UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Selasa, 27 April 2010

'Bedah siasat' pengundi Cina sokong pembangkang!

SEORANG petugas jentera parti menurun dan membersihkan poster-poster parti politik yang bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor semalam bagi mengelak tindakan oleh pihak berkuasa tempatan, di Kuala Kubu Baru.

Barisan Nasional (BN) perlu membuat satu 'bedah siasat' bagi mengenal pasti punca kenapa pengundi Cina enggan memberi sokongan pada parti tersebut semasa Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor, semalam.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, ini kerana parti itu telah melakukan banyak perkara bagi membela nasib penduduk di Hulu Selangor termasuk kaum Cina sendiri.

Malah tegas beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah melakukan yang terbaik bagi mendapatkan sokongan penduduk di kawasan tersebut. ''BN menang tetapi majoritinya tidaklah seperti yang sepatutnya. Ini agak jelas dan kita nampak sokongan yang kurang daripada pengundi Cina. ''Bagaimanapun sokongan kaum Melayu dan India meningkat dan membolehkan BN mencapai kemenangan.

''Kita kena buat bedah siasat dan analisis supaya kita tahu apa masalahnya yang menyebabkan kita menang tetapi dengan majoriti yang tak seperti dijangkakan," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas berucap pada perbincangan "China Yang Kukuh - Implikasi dan Cabaran" anjuran Dewan Perdagangan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) di sini hari ini.

Pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor semalam, calon BN, P. Kamalanathan berjaya menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim dengan majoriti 1,725 undi apabila memperoleh 24,997 undi.

Mengulas mengenai kemenangan di Hulu Selangor, Dr. Mahathir berpendapat Najib telah berjaya menukar pandangan penduduk dan daya kepimpinannya kini diterima oleh segenap lapisan rakyat. Beliau turut menegaskan, kempen-kempen parti yang dikaitkan dengan perkauman sudah tidak lagi memberi kesan kerana dalam tempoh berkenaan mereka boleh bercakap apa sahaja.

Dalam pada itu, Dr. Mahathir berkata, biarpun ada yang berpendapat bahawa politik berasaskan kaum akan berkurangan selepas pilihan raya umum lalu namun jelas bahawa ia semakin kuat berbanding sebelum ini. Bagaimanapun, beliau percaya, harapan untuk melihat BN menang besar pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti tetap ada.

''Ini kerana keputusan Pilihan Raya Umum 2008 bukan kerana parti BN tetapi kerana orang tertentu yang rakyat tidak suka,'' katanya lagi.

Wasabi Oyabun

3 ulasan:

  1. Insyaalah rakyat akan pulang semua kepangkuan UMNO sekiranya calon yg diletakkan bertanding adalah calon yg bersih yg tidak terlibat dengan rasuah.Jika masih mengekalkan pemimpin pemimpin yg mmg tidak bersih sudah pasti rakyat akan menolak umno

    BalasPadam
  2. Penanti Bangkit mengulas> Pengundi sudah bijak memileh yg bersih, mesra rakyat, amanah dan bukan Abu Lahab............pemimpin yg selalu suka kencing boleh pencen......cakap lain buat lain.......takut bila mati nanti anak cucu akan kencing dikubur sendiri.
    Kau fikirlah sendiri jangan syok sendiri!!!

    BalasPadam
  3. Disyorkan pihak UMNO menjemput En Saiful 013-365 5715 yang sedang menjelajah secara sukarela ke seluruh negara untuk menjelaskan kedududukan BANGSA MELAYU MENGIKUT ULAMA AHLU SUNNAH WAL JAMAAH. Beliau tidak mengharapkan sebarang bayaran dan apa yang dilakukan ialah bersifat fisabilillah

    BalasPadam