UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Khamis, 22 April 2010

P94 Hulu Selangor : Anwar mahu dunia tahu polis, Pejabat Peguam Negara, saksi - semua bodoh!

SAYA baca dengan minat temu bual Anwar Ibrahim di dalam majalah Economist pada edisi 25 Mac 2010. Bercakap di London, Anwar berkata "tidak ada langsung apa-apa bukti di atas tuduhan-tuduhan liwat''. Tentu sekali tidak sesiapa pun menjangkakan Anwar akan mengaku salah ke atas tuduhan itu.

Anwar mengatakan yang dia tidak bersalah dan memperjuangkan kesnya di luar negara terutama di negara kulit putih, walhal tempat membukti dan membersihkan namanya sepatutnya di mahkamah Malaysia.

Jawapan Anwar yang selalu didengar ialah mahkamah-mahkamah di sini berat sebelah. Hakim-hakim menerima rasuah. Anwar tidak akan mendapat perbicaraan yang adil dan saksama. Maka Anwar pergi ke seluruh dunia untuk mendapatkan sokongan supaya kes liwat digugurkan ke atasnya. Jadi Ahli-ahli Parlimen Australia telah menulis satu memorandum meminta kes ini digugurkan.

Mengikut Australia, undang-undang liwat kita ketinggalan zaman. Di Malaysia, kesalahan itu adalah satu jenayah sehingga Parlimen menukarkan undang-undang berkenaan, dan ia masih lagi undang-undang yang kekal.

Di Amerika Syarikat (AS), Penolong Setiausaha Hal Ehwal Negara-Negara Asia Timur dan Pasifik, Kurt Campbell dipetik berkata, "Di sini saya juga ingin katakan bahawa Anwar sangat dikenali, beliau juga mempunyai ramai kawan bertaraf tinggi di AS yang sangat mengambil berat tentangnya dan kami mahu proses kehakiman yang adil selain terus memerhatikan perkara ini."
Nampaknya AS dan Timbalan Sherifnya, Australia begitu kuat menyokong Anwar. Mereka seolah-olah menyoal cara kita mentadbir negara kita dan mahu campur tangan. Yang anehnya mereka cuma tumpu kepada kes Anwar. Mereka tidak peduli tentang kes- kes liwat yang lain yang dibawa ke mahkamah dan didapati salah di Malaysia.

Mereka tidak membela kes-kes ini, mungkin di negara mereka undang-undang dibezakan untuk orang yang 'dikenali' dan rakyat biasa. Di negara kita, undang-undang untuk semua, kalau rakyat asing buat salah mereka juga akan didakwa.

Anwar kata dia tak salah. Kes ini bermula dari 2008. Dia yang melambat-lambatkan perbicaraan. Saiful sanggup bersumpah. Anwar tidak buat demikian. Pepatah berkata "berani kerana benar." Kalau tidak salah, sumpahlah.

Kini Saiful telah beri keterangan. Mengapa Anwar dan peguam-peguamnya yang semuanya handal takut menyoal Saiful. Saiful beri keterangan bersumpah. Ini peluang untuk Anwar dan peguam-peguamnya membukti dia betul, Saiful buat tuduhan palsu.

Sebaliknya Anwar dan peguam-peguamnya cari jalan melambat-lambatkan kes ini. Rayuan demi rayuan dibuat di atas keputusan hakim. Taktiknya melambat perbicaraan. Mereka buat sebanyak rayuan yang boleh supaya akhirnya tidak ada hakim lagi untuk mendengar kes ini kerana semua telah terlibat.

Sepatutnya kes ini diteruskan dan segala bantahan boleh dibuat tanpa memberhentikan perjalanan kes. Lepas kes selesai dan kalau didapati salah, segala keputusan hakim yang dibantah oleh Anwar dibuat waktu perbicaraan dijadikan bahan untuk rayuan.

Ini caranya. Bukan tiap-tiap bantahan dibuat dan keputusan hakim yang tidak menyebelahi mereka, rayuan dibuat hingga ke mahkamah tertinggi dan kes ditangguhkan. Kalau ini dibenarkan, kes ini tidak akan selesai. Mungkin makan masa hingga 10 tahun.

Saya hairan mengapa hakim tidak teruskan perbicaraan? Mengapa Pendakwa berdiam diri? Adakah keadilan hanya untuk Anwar dan Saiful tidak perlu keadilan. Dari sudut pandangan Bar Council hanya Anwar perlu mendapat keadilan.

Apa jadi kepada ''justice delayed is just denied'' yang mereka laung-laungkan. Tidak justice untuk Saiful? Peguam Pendakwa juga mesti tegas. Kes mesti diteruskan.

Anwar kata ''not a shred of evidence.'' Anwar mahu dunia tahu bahawa polis, Pejabat Peguam Negara dan lain-lain saksi semua bodoh. Menurut Anwar tiada bukti keterangan sedikit pun masih mahu dakwa beliau. Takkan pula polis, Peguam Negara dan lain-lain begitu bodoh. Ini bukan kali pertama kes liwat yang dibawa ke mahkamah di Malaysia. Bagi Anwar sendiri, ini kali kedua.

Pada Anwar Ibrahim ini semua konspirasi. Kes pertama dia dibebas oleh Mahkamah Persekutuan. Ini membuktikan mahkamah kita tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Tetapi dia dibebas bukan kerana tidak membuat apa yang dituduh dia dibebas, menurut Mahkamah Tertinggi, kerana pendakwa tidak dapat membukti tempat dan masa yang jenayah berlaku.

Sekarang bekas penyokongnya yang kuat dulu seperti Nallakaruppan dan Ezam Mohd Noor menyesal menyokong Anwar. Mereka lebih tahu Anwar daripada penyokong-penyokongnya di Australia dan AS.

Peguamnya, Karpal pernah mewakili Azizan. Karpal pernah satu ketika suruh Anwar ''bertaubat''. Kita ingin tahu ''bertaubat'' untuk apa? Jelas pada saya, kalau Anwar mahu orang percaya dia tidak bersalah, cepat-cepatlah hadapi kes ini. Sekarang pun orang ramai percaya ini serupa dengan yang diheboh-hebohkan sebelum September 2008, di mana Anwar sudah dapat majoriti Ahli-ahli Parlimen untuk menyokong beliau jadi Perdana Menteri. Ini akhirnya semua pembohong besar.

Orang juga ingin tahu mengapa dia berlindung di Kedutaan Turki apabila dia tahu Saiful membuat laporan polis terhadapnya. Ini bukan soal konspirasi. Soal Saiful diliwat atau tidak diliwat oleh Anwar. Itu saja yang perlu dibicara. Anwar yang jadi Penasihat Parti Keadilan Rakyat dan juga Ketua Pembangkang mesti berani menghadapi keadilan. Jika tidak, partinya membela keadilan untuk siapa? Tempat membersih diri dan tempat mendapat keadilan ialah di mahkamah.


Juragan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan