UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Rabu, 12 Mei 2010

Anwar Disyorkan Jual Talam!

Siapa tak kenal dengan Anwar Ibrahim? Bukan saja "gah" di Malaysia, nama ini gah seantero dunia. Pernah menjadi orang nombor 2 di Malaysia. Pernah "kantoi" masuk penjara. Pernah berserban, menjadi imam dan membaca khutbah. Pernah dilayan bagai "raja" oleh negara "uncle sam". Macam-macam dia "pernah". Yang pastinya, bicara Anwar Ibrahim pasti menarik ramai orang untuk mendengarnya. Pidatonya begitu mempesona, lunak didengar bagai halwa telinga mendengar penglipur lara berceritera!

Namun itu semua adalah "past tense". Kini sudah ramai yang sudah "celik mata". Kata-kata Anwar tidak lagi ber"bisa". Kini dialah yang digelar "talam dua muka" di Malaysia dan "sesumpah" di Amerika! Tak kira di dalam Malaysia mahupun di luar negara, dialah juara "belit lidah bercabang"...

Terbaru, sebuah blog terkemuka Amerika "The New Ledger" telah melondehkan lagi tembelang Anwar diluar negara. Artikel blog pro negara "uncle sam" ini telah menyokong kenyataan bahawa sememangnya "Anwar adalah sesumpah".

The New Ledger telah mendedahkan betapa Anwar sebelum ini yang di dalam "pelarian" ke US telah mewujudkan hubungan baik dengan tokoh-tokoh "American Jews" (Yahudi Amerika) seperti Paul Wolfowitz dan Al Gore. Anwar benar-benar "manis mulut" ketika itu. Mungkin sejak dari lahirnya, Anwar sememangnya suka "menanam tebu dibibir"nya. Hubungan Anwar dan rakan sekutu Yahudinya amat baik. Malah Anwar pernah "redha" dengan perjanjian "berat sebelah" Israel-Palestine yang dianjurkan oleh US. Walaupun perjanjian damai itu ternyata merugikan Palestine dan dibantah oleh banyak negara Islam Teluk, namun Anwar dengan "selamba rock"nya menandatangani menyokong perjanjian "damai" tersebut.

Begitulah akrabnya Anwar dan Yahudi. Tapi itu adalah ketika Anwar di luar negara. Bila Anwar kembali ke Malaysia. Sikap Anwar berubah menjadi sebaliknya. Mungkin Anwar tahu bahawa budaya rakyat Malaysia yang tidak suka pada Israel (Yahudi). Maka Anwar terpaksalah bertukar "wajah" seakan-akan anti-yahudi dan Amerika. Maka "terasa hati"lah geng-geng Yahudi Anwar di sana. Dan ketidak puasan hati mereka terhadap Anwar itu diterjemahkan oleh The New Ledger baru-baru ini. Jika dulu Amerika "menyerang" Malaysia pada kes Liwat I, namun pada kes Liwat II ini, "tengok muka" pun dah tak mahu dahhhh...

Baru Amerika dan Yahudi tahu Anwar adalah "talam dua muka"?

Kita kembali mengimbas sejarah Anwar. Ketika Anwar aktif bersama ABIM dahulu, dia dijangka untuk menyertai PAS. Malah Anwar merupakan anak angkat kepada Allahyarham Yusof Rawa, seorang tokoh PAS yang terkenal. Namun, Anwar masuk UMNO atas undangan Tun M. Tindakan itu telah sedikit sebanyak menyedihkan rakan-rakan ABIM dan PAS. Namun, Anwar bijak. Dia "pujuk" rakan-rakannya dengan mengatakan bahawa kemasukannya ke dalam UMNO adalah untuk "memutih"kan UMNO. Maka terpedayalah rakan-rakan ABIM dan PASnya ketika itu. Pada UMNO pula, Anwar menyatakan bahawa dia memasuki UMNO adalah kerana percaya pada perjuangan UMNO yang memartabatkan Islam, Melayu dan Malaysia. Mungkin ketika itu Tun M dan seluruh warga UMNO "percaya" padanya.

Jelas sekali betapa Anwar memainkan peranan "talam dua muka"nya pada awal pembabitannya sebagai ahli politik. ABIM, PAS dan UMNO, habis "dikencing"nya. Depan kata lain, belakang kata lain. "Memutihkan UMNO"? Loya tekak mendengarnya. Padahal, dialah "Abu Jahal" besar dalam UMNO yang memperkenalkan "politik wang" di dalam UMNO. Anwar dan "pink form" tidak dapat dipisahkan ketika dia menjawat jawatan penting ketika dia bersama UMNO. PAS pula dihenyak habis-habisan oleh Anwar. Terkedu lidah Allahyarham Ustaz Fadhil Noor dan Allahyarham Yusof Rawa. Tapi apakan daya, "nasi dah menjadi bubur"...

Pada seawal itulah ramai penggiat politik di Malaysia mengenali Anwar sebagai "talam dua muka" atau dalam bahasa "American Jews" lebih dikenali sebagai "sesumpah"! Amerika baru nak tahu? Kami dah tahu lama dah. Dah "terkena" dah pun!

Pada "permainan politik" alaf baru ini juga, Anwar masih aktif berperanan sebagai "talam yang bermuka dua". Bila pergi ke depan orang Melayu, maka dialah "paling Melayu" dan habis di"silat"nya bangsa lain. Di depan orang Cina pula, dialah "Fong Sai Yuk" Malaysia yang berjuang demi bangsa Cina di Malaysia dan habis di"kungfu"nya bangsa lain, terutamanya Melayu. Dan apabila tiba di depan bangsa India pula, dialah "hero tamil" paling hebat di Malaysia yang memperjuangkan bangsa India di Malaysia dan habis di"silambam"nya bangsa lain, terutamanya bangsa Melayu dan Cina. Tak habis di situ saja, bila ke Sabah dan Sarawak, Anwar meneruskan "tarian talam bermuka-muka"nya itu di depan kaum Iban, Kadazan, Bidayuh, Bajau, Melanau dan sebagainya. Memang "talam" betullah Anwar Ibrahim!

Dan kini, dia juga dipercayai cuba menjadi "talam dua muka" juga di dalam mahkamah. Depan hakim cakap lain, depan Karpal cakap lain, depan Kak Zizah cakap lain, depan Shamsidar cakap lain, depan Azmin cakap lain, depan Sukma cakap lain, depan Saiful cakap lain, depan orang ramai cakap lain, depan wartawan cakap lain. Serba serbinya lain! Siapa nak percaya pada "talam dua muka" Malaysia ini lagi?

Itulah sedikit sebanyak perihal "talam dua muka" di Malaysia. Saya cadangkan supaya Anwar bersara sahaja dari medan politik. Anwar lebih cocok untuk memulakan business "talam". Sama ada "talam loyang" mahupun "tepung talam", kedua-duanya memang sesuai. Sila pohon sebuah kedai di Pekan Rabu, pasti laku!

- dukeofmontecristo -

Juragan Malawati..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan