UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Ahad, 6 Mac 2011

PRK DUN Merlimau dan Kerdau : BN menang besar!


Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau (N27) dan DUN Kerdau (N28) dalam pilihan raya kecil di kedua-dua kawasan itu semalam dengan meraih majoriti undi yang lebih besar.

Di Merlimau, calon BN Roslan Ahmad, 44, memperoleh majoriti 3,643 undi menewaskan calon Pas, Yuhaizad Abdullah, 38. Di Kerdau pula, Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, mendapat majoriti 2,724 undi mengalahkan calon Pas, Hassanuddin Salim, 43.

Kejayaan itu meneruskan momentum sokongan rakyat kepada BN selepas pilihan raya kecil Batang Ai (April 2009), Bagan Pinang (Oktober 2009), Parlimen Hulu Selangor (April 2010), Galas (November 2010), Parlimen Batu Sapi (November 2010) dan Tenang (Januari 2011).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan rasa syukur atas kemenangan BN di kedua-dua kawasan pilihan raya itu.

Terima kasih diucapkan kepada semua pengundi-pengundi di DUN Kerdau dan Merlimau kerana menterjemahkan sokongan anda semua dengan menyokong dan mengundi BN ( Barisan Nasional ).

Tahniah BN...Syabas diucapkan kepada semua jentera pilihanraya dan peraih undi serta kesemua yang terlibat secara langsung ataupun tidak yang bekerja keras demi membantu kejayaan mengekalkan kerusi yang ditandingi.

Tidak lupa juga kepada blogger-blogger yang bergerak dibarisan hadapan...tahniah dan terima kasih diatas usaha keras anda semua.

1 Malaysia. Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.

Syukur alhamdulillah.

Juragan Malawati..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan