UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Rabu, 12 Januari 2011

Berani kerana benar : Khir Toyo serah balik sementara gelaran ”Datuk Seri”!

Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo berkata, beliau telah memulangkan sementara pingat Darjah Kebesaran Negeri Selangor yang membawa gelaran ”Dato Seri”.

Mohamad Khir menulis dalam blognya di http://www.drkhir.com/ hari ini bahawa tindakan itu diambil s...elepas beliau dihadapkan ke mahkamah berhubung tuduhan rasuah membabitkan pemilikan dua lot tanah dan sebuah rumah mewah di Seksyen 7 di sini.

Katanya, pada pertengahan Disember 2010 yang lalu, beliau telah menghantar sepucuk surat kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi memulangkan sementara pingat Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) yang membawa gelaran Dato Seri.

“Hari ini Dewan Diraja (Selangor) telah memperkenankan pemulangan semula pingat tersebut.

“Pemulangan semula pingat ini bagi mengelakkan darjah kebesaran negeri turut terpalit dengan sebarang keaiban sepanjang pertuduhan dan perbicaraan yang akan berlangsung (berhubung kes),” katanya.

Mohamad Khir, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Sungai Panjang berkata, berikutan itu, semua media dan penganjur program hendaklah menggugurkan nama Datuk Seri dari pangkal namanya dan menggunakan nama Dr Mohamad Khir Toyo sahaja.

Berani kerana benar! Dr.Khir Toyo dah buat, Anwar bila pulak ya! Ada beranikah Anwar!!!

Juragan Malawati..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan