UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Rabu, 23 Mac 2011

UMNO Selangor serah 6 van kepada Skuad Sayang!

Bagi memudahkan Skuad Sayang Selangor turun padang membantu rakyat yang memerlukan bantuan, Badan Perhubungan UMNO negeri menyumbangkan enam buah van bagi kegunaan mereka.

Lima daripada van tersebut diserahkan kepada lima zon Skuad Sayang iaitu Shah Alam, Selayang, Tanjung Karang, Sepang dan Subang, sementara sebuah lagi akan diletakkan di Bangunan UMNO Selangor.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Noh Omar berkata, pemberian van tersebut merupakan pengiktirafan UMNO negeri terhadap aktiviti kebajikan yang dilakukan oleh skuad tersebut.

Sehubungan itu, katanya, beliau berharap van tersebut dapat dimanfaatkan sebaik mungkin bagi menjalankan aktiviti kebajikan untuk rakyat.

‘‘Kita harap ia akan memudahkan tugas Skuad Sayang mendekati dan membantu rakyat yang memerlukan.

‘‘Kita juga mahu Skuad Sayang Selangor muncul sebagai skuad terbaik di negara ini,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penyerahan tersebut di Bangunan UMNO Selangor di sini hari ini.

Sementara itu, Pesuruhjaya Skuad Sayang Selangor, Datuk Raja Ropiaah Raja Abdullah pula berkata, pemberian van tersebut akan meningkatkan lagi semangat anggota skuadnya untuk bertugas dengan lebih gigih dalam usaha membantu rakyat di peringkat akar umbi.

Selain Skuad Sayang, van itu juga boleh digunakan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Badan Amal dan Kasih Selangor (Kasih) untuk tujuan amal.

‘‘Kita berterima kasih kepada UMNO Selangor dan pengerusi kita, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah mengeluarkan peruntukan bagi pembelian van tersebut,” katanya.

Juragan Malawati..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan