UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Khamis, 10 Mac 2011

Agih zakat dengan adil tanpa kira fahaman politik - Sultan!

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyampaikan zakat bantuan pembinaan rumah kepada Jumairi Lehan selepas majlis Perasmian Bangunan Lembaga Zakat Selangor di Shah Alam. 10 Mac 2011.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mahu Lembaga Zakat Selangor (LZS) merancang dan mencari kaedah terbaik supaya agihan zakat dapat diagihkan dengan cepat dan efisien.

Baginda bertitah, langkah itu selaras dengan kutipan zakat yang kian bertambah iaitu sejak tahun 2000, LZS mengutip sejumlah RM1.74 bilion dengan peningkatan 20 peratus setiap tahun.

Titah baginda, dalam tempoh itu, sejumlah RM1.57 bilion bantuan zakat telah diagihkan kepada rakyat negeri ini.

''Beta juga mahu agar zakat diagih dengan adil dan telus tanpa mengira latar belakang dan fahaman politik seseorang.

''Seandainya seseorang itu layak, maka mereka hendaklah dibantu sebagaimana sepatutnya,'' titah baginda ketika merasmikan Ibu Pejabat baru LZS di Seksyen 13 di sini hari ini.

Juragan Malawati..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan