UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Jumaat, 26 November 2010

AWAS ! : Selangor dilanda krisis air 2012?

Selangor akan dilanda krisis air menjelang 2012 sekiranya pemegang kepentingan dalam pengurusan air di negeri ini gagal mencari penyelesaian segera mengenainya, kata Ketua pegawai Operasi Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Datuk Ir. Lee Miang Koi.

Beliau berkata, sebagai negeri maju, permintaan air di Selangor meningkat tahun demi tahun.

Katanya, berdasarkan perkiraan Syabas, setiap isi rumah di negeri ini menggunakan 212 liter air sehari dan jumlah ini agak tinggi berbanding di negara lain.

"Di Singapura contohnya, setiap orang hanya menggunakan 156 liter air sehari," katanya pada Forum Air Selangor bertajuk Pengurusan dan Permintaan terhadap Air di sini, hari ini.

Forum itu dianjurkan bersama oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Malaya (UM) dan Persatuan Air Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya serta dihadiri lebih 100 peserta.

Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk N. Marimuthu pula berkata, kerajaan negeri Selangor perlu mengetepikan sentimen politik dalam mencari jalan untuk mengelak berlakunya krisis air pada masa akan datang.

"Ini berkaitan (menolong) manusia, bukan mengenai politik, jadi ketepikan perkara itu dan sama-samalah kita menolong orang ramai yang akhirnya mungkin menjadi mangsa," katanya.

Beliau berkata, Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri perlu saling mempercayai untuk memastikan krisis air di Selangor tidak menjadi semakin buruk.

Kerajaan Persekutuan pernah menyatakan projek Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 perlu dilaksanakan dengan segera seperti yang dirancang untuk mengelak berlaku krisis air di negeri ini.

Bagaimanapun, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dilaporkan berkata, projek itu hanya perlu dilaksanakan pada 2019 dan mencadangkan kepada kerajaan Persekutuan supaya mengurangkan kadar air bukan hasil serta melaksanakan sistem penuaian air hujan.

Jangan nanti bila krisis air berlaku lagi di Lembah Kelang, ketika itu MB Khalid mengatakan " saya tidak diberitahu "...!!!

Juragan Malawati..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan