UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Ahad, 20 Mac 2011

Anwar patut malu kepada Najib isu DNA!

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim patut berasa malu kepada Datuk Seri Najib Tun Razak berikutan kesediaan Perdana Menteri menyerahkan sampel asid deoksiribonukleiknya (DNA) jika diperlukan.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, ini kerana sampel DNA Anwar amat diperlukan demi membuktikan beliau tidak bersalah meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan seperti didakwa.

Justeru katanya, Anwar perlu mencontohi keberanian Najib untuk menyerahkan sampel DNA seperti diucapkan secara terbuka oleh Perdana Menteri dalam satu majlis di Sarawak semalam.

Keberanian Najib wajar dicontohi Anwar kerana Perdana Menteri itu langsung tidak menunjukkan rasa bersalah atau takut apabila pihak pembangkang melemparkan fitnah mengaitkan dirinya, katanya dalam blog http://umnobahagiancheras.blogspot.com hari ini.

Semalam, Najib dalam ucapan di Serian menegaskan beliau bukan seperti Anwar yang gentar memberikan sampel DNA dalam usaha menegakkan kebenaran, dipercayai ekoran cubaan Anwar mengaitkannya dengan pembunuhan Altantuya sebelum ini.

''Kalau Parti Keadilan Rakyat (PKR) nak tegakkan keadilan, bagilah DNA (milik Anwar), selagi tak bagi DNA orang akan tertanya-tanya dalam kepala, orang Serian pun nak tahu siapa lelaki 'Y', semua orang nak tahu," katanya.

Dalam perkembangan lain, Syed Ali menyifatkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak esok sebagai memenuhi amanah dan mandat rakyat.

Katanya, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud telah mengotakan janjinya untuk berundur apabila sampai masa dengan mengambil kira kepentingan rakyat dan negeri tersebut.

"Peralihan kuasa tentunya akan berlaku dan pada hemat saya ia berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah," katanya.

Juragan Malawati..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan