UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Selasa, 8 Mac 2011

Nik Aziz kena terima ketentuan Allah!


Tuduhan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz bahawa UMNO menggunakan jentera kerajaan dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Kerdau diibaratkan sebagai ‘tepuk dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih’.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Md. Alwi Che Ahmad berkata, pemimpin Pas itu perlu cermin diri sendiri terlebih dahulu sebelum membuat sebarang tuduhan.

Ini kerana kata beliau, Nik Abdul Aziz turut menggunakan jentera kerajaan negeri ketika Pas Kelantan menghadapi pilihan raya kecil.

Tegas beliau, Nik Abdul Aziz sepatutnya belajar menerima kekalahan kerana ia adalah adat pertandingan, bukannya mengeluarkan tuduhan-tuduhan liar seperti itu.

“Tanya dia, dia guna kereta rasmi tak, dia guna penerangan negeri tak, dia guna Exco-Exco dia tak masa pilihan raya kecil (DUN Manek Urai dan DUN Galas).

“Dia kena tanya diri sendiri dulu sebelum mengata orang. Kerajaan mempertahankan diri. Kita kenalah guna apa sahaja yang kita ada sama seperti dia, cuma kalau salah dan melanggar peraturan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ada untuk bertindak,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.-UM.

Juragan Malawati..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan