UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Khamis, 8 April 2010

Tangkis laporan negatif media baru!

Barisan Nasional (BN) perlu menambah 'pasukan penggempur maya' untuk menangkis dan memperbetulkan komen-komen tidak tepat serta berunsur fitnah mengenai kepimpinan parti itu yang disiarkan oleh media baru propembangkang.

Penolong Ketua Pengarang I Kumpulan Utusan, Zaini Hassan berkata, penubuhan lebih banyak pasukan itu perlu kerana bilangan penulis blog yang pro BN adalah sedikit dan jumlah itu tidak berupaya untuk berhadapan dengan portal berita dan ratusan penulis blog yang memihak kepada parti lawan.

''Jika BN tidak berhadapan dengan media baru ini, maklumat yang tepat tidak dapat disampaikan dan yang salah tidak boleh diperbetulkan. ''Ini tidak boleh dibiarkan berlaku kerana pembaca dan pengikut media baru yang kebanyakannya pengundi muda lebih mudah terpengaruh dengan maklumat berunsur negatif yang disiarkan di Internet.

''BN juga harus bersahabat dengan media baru supaya mereka dapat membantu mengeluarkan maklumat yang memihak kepada parti itu," katanya. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah bertajuk Sindrom Media Baru dan Pengundi Baru pada sesi Tokoh Bicara Sosial pada Konvensyen BN Selangor di sini hari ini.

Turut menyampaikan ceramah ialah bekas Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tan Sri Ibrahim Abu Shah dan Pensyarah Kanan Kumpulan Penyelidik dan Peradaban Islam Universiti Pertahanan Nasional, Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah. Menurut Zaini lagi, laporan di portal berita dan laman blog juga perlu dipantau dan diperbetulkan setiap masa supaya dapat mengelak budaya dan amalan negatif yang boleh merosakkan pemikiran rakyat dan mencetuskan ketegangan kaum khususnya generasi muda berleluasa.

Sementara itu Ibrahim dalam ceramahnya turut menyentuh tentang perlunya penyampaian maklumat yang tepat kepada masyarakat mengenai apa yang telah dilakukan BN kepada rakyat khususnya di Selangor dalam usaha menawan semula negeri itu. Ini kerana jelas beliau, rakyat terutama golongan muda sering mendapat maklumat yang tidak tepat dan telah diputarbelitkan oleh pakatan pembangkang sedangkan mereka jelas telah gagal mentadbir Selangor berdasarkan data-data yang diperolehi daripada laman blog dan akhbar.

''Pakatan pembangkang di Selangor juga tidak memperjuangkan kepentingan rakyat tetapi lebih mengutamakan agenda politik dan gagal membangunkan sosio ekonomi negeri. ''Ini dapat dilihat dalam beberapa isu antaranya kegagalan mentadbir Universiti Industri Selangor (Unisel) hingga menyebabkan kerugian RM20 juta.

''Selain itu mereka juga membuat keputusan salah dengan membatalkan pembinaan UiTM di Serendah, Rawang dan tidak dapat menyelesaikan masalah air dengan baik hingga timbul ura-ura mahu menyerahkan pengurusan air kepada Singapura," kata beliau.

Sehubungan itu katanya, jika ingin menawan kembali Selangor, BN perlu memastikan apa yang dilakukan tidak bertentangan dengan kehendak rakyat dan boleh merugikan mereka.
Dalam pada itu, Mohd. Ridhuan pula membangkitkan perlunya pemimpin memberi contoh yang baik kepada rakyat agar kepimpinan mereka dihormati.

Beliau juga menyentuh mengenai pentingnya sikap saling hormat menghormati hak serta kepercayaan agama sesuatu kaum seperti yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan serta tidak mempersoalkannya atas alasan keadilan agar negara terus aman dan makmur. ''Keadilan pada saya perlu diletakkan sesuai pada tempatnya. Jika ini dijadikan pegangan pasti negara kita akan terus aman," katanya.

Guna data tawan Selangor

Barisan Nasional (BN) perlu menggunakan data-data ekonomi semasa di Selangor bagi memberi penerangan kepada rakyat mengenai ketidakupayaan pembangkang. Pengarah Institut Penyelidikan Perakaunan (ARI), Profesor Dr. Normah Omar berkata, pemimpin parti itu tidak boleh hanya melontarkan persepsi mengenai kegagalan ekonomi Selangor tanpa data-data yang konkrit.

Menurutnya, data-data di Internet menunjukkan Selangor telah berubah wajah daripada sebuah kerajaan yang banyak membantu rakyat miskin semasa pentadbiran BN kepada kerajaan yang mengambil langkah-langkah ekonomi yang boleh dipersoalkan.

"Data-data ini boleh dijadikan modal oleh pemimpin BN mengatasi masalah sosioekonomi rakyat Selangor iaitu dengan mengumpulkan orang-orang miskin dan ibu tunggal untuk diberikan bantuan,'' katanya ketika membicarakan soal ekonomi di Konvensyen BN di SACC di sini hari ini.
Normah menambah, pemimpin dan ahli-ahli BN termasuk dari sayap Puteri dan Putera UMNO perlu mendedahkan fakta itu untuk menyedarkan rakyat situasi sebenar ekonomi negeri itu.

Sementara itu Pengarah Eksekutif Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM), Datuk Ramlah Othman dalam ucapannya berkata, ahli-ahli BN perlu sentiasa bekerja keras dengan ikatan setia kawan diperkukuhkan sepanjang masa. ''Kita semua jangan mengamalkan NATO (No Action Talk Only) kerana sifat itu akan menyebabkan BN bertambah lemah dan usaha merampas semula Selangor mungkin menemui kegagalan," ujarnya.

Juragan..

3 ulasan:

  1. Salam,

    Dahlama dilinkkan bro....

    BalasPadam
  2. Tq. Bro.Isac. tak perasan pulak..maklum lah blogger baru merangkak!

    Salam perjuangan

    BalasPadam
  3. Salam Bro UMNO kuala selangor,
    Saya nak maklumkan kepada pihak tuan agar, adun amitudin setro tu selalu selalulah turun berjemaah di masjid saujana utama. Sejak masjid dibuka tak pernah lagi kami jumpa dan ternampak beliau datang mendengar ceramah agama atau bersembahyang di masjid saujana utama yang dibina menggunakan duit BN tetapi jk di kuasai oleh pengerusi pas saujana utama. pada mulanya nama naik di kalangan ahli kariah yang memang mempunyai ciri ciri seorang nazir kerana sikap merendah diri serta mempunyai latarbelakang yang bagus, namun di sebabkan beliau ni adalah orang umno, makan JAIS telah menukar nama kepada pengerusi pas saujana utama iaitu rosli juru audit drb hicom.

    sedangkan si rosli ni rumahnya berada di taman sebelah, su1, solat subuh si rosli nak datang? ptuhiiiiiiiiiiii.
    kalau nazir lain yang asal tu setiap waktu kecuali waktu kerja sahaja.

    jkuasa yang dipilih pun memang ramai sangat di kalangan pendokong pas saujana utama. manakala ketua cawangan umno pulak ada sekali saya terserempak pergi sembahyang jumaat, tak pakai songkok dan hanya memakai t-shirt dan lengan baju di lipat (padahal baju lengan pendek) hampeh betul la si nurul ni..

    kepada umno kuala selangor, sekarang ni musim ceramah penerangan dari pr di saujana utama, namun mana ceramah atau santapan minda dari umno di saujana utama ni? mana mana. janganlah kerana di saujana utama ni peti undi pas yang menang maka umno malu pulak nak laksanakan program.

    BalasPadam