UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Ahad, 13 Mac 2011

MB Khalid akui lupa jawatan ADUN Ijok!

Agaknya leka dan asyik mengaut kekayaan berganda hasil negeri setelah memegang jawatan MB Selangor, sehingga hampir lupa akan dirinya juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok.

Ini merupakan pandangan beberapa penduduk sekitar DUN ini yang melihat Khalid jarang sekali kelihatan di tapak bermulanya kerjaya politik beliau. Penduduk di sekitar Ijok yang telah membuat undi protes terhadap Khalid Gagap kecewa dengan janji-janji manis PKR yang selama ini dilihat mampu membawa perubahan.

Bukan sahaja kaum India, malah kaum Melayu di sini juga amat bosan dengan alasan demi alasan yang diberikan oleh pegawai-pegawai kanan MB Selangor apabila hendak mengadakan perjumpaan bersama ADUN bagi membantu menyelesaikan beberapa masalah. Pengundi tegar PKR yang diasak mengenai persoalan kehilangan kelibat ADUN Ijok tergagap-gagap cuba memperjelaskan kepada mereka agar memahami kerjaya Khalid sebagai MB.

Masalah infrustruktur seperti jalanraya antara yang masih tidak diambil perhatian oleh MB Khalid. Walhal, amat mudah sekali bagi seseorang yang memegang jawatan No. 1 dalam Kerajaan Negeri Selangor menyelesaikan masalah-masalah tersebut. Akhirnya apabila mereka gagal, mereka kembali ke Pejabat Khidmat Masyarakat BN DUN Ijok untuk memohon bantuan.

Lantas tidak sampai seminggu, Penyelaras BN DUN Ijok, KP Parthiban atau lebih dikenali sebagai Cikgu Partiban turun padang dan menemui penduduk-penduduk setempat yang mengeluh dengan masalah kemalangan yang seringkali berlaku di Pekan Ijok akibat tiada pembinaan pembahagi jalan.

Akhirnya juga, masalah tersebut dapat diselesaikan oleh KP Parthiban dan telahpun diluluskan bagi membina pembahagi jalan untuk mengelakkan kemalangan jalanraya yang dikatakan terlalu kerap berlaku di kawasan tersebut.

Di kesempatan itu juga, ada penduduk-penduduk kawasan DUN Ijok menemui beliau dan meminta kerjasama beliau agar dapat membantu menyelesaikan beberapa masalah tertangguh termasuklah berkenaan skim-skim bantuan bagi meringankan beban mereka.

Agak pelik. Siapakah sebenarnya berjawatan sebagai ADUN Ijok? MB Selangor bukannya calang-calang orang. Masalah yang ringan sebegini pun tidak dapat diatasi dengan baik? Mungkin sudah terbiasa dengan tender-tender dan kontrak-kontrak besar sampaikan beliau tidak mahu mengambil tahu masalah-masalah kecil sebegini yang jika dibiarkan bakal mengundang risiko buat masyarakat DUN Ijok.

Dibentang manifesto buat Negeri Selangor sebelum pilihanraya. Malah telahpun mempersiapkan sebuah buku keramat Pakatan Rakyat bernama Buku Jingga yang hanya dilihat sebagai angan-angan Mat Jenin. Terlalu banyak janji-janji manifesto dibuat sehingga beliau terlupa akan janji-janji di DUN sendiri! Al-maklumlah MB Selangorlah katakan.



Mungkin ada relevennya juga ucapan MB Khalid semasa PRK DUN Ijok pada 2007 iaitu semasa beliau menentang Cikgu Parthiban sehingga membuatkan beliau kalah disana. Khalid dikatakan tersilap cakap dengan melaungkan UNDILAH BARISAN NASIONAL ketika berkempen. Mungkin sebab itulah ianya masih releven untuk diaplikasikan pada PRU 13 nanti. Wallahuallam.

Sumber : Gelombang Rakyat.blogspot

Juragan Malawati

Tiada ulasan:

Catat Ulasan