UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Ahad, 9 Mei 2010

Syed Azidi hairan sikap Husam!

Penulis blog, Syed Azidi Syed Abdul Aziz hairan dengan sikap Exco Kanan Kelantan, Datuk Husam Musa yang mengambil masa terlalu lama menjawab dakwaan bahawa beliau memberi wang RM40,000 kepada Global Media Channel Sdn. Bhd. (GMC) yang sebelum ini dilaporkan menjalankan operasi gerak saraf.

Beliau berkata, pengakuan Husam itu juga amat bertentangan dengan kenyataan yang dibuat oleh kepimpinan Pas Pusat dan negeri mengenai kewujudan firma terbabit sebelum ini.

''Saya hairan kenapa Husam mengambil masa terlalu lama untuk menjawab selepas Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali dan Setiausaha Pas Kelantan, Zaki Ibrahim menafikan bahawa pemimpin parti itu terlibat dalam GMC sejak dua tiga minggu lalu.

''Bagi saya operasi gerak saraf tidak salah tetapi apa yang dipertikaikan di sini dari mana wang RM4 juta itu datang, kalau dari luar negeri atau sumbangan pihak tertentu kena buktikan kepada ahli Pas dan rakyat," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas pengakuan Husam ketika berceramah di Taman Guru di sini baru-baru ini bahawa beliau telah membayar lebih dari RM40,000 kepada GMC untuk poster Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dihasilkan oleh GMC.

Sebelum ini, Syed Azidi menamakan lima individu yang menjadi penyumbang wang RM4 juta kepada GMC.

Mereka ialah Exco kanan kerajaan Kelantan, Ahli Majlis Perbandaran Kota Bharu, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan, pemimpin Dewan Pemuda Pas Kelantan dan pengarang sebuah akhbar propembangkang.

Sebelum itu, dalam blognya, Kickdefella, penulis itu mendedahkan menerima peruntukan RM4 juta daripada pihak tertentu untuk menjalankan operasi gerak saraf bagi melemahkan kepimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan memastikan Pas terus bertahan di Kelantan pada Pilihan Raya Umum Ke-12.

Syed Azidi yang bekas Pegawai Perhubungan Awam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) berkata, pengakuan Husam bahawa beliau memberikan wang lebih dari RM40,000 sememangnya benar.

''Betul dia beri lebih daripada itu tetapi wang yang saya terima secara terus daripada tangan Husam sendiri RM40,000 manakala selebihnya diberikan oleh individu-individu tertentu atas arahan Husam.

''Ayat yang beliau gunakan supaya individu ini memberi wang adalah 'beri dekat pak sheikh (Syed Azidi), dia nak buat kerja," katanya. Tambahnya, Husam atau kepimpinan Pas seharusnya menjawab dengan jelas dari mana wang tersebut datang dan bukan hanya menyebut secara umum.

''Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah mendedahkan kesemua senarai penerima tender selepas didesak, jadi kenapa Pas tidak boleh berbuat begitu dedahkan kesemuanya termasuk penerima kawasan balak bagi menjelaskan keadaan sebenar," katanya.

Sementara itu : Pas elak musang berbulu ayam

Pas Kelantan dan kerajaan negeri diminta supaya berhati-hati dalam memilih kakitangan awam serta pekerja parti bagi mengelakkan kes infiltration (penyusupan) seperti musang berbulu ayam yang akan membocorkan rahsia kepada pihak lawan.

Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, parti itu sudah beberapa kali berpengalaman diserapi orang dari luar yang kononnya mahu membantu tetapi rupa-rupanya menjadi sebahagian daripada perancangan ‘musuh’ politik mereka.

Beliau berkata, orang yang akan bekerja untuk parti itu tidak semestinya mempunyai keahlian Pas tetapi latar belakangnya haruslah diselidik secara terperinci. Mohd. Amar bagaimanapun menafikan kenyataannya itu merujuk kepada penulis blog Syed Azidi Syed Abdul Aziz yang kini dilihat banyak mengecam Pas dan kerajaan negeri.

“Saya tidak nak kata dia (Syed Azidi) itu infiltrator, tetapi pengalaman kita dalam politik itu kita telah bertemu pelbagai peristiwa, di mana telah berlaku dalam parti infiltration dalam bentuk yang pelbagai.

“Kita memberi peringatan sebab kita ada pengalaman, bila dekat dengan pilihan raya, dan kita ada sambutan, maka orang itu dan ini datang tawar untuk tolong Pas, sedangkan dia bertujuan lemahkan parti secara tak langsung,” katanya.

Beliau berkata demikian pemberita selepas merasmikan Muktamar Tahunan kali ke 37 Dewan Muslimat Pas Negeri Kelantan (DMPNK) di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) di sini hari ini.

Sejak penghujung tahun lepas kerajaan dan Pas negeri ini menghadapi pelbagai isu terutama membabitkan siri pendedahan yang dibuat oleh Syed Azidi dalam blognya, Kickdefella.

Penulis blog tersebut merupakan bekas Pegawai Perhubungan Awam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang dipecat pada penghujung tahun lepas. Mohd. Amar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah berkata, pengalaman tersebut perlu dijadikan pengajaran supaya ia tidak berulang lagi di masa akan datang.

“Infiltration adalah perisikan yang berkesan, dalam dunia korporat pun orang guna infiltration untuk cari kelemahan saingan, atau melemahkan saingan korporat, jadi tak mustahil dalam Pas ini pun kita berdepan dengan suasana yang sama,” katanya.

Katanya, Pas atau kerajaan negeri perlu melihat beberapa ciri tertentu terutama memiliki sikap amanah sebelum mengambil seseorang untuk bekerja.

“Secara umumnya pertama mestilah kelayakan sesuai dengan jawatan dipohon, kedua personaliti, untuk kerajaan sendiri pun ada tapisan keselamatan, saya sendiri dulu pernah nak jadi pegawai kerajaan, ada tapisan keselamatan, ada soal siasat, semak latar belakang keluarga.

“Ini disebabkan kita mahu pastikan supaya kita tak jadi masalah dalam pentadbiran. Saya sendiri pernah lalui benda tu. ‘‘Jadi sepatutnya dalam organisasi kita boleh mengguna pakai benda yang sama, maksud saya bukannya orang Pas sahaja perlu diambil bekerja kerana ianya terbuka kepada semua dan memenuhi ciri yang ditetapkan,” katanya.

Juragan Malawati..

1 ulasan:

  1. Juragan, elok di catit sumber article tersebut..

    agbr47: Kadang-kadang ambik orang punye juga.

    BalasPadam