UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Ahad, 13 Mac 2011

Anwar dicabar beri sampel darah!

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi sampel darah untuk ujian profil asid deoksiribonukleik (DNA) atas nama hak dan kebenaran bagi merungkai identiti sebenar peliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Katanya, Ketua Pembangkang itu tidak sepatutnya menjadi pemimpin yang dayus dengan ‘menyorok’ di sebalik aspek teknikal undang-undang dan peguamnya, Karpal Singh.

Katanya, Anwar sebaliknya perlu menjadi seorang manusia yang berani agar selari dengan cita-citanya mahu menjadi Perdana Menteri.

“Jika Anwar enggan memberi sampel darahnya, sudah pasti umat Islam dan rakyat akan tertanya-tanya apa sebenarnya yang hendak disorok sangat. Sumpah laknat pun beliau tak mahu buat sekarang hendak bagi darah demi membuktikan kebenaran pun tak mahu juga.

“Benarkah seperti yang disebut orang bahawa Anwar ada ‘rahsia besar’ yang mahu disembunyikan di sebalik keengganan memberi DNA,” katanya dalam blognya, http://zul4kulim.blogspot.com semalam.

Buat pertama kali dalam sejarah perundangan negara, pihak pendakwaan dalam kes liwat Anwar terpaksa memohon perintah agar mahkamah mengarahkan Ketua Pembangkang itu memberi sampel darah untuk dibuat ujian DNA tetapi permohonan tersebut dibantah oleh Karpal.

Mengulas lanjut Zulkifli berkata, tiada sebab untuk Anwar membantah dan mengelak daripada memberi sampel darahnya kerana ia peluang terbaik untuk beliau membuktikan tidak pernah terbabit dalam aktiviti liwat sebagaimana yang didakwa.

Katanya, Anwar sepatutnya tidak perlu menunggu pihak pendakwa membuat permohonan kepada mahkamah untuk menyerahkan sampel berkenaan.

Ini kerana beliau yakin jika terbukti air mani yang ditemui dalam dubur Mohd. Saiful bukan miliknya, Ketua Pembangkang itu akan disanjung oleh rakyat.

“Yakinlah, di hadapan Allah nanti bahawa Karpal tidak akan boleh membantu lagi. Ingatlah di hadapan Allah nanti kita sudah tidak boleh menyorok. Semua benda (kecuali mulut) akan bercakap memberitahu Allah apa sebenarnya yang berlaku.

“Masa itu, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail akan dengar, Tok Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) akan dengar, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan dengar, N. Gobalakrishnan pun akan dengar. Masa itu, Karpal pun tak sempat nak membela kamu,” katanya.

Sementara itu : Wakil 30 NGO berhimpun desak Anwar serah DNA!

Kira-kira 50 orang yang mewakili 30 badan bukan kerajaan (NGO) berhimpun bagi mendesak Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) beliau berhubung kes liwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Mereka dilihat berkumpul di kawasan kira-kira 100 meter dari Ibu Pejabat PKR di Merchant Square di sini kira-kira 12 tengah hari tadi sebelum berarak ke bangunan ibu pejabat itu sambil memegang sepanduk yang tertera perkataan “Kalau tak salah kenapa tak bagi sampel DNA?”, “Anwar Pengecut” dan “Hanya DNA boleh tentukan siapa benar siapa salah”.

Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) Hamidzun Khairuddin berkata, Anwar tidak harus menggunakan jawatan beliau sebagai Ketua Pembangkang untuk meremehkan peraturan undang-undang demi mengaburi mata rakyat.

"Kita juga mendesak badan kehakiman supaya tidak “double standard” dalam isu ini. Kami rasakan bahawa keadilan tidak hanya diberikan pada Orang Kena Tuduh tetapi juga keadilan diberikan pada mangsa iaitu Saiful Bukhari yang menjadi mangsa liwat, seks di luar tabie ini,” katanya.

Pengerusi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Selangor, Abdullah Mansor pula berkata Anwar perlu tampil menyerahkan sampel DNA beliau jika merasakan dirinya difitnah.

"Berani kerana benar, takut kerana salah.Kalau benar dia tidak bersalah, kenapa susah sangat nak bagi DNA dan lakukan sumpah laknat yang sudahpun dilakukan oleh Saiful,” katanya.

Ketua Wira Perkasa, Arman Azha Abu Hanifah berkata Anwar, yang kononnya memperjuangkan keterbukaan, harus juga terbuka dalam menghadapi kes beliau itu.

"Kami juga mahu perbicaraan kes ini dibuat secara terbuka. Rakyat perlu tahu kebenaran sama ada beliau layak atau tidak jadi pemimpin negara,” katanya.

Perbicaraan kes liwat itu kini berlangsung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Anwar, 63, didakwa meliwat pembantu peribadinya Mohd Saiful, 25, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.See More

Juragan Malawati..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan