UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Isnin, 26 April 2010

Anwar tak perlu takut: Nazri Aziz!

Ketua pembangkang, Anwar Ibrahim, tidak perlu takut dan bimbang dengan keputusan Dewan Rakyat merujuk beliau ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen yang akan bermesyuarat tidak lama lagi bagi membincangkan tuduhan beliau bahawa slogan 1Malaysia ditiru dari Israel.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, berkata ia kerana sebarang keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa berkenaan perlu dibawa semula ke Sidang Parlimen pada 7 Jun ini untuk dibuat keputusan selanjutnya.

"Saya hairan kenapa Anwar bercakap tentang hukuman dan meminta wakil rakyatnya menggagalkan usul ini di Parlimen.... ini hanya tuduhan dan kenapa Anwar takut dan bimbang.

"Jika usul ini cacat, biarlah jawatankuasa itu yang tolak bukan Dewan Rakyat tolak. Masa masih panjang kerana sebarang tindakan adalah selepas itu (Sidang Dewan Rakyat 7 Jun)," katanya di sini semalam.

Nazri berkata, Menteri, Timbalan Menteri malah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai Ahli Parlimen boleh dipanggil oleh jawatankuasa terbabit yang dipengerusikan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, jika diperlukan untuk memberi keterangan dan mereka wajib mematuhi arahan itu.

"Jika Anwar didapati bersalah dan jawatankuasa itu memutuskan beliau digantung (menghadiri Sidang Parlimen), maka itu terserah kepada keputusan jawatankuasa itu tetapi ia perlu dibawa semula ke Dewan Rakyat.

"Jawatankuasa itu boleh mengemukakan usul, tetapi keputusan muktamad di Dewan Rakyat, maka perlu dibawa usul ke Parlimen dan dibahas serta diadakan pengundian," katanya.

Katanya, beliau difahamkan jawatankuasa itu yang terdiri daripada tujuh orang termasuk Timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandee dan tiga wakil pembangkang masing-masing dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas, akan bermesyuarat secepat mungkin.

Juragan Malawati..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan