UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Rabu, 24 Julai 2013

Isu kantin sementara: Tiada kaitan agama, bangsa!

P. Kamalanathan mengadakan sidang akhbar selepas bertemu dengan pihak pentadbir SK Seri Pristana.

Masalah berkaitan lokasi kantin sementara yang didakwa kurang sesuai di Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Sungai Buloh dekat sini, tiada kena mengena dengan isu agama dan bangsa, kata Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan.

Kementerian Pelajaran memutuskan bilik persalinan yang dijadikan kantin sementara bagi murid-murid Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Pristana, di sini, ditutup serta merta.

Timbalan Menteri Pelajaran, P. Kamalanathan berkata, bilik persalinan itu didapati tidak sesuai dijadikan kantin sementara dan murid-murid terbabit kini sudah kembali menggunakan kantin yang dibuka semula hari ini.

 Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan bersama Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam memberi penerangan mengenai tindakan pihak Sekolah Kebangsaan Seri Pristana yang menggunakan bilik persalinan sebagai kantin sementara ketika melakukan lawatan ke sekolah tersebut di sini hari ini.

"Niat guru besar berkenaan baik iaitu untuk memastikan sebarang kejadian tidak diingini berlaku semasa kantin dalam pengubahsuaian, maka murid-murid berkenaan ditempatkan di bilik persalinan.

"Bagaimanapun bilik berkenaan tidak bersesuaian dan kita memutuskan supaya ia ditutup," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan pengurusan sekolah berkenaan serta melawat bilik persalinan berkenaan.

SK Seri Pristana di Sungai Buloh.

Anggota polis mengawal keselamatan di SK Seri Pristana di Sungai Buloh.

Seorang pemimpin setempat cuba menangkan orang ramai yang berkumpul di depan SK Seri Pristana.

Orang ramai berkumpul di depan pintu pagar SK Pristana dan mendesak untuk melihat kawasan rehat murid bukan Islam yang dikatakan berhampiran tandas.

Sehubungan itu beliau menasihatkan para pentadbir sekolah di seluruh negara supaya mengambil iktibar daripada apa yang berlaku di sekolah tersebut dan memastikan ia tidak berulang.

Dalam pada itu, beliau juga memberi sejumlah sumbangan peribadi kepada sekolah berkenaan bagi membolehkan kerja memperbesar kantin dilakukan.

"Kementerian juga mempertimbangkan cadangan sekolah untuk memperbesarkan kantin yang pada masa ini tidak lagi dapat menampung lebih 1,000 murid yang belajar di dalam dua sesi," katanya.

Mengenai isu "makan di dalam bilik persalinan" di SK Seri Pristana, sila juga baca:
www.mazidulakmal.com

Juragan Malawati..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan