UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Selasa, 13 Oktober 2009

Tindakan PAS bertentangan dengan anjuran Islam!

Tindakan berdolak-dalih Pas yang seolah-olah menghalalkan perbuatan memukul dan bertindak ganas terhadap pihak lawan mereka memang berlaku bukan sahaja kini di pilihan raya kecil Bagan Pinang, tapi sudah sering kali berlaku sebelum ini pun.

Agak melucukan bilamana Khalid Abdul Samad, Ahli Parlimen Shah Alam memberikan alasan kejadian itu adalah kerja ahli Pas kemungkinannya ianya bersebab.“Setahu saya, ahli Pas terutama unit Amal tidak akan bertindak sedemikian rupa kerana sebelum ini Unit Amal Pas menunjukkan tahap disiplin yang tinggi apabila dirempuh oleh polis mahupun Unit Simpanan Persekutuan (FRU).

“Mereka tidak akan bertindak kasar sekiranya mereka tidak dikasari. Sekiranya benar Pas yang menumbuk beliau mungkin ada sebab mereka bertindak sedemikian.”
“Maka dengan cara begitu menjadi sukar untuk mereka mendapatkan satu kenyataan yang wajar atau seimbang.“Cuba kita tanya kepada Datuk Azeez siapa yang menumbuk beliau?

Dan sebab apa beliau ditumbuk? Kita perlu siasat dan media perlu membuat liputan bagi kedua-dua pihak bukan hanya mendengar penjelasan sebelah pihak sahaja."Memang ada sebab iaitu memang Pas ini menghalalkan semua perbuatan ganas dan melanggar undang-undang negara oleh pemimpin dan ahli-ahlinya. Malah gambar Datuk Ibrahim Ali pun dirosakkan dengan cat merah di Kota Bharu, membuktikan mereka itu meniru perbuatan along dan geng kongsi gelap.

Matlamat menghalalkan cara adalah cara Pas beroperasi. Mereka akan menghalalkan apa sahaja perbuatan pihak mereka walaupun bercanggah dengan ajaran Quran dan Hadis.Dulu pun Abe Jak pernah menunjukkan kemaluannya kepada seorang ahli Puteri UMNO dan ahli Wanita yang pergi dari rumah ke rumah untuk meraih undi.

Ketua UMNO Bahagian Kapar, Datuk Abdul Rahman Palil berkata, sekiranya benar ahli Pas yang menumbuk Azeez, ini menunjukkan mereka memang bersikap gengsterisme.“Kita dapat lihat bahawa mereka seolah-olah sudah tidak tahu apa makna laungan kata-kata Islam yang dipertahankan oleh mereka selama ini.“Tindakan mereka yang sedemikian menampakkan mereka seolah-olah sudah tidak tahu perjuangan mereka selama ini yang memperjuangkan ajaran Islam,” katanya lagi.

Sumber Abu Hurairah r.a. memberitakan Nabi s.a.w. bersabda:"Kata-kata yang baik itu satu sedekah (berpahala)."(Hadis Riwayat Ahmad dan Ibnu Khuzaimah: Sahih)

Jika kita lihat kepada tindakan dan percakapan pemimpin dan ahli Pas, semuanya tidak sedap didengar dan penuh dengan kata-kata makian dan cacian terhadap lawan.

Jadi, adakah ini anjuran Islam atau anjuran ajaran sesat yang dibawa oleh mereka?

Sumber An-Nu'man bin Basyir r.a. memberitakan Rasulullah s.a.w. bersabda:"(Kesatuan dan kerjasama antara) orang-orang mukmin itu adalah bak satu tubuh."(Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)

Semua umat Islam itu bersaudara. Tetapi, adakah wajar Nik Aziz menolak persaudaraan dan kesatuan yang dihulurkan oleh UMNO kepada mereka? Hairannya, sanggup pula bersekongkol dengan kafir harbi yang secara terang-terangan memusuhi Islam iaitu DAP.

1 ulasan:

  1. Allah berfirman di dalam Surah Ali Imran ayat 159:

    Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) daripada Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), Dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakllah kepada Alalh, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepada-Nya.

    Itulah akhlak dan perilaku mulia yang ditunjukkan oleh Nabi junjungan kita Muhammad s.a.w.

    Jika nak dibandingkan dengan akhlak dan perilaku buruk oleh pemimpin dan ahli PAS, memang bagai langit dengan bumi.

    Kenapa PAS mendedahkan kononnya ahlinya ada yang ditetak dan ini disebarkan di kebanyakkan laman web penyokong pembangkang?

    Yang anehnya jika ianya benar-benar berlaku, kenapa laporan polis masih belum dibuat?

    "Jika pada peringkat awal berlaku kes pergaduhan kecil, mereka membuat laporan polis tetapi mengapa hingga ada mangsa cedera teruk seperti didedahkan Salahuddin, mereka tidak berbuat demikian

    "Sepatutnya, mereka melaporkan kepada polis dan jika susah sangat, saya sendiri boleh membawa mereka untuk buat laporan tetapi sehingga sampai hari ini, tidak ada mangsa, termasuk Salahuddin yang datang (buat laporan)," kata Datuk Seri Hishammuddin Hussein selaku Menteri Dalam Negeri.

    "Sekiranya mereka benar-benar mahukan keadilan, perkara asas yang perlu dilakukan mangsa ialah membuat laporan bagi membolehkan polis menjalankan siasatan atau pemimpin yang bertanggungjawab mendedahkannya di laman web tampil mengambil tanggungjawab itu.

    "Saya bagi jaminan, polis akan menjalankan siasatan rapi kes itu, termasuk menjejaki pihak bertanggungjawab yang mencederakan mangsa, sekiranya benar kejadian itu berlaku," katanya.

    "Kita boleh berpolitik tetapi dalam hal sebegini yang boleh menimbulkan emosi hingga menyeru orang ramai berjihad untuk mempertahankan maruah kononnya ahli mereka ditetak dan diserang tetapi apabila diminta bertanggungjawab untuk tampil ke depan, mereka menghilangkan diri.

    "Jadi, saya nasihatkan semua parti politik supaya tahu had dan batasan berpolitik," katanya.

    BalasPadam