UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Selasa, 30 November 2010

Perkara yang rakyat perlu tahu : SYABAS di "kambing hitam" kan oleh kerajaan Selangor!

SYABAS dimiliki oleh Syarikat Puncak Niaga yang sahamnya berjumlah 70% dan 30% dimiliki oleh kerajaan negeri Selangor melalui KDEB dan juga Kumpulan Perangsang. Malangnya SYABAS seolah-olah telah dianak tirikan oleh rejim MB Khalid serba tak tahu sehinggakan syarikat ini dijadikan "kambing hitam" dalam agenda politik kotor PKR.

Ketika SYABAS mengambil alih pentadbiran air daripada PUAS pada 2005, kita dapat lihat bagaimana pengurusan air di Selangor ketika itu agak kurang memuaskan. Dengan kutipan berjumlah hampir RM300 juta yang tidak dikutip daripada pengguna kita boleh mengambarkan ianya seperti rumah yang uzur menunggu sesiapa yang sudi datang membaiki rumah tersebut.

Selepas pengambilalihan, SYABAS telah melakukan perubahan besar dengan menambah bilangan pekerja daripada 1500 orang kepada 3000 orang dalam menjaga kepentingan 7 juta pengguna di Selangor.Penstrukturan semula hutang juga dilakukan dalam menjamin perniagaan kontraktor ketika itu tidak bermasalah dan hampir kesemua hutang yang ditanggung oleh PUAS ketika itu sudah berjaya diselesaikan oleh SYABAS termasuklah hutang mencecah 500 juta untuk kontraktor paip yang tertunggak.

SYABAS juga telah membelanjakan sejumlah wang untuk mewujudkan konsep mesra pengguna dengan mewujudkan sistem perkhidmatan pelanggan yang dipanggil PUSPEL yang menggunakan sistem P Water untuk menyalurkan aduan-aduan terus kepada kawasan yang bermasalah. SYABAS juga telah mewujudkan Pelan Tindakan Kecemasan dalam menangani sebarang masalah yang memerlukan tindakan segera dalam memastikan rakyat Selangor menikmati kemudahan dan perkhidmatan yang terbaik.

Program Tabung Budi anjuran SYABAS dilihat sebagai satu program yang baik dalam menunaikan tanggungjawap sosial kepada rakyat Selangor khasnya. Program ini juga dilihat dapat membantu rakyat miskin Selangor yang tidak dapat menikmati kemudahan air percuma walaupun rejim MB Khalid Serba tak tahu sentiasa berbangga dengan program air percuma...!!!

Juragan Malawati..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan