UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Ahad, 20 Mac 2011

Nik Aziz 'terkulai' digertak Karpal!

Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Sigh menarik nafas lega apabila Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat mula berlembut dengan isu penjualan loteri di negeri tersebut.

Karpal berkata, beliau gembira dengan hasrat Mursyidul Am Pas itu hendak mengkaji semula pelaksanaan undang-undang baru yang dibuat Kerajaan Negeri Kelantan.

“Sekarang Nik Aziz sudah bersedia berbincang mengenai hal ini (penjualan loteri) dan ia adalah perkembangan baik untuk masyarakat bukan Islam di Kelantan.

“Bagaimanapun, ingin saya tegaskan bahawa beliau perlu ikut perlembagaan negara dengan sebaik mungkin tanpa menjejaskan mana-mana pihak,” katanya di Majlis Makan Malam Sambutan 45 Tahun DAP di Senawang Jaya, di sini, kelmarin.

Nik Aziz berkata kelmarin, Kerajaan Kelantan serahkan kepada penasihat undang-undang mengenai penguatkuasaan yang tidak membenarkan premis menyediakan khidmat perjudian.
Ada pihak, katanya, mempersoalkan bahawa loteri tidak memerlukan premis seperti judi lain yang lama dilarang beroperasi.

Bagaimanapun, kata Nik Abdul Aziz, Kerajaan Negeri tetap menjaga kesucian ajaran Islam dan mendukung keluhuran undang-undang, selari dengan perlembagaan persekutuan.

Hadir sama, Penasihat Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Pengerusi Dap negeri, Loke Siew Fook; Timbalan Pengerusi Dap negeri, P Gunasekaran; Pengerusi Kebajikan Hal Ehwal Wanita DAP negeri, Wong May May dan Pesuruhjaya Pas negeri, Zulkefly Mohd Omar.

Komen : Pelik juga dengan Karpal Singh ini. Sebelum ini kes perbicaraan Anwar di tunda kerana Karpal mahu menghormati akan kematian adiknya! Tetapi sempat pula menghadiri Majlis Makan Malam Sambutan 45 Tahun DAP di Senawang Jaya semalam?

Beginikah cara Karpal menghormati kematian adik beliau sehinggakan kes liwat Anwar terpaksa ditangguh dan pada masa yang sama masih sempat menghadiri jamuan makan malam!!!

Juragan Malawati..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan