UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Rabu, 16 Mac 2011

Perangai Anwar macam kebudak-budakan bila terdesak - Kata Zaid Ibrahim!

Tindakan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mengaitkan individu lain dalam usaha 'menyelamatkan' diri daripada menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) kepada mahkamah disifatkan sebagai langkah terdesak dan kebudak-budakan.

Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zaid Ibrahim berkata, Anwar tidak sepatutnya mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi, Datuk Seri Dr. Rais Yatim kerana kedua-dua mereka tidak pernah dituduh di mahkamah.

Sehubungan itu, kata Zaid, Anwar sepatutnya menyerahkan sampel DNA beliau bagi membuktikan dirinya tidak bersalah dan tidak mengaitkan orang lain ketika diminta oleh pelbagai pihak untuk berbuat demikian.

“Tindakan (mengaitkan orang lain) itu satu perbuatan desperate dan kebudak-budakan. Malah Perdana Menteri mahupun Rais tidak pernah dituduh berhubung apa-apa kesalahan di mahkamah,'' katanya di sini hari ini.

Zaid mengulas tindakan Anwar yang mengaitkan Perdana Menteri dan Rais ketika cuba mengelak cabaran pelbagai pihak supaya beliau menyerahkan DNA secara sukarela kepada mahkamah bagi membuktikan siapakah lelaki 'Y’ seperti yang disebut dalam kes liwat yang sedang dihadapinya kini.

Kelmarin, Ketua Pembangkang itu ketika diasak oleh wartawan berhubung gesaan tersebut cuba mengaitkan isu DNA dengan kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shariibu serta dakwaan tidak berasas berhubung tuduhan rogol membabitkan pembantu rumah Rais.

Dalam pada itu, Zaid memberitahu, beliau hairan dengan keengganan Anwar untuk menyerahkan sampel DNA itu sedangkan ia penting dalam menyelesaikan kes perbicaraan membabitkan dirinya. Ujar beliau, alasan Anwar bahawa kerajaan akan menyalahgunakan spesimen DNAnya itu langsung tidak masuk akal.

“Mungkin beliau takut akan kebenaran kerana bagi bagi saya kalau sesuatu bukti itu boleh menolong membebaskan seseorang yang dituduh, maka bukti itu wajar diberikan.

Juragan Malawati..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan