UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Selasa, 22 Mac 2011

'Cubaan paksa saya keluar daripada politik nasional' - Layak ke bekas banduan jadi pemimpin negara?

Para wartawan dan jurugambar menyerbu Anwar Ibrahim selepas selesai membuat laporan polis berkenaan kes video seks di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi semalam.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim hari ini membuat laporan polis berhubung rakaman video aksi seks seorang lelaki yang didakwa dirinya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini pagi ini.

Ketua Pembangkang itu hadir ditemani isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail serta empat pengawal peribadi pada pukul 10.40 pagi. Ketibaan beliau disambut kira-kira 50 orang dipercayai penyokong PKR yang kemudian mengekori Anwar sehingga ke pintu masuk bangunan IPD.

Turut menemani Anwar dan Azizah ketika membuat laporan ialah Peguam, N. Surendran, Latheefa Koya dan R. Sivarasa. Ahli Parlimen Permatang Pauh, berusia 64 tahun itu kemudian keluar daripada bangunan IPD selepas selesai membuat laporan pada pukul 12 tengah hari. Ketika ditemui pemberita, Anwar berkata, laporan polis tersebut dibuat bagi menafikan dirinya adalah lelaki yang melakukan adegan seks di dalam klip video itu.

"Tindakan tersebut (menayangkan adegan seks) adalah serangan mengaibkan, melampau dan bermotifkan politik keatas perwatakan serta reputasi saya serta keluarga, malah ia juga adalah satu percubaan untuk memaksa saya keluar daripada politik nasional.

"Tindakan Datuk T itu juga berunsur jenayah kerana menayangkan video lucah kepada pihak media serta berkonspirasi untuk menjatuhkan saya sebagai ketua pembangkang di Dewan Rakyat," katanya.

Semalam, satu kumpulan yang diketuai seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya hanya sebagai Datuk T, mendedahkan aksi video seks yang melibatkan seorang pemimpin politik pembangkang di Carcosa Seri Negara.

Datuk T kemudian berkata, mereka akan menyerahkan pita video itu kepada pemimpin pembangkang tersebut dan isterinya dalam tempoh seminggu jika pasangan berkenaan tidak melepaskan jawatan sebagai pemimpin politik.

Anwar yang mendakwa polis turut bersekongkol dalam konspirasi video lucah itu memberitahu, laporan polis itu dibuat supaya pihak berkuasa dapat melakukan siasatan bagi membela dirinya.

Sementara itu, Presiden PKR, Wan Azizah menuding jari kepada Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara sebagai dalang kepada pendedahan berkenaan.

Komen : Apa bukti yang Wan Azizah menuduh Menteri Dalam negeri dan Ketua Polis Negara terlibat dalam videoklip panas tersebut? Anwar telah mengadakan sidang media untuk menafikan pembabitannya dalam video berkenaan dan juga membuat laporan polis berhubung kes itu.

Sebenarnya kita jangan kita terperangkap. Tiada siapa tuduh Anwar, tetapi dalam masa kira-kira tiga jam selepas pendedahan itu, beliau mampu buat sidang akhbar mendakwa bukan ‘pelakon’ video tersebut selain kata perut buncit. Dia kata tidak tengok, tetapi mana dapat maklumat? Bagaimana pula dengan Ummi HAfilda! Mengapa tiada lapuran polis dibuat untuk menafikannya?

Selain itu agak menghairankan mengapa Anwar membuat laporan polis, perkara yang tidak pernah dilakukannya dalam tuduhan-tuduhan sebelum ini. Kecepatan dan ketangkasan beliau bertindak sangat meragukan. Soalnya, mengapa dalam soal ini cepat bertindak, isu DNA pula lambat? Adakah ini satu lagi sandiwara dari Anwar untuk cuba alih isu DNA! Wallahuallam.

Juragan Malawati..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan