UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Ahad, 13 Mei 2012

PM bersarapan dengan pengikut Twitter!


Gambar : Najib Tun Razak beramah mesra dengan pengikut Twitter beliau ke-500,000, Anwaruddin Izzuddin serta tiga lagi yang bertuah Lim Weng Marc, Shashi Muniandy dan Mohd. Azhar Hashim ketika meluangkan masa bersarapan pagi di Restoran Chawan, Bangsar, Kuala Lumpur, semalam.

Anwaruddin Izzuddin, 15, pengikut ke-500,000 Twitter Datuk Seri Najib Tun Razak dan tiga lagi pengikut bertuah, hari ini mendapat peluang yang mungkin menjelma hanya sekali dalam hidup mereka untuk bersarapan dengan Perdana Menteri.

Tiga pengikut lain ialah Lim Weng Marc, Shashi Muniandy dan Mohd. Azhar Hashim. Mereka masing-masing membawa seorang tetamu untuk menikmati sarapan bersama Najib di Chawan Restaurant di Bangsar di sini.

Perdana menteri menghabiskan masa kira-kira sejam bersama tetamu beliau sambil menikmati hidangan nasi lemak, telur rebus dan teh tarik. Beliau berbual dengan mereka tentang pelbagai perkara, daripada politik hinggalah kepada pilihan raya dan kehidupan seharian serta menandatangani autograf.

Pada pertemuan dengan pemberita kemudian, Anwaruddin berkata, dia sungguh gembira apabila mendapat tahu menjadi pengikut ke-500,000 Twitter Najib.

"Tapi, apabila mendapat panggilan daripada 1Malaysia.com seminggu lepas tentang berita itu dan untuk menghadiri majlis ini, saya sangka ia hanya suatu gurauan. Saya macam tak percaya mendapat peluang untuk duduk bersarapan bersama Perdana Menteri," katanya.

Anwaruddin berkata, dia menjadi pengikut @NajibRazak selepas mendapat tahu daripada abangnya bahawa Perdana Menteri mengadakan peraduan untuk berjumpa dengan pengikut Twitternya yang ke-500,000.

Pelajar SMK Sri Hartamas ini menyifatkan Perdana Menteri sebagai 'seorang yang bersahaja dan tenang' berbanding kebanyakan mereka yang seusia dengan beliau.

"Kami juga bercakap tentang Manchester United. Perdana Menteri memberitahu kami yang beliau sungguh teringin untuk ke Old Trafford bagi menonton perlawanan MU, tapi masih belum berpeluang berbuat demikian," katanya.

Lim Weng Marc, 24, pula berkata, peluang itu membolehkannya mengenali Perdana Menteri secara lebih dekat dan mengetahui tentang tugas beliau.

"Beliau bercerita kepada kami tentang usahanya untuk menambah baik negara ini dan kami dapat melihat bahawa beliau benar-benar bersemangat serta ikhlas dengan tugas beliau.

Pemuda ini berkata, mereka juga bertanya tentang tarikh pilihan raya umum, tetapi Perdana Menteri tidak memberi sebarang bayangan mengenainya.

Weng Marc membawa ibunya, Juliana Oo, 60, yang menyifatkan peluang bersarapan bersama Perdana Menteri itu sebagai hadiah paling besar sempena Hari Ibu yang pernah diterimanya. Hari Ibu disambut esok. - BERNAMA

Juragan Malawati..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan