu juga sempat berhubung dengan Bilik Gerakan Pusat Kawalan Bukit Aman bagi memaklumkan kedudukan mereka.

"Anggota polis yang tiba selepas itu membawa kedua-duanya ke Hospital Tanjong Karang bagi rawatan lanjut," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini hari ini.

Saksi, Razak Majid, 32, berkata, ketika insiden berlaku, dia sedang bekerja sebelum tiba-tiba ternampak sebuah pesawat terjunam dan terhempas di kawasan paya bakau.

"Saya kemudian melihat dua lelaki di dalam pesawat itu membuka pintu pesawat lalu keluar dari pesawat dan meredah air lumpur bagi menyelamatkan diri," katanya.

Juragan Malawati..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan