UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Ahad, 27 Mac 2011

SYABAS beri penduduk 'diskaun'.

P. KamalanaThan memeriksa air bukit yang disalurkan ke rumah sambil diperhatikan oleh salah seorang penduduk di Serendah Golf, Hulu Selangor baru-baru ini.

Pemilik banglo dan pangsapuri di Serendah Golf Resort kini boleh menarik nafas lega kerana masalah bil air yang dihadapi mereka sejak 10 tahun lalu akhirnya menemui kata sepakat.

Menerusi penyelesaian itu, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (SYABAS) bersetuju pemilik setiap unit hanya perlu membayar RM200 daripada tunggakan bil air yang berjumlah RM79,000 kepada SYABAS.

Keputusan itu tercapai hasil perbincangan antara SYABAS bersama persatuan penduduk dan Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan baru-baru ini dalam menyelesaikan masalah yang selama ini membelenggu kira-kira 500 pemilik kediaman terlibat.

Kamalanathan berkata, walaupun perkara itu mengambil masa agak lama untuk diselesaikan, keputusan yang diambil adalah hasil kerjasama dan kesabaran semua pihak.

Katanya, pemilik kediaman berkenaan juga kini boleh mengemukakan permohonan mereka untuk menukar meter air pukal kepada meter individu.

Terdahulu, beliau menyampaikan cek sumbangan Parlimen Hulu Selangor berjumlah RM10,000 bagi membantu mengurangkan jumlah bil air tertunggak yang disampaikan kepada Pengarah Eksekutif Kewangan SYABAS, Thein Kwee Sim.

Turut hadir pada majlis itu, Penolong Pengurus Besar SYABAS Wilayah Hulu Selangor, Abdul Latip Mustafa, peguam yang dilantik penduduk, P. Periasamy dan beberapa orang pemilik kediaman.

Katanya, pemilik yang berhasrat menukar meter pukal kepada meter individu boleh mengemukakan permohonan mereka dengan membayar sebanyak RM150 bagi pemilik banglo, manakala RM100 pemilik pangsapuri. Mereka juga akan dikenakan bayaran RM30 untuk caj pemasangan.

"Dalam isu ini penduduk tidak bersalah, begitu juga pihak SYABAS. Sebaliknya disebabkan sikap tidak bertanggungjawab pihak pemaju yang tidak menjelaskan bayaran kepada SYABAS telah mendatangkan kesulitan kepada penghuni," ujarnya.

Sementara itu Pengerusi Persatuan Pemilik-Pemilik Kediaman Serendah Golf Resort, Datuk Dr. Mahmod Md. Nor berharap tindakan undang-undang ke atas pemaju terlibat diambil bagi memastikan perkara sama tidak berulang.

Bagi Muslim Ahmad, 55, pula hanya kesyukuran dipanjatkan kerana hari ini mereka sudah boleh menikmati bekalan air bersih. Ini kerana selama ini mereka menggunakan air bukit, yang diragui kebersihannya, yang disalurkan oleh pemaju ke kawasan perumahan itu.

Syabas kepada SYABAS kerana memahami kesulitan rakyat!

Juragan Malawati..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan