UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Sabtu, 1 Mei 2010

Skandal Provokasi PAS : Syed Azidi dedahkan GMC dimiliki pemimpin Pas!

Nama syarikat, Global Media Channel Sdn. Bhd menjadi sebutan apabila penulis blog, Syed Azidi Syed Abdul Aziz mendedahkan mengenai operasi gerak saraf untuk melemahkan kepimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Malah lidah rasmi Pas, Harakahdaily semalam turut menyiarkan berita mengenai syarikat terbabit apabila mempertikaikan peranan Syed Azidi yang dikatakan menjadi penyebab kegagalan GMC berfungsi. Bagaimanapun berita itu ditarik balik beberapa jam kemudian tetapi protal berita Sabahdaily.com telah memetiknya.

Selain itu beberapa blog propembangkang juga menyebut tentang kewujudan GMC yang menjalankan aktiviti media bagi Pas Kelantan. Peruntukan RM4 juta dikatakan disalurkan kepada syarikat ini.

Berdasarkan profil syarikat itu yang diperoleh daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), terdapat dua individu menjadi pemegang syer utama syarikat berkenaan, Abdul Rahman Yunus dan Mohd. Ridza Zin manakala Abdul Rasol Ali atau Abu dan Bariah Ishak sebagai pengarah.

Syarikat yang ditubuhkan pada Julai 2007 dengan modal berbayar sebanyak RM2 untuk menjalankan aktiviti sebagai penasihat komunikasi, reka bentuk kreatif dan perunding promosi media serta pengiklanan. Bagaimanapun syarikat tersebut tidak pernah menghantar penyata akaun dan laporan mesyuarat tahunan sejak ia ditubuhkan sehingga sekarang.

Sementara itu, Syed Azidi ketika dihubungi berkata, idea penubuhan GMC bermula apabila beliau 'dibawa balik' ke negeri ini selepas melihat potensi sebuah televisyen Internet, kelantan.tv.

"Kemudian idea ini dibawa ke dalam satu mesyuarat di JKR 10 iaitu kediaman rasmi Menteri Besar, pada 10 April 2007 tetapi timbul rasa tidak puas hati di kalangan ahli Pas yang mempertikaikan mengapa seorang ahli UMNO dibawa masuk untuk mengembangkan kelantan.tv.

"Melihat penentangan ini, Datuk Husam Musa (Exco kanan kerajaan Kelantan) membuat keputusan bahawa perlu ditubuhkan sebuah entiti berasingan yang diberi nama Global Network Sdn. Bhd. tetapi ditukar kepada Global Media Channel disebabkan nama tersebut telah didaftarkan.

"Beliau membiayai pembayaran untuk pendaftaran syarikat yang dibuat melalui setiausaha syarikat yang juga anak syarikat Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK)," katanya.

Syed Azidi berkata, pengarah dan pemegang syer pada ketika itu ialah Abdul Rahman yang juga Pengarah Urus Setia Penerangan Negeri Kelantan dan ahli majlis Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) serta Timbalan Yang Dipertua Pas Kubang Kerian, Mohd. Ridza yang juga Setiausaha Dewan Pemuda Pas Kelantan (DPPK) pada ketika itu.

"Pada masa itu, saya dimaklumkan hanya untuk melapor terus kepada Husam tetapi saya pernah bertanya kenapa perlu tidak lapor kepada pengarah, jawapan yang saya terima untuk apa dan kenapa," katanya.

Juragan Malawati..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan