UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Isnin, 21 April 2014

Pusat bimbang catuan air di Selangor?


Kerajaan Pusat bimbang syarikat-syarikat yang beroperasi di negeri ini mengkaji semua pelaburan serta operasi mereka sekiranya masalah catuan bekalan air tidak dapat diselesaikan secepat mungkin.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kebimbangan itu mempunyai asas berdasarkan aduan yang diterima pihaknya daripada syarikat-syarikat mengenai masalah yang dihadapi mereka susulan daripada krisis bekalan sumber itu di negeri ini yang masih berterusan.

Katanya, masalah bekalan air yang berlaku pada masa ini lebih serius berbanding sebelum ini yang hanya berlaku untuk tempoh satu atau dua minggu sahaja.

"Saya bimbang kalau catuan itu terus berlarutan dalam tempoh yang lama, sudah pastinya akan meningkatkan kos pengeluaran mereka. Mungkin syarikat-syarikat ini akan mengkaji se­mula rancangan untuk menambah pelaburan di Selangor.

"Mungkin juga mereka akan mengkaji semula sama ada boleh terus beroperasi di Selangor. Ini satu perkara yang serius kerana pelaburan swasta adalah penting untuk ekonomi negara serta penyediaan peluang pekerjaan kepada rakyat, semua pihak perlu mengambil serius mengenai perkara ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat meja bulat bersama syarikat-syarikat yang beroperasi di negeri ini yang turut disertai Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) negeri, Datuk Soh Thian Lai dan Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor (MTPNS) Datuk Seri Noh Omar di sini hari ini.

Mengulas mengenai perbincangan itu, Mustapa berkata, syarikat-syarikat yang terjejas susulan catuan bekalan air meminta kerajaan Pusat menerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) termasuk kerajaan negeri menyediakan insentif khusus, antaranya mencari sumber bekalan air alternatif dari Negeri Sembilan dan Pahang selain memberikan insentif kepada mereka untuk mencari sumber air bawah tanah.

"Pada tahun 2013, Selangor berada di tangga kedua dalam pelaburan yang diluluskan dalam sektor perkilangan membabitkan nilai sebanyak RM9.8 bilion dengan jangkaan 24,000 peluang pekerjaan melibatkan pelaburan baharu dan pengembangan operasi syarikat sedia ada. Pada tahun ini, pelaburan itu mungkin terpaksa ditangguhkan kerana masalah air.

Sementara itu, Noh ketika mengulas isu catuan bekalan air di Selangor menyatakan pihak­nya kesal dengan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang meluluskan usul supaya kerajaan negeri tidak memberikan kelulusan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) selagi proses pengambilalihan syarikat-syarikat konsesi perkhidmatan air belum dimuktamadkan.

Selanjutnya sila baca di sini.

Juragan Malawati..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan