UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Ahad, 9 Januari 2011

Amat memalukan : MB Khalid cuba tutup kelemahan!

Tuduhan kerajaan negeri terhadap bekas Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Ramli Mahmud kononnya menjadi punca pertikaian isu pelantikan SUK baru negeri itu sebagai satu tindakan yang tidak bertanggungjawab.

Dakwaan kerajaan negeri yang mengatakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak dimaklumkan oleh Ramli mengenai perkenan Sultan Selangor melantik Mohammed Khusrin Munawi sebagai SUK yang baru itu sebenarnya hanyalah helah untuk menutup ketidakcekapan mereka dalam menjalankan pentadbiran negeri ini.

Kita lihat dakwaan itu tidak masuk akal kerana Ramli dalam satu laporan akhbar menyatakan telah menyerahkan lapan senarai nama calon untuk jawatan itu kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah termasuklah kepada Abdul Khalid sendiri sebelum ini.

Bagaimanapun, perkara yang sebenar berlaku adalah dimana pertikaian pelantikan Mohammed Khusrin sebagai SUK baru Selangor berpunca daripada sikap tidak ambil berat Menteri Besar (Abdul Khalid) dalam pentadbiran negeri. Menteri Besar sebenarnya tidak kompeten dan tidak cekap.

Yang menjadi persoalannya, kenapa Menteri Besar tidak tanya atau berbincang dengan Datuk Ramli mengenai pelantikan SUK, termasuklah senarai calon yang ada terlebih dahulu. Bukankah Menteri Besar boleh tanya Datuk Ramli dalam mesyuarat Exco atau bila-bila masa yang diperlukannya. Kalau dalam soal pelantikan SUK ini menunjukkan Menteri Besar dan Exconya tidak cekap, bagaimana pula dengan hal-hal pentadbiran negeri yang lain!

Kenyataan Abdul Khalid semalam yang menafikan bahawa Ramli dan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd. Sidek Hassan ada memaklumkan kepadanya mengenai pelantikan Mohammed Khusrin sebagai SUK yang baru. Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah Husin dipetik sebagai berkata, sebaliknya KSN telah menyerahkan senarai nama calon SUK kepada Sultan Selangor melalui Ramli tanpa memaklumkannya kepada Abdul Khalid.

Malah, Menteri Besar menegaskan bahawa beliau telah "dibelakangkan" dalam semua urusan penyerahan nama ke istana sebelum 17 Disember 2010 dan cara ini ternyata tidak menepati prosedur serta membelakangkan Menteri Besar selain mengetepikan amalan telus dan profesional.

Dalam satu kronologi versi kerajaan negeri, Ramli didakwa tidak memaklumkan kepada Menteri Besar tentang pelantikan Mohammed Khusrin dalam mesyuarat Ecxo dan Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) antara 8 Disember sehingga 16 Disember lalu. Menteri Besar sepatutnya akan mendapatkan pandangan dan berbincang dengan SUK pada masa itu berhubung sebarang pelantikan tiga pegawai eksekutif kerajaan negeri, termasuklah SUK.

Soal pelantikan SUK itu bukannya hal yang besar dalam pentadbiran kerana prosesnya pelantikannya telah ditentukan berdasarkan prosedur serta peruntukan undang-undang yang sedia ada sama ada di peringkat negeri mahu pun Persekutuan.

Jadi kenapa kerajaan negeri hari ini mahu diperbesar-besarkan perkara ini seolah-olah pelantikan SUK ini ada kaitan dengan politik dan sebagainya. Tindakan kerajaan negeri ini sebenarnya tidak wajar dan hanya menyukarkan tumpuan pentadbiran dan mengelirukan rakyat. Siapa yang sebenarnya menjadi mangsa diatas kelemahan MB Khalid memerintah? Rakyat jugakan! Siapa disebalik dalang yang menjadikan kerajaan Selangor sekarang dalam keadaan carca merba, fikir-fikirkanlah...!!!

Juragan Malawati..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan