UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Jumaat, 7 Januari 2011

Majlis Makan Malam Anjuran Biro Kebajikan PWU Dengan Kerjasama Majlis Kebajikan Dan Pembangunan Masyarakat ( MAYANG ) Parlimen Kuala Selangor

Semalam 7 Januari 2011 ( Jumaat ) bertempat di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Daerah Kuala Selangor telah berlangsung satu Majlis Makan Malam Anjuran Biro Kebajikan PWU . Majlis makan malam ini dianjurkan bersama dengan Majlis Kebajikan Dan Pembangunan Masyarakat ( MAYANG ), kawasan Parlimen Kuala Selangor. Majlis makan malam yang julung-julung kali diadakan ini adalah bertujuan untuk mengumpul dana MPWK bagi menjalankan aktiviti-aktivitinya selepas ini.

Antaranya bagi membantu golongan kurang bernasib baik di kawasan Parlimen Kuala Selangor. Dana yang akan dikumpul secara berkala itu amat diperlukan bagi meningkatkan tahap pendidikan dan kehidupan golongan berkenaan yang terdiri daripada anak yatim, fakir miskin dan ibu tunggal.

Ini merupakan satu usaha yang di akan lakukan secara berterusan walaupun MAYANG di setiap Parlimen ada diberi peruntukan setiap setahun.

Kehadiran para tetamu jemputan malam semalam. Majlis bermula dengan ucapan aluan dari pengacara majlis dan juga bacaan doa.


Ucapan alu-aluan oleh Datin Paduka Hjh Mesrah bt.Selamat, Pengerusi MPWK merangkap Timbalan Pengerusi II, Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat ( MAYANG ) Parlimen Kuala Selangor


Ucaptama oleh YB.Dato'Hj.Amiruddin bin Setro, Pengerusi Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat ( MAYANG ) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Jeram


Persembahan Kumpulan Koir, Puteri UMNO Bahagian Kuala Selangor.


Persembahan Tarian oleh penduduk Kuala Selangor.


YB.Dato' Amiruddin bersama isteri sedang menjamu selera.


Tuan Hj. Jahaya, Penyelaras BN Kawasan Parlimen Kuala Selangor merangkap Penasihat I ( MAYANG ) bersama isteri serta Penyelaras BN DUN Ijok, Cikgu Kr.Partiban sedang menikmati hidangan.


Majlis juga meraikan anak-anak yatim yang hadir.


Penyampaian hadiah cabutan bertuah oleh YB Dato' Amiruddin kepada hadirin yang bernasib baik.


Penyampaian hadiah cabutan bertuah oleh Datin Paduka Hjh. Mesrah kepada para pemenang.


Persembahan Pakaian Busana.


Antara anak-anak yatim yang diraikan.


Antara tetamu jemputan yang hadir


Atas permintaan ramai, YB Dato' Amiruddin naik kepentas untuk menyampaikan sebuah lagu.


Penasihat I ( MAYANG ), Tn.Hj.Jahaya Ibrahim juga tidak ketinggalan menunjukkan bakat yang terpendam dengan menyampaikan sebuah lagu atas permintaan ramai sebelum majlis bersurai.

Penghargaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak dan teristimewa kepada para dermawan dan tetamu jemputan yang hadir.

Oleh : Juragan Malawati..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan