UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Sabtu, 20 Julai 2013

Segera usir Joseph Marino - NGO Islam!


NGO Islam yang diketuai Jati dan Perkasa menghantar memorandum bantahan kepada Duta Vatican City ke Malaysia, Biskop Joseph Marino berkenaan sokongan beliau terhadap Gereja Katolik mengenai penggunaan kalimah Allah di dalam bible bahasa Melayu.

Pasukan polis turut bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan di hadapan Kedutaan Vatican City

Ketika ini kelihatan beberapa kumpulan berbaju Melayu sudah berada di Lingkungan U Thant menuju ke Kedutaan Vatican City.


Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali (depan, dua dari kanan); Presiden Jati, Datuk Dr. Hassan Ali (depan, tengah); Naib Presiden Perkasa, Datuk Zulkifli Noordin (depan, empat dari kiri) dan Presiden Pertubuhan Kebajikan dan Amal India Baru Malaysia (Perinnbam), U. Thamotharan mengetuai gabungan NGO Islam berbincang dengan pegawai polis sebelum menyerahkan nota bantahan kepada Duta Vatican City.



Nota bantahan ditampal di dinding Kedutaan Vatican City


Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam menggesa kerajaan supaya menyarankan kepada Vatican City agar dutanya ke Malaysia, Joseph Marino digantikan secepat mungkin kerana menyalahgunakan kedudukan beliau sebagai duta.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali yang merupakan jurucakap bagi gabungan NGO Islam itu berkata, tindakan ini perlu kerana duta yang baru dilantik itu cuba campur tangan dalam hal ehwal dalaman Malaysia dengan menyatakan sokongan secara terbuka isu gereja Katholik mahu menggunakan kalimah Allah dalam kitab Bible bahasa Melayu.

Malah Ibrahim menegaskan, sepatutnya Marino patut tahu kedudukan beliau sebagai duta adalah memupuk keharmonian antara kedua-dua negara dan bukan memecah-belahkannya dengan mencampuri isu dalaman Malaysia.

"Saya dengan ini mengisytiharkan Joseph (Marino) sebagai duta persona non-grata kepada Malaysia dan dia tidak diingini dan mesti meninggalkan negara ini.

"Kenapa? Disebabkan dia cuba mencampuri hal ehwal dalaman Malaysia... dia sepatutnya tahu dengan lebih baik isu kalimah Allah ini telah dieksploitasi oleh pihak pembangkang dalam negara ini sebagai faedah politik mereka semata-mata yang turut meningkatkan sentimen dalam kalangan penganut agama Kristian di Sabah dan Sarawak serta di seluruh negara," dakwanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas bersama-sama Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hassan Ali; Naib Presiden Perkasa, Datuk Zulkifli Noordin, Presiden Pertubuhan Kebajikan dan Amal India Baru Malaysia (Perinnbam), U. Thamotharan dan beberapa NGO Islam lain menyerahkan memorandum bantahan kepada Duta Vatican City di sini hari ini.

Terdahulu, beliau bersama-sama Hassan dan Zulkifli turut melekatkan memorandum bantahan tersebut sebanyak tiga helai di tembok pagar Kedutaan Vatican City di Jalan U Thant di sini selepas tiada wakil dari kedutaan Vatican City keluar berjumpa dengan mereka. 

Sementara itu, Hassan turut menegaskan antara kandungan memorandum bantahan itu ialah mereka mahukan Vatican City mengeluarkan kenyataan memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Marino tempoh hari.

"Tak perlulah mereka nak sibuk dengan hal ehwal kita di Malaysia, adalah lebih baik mereka memfokuskan untuk menyelesaikan salah laku seksual dalam kalangan pegawai agama mereka sendiri berbanding menyibuk dengan hal ehwal dalaman negara asing," tegasnya. 

Juragan Malawati..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan