Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim berkata, nama Jalan Barat tidak akan ditukar kepada Jalan V. David buat masa ini. Katanya, kerajaan negeri bagaimanapun akan menamakan Jalan V. David sempena memperingati pejuang hak pekerja pada tahun 70-an itu di satu jalan lain.
“Ia akan dibuat setelah pembangunan semula bandaraya Petaling Jaya dilaksanakan. Kita sedang meneliti pelannya. “Beberapa jalan akan ditukar namanya tetapi buat masa ini, Jalan Barat kekal,’’ katanya.
Sebelum itu : Jalan Barat ditukar kepada nama tokoh DAP
Jalan Barat di Petaling Jaya, dekat sini akan dikenali sebagai Jalan Dr. V. David, bekas pemimpin DAP yang juga aktivis kesatuan sekerja di negara ini.
Penukaran nama jalan itu akan disempurnakan secara rasmi oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersempena sambutan Hari Pekerja esok.
Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), G. Rajasekaran berkata, pihaknya amat berterima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor kerana memenuhi permintaan MTUC untuk mengabadikan nama mendiang pada sebatang jalan raya.
Katanya, permohonan itu adalah bagi menghargai jasa David terhadap perjuangan kesatuan pekerja. "Sesungguhnya seluruh gerakan kesatuan pekerja berasa amat bangga dengan keputusan Kerajaan Negeri Selangor," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
David yang berasal dari Jalan Klang Lama, di sini dipilih sebagai Ahli Parlimen Datuk Keramat, Pulau Pinang pada 1969 atas tiket parti Gerakan. Mendiang kemudian menyertai DAP dan dipilih sebagai Ahli Parlimen Damansara setelah mengalahkan Timbalan Presiden MIC, Datuk S. Subramaniam pada 1978.
David kemudiannya menjadi Ahli Parlimen Puchong selama dua penggal bermula 1986 juga atas tiket DAP. Mendiang juga merupakan aktivis gerakan kesatuan sekerja dan pernah menjadi Setiausaha Agung MTUC dari 1976 hingga 1992. David meninggal dunia di Hospital Assunta, Petaling Jaya pada Julai 2005 kerana serangan angin ahmar.
Sementara itu : Keputusan Selangor dibantah
Langkah kerajaan negeri Selangor menukar nama Jalan Barat di sini ke Jalan Dr. V. David sempena sambutan Hari Pekerja esok dibantah oleh segelintir pihak terutamanya bekas penduduk di kawasan tersebut. Bagi mereka, isu yang kini menjadi pertikaian bukannya penukaran nama jalan itu, sebaliknya nama individu yang dipilih iaitu Dr. V. David.
David dilabelkan sebagai seorang yang tidak layak diberi penghormatan seumpama itu kerana dia dikatakan pernah menimbulkan pelbagai kontroversi ketika menjadi pemimpin salah sebuah parti pembangkang. Beliau sebelum ini pernah memegang jawatan sebagai Ahli Parlimen Damansara pada tahun 1978 dan Puchong untuk dua penggal berturut-turut pada tahun 1986 dan 1990.
David juga dikatakan pernah ditahan di bawah Ordinan Darurat pada tahun 1958, selain pernah ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 1964, 1969 dan 1987. Petang ini, kira-kira 30 penduduk berkumpul berhampiran Hilton Petaling Jaya di sini hari ini untuk melahirkan rasa tidak puas hati dengan penukaran nama itu.
Bagaimanapun, perhimpunan itu hanya bertahan selama 5 minit apabila polis meminta kumpulan penduduk itu beredar. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Muhamed berkata, polis terpaksa meminta mereka berbuat demikian sebelum keadaan menjadi kecoh.
"Semua kumpulan penduduk itu memberi kerjasama ketika diminta meninggalkan tempat itu tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Difahamkan, beberapa lagi kumpulan akan membuat tindakan yang sama pagi esok - menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan negeri.
Jalan Barat merupakan antara jalan utama di bandar raya Petaling Jaya yang dipisahkan oleh Jalan Utara dan Jalan Sultan. Antara premis yang terdapat di jalan tersebut adalah Hilton, Wisma MCIS Zurich, Wisma Thrifty dan Jabatan Pendaftaran Negara.
David yang juga bekas Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan bekas Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja-Pekerja Pengangkutan (TWU) selama lebih tiga dekad meninggal dunia pada 2005 akibat serangan angin ahmar.
Juragan Malawati..
UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR
Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.
Jumaat, 30 April 2010
Khamis, 29 April 2010
PAS Biadap : Rukun Negara Kedua - Kalau Tak Faham B.Melayu, Ini Dalam B.Inggeris!
Tonggak kedua Rukun Negara perlu disuburkan
KEBELAKANGAN ini timbul berbagai tindakan yang dilihat seperti langsung tidak menghormati institusi Raja-Raja Melayu. Ada antara tindakan itu bukan sahaja dianggap tidak menghormati undang-undang, malah ada yang sanggup mencemarkan institusi raja melalui perbuatan, misalnya mengadakan demonstrasi di hadapan Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak atau melalui persidangan Dewan Undangan Negeri. Perlu difahami bahawa Raja-Raja Melayu adalah simbol dan keagungan serta kedaulatan negara ini.
Jika dilihat kembali semasa proses kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor baru-baru ini, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah bertitah mengingatkan semua pegawai masjid dan jawatankuasa kariah masjid di Selangor supaya memastikan masjid tidak digunakan sebagai gelanggang politik.
Tetapi yang terjadi sebaliknya pula. Pihak pembangkang mengambil sikap tidak endah titah Sultan Selangor. Menurut laporan akhbar-akhbar utama, Menteri Besar Kelantan yang turut berkempen di Hulu Selangor mengatakan larangan menggunakan masjid dan surau untuk berpolitik sebagai karut dan ia adalah hasil peninggalan penjajah. Selanjutnya beliau dilaporkan sebagai berkata politik boleh disebut atau dibincang di mana-mana. Azan yang dilaungkan bilal adalah suatu politik kerana memanggil orang ramai mengerjakan solat di masjid. Selanjutnya beliau berkata, Nabi Muhammad SAW sendiri tidak mengasingkan antara agama dan politik.
Jika diteliti, titah Sultan Selangor ada baiknya. Larangan berpolitik di masjid dan surau dikhuatiri akan mendatangkan lebih banyak masalah (keburukan) dan kemudaratan berbanding dengan kebaikan terhadap masyarakat. Ini kerana pada masa kini, masyarakat Melayu Islam bukan sahaja berpecah belah, malah sanggup berpuak-puak hanya disebabkan oleh fahaman politik yang berbeza. Tentu kita masih belum lupa, suatu ketika dahulu terdapat isu-isu yang merendahkan martabat Islam seperti sembahyang dua imam dan isu kafir-mengkafir.
Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi menyatakan pendirian beliau yang tidak bersetuju masjid digunakan sebagai lokasi untuk kempen politik. Selanjutnya beliau berkata, sekiranya kempen politik atau untuk apa sahaja aktiviti parti dibenarkan, ia akan menimbulkan masalah dan perpecahan akan lebih teruk berlaku dalam masyarakat.
Terkini berlaku pula di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah apabila dua soalan bertulis yang dikemukakan oleh seorang ahli DUN dari Pas yang bertanya sejauh manakah bidang kuasa Sultan sebagai ketua agama Islam negeri dihormati oleh Kerajaan Pusat dan setakat manakah tahap tidak boleh campur tangan kerajaan negeri dalam pentadbiran hal ehwal agama Islam.
Sepatutnya, soalan-soalan yang berkaitan dengan institusi Raja-Raja Melayu yang menyentuh mana-mana Sultan atau Raja Melayu yang boleh mendatangkan satu polemik pada masa depan dihindarkan daripada dibincangkan di dalam sidang DUN. Pemimpin-pemimpin politik tidak kira sama ada di pihak kerajaan atau pembangkang terutamanya pemimpin-pemimpin Melayu seharusnya menjadi benteng dan pembela merangkap 'hulu balang" yang mempertahankan kedaulatan agama Islam dan Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam Negeri seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Negeri.
Rakyat negara ini pada semua peringkat umur dan bangsa sewajarnya tidak lupa dan maklum dengan tonggak kedua Rukun Negara iaitu 'Kesetiaan kepada Raja dan Negara'. Hari ini, rakyat dilihat seolah-olah sudah lupa kepada Rukun Negara.
Usaha-usaha menyemai maksud yang tersirat pada setiap tonggak Rukun Negara harus dibuat dengan kadar segera melalui kempen-kempen di media cetak dan media elektronik supaya setiap rakyat di negara ini dapat menjiwai dan mendalaminya.
Setiap tonggak Rukun Negara yang diamalkan sejak dahulu telah berjaya menjamin kestabilan negara dan keharmonian hubungan kaum. Jangan ada lagi pihak yang cuba mempertikaikan, malah menghina prinsip yang telah diterima dan telah termaktub itu.
Di Selangor : Jangan datang jika tidak setuju larangan berpolitik di masjid
Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin Idris Shah menegaskan, sesiapa yang tidak bersetuju dengan peraturan larangan berpolitik di masjid dan surau sebaiknya tidak perlu datang ke negeri ini.
Titah baginda, jika ingin datang ke negeri ini, mereka yang terbabit hendaklah mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan. "Jika sekiranya seorang itu tidak bersetuju dengan peraturan yang telah ditetapkan di Selangor ini, maka hendaklah beliau mengelakkan diri daripada datang ke negeri ini," titah baginda hari ini.
Baginda bertitah, larangan penggunaan masjid dan surau di negeri ini sebagai tempat untuk berpolitik bertujuan menjaga kesucian dan keharmonian tempat ibadat orang Islam.
Sementara itu di Kedah : Tak perlu pohon maaf - MB
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bertindak angkuh apabila enggan melayan desakan yang mahu beliau memohon maaf kepada Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah ekoran soalan mengenai bidangkuasa sultan pada sidang Dewan Undangan Negeri Kedah kelmarin.
Menurutnya, beliau tidak perlu memohon maaf kerana soalan yang dikemukakan oleh Mohd. Nasir Mustapa (Pas-Kubang Rotan) itu tidak melanggar Seksyen 36.8 Enakmen Peraturan Mesyuarat Dewan. Jika semalam beliau mengakui tidak sedar wujudnya soalan itu dan bersetuju ''soalan itu memang tidak perlu ada pun'' hari ini beliau bercakap lain pula.
Katanya, apa yang dilarang menurut seksyen berkenaan adalah mempertikaikan sifat dan kelakuan raja termasuk titah serta hak-hak sultan. "Nak minta maaf pasal apa, atas dasar apa? Yang timbul isu itu kerana wakil rakyat Barisan Nasional (BN) tidak faham undang-undang.
"Yang ditanya dalam Dewan ialah sejauh mana bidang kuasa sultan dihormati, bukan mempertikaikan kuasa sultan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.
Menteri Besar ditanya mengenai tuntutan Persatuan Kerabat Diraja Kedah (PKDK) semalam supaya beliau dan Mohd. Nasir memohon ampun kepada Sultan Kedah berikutan soalan yang dikemukakan oleh wakil rakyat Kubang Rotan itu pada sidang DUN kelmarin.
Pemuda BN turut dilaporkan meminta kerajaan negeri memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Kedah berhubung isu berkenaan. Pada sidang DUN tersebut, bantahan keras daripada beberapa wakil rakyat BN yang mempertikaikan dua soalan bertulis dikemukakan oleh Mohd. Nasir itu telah menyebabkan Speaker, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail membatalkan soalan berkenaan.
Penyokong pembangkang menganggap soalan itu seolah-olah cuba mempertikaikan kuasa sultan selaku Ketua Agama Islam di negeri ini.
Dua soalan yang menimbulkan kontroversi tersebut adalah sejauh manakah bidang kuasa sultan sebagai Ketua Agama Islam di negeri ini dihormati oleh Kerajaan Pusat dan setakat manakah tahap tidak boleh campur tangan Kerajaan Negeri Kedah dalam pentadbiran hal ehwal agama Islam ?
Ditanya adakah beliau patut menjelaskan isu berkenaan kepada Tuanku Abdul Halim, Azizan berkata, ia tidak perlu kerana Sultan Kedah sudah memahaminya. Menurutnya, semalam beliau telah menghubungi Setiausaha Sulit Sultan Kedah, Elmi Yusoff mengenai isu tersebut dan meminta beliau supaya tidak mengendahkannya.
Dalam pada itu katanya, PKDK seolah-olah dipergunakan oleh 'orang politik' sehingga melakukan bantahan mengenai perkara berkenaan di Anak Bukit semalam dan sepatutnya datang berjumpa sendiri dengan beliau bagi mendapatkan penjelasan. "Kenapa pula dia nak tunjuk perasaan macam Baju Merah di Bangkok itu," katanya.
Si luncai terjun dengan labu-labunya..biarkan..biarkan..!

Rabu, 28 April 2010
Nizar Talibarut Bintang 3 Cuba Cetuskan Ketegangan Kaum!
TUDUHAN PALSU YANG DIBUAT OLEH NIZAR JAMALUDDIN DALAM VIDEO TERSEBUT ADALAH SANGAT MERBAHAYA DAN BOLEH DIANGGAP SEBAGAI BERBAU HASUTAN. IANYA DI KHUATIRI BOLEH MENIMBULKAN KETEGANGAN DAN HURU HARA DIDALAM NEGARA.
NIZAR MENDAKWA BAHAWA DATUK SERI NAJIB PERNAH BERKATA:
" KITA MESTI BASAHKAN KERIS INI DENGAN DARAH CINA "
" KITA MESTI BANJIRKAN PEKAN KUALA LUMPUR DENGAN DARAH CINA "
DI MINTA PIHAK KESELAMATAN DAN KDN DAPAT BERTINDAK DENGAN KADAR SEGERA TERHADAP MANUSIA YANG GILA TALAK JAWATAN MB INI.
JANGAN SAMPAI ADA PERGADUHAN ANTARA KAUM TERCETUS AKIBAT TINDAKAN TIDAK BERMORAL NIZAR JAMALUDIN YANG MENYENTUH ISU YANG SANGAT SENSITIF TERHADAP ORANG CINA DEMI UNTUK MENGAUT KEUNTUNGAN POLITIK.
TANGKAP SEBELUM TERLAMBAT....!
JIKA DIBIARKAN, ORANG CINA DI SIBU JUGA AKAN TERPENGARUH LALU MEMBENCI BARISAN NASIONAL KERANA FITNAH DAHSYAT INI.
Juragan Malawati..
Selasa, 27 April 2010
'Bedah siasat' pengundi Cina sokong pembangkang!
SEORANG petugas jentera parti menurun dan membersihkan poster-poster parti politik yang bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor semalam bagi mengelak tindakan oleh pihak berkuasa tempatan, di Kuala Kubu Baru.
Barisan Nasional (BN) perlu membuat satu 'bedah siasat' bagi mengenal pasti punca kenapa pengundi Cina enggan memberi sokongan pada parti tersebut semasa Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor, semalam.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, ini kerana parti itu telah melakukan banyak perkara bagi membela nasib penduduk di Hulu Selangor termasuk kaum Cina sendiri.
Malah tegas beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah melakukan yang terbaik bagi mendapatkan sokongan penduduk di kawasan tersebut. ''BN menang tetapi majoritinya tidaklah seperti yang sepatutnya. Ini agak jelas dan kita nampak sokongan yang kurang daripada pengundi Cina. ''Bagaimanapun sokongan kaum Melayu dan India meningkat dan membolehkan BN mencapai kemenangan.
''Kita kena buat bedah siasat dan analisis supaya kita tahu apa masalahnya yang menyebabkan kita menang tetapi dengan majoriti yang tak seperti dijangkakan," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas berucap pada perbincangan "China Yang Kukuh - Implikasi dan Cabaran" anjuran Dewan Perdagangan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) di sini hari ini.
Pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor semalam, calon BN, P. Kamalanathan berjaya menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim dengan majoriti 1,725 undi apabila memperoleh 24,997 undi.
Mengulas mengenai kemenangan di Hulu Selangor, Dr. Mahathir berpendapat Najib telah berjaya menukar pandangan penduduk dan daya kepimpinannya kini diterima oleh segenap lapisan rakyat. Beliau turut menegaskan, kempen-kempen parti yang dikaitkan dengan perkauman sudah tidak lagi memberi kesan kerana dalam tempoh berkenaan mereka boleh bercakap apa sahaja.
Dalam pada itu, Dr. Mahathir berkata, biarpun ada yang berpendapat bahawa politik berasaskan kaum akan berkurangan selepas pilihan raya umum lalu namun jelas bahawa ia semakin kuat berbanding sebelum ini. Bagaimanapun, beliau percaya, harapan untuk melihat BN menang besar pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti tetap ada.
''Ini kerana keputusan Pilihan Raya Umum 2008 bukan kerana parti BN tetapi kerana orang tertentu yang rakyat tidak suka,'' katanya lagi.
Wasabi Oyabun

Isnin, 26 April 2010
Anwar tak perlu takut: Nazri Aziz!
Ketua pembangkang, Anwar Ibrahim, tidak perlu takut dan bimbang dengan keputusan Dewan Rakyat merujuk beliau ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen yang akan bermesyuarat tidak lama lagi bagi membincangkan tuduhan beliau bahawa slogan 1Malaysia ditiru dari Israel.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, berkata ia kerana sebarang keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa berkenaan perlu dibawa semula ke Sidang Parlimen pada 7 Jun ini untuk dibuat keputusan selanjutnya.
"Saya hairan kenapa Anwar bercakap tentang hukuman dan meminta wakil rakyatnya menggagalkan usul ini di Parlimen.... ini hanya tuduhan dan kenapa Anwar takut dan bimbang.
"Jika usul ini cacat, biarlah jawatankuasa itu yang tolak bukan Dewan Rakyat tolak. Masa masih panjang kerana sebarang tindakan adalah selepas itu (Sidang Dewan Rakyat 7 Jun)," katanya di sini semalam.
Nazri berkata, Menteri, Timbalan Menteri malah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai Ahli Parlimen boleh dipanggil oleh jawatankuasa terbabit yang dipengerusikan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, jika diperlukan untuk memberi keterangan dan mereka wajib mematuhi arahan itu.
"Jika Anwar didapati bersalah dan jawatankuasa itu memutuskan beliau digantung (menghadiri Sidang Parlimen), maka itu terserah kepada keputusan jawatankuasa itu tetapi ia perlu dibawa semula ke Dewan Rakyat.
"Jawatankuasa itu boleh mengemukakan usul, tetapi keputusan muktamad di Dewan Rakyat, maka perlu dibawa usul ke Parlimen dan dibahas serta diadakan pengundian," katanya.
Katanya, beliau difahamkan jawatankuasa itu yang terdiri daripada tujuh orang termasuk Timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandee dan tiga wakil pembangkang masing-masing dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas, akan bermesyuarat secepat mungkin.

Hulu Selangor: Kemenangan BN bukti dasar Najib diterima rakyat!
KEMENANGAN calon Barisan Nasional (BN), P. Kamalanathan dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor semalam menunjukkan dasar-dasar yang diumumkan oleh kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diterima oleh rakyat. Ia juga membuktikan gagasan 1Malaysia dan Model Ekonomi Baru turut diterima. Walaupun ada yang berkata penerimaan itu tidak mewakili seluruh rakyat Malaysia, namun ia sebenarnya adalah satu permulaan yang baik bagi kerajaan Najib.
Ia juga membuktikan bahawa pengundi di Hulu Selangor semakin bijak memilih antara kaca dan permata. Jika dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 pada 2008, pengundi di kawasan itu menolak calon BN, Datuk G. Palanivel kerana terpengaruh dengan fitnah yang dilemparkan oleh pakatan pembangkang sepanjang kempen PRU Ke-12, namun semalam pengundi yang sama menolak calon PKR kerana menyifatkan perjuangan parti yang diterajui oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak ada hala tuju yang jelas, selain merasakan mereka telah ditipu apabila segala yang dijanjikan dalam kempen tersebut tidak ditunaikan.
Mungkin pengundi Hulu Selangor mula kecewa dengan PKR kerana para pemimpinnya tidak pernah jemu menabur fitnah terhadap kerajaan BN. Malah, dilaporkan menjelang tarikh akhir berkempen pada tengah malam, 24 April lalu, risalah-risalah fitnah sempat ditabur di beberapa lokasi panas di Hulu Selangor.
Sesungguhnya Allah SWT itu maha adil. Fitnah yang dilemparkan itu memakan diri apabila penduduk Hulu Selangor menolak calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim. Apatah lagi, peribadi Zaid yang didedahkan oleh media alternatif sepanjang kempen pilihan raya kecil itu.
Sebaliknya, kerajaan Najib tetap bersama penduduk Hulu Selangor walaupun ketika wakil rakyat kawasan itu dari PKR, Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad masih berkhidmat.
Dari awal lagi, Najib menunjukkan keprihatinan terhadap masalah penduduk Hulu Selangor, misalnya meninjau sendiri masalah penduduk yang mendiami pangsapuri kos rendah di sekitar Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung pada 9 Januari 2010. Pendekatan mesra rakyat yang ditunjukkan itu telah membuahkan hasil di Hulu Selangor.
Syabas kepada pengundi-pengundi Hulu Selangor yang telah membuat keputusan yang tepat. Nampaknya, mereka tidak sanggup lagi hidup di bawah pimpinan PKR yang semakin kucar kacir sejak kebelakangan ini.
Sebenarnya, pakatan pembangkang awal-awal lagi telah menempah 'tiket kekalahan' apabila memilih Zaid yang mempunyai pelbagai kisah yang sudah diketahui umum termasuk rakan-rakan pakatan PKR iaitu DAP dan Pas.
Namun atas semangat setiakawan, Pas terpaksa menerima Zaid dan mengharungi kempen pilihan raya kecil itu dalam keadaan sukar.
Pas yang selama ini berjuang untuk menjaga kesucian agama Islam terpaksa mengikut rentak tari yang dimainkan oleh DAP dan PKR. Akhirnya tindakan Pas itu memakan diri apabila 20 ahlinya di Hulu Selangor keluar parti pada 23 April lalu. Mereka kecewa melihat struktur Pas yang lemah.
Kini keputusan rasmi telah pun dikeluarkan dan Hulu Selangor kembali kepangkuan wakil rakyat BN. Justeru semua parti komponen terutama UMNO, MIC dan MCA perlu bekerja keras untuk membuktikan bahawa apa yang dijanjikan dapat ditunaikan.
Konsep pendekatan mesra rakyat mesti diteruskan memandangkan PRU Ke-13 akan diadakan dalam tempoh sekurang-kurangnya dua tahun dari sekarang.
Pihak yang kalah pula harus menerima kekalahan dengan hati terbuka kerana dalam setiap pertandingan, pasti ada yang kalah dan ada yang menang. Kepada BN dan P. Kamalanathan selamat bertugas.

Jumaat, 23 April 2010
P94 Hulu Selangor : Apa Hak Nik Aziz Pertikai Titah Sultan Sharafuddin!
Murysidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilihat mempertikaikan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya tidak menggunakan masjid untuk berkempen apabila menyatakan perbuatan berkenaan tidak salah.
Menurut Menteri Besar Kelantan itu, perbuatan menggunakan masjid sebagai tempat berpolitik dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW pada masa lalu. "Siapa ajar tidak boleh cakap politik dalam masjid. Ini ajaran karut yang ditinggalkan Inggeris dan digunakan oleh Muslim.
"Sungguh dukacita, inilah politik, ini kerja saki baki ajaran penjajah Barat yang mengasingkan agama dan politik," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini. Beliau berada di sini bagi membantu calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim yang bertanding menentang calon Barisan Nasional (BN), P. Kamalanathan dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor.
Semalam, Sultan Sharafuddin menitahkan polis supaya mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang menggunakan masjid untuk kempen pilihan raya berkenaan. Sebelum ini, Pas didapati menggunakan masjid untuk berpolitik termasuklah ketika khutbah Jumaat. Nik Abdul Aziz berkata, Nabi Muhammad SAW sendiri ahli agama, ahli politik, panglima perang, menteri kewangan, menteri sosial dan baginda sendiri menyampaikan politik di dalam masjid.
Mengenai kempen pilihan raya yang berlangsung, beliau menuduh BN melakukan tindakan memalukan apabila mendakwa parti tersebut melakukan serangan peribadi ke atas Zaid. UMNO (BN) tak ada modal, calon ini merupakan calon parti, jika mereka ada modal, seranglah parti, jangan serang tubuh (peribadi), ini kerja bodoh macam budak-budak. "Jika calon parti A lawan B, jadi lawanlah parti, jangan dok serang tubuh macam budak kecik kalau dia boleh bertumbuk, dia bertumbuk jika tidak dia cebik (mimik muka) dia nak buat hujah tak boleh jadi menyerang peribadi," katanya.
Sebelum itu : JAIS larang Nik Aziz gunakan masjid, surau ceramah politik
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak akan membenarkan pihak yang berkepentingan politik termasuk Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) menyampaikan ceramah atau kuliah Maghrib di masjid-masjid dan surau di Hulu Selangor. Pengarahnya, Datuk Muhammed Khusrin Munawi berkata, arahan itu dikeluarkan sebagai menjunjung titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang melarang pengunaan masjid untuk kepentingan politik.
Katanya, sebagai jabatan yang melaksanakan titah Sultan Selangor, adalah wajar pihaknya mengambil tindakan terhadap pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan masjid dan surau sebagai tempat menyebarkan anasir perpecahan dan permusuhan di kalangan umat Islam. "Kita telah memberi arahan dan amaran kepada nazir masjid supaya tidak membenarkan individu yang ada kaitan dengan parti politik termasuk Nik Abdul Aziz untuk mengadakan kuliah atau ceramah yang diselitkan dengan politik di masjid dan surau di Hulu Selangor.
"Sebagai pemimpin, mereka perlu faham serta menghormati titah Sultan Selangor yang tidak membenarkan pengunaan masjid dan surau untuk tujuan politik sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor. "Kita tidak benarkan aktiviti politik seumpama ini dibuat di masjid dan surau, jika kita dapati mereka melanggar arahan ini, tindakan boleh dikenakan ke atas mereka," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Pemuda UMNO Hulu Selangor, Mahmud Karim semalam yang mendakwa pakatan pembangkang menggunakan masjid dan surau untuk meraih sokongan daripada pengundi Melayu yang merupakan 53 peratus daripada 64,500 pemilih berdaftar di Parlimen itu.
Dakwa Mahmud, tindakan pakatan pembangkang itu terus dilakukan walaupun terdapat tentangan daripada penduduk di kawasan Parlimen berkenaan termasuk menggunakan speaker masjid bagi mengadakan ceramah sehingga lewat malam. Sungguhpun larangan itu telah nyatakan oleh JAIS, beberapa pemimpin pakatan pembangkang dikatakan akan menggunakan tempat ibadat itu untuk mengadakan ceramah dan kuliah yang tentunya diselitkan dengan isu politik.
Dalam pada itu, Muhammed Khusrin memberitahu, pihaknya belum menerima sebarang laporan mengenai pelanggaran arahan tersebut buat masa ini. Namun, beliau meminta semua pihak yang mempunyai maklumat mengenai perkara itu supaya membuat laporan kepada JAIS secepat mungkin bagi memudahkan jabatan itu mengambil tindakan yang sewajarnya.
"Kita telah letakkan pegawai kita untuk memantau masjid dan surau di Hulu Selangor. Setakat ini, kita tidak ada terima apa-apa laporan termasuk aduan daripada orang ramai. "Kita amat harapkan semua pihak yang mempunyai maklumat supaya terus laporkan segera kepada JAIS," ujarnya.
Untuk rekod dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini, pakatan pembangkang termasuk Pas melakukan serangan peribadi ke atas calon BN. Perbuatan itu paling teruk dilakukan ketika Pilihan Raya Kecil di Kuala Terengganu dan Permatang Pasir di kawasan Parlimen Permatang Pauh. Kedua-dua kawasan itu ditandingi oleh calon Pas.
Komen : Penang Wasabi tidak berasa hairan apabila Nik Aziz mempertikaikan titah Sultan Selangor kerana memang sikap beliau tidak menghormati pihak Istana. Lihatlah apa yang berlaku di Kelantan apabila Nik Aziz tidak pernah melawat sultan ketika baginda sultan menerima rawatan di Singapura!
Diharap Nik Aziz bertanggungjawab dengan apa yang beliau katakan ini, "Siapa ajar tidak boleh cakap politik dalam masjid. Ini ajaran karut yang ditinggalkan Inggeris dan digunakan oleh Muslim."Sungguh dukacita, inilah politik, ini kerja saki baki ajaran penjajah Barat yang mengasingkan agama dan politik". Adakah kenyataan ini ditujukan kepada baginda Sultan Selangor! Diharap penduduk-penduduk Hulu Selangor dan juga umat Islam dinegara ini dapat menilai apa yang telah dicakapkan oleh Nik Aziz.
Mungkin Nik Aziz telah lupa akan pepatah Melayu yang mengatakan ' masuk kandang lembu menguak, masuk kandang kambing mengembek' kerana Nik Aziz adalah seorang ' Islam "? Jangan disebabkan KUASA, maka ugama disalahgunakan.
Juragan..
Khamis, 22 April 2010
P94 Hulu Selangor : Anwar mahu dunia tahu polis, Pejabat Peguam Negara, saksi - semua bodoh!
SAYA baca dengan minat temu bual Anwar Ibrahim di dalam majalah Economist pada edisi 25 Mac 2010. Bercakap di London, Anwar berkata "tidak ada langsung apa-apa bukti di atas tuduhan-tuduhan liwat''. Tentu sekali tidak sesiapa pun menjangkakan Anwar akan mengaku salah ke atas tuduhan itu.
Anwar mengatakan yang dia tidak bersalah dan memperjuangkan kesnya di luar negara terutama di negara kulit putih, walhal tempat membukti dan membersihkan namanya sepatutnya di mahkamah Malaysia.
Jawapan Anwar yang selalu didengar ialah mahkamah-mahkamah di sini berat sebelah. Hakim-hakim menerima rasuah. Anwar tidak akan mendapat perbicaraan yang adil dan saksama. Maka Anwar pergi ke seluruh dunia untuk mendapatkan sokongan supaya kes liwat digugurkan ke atasnya. Jadi Ahli-ahli Parlimen Australia telah menulis satu memorandum meminta kes ini digugurkan.
Mengikut Australia, undang-undang liwat kita ketinggalan zaman. Di Malaysia, kesalahan itu adalah satu jenayah sehingga Parlimen menukarkan undang-undang berkenaan, dan ia masih lagi undang-undang yang kekal.
Di Amerika Syarikat (AS), Penolong Setiausaha Hal Ehwal Negara-Negara Asia Timur dan Pasifik, Kurt Campbell dipetik berkata, "Di sini saya juga ingin katakan bahawa Anwar sangat dikenali, beliau juga mempunyai ramai kawan bertaraf tinggi di AS yang sangat mengambil berat tentangnya dan kami mahu proses kehakiman yang adil selain terus memerhatikan perkara ini."
Nampaknya AS dan Timbalan Sherifnya, Australia begitu kuat menyokong Anwar. Mereka seolah-olah menyoal cara kita mentadbir negara kita dan mahu campur tangan. Yang anehnya mereka cuma tumpu kepada kes Anwar. Mereka tidak peduli tentang kes- kes liwat yang lain yang dibawa ke mahkamah dan didapati salah di Malaysia.
Mereka tidak membela kes-kes ini, mungkin di negara mereka undang-undang dibezakan untuk orang yang 'dikenali' dan rakyat biasa. Di negara kita, undang-undang untuk semua, kalau rakyat asing buat salah mereka juga akan didakwa.
Anwar kata dia tak salah. Kes ini bermula dari 2008. Dia yang melambat-lambatkan perbicaraan. Saiful sanggup bersumpah. Anwar tidak buat demikian. Pepatah berkata "berani kerana benar." Kalau tidak salah, sumpahlah.
Kini Saiful telah beri keterangan. Mengapa Anwar dan peguam-peguamnya yang semuanya handal takut menyoal Saiful. Saiful beri keterangan bersumpah. Ini peluang untuk Anwar dan peguam-peguamnya membukti dia betul, Saiful buat tuduhan palsu.
Sebaliknya Anwar dan peguam-peguamnya cari jalan melambat-lambatkan kes ini. Rayuan demi rayuan dibuat di atas keputusan hakim. Taktiknya melambat perbicaraan. Mereka buat sebanyak rayuan yang boleh supaya akhirnya tidak ada hakim lagi untuk mendengar kes ini kerana semua telah terlibat.
Sepatutnya kes ini diteruskan dan segala bantahan boleh dibuat tanpa memberhentikan perjalanan kes. Lepas kes selesai dan kalau didapati salah, segala keputusan hakim yang dibantah oleh Anwar dibuat waktu perbicaraan dijadikan bahan untuk rayuan.
Ini caranya. Bukan tiap-tiap bantahan dibuat dan keputusan hakim yang tidak menyebelahi mereka, rayuan dibuat hingga ke mahkamah tertinggi dan kes ditangguhkan. Kalau ini dibenarkan, kes ini tidak akan selesai. Mungkin makan masa hingga 10 tahun.
Saya hairan mengapa hakim tidak teruskan perbicaraan? Mengapa Pendakwa berdiam diri? Adakah keadilan hanya untuk Anwar dan Saiful tidak perlu keadilan. Dari sudut pandangan Bar Council hanya Anwar perlu mendapat keadilan.
Apa jadi kepada ''justice delayed is just denied'' yang mereka laung-laungkan. Tidak justice untuk Saiful? Peguam Pendakwa juga mesti tegas. Kes mesti diteruskan.
Anwar kata ''not a shred of evidence.'' Anwar mahu dunia tahu bahawa polis, Pejabat Peguam Negara dan lain-lain saksi semua bodoh. Menurut Anwar tiada bukti keterangan sedikit pun masih mahu dakwa beliau. Takkan pula polis, Peguam Negara dan lain-lain begitu bodoh. Ini bukan kali pertama kes liwat yang dibawa ke mahkamah di Malaysia. Bagi Anwar sendiri, ini kali kedua.
Pada Anwar Ibrahim ini semua konspirasi. Kes pertama dia dibebas oleh Mahkamah Persekutuan. Ini membuktikan mahkamah kita tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Tetapi dia dibebas bukan kerana tidak membuat apa yang dituduh dia dibebas, menurut Mahkamah Tertinggi, kerana pendakwa tidak dapat membukti tempat dan masa yang jenayah berlaku.
Sekarang bekas penyokongnya yang kuat dulu seperti Nallakaruppan dan Ezam Mohd Noor menyesal menyokong Anwar. Mereka lebih tahu Anwar daripada penyokong-penyokongnya di Australia dan AS.
Peguamnya, Karpal pernah mewakili Azizan. Karpal pernah satu ketika suruh Anwar ''bertaubat''. Kita ingin tahu ''bertaubat'' untuk apa? Jelas pada saya, kalau Anwar mahu orang percaya dia tidak bersalah, cepat-cepatlah hadapi kes ini. Sekarang pun orang ramai percaya ini serupa dengan yang diheboh-hebohkan sebelum September 2008, di mana Anwar sudah dapat majoriti Ahli-ahli Parlimen untuk menyokong beliau jadi Perdana Menteri. Ini akhirnya semua pembohong besar.
Orang juga ingin tahu mengapa dia berlindung di Kedutaan Turki apabila dia tahu Saiful membuat laporan polis terhadapnya. Ini bukan soal konspirasi. Soal Saiful diliwat atau tidak diliwat oleh Anwar. Itu saja yang perlu dibicara. Anwar yang jadi Penasihat Parti Keadilan Rakyat dan juga Ketua Pembangkang mesti berani menghadapi keadilan. Jika tidak, partinya membela keadilan untuk siapa? Tempat membersih diri dan tempat mendapat keadilan ialah di mahkamah.

Selasa, 20 April 2010
Jangan cabar tujuh wasiat!
Sultan Azlan Shah bersama Raja Permaisuri Perak,Tuanku Bainun berangkat ke Balairong Seri di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar semalam. Turut kelihatan,Raja Muda Perak,Raja Nazrin Shah dan Raja Puan Besar Perak,Tuanku Zara Salim.
Segala puji diangkat ke hadrat Allah SWT. Hamba-Mu ini menzahirkan kalimah kesyukuran atas limpah rahmat dari-Mu Ya Allah yang telah membolehkan hamba-Mu sekali lagi menyambut hari ulang tahun keputeraan dalam keafiatan dan terus bersemayam di takhta Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan dalam suasana negeri yang aman lagi sejahtera serta terlindung daripada malapetaka dan bencana. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar, Nabi Muhammad SAW, para keluarga dan para sahabat baginda, seterusnya ke atas para tabiin dan para ulama.
Penzahiran kesetiaan oleh Paduka Anakanda Raja Muda, demikian juga ikrar taat setia yang dilafazkan oleh Mamanda Menteri Besar membuktikan terjalinnya kerukunan hubungan di antara takhta dengan para pembesar negeri dan rakyat jelata. Pengucapan tersebut beta tafsirkan sebagai lafaz kesetiaan terhadap institusi Raja Pemerintah kepada sebuah kerajaan.
Seseorang Sultan adalah batang tubuh yang diamanahkan oleh Ilahi untuk memenuhi tanggungjawab tertentu. Yang penting dipertahankan adalah institusi pemerintahan di bumi ini yang telah diwarisi sejak zaman berzaman, institusi pemerintahan yang mempunyai akar sejarah lalu menentukan rupa bentuk dan memberikan wajah kepada budaya berkerajaan dan bernegara, berpaksikan prinsip rakyat beraja – negeri bersultan.
Seseorang Raja Pemerintah itu di samping memenuhi peranan tersurat sebagai payung naungan dan lambang perpaduan kepada warga pelbagai kaum, turut mempunyai peranan secara tersirat yang perlu dilaksanakan dengan sabar lagi tabah, penuh berhikmah lagi bijaksana. Apabila negeri dilanda krisis, kearifan Raja Pemerintah sebagai penimbang tara sangat kritikal. Baginda perlu mengimbangkan secara saksama keperluan pelbagai kumpulan warga. Ia menjadi lebih rumit dalam sebuah negeri yang warganya terdiri daripada pelbagai agama, keturunan dan budaya dengan tahap pencapaian sosial dan ekonomi yang masih mempunyai jurang yang ketara.
Raja Pemerintah di bumi ini wajib melihat perspektif yang luas, menghargai salah silah sejarah negara bangsa dan bertanggungjawab tidak menderhakai Tujuh Wasiat yang telah diamanahkan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia sembilan Raja Melayu ketika memberi perkenan menurunkan tanda tangan kepada pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957. Tujuh Wasiat Raja- Raja Melayu itu berbunyi :
Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya, selama itulah kamu akan aman dan damai dan selamat sejahtera :
PERTAMA : Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).
KEDUA : Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kami, selain gunung- ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah lima puluh peratus, selebihnya rebutlah bersama kaum- kaum lain.
KETIGA : Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta hak milik kamu, kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu, selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.
KEEMPAT : Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan Raja-Raja Melayu memerintah negara ini.
KELIMA : Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.
KEENAM : Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu.
KETUJUH : Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum- kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).
Wasiat tersebut diamanatkan menjelang kemerdekaan kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu. Wasiat ini dihasilkan atas kehendak Raja-Raja Melayu untuk mengekalkan kesinambungan sejarah, mengekalkan kedaulatan dan kuasa serta kesinambungan kedaulatan negara yang terletak kepada Raja- Raja Melayu serta mendapat penerimaan rakyat melalui wakil-wakil sah yang mempunyai locus standi. Dengan itu, Perlembagaan Persekutuan yang digubal telah memaktubkan fasal-fasal tertentu yang memerlukan izin Majlis Raja-Raja sebelum sebarang pindaan Perlembagaan dibenarkan berkuat kuasa.
Formula tersebut yang selama hari ini menjadi gagasan menjamin kestabilan negara, jangan sama sekali mahu dirombak atau cuba dicabar secara keterlaluan. Perbuatan sedemikian dikhuatiri akan menjemput kepada risiko besar yang boleh menjejaskan hubungan antara kaum dan antara agama.
Kegiatan dan usaha untuk mendapat pengaruh politik perlu ada etika dan batasan. Usaha mendapatkan sokongan politik jangan sampai ke peringkat melanggar sempadan dan cuba merombak apa yang telah sekian lama dipersetujui.
Toleransi sesuatu kaum begitu juga kesabaran penganut sesuatu agama ada batasannya. Perkembangan-perkembangan semasa yang sedang berlaku telah menaikkan suhu politik dan sudah mula menimbulkan keresahan pelbagai pihak. Sedarilah bahawa usaha membina sesuatu kejayaan memakan masa yang panjang, sementara melalui tindak tanduk yang kurang bijak, keruntuhan boleh berlaku dalam sekelip mata .
Dewan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri adalah institusi perundangan negara. Dewan-dewan tersebut dirujuk sebagai dewan yang mulia atau The August House. Ahli kepada dewan-dewan tersebut dirujuk sebagai Yang Berhormat atau The Honourable Member of The August House. Amatlah memalukan jika prosiding dewan-dewan berkenaan berlangsung dalam suasana memekik dan menjerit dengan mengeluarkan kata-kata yang kasar lagi kesat.
Adalah satu penghinaan kepada dewan-dewan tersebut jika ahli-ahlinya membawa placard mengandungi kata-kata yang merendah dan menghina antara satu sama lain. Untuk itu, perilaku ahli kepada dewan-dewan tersebut hendaklah menghormati kemuliaan dewan-dewan berkenaan dan mencerminkan sifat seorang yang telah diberi pengiktirafan dengan panggilan Yang Berhormat.
Perbuatan memperkecilkan hingga ke peringkat menghina institusi-institusi perundangan dan badan-badan penguatkuasaan undang-undang, adalah satu perkembangan yang amat tidak sihat. Undang-undang dan institusi perundangan kelihatan hanya diterima dan dihormati apabila keputusan berpihak kepada sesuatu kumpulan.
Di sebaliknya, undang-undang dan institusi perundangan dicerca dan dihina apabila keputusan tidak memihak kepada sesuatu kumpulan. Perasaan kekitaan secara ekstrem telah melahirkan insan-insan yang terlalu taksub kepada kumpulan, lalu bertindak berdasarkan emosi sehingga hilang pemikiran rasional.
Lebih membahayakan, kegiatan menghina negara sendiri dilakukan tanpa segan silu di forum-forum antarabangsa bagai membuka laluan, menjemput campur tangan pihak luar dalam urusan negara sendiri. Warga yang mempunyai jati diri dan kesetiaan kepada negara bangsanya, hendaklah mempunyai kekuatan pendirian untuk mempertahankan maruah negara bangsanya tanpa sama sekali membenarkan campur tangan pihak luar.
Beta menyeru agar warga menggunakan sebaik-baik kebijaksanaan akal kurniaan Ilahi demi kepentingan masa hadapan negara-bangsa. Tindak-tanduk yang terlalu dipengaruhi emosi berpandukan nafsu, pada akhirnya akan membawa kerugian besar. Masih banyak agenda untuk membela nasib warga yang perlu dilaksanakan. Warga tidak harus dijadikan mangsa persengketaan politik yang bagaikan tidak ada penghujungnya.
Segala sumber tenaga, fikiran dan material perlu ditumpukan kepada kerja-kerja yang lebih produktif kepada negara. Beta hargai sokongan dan persepakatan yang Beta peroleh daripada Paduka Anakanda Raja Muda, Paduka Adinda Raja Di Hilir, kesemua Raja Bergelar, Waris Negeri, Kerabat Diraja, Orang Besar dan ahli Dewan Negara membantu Beta memenuhi peranan seorang Sultan.
Beta menzahirkan penghargaan kepada Mamanda Menteri Besar, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, anggota kehakiman dan perundangan, anggota perkhidmatan awam, para ulama dan imam-imam, Angkatan Tentera, Polis Diraja Malaysia, badan-badan beruniform, para penghulu dan Jawatankuasa Kemajuan Kampung yang telah melaksanakan tanggungjawab serta saling bekerjasama untuk memastikan negeri sentiasa berada dalam keadaan aman lagi stabil serta warga berada dalam suasana selamat lagi sejahtera.
Beta amat mengalu-alukan peranan pihak swasta, badan-badan sukarela, badan-badan kebajikan, badan-badan sukan serta warga keseluruhannya yang telah membantu memperlengkapkan usaha-usaha pembangunan yang dirintis oleh Kerajaan Beta .
Kepada Allah SWT, Beta memohon petunjuk dan panduan. Semoga Allah Subhanahu Wata‘ala sentiasa melimpahkan nikmat dan rahmat, perlindungan dan keselamatan kepada Raja, negeri dan warga.
Amin, Ya Rabul Alamin.

Sabtu, 17 April 2010
P94 Hulu Selangor : Anwar berusaha alih isu!
PILIHAN raya kecil berlangsung lagi buat kali yang ke-10 dan kali ini di kawasan Parlimen Hulu Selangor. Dari segi pemilihan calon walaupun pada awalnya terdapat sedikit kekecohan namun akhirnya semua parti komponen dalam Barisan Nasional kembali berpadu tenaga selepas Timbalan Perdana Menteri mengumumkan Ketua Penerangan MIC, P. Kamalanathan sebagai calon terbaik.
Namun di pihak pembangkang pemilihan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal undang-undang Datuk Zaid Ibrahim menimbulkan pelbagai kemelut dan retorik.
Pemilihan beliau ini sedikit sebanyak akan membuatkan para pengundi terutamanya pengundi Melayu berfikir dua kali sebelum memilihnya berdasarkan personaliti dan cara pemikirannya. Untuk mendapatkan pandangan yang lebih mendalam wartawan Mingguan Malaysia KU SEMAN KU HUSSAIN dan HAFIZAHRIL HAMID telah mewawancara bekas Ketua Angkatan Muda PKR, EZAM MOHD NOR. Ujar Ezam bukan rahsia lagi pemilihan Zaid adalah untuk memenuhi perhitungan bagi menyelesaikan masalah peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu pertuduhan kes liwatnya.
“Zaid yang pernah menjadi menteri dipilih sebagai calon bagi menunjukkan bahawa beliau mampu menarik orang seperti Zaid untuk bersama dengannya dalam saat Anwar berdepan tuduhan kes liwat. Jadi Anwar mempersiapkan persepsi rakyat dan dunia untuk berhadapan dengan perbicaraan kes ini,” kata Ezam.
Selain isu pilihan raya Ezam turut menghuraikan dengan panjang lebar mengenai pertuduhan bahawa kerajaan mempunyai hubungan yang rapat melalui isu Apco yang bagi beliau langsung tidak ada isu. ”Anwar sebenarnya yang harus ditumpukan apabila dikaitkan dengan Israel kerana beliau sememangnya mempunyai pertalian yang rapat dengan orang seperti Paul Wolfowitz ketika menjadi Pengerusi Foundation for Future beberapa tahun lepas.
MINGGUAN: Kenapa dalam ramai calon lain yang lebih berwibawa Anwar memilih Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon?
EZAM: Saya sendiri pun tidak berapa faham kenapa beliau memilih Zaid. Namun saya percaya ia lebih kepada perhitungan untuk menyelesaikan masalah peribadinya. Anwar memerlukan seseorang yang nampak kredibel untuk dilihat bersama dengan beliau dalam berhadapan dengan pertuduhan kes liwatnya. Zaid adalah seorang peguam dan juga bekas menteri yang pernah menjaga undang-undang.
Pada pandangan masyarakat dunia beliau memerlukan orang seperti Zaid yang pernah menjadi menteri untuk menunjukkan bahawa beliau mampu menarik orang seperti Zaid untuk bersama dengannya dalam saat Anwar berdepan tuduhan kes liwat. Jadi Anwar mempersiapkan persepsi rakyat dan dunia untuk berhadapan dengan perbicaraan kes ini. Ini perlu untuk menunjukkan kelangsungan masa depan politik beliau.
Ini menunjukkan sekali lagi pemilihan Zaid bukan dibuat atas keperluan parti atau keperluan rakyat tetapi kerana Zaid adalah yang terbaik untuk dilihat bersama dalam membantu Anwar dalam kesnya nanti. Apa yang menjadi kebimbangan bagi Anwar adalah kes liwat yang dihadapinya. Maka Zaid dilihat bakal membantu memulihkan imej beliau. Saya percaya itu alasan sebenar kerana tidak ada alasan yang lebih munasabah.
Jika dibandingkan Zaid dengan Dr. Halili yang merupakan orang tempatan. Lainlah kalau tidak ada calon tempatan tetapi beliau mahukan Zaid menjadi calon. Andai katalah Zaid menang dalam pilihan raya ini pastinya orang yang akan mempertahankan Anwar sama ada di Parlimen atau di luar Parlimen dalam soal kes liwatnya nanti adalah Zaid. Pastinya gandingan antara Zaid dan Azmin yang memang terkenal sebagai orang kuat Anwar akan menjadi lebih hebat.
Sekarang ini Zaid hanya berada di luar dan keupayaannya terbatas. Soal sekarang bukan kerana hendak membantu orang Melayu di Hulu Selangor atau kaum-kaum lain tetapi lebih kepada agenda peribadinya. Saya pun pasti Anwar bukannya suka sangat pada Zaid tetapi beliau melihatnya sebagai orang yang boleh digunakan untuk mempertahankannya nanti dalam kes itu.
Masalahnya ramai orang dalam PKR dan juga Pas tidak suka dengan pemilihan Zaid kerana imejnya yang terlalu liberal. Tidakkah ini menjejaskan peluang mereka sendiri?

EZAM: Bagi Anwar soal parti sendiri atau pun dalam pakatan pembangkang adalah soal nombor dua. Yang menjadi keutamaannya adalah dirinya sendiri. Kita lihat balik dalam ketika berlaku perbalahan antara Zahrain dan Lim Guan Eng jika dilihat pada logik, Zahrain adalah bekas ketua PKR Pulau Pinang yang juga kawan rapat beliau yang sanggup berkorban segala-galanya. Tetapi Anwar tidak langsung membela Zahrain tetapi menyebelahi Guan Eng.
Ini kerana dalam berhadapan dengan kes liwatnya, sekutu yang paling diperlukan adalah DAP.
Ini kerana DAP tidak kisah tentang soal moral dan sebab itu Karpal Singh yang menjadi peguam belanya. Cuba bayangkan Anwar menyebelahi Zahrain maka pasti beliau cuba membuat masalah dengan DAP yang kemudian juga melibatkan Karpal Singh sebagai peguamnya. Ini akan menjejaskan kes liwat yang dihadapinya.

Maka sekali lagi pertimbangannya bukan kawan atau PKR ataupun orang Melayu kerana Zahrain perjuangkan orang Melayu tetapi yang sekutu yang mampu membelanya dalam berhadapan kes liwatnya nanti. Maka kita boleh lihat pemimpin seperti Anwar yang lebih memfokus kepada masalah peribadinya dan bukan soal rakyat, orang Melayu, dan perkara-perkara lain yang lebih penting. Yang menimbulkan masalah lebih besar ialah beliau turut mengheret rakyat bersama dalam kesnya.
Apa isu yang dijangka dimainkan oleh pembangkang dalam pilihan raya di Hulu Selangor?
EZAM: Tidak ada isu besar pun. Tapi kita harus ingat tentang kebolehan Anwar kerana seperti biasa dia akan terbalikkan isu dan selama beberapa hari ini kita lihat beliau telah melakukannya dengan membawa isu Apco, rasuah dalam UMNO dengan mengatakan mereka pro kepada ahli perniagaan Cina seperti Lim Goh Tong dan Vincent Tan. Dalam bab mengaburi memang Anwar pandai melakukannya maka BN perlu membuat penjelasan.
Namun BN perlu ingat apa saja isu yang cuba dibangkitkan Anwar dalam pilihan raya ini adalah untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu sebenar iaitu Anwar cuba mengheret rakyat dalam menyelesaikan masalah peribadinya. Namun saya percaya dengan jentera penerangan yang lebih berkesan dan semangat anggota parti dalam BN yang bersungguh-sungguh BN dapat menawan kembali Hulu Selangor.
Seharusnya penduduk di Hulu Selangor sudah mendapat mesej ini kerana pilihan raya kali ini berlaku selepas PKR dilanda badai yang teruk akibat ramai anggota Parlimen mereka keluar. Saya lihat mereka sudah semakin jelas kerana satu demi satu tembelang pakatan pembangkang terbongkar. Jika dahulu hanya saya seorang yang membongkar perihal Anwar dan PKR tapi sekarang semakin ramai yang terlibat.
Ahli Parlimen sahaja sudah berapa orang yang mendedahkan masalah PKR dan Anwar, belum Wakil Rakyat dan Exco Kerajaan Negeri. Maka rakyat seharusnya lebih jelas dengan apa yang telah berlaku.
Apa yang perlu dilakukan supaya pengundi di Hulu Selangor dapat mesej ini?
EZAM: Bagi saya pilihan raya ini merupakan satu tempoh bagi para pengundi membuat pilihan yang tepat. Ini kerana setelah setahun Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri nampak jelas arah beliau mahu membawa negara ke arah masa depan. Jika dibandingkan dengan Anwar yang hanya membawa masalah peribadinya untuk dihidangkan kepada rakyat. Ini perbezaan jelas di antara BN dan pakatan pembangkang.
Ditambah dengan masalah yang semakin jelas berbanding dahulu bilamana semakin ramai Ahli Parlimen mereka keluar parti dan menjadi ahli Bebas. Mereka ini bukan calang-calang orang, Datuk Seri Zahrain merupakan kawan baik Anwar selama 30 tahun, Zulkifli Nordin menjadi peguam beliau selama tujuh tahun. Mungkin orang sudah lupa seorang peguam Anwar, Zainur Zakaria yang pernah membela beliau telah meninggalkannya.
Mereka semua adalah orang yang kredibel dan semua meninggalkan Anwar. Jadi apa yang telah berlaku menampakkan siapa sebenarnya Anwar. Bagi saya Anwar adalah seorang yang gemar mengheret rakyat untuk bersama dalam dua masalah iaitu pertama masalah nafsu peribadinya dan kedua masalah cita-cita peribadinya.
Beliau bukan seorang pejuang sebenar, semua yang dilakukan adalah kerana kehendak peribadi dan beliau berharap supaya rakyat dapat menyelamatkan dirinya. Jadi slogan yang dibawa oleh Anwar iaitu Selamatkan Malaysia tidak betul yang sebenarnya ialah selamatkan Anwar.
Kenapa tiba-tiba Anwar memainkan isu Apco?
EZAM: Kita tahu isu Apco ini timbul kerana dia cuba mendapatkan balik undi orang Melayu serta membetulkan balik persepsi orang Melayu terhadap dirinya. Justeru beliau menyerang kerajaan tentang hubungan antara Apco yang dikatakan mempunyai kaitan dengan Israel. Ini semata-mata untuk memainkan isu supaya orang Melayu kembali mempercayainya.
Padahal kerajaan bersikap telus dalam soal ini. Maknanya tidak ada yang sulit dan ia bukan sesuatu yang bermotif jahat. Kerajaan telah melantik Apco melalui proses yang biasa seperti syarikat lain dan kaitannya dengan Israel kita masih belum jelas.
Itu yang menjadi isu sebenar apatah lagi jika orang yang terlibat itu adalah seorang pemimpin. Sebab itu saya mahu bertanya apakah Anwar pernah menghebahkan hubungannya dengan Rupert Murdoch seorang Yahudi yang menguasai agensi media Fox News yang sangat antikan Islam. Anwar berhubung dengan Murdoch sejak dari awal pemecatannya melalui Wan Azizah dan Azmin Ali.
Apakah beliau pernah hebahkan kepada umum malah Anwar tidak pernah cakap perkara ini kepada partinya sendiri. Itu adalah sesuatu yang layak dipersoalkan kerana ini hubungan peribadi dan secara terus dengan Israel bukan seperti Apco yang hanya melibatkan perniagaan. Perdana Menteri tidak terlibat dalam keputusan memilih Apco dan ia dilakukan secara telus bukan seperti Anwar.
Begitu juga hubungan Anwar, Wan Azizah dan Azmin dengan Georga Soros pada tahun 2002 tidak pernah dibentangkan dalam mesyuarat parti. Saya tidak hairan kalau selepas ini Anwar akan menafikan semua perkara ini. Selain itu kita boleh lihat bagaimana rapatnya hubungan Anwar dengan bekas Presiden Bank Dunia Paul Wolfowitz.
Maksudnya Anwar cuba mengalihkan isu dengan mengaitkan kerajaan mempunyai hubungan yang rapat dengan Israel dalam isu Apco?
EZAM: Itulah yang cuba dilakukannya. Jika kita lihat hubungan kerajaan dalam soal Apco dan hubungan rapat Anwar dengan Wolfowitz adalah satu perkara yang jauh berbeza. Wolwofitz adalah arkitek yang menjahanamkan Iraq ketika menjadi Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS) dan salah satu sebab AS menyerang Iraq adalah untuk menjaga kepentingan Israel. Ini adalah satu fakta yang sah.
Jika kita lihat balik ada tiga sebab kenapa AS mahu menjahanamkan Iraq, pertama kerana sumber minyak yang banyak di Iraq. Kedua, sumber air yang paling banyak di Tanah Arab terletak di Iraq. Jadi Israel perlu menyerang Iraq untuk menjamin sumber air mereka dan ketiga adalah kerana pertubuhan saintis yang paling hebat dan ramai di negara Arab adalah di Iraq. Semua ini dimusnahkan dan dibunuh kerana ia menjadi ancaman kepada Israel.
Maka Wolfowitz merupakan arkitek yang merancang dan melakukan tindakan yang membuat ribuan nyawa penduduk Iraq terbunuh atas kepentingan Israel. Lebih menakutkan Anwar pula menjalin hubungan yang rapat dengan Wolfowitz dan lebih dari sekadar peribadi. Saya sendiri menjadi saksi bahawa Wolfowitz sendiri melawat Anwar ketika beliau dirawat di Munich, Jerman selepas dikeluarkan dari penjara.
Siap ada gambar yang satu dunia sudah tahu, malah beliau membuat kenyataan bahawa Wolfowitz adalah kawan baiknya. Malah mereka juga mempunyai hubungan rasmi dengan menubuhkan Foundation for Future yang mana Anwar adalah pengerusinya. Yayasan ini dibentuk oleh AS dengan dana yang diusahakan oleh Wolfowitz untuk menjaga kepentingan dan hegemoni AS di Tanah Arab. Itulah matlamat penubuhan Foundation for Future.
Selepas Anwar dilantik menjadi pengerusi di yayasan tersebut beliau telah menjadi tali barut kepada Wolfowitz untuk meletakkan teman wanitanya yang juga seorang Islam bernama Shaha Ali Riza untuk bekerja di yayasan tersebut bagi menyelamatkan Wolfowitz dari diambil tindakan kerana masalah yang timbul akibat skandalnya itu.
Malah Anwar adalah orang yang bertanggungjawab menandatangani surat tersebut yang dikeluarkan pada satu Oktober 2006. Berita itu turut dikeluarkan dalam akhbar Washington Post. Jika Anwar hendak menafikan terpulanglah tetapi akhbar itu sudah menunjukkan bukti penglibatan Anwar sebagai tali barut Wolfowitz. Jika sebuah akhbar di AS telah menunjukkan penglibatan Anwar dalam hal ini kenapa saya hendak dituduh sebagai penipu. Akhbar Washington Post bukan suratkhabar UMNO pun.
Saya mahu memberi penjelasan di sini Anwar menjadi tali barut untuk Wolfowitz kerana Shaha Ali Riza adalah orang paling rapat dengan Wolfowitz memandangkan dia adalah teman wanitanya. Jelaslah di sini jika dibuat perbandingan antara isu Apco dengan Anwar yang menjadi tali barut Wolfowitz adalah jauh berbeza. Hubungan Anwar dan Wolfowitz akhirnya adalah untuk kepentingan Israel, dan ini adalah sangat jelas.
Hubungan kerajaan dengan Apco bukan untuk kepentingan Israel tetapi untuk kepentingan Malaysia, tidak ada kena mengena dengan Israel hanya merupakan sebuah perjanjian perniagaan. Ini menunjukkan sebenarnya tidak ada isu pun tentang Apco ini tetapi hanya diperbesarkan oleh Anwar untuk kepentingannya semata-mata dan juga memburukkan kerajaan.
Ini sebenarnya isu yang perlu diberi perhatian dimana betapa hebatnya orang Melayu berjaya membuat hubungan dengan orang Yahudi. Itulah kebolehan beliau yang cuba memusing fakta seolah-olah kerajaan pula yang salah kerana ada kaitan dengan Israel melalui Apco.
Padahal Anwar yang mempunyai seorang sahabat baik dengan seorang Yahudi sehingga sanggup menjadi tali barutnya. Malah orang Yahudi ini pula menduduki jawatan tertinggi dalam kerajaan AS yang bertanggungjawab menjadi arkitek kepada kemusnahan dan kehancuran sebuah negara Islam Iraq hanya untuk memenuhi kepentingan Israel.
Juragan..
Khamis, 15 April 2010
Hulu Selangor : Kamalanathan lawan Zaid!
Pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini akan menyaksikan ketua penerangan MIC, P Kamalanathan menentang Datuk Zaid Ibrahim dari PKR yang mewakili Pakatan Rakyat.
Pemilihan Kamalanathan itu diumumkan oleh Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin sambil mendapat tepukan gemuruh daripada ribuan penyokong BN di Bukit Sentosa, petang tadi.
Turut hadir ialah pemimpin parti komponen BN termasuk presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu.
Kelibat timbalan presiden parti itu, Datuk G Palanivel yang ditolak oleh BN sebagai calon Hulu Selangor, tidak kelihatan. Bagaimanapun , seorang lagi calon yang disokong oleh BN tetapi tidak dipersetujui oleh pemimpin MIC, iaitu timbalan ketua pemudanya, V Mugilan hadir dan beliau dilihat sebagai anatara pemimpin parti itu yang bersalaman dengan Kamalanathan sebaik sahaja keputusan diumumkan.
Nama Kamalanathan memang telah disebut-sebut sebelum ini sebagai calon kompromi selepas pucuk pimpinan BN dikatakan menolak cadangan MIC untuk mencalonkan Datuk G Palanivel bertanding di situ.
Penyokong akar umbi, khususnya dari Umno sejak kematian ahli parlimen Hulu Selangor, Datuk Zainal Abidin Ahmad pada 25 Mac lalu secara terang-terangan menolak Palanivel.
Mereka mendakwa beliau tidak cekap dan gagal membangunkan Hulu Selangor meskipun menjadi ahli parlimen selama empat penggal. Sebaliknya, mereka yang menentang Palanivel mencadangkan timbalan ketua pemuda MIC, V Mugilan sebagai gantinya. Mugilan adalah anak tempatan di Hulu Selangor tetapi pemimpin atasan MIC tidak merestui cadangan itu.
Ini kerana tidak ramai pemimpin atasan MIC memegang jawatan ahli parlimen ataupun ahli dewan undangan negeri dan jika Mugilan menang dia akan mempunyai kelebihan. Pada mesyuarat tergempar jawatankuasa pusat MIC yang diadakan malam tadi, MIC berkeras mahukan hanya Palanivel sebagai calon mereka.
Jawatan senator atau timbalan menteri
Mesyuarat itu juga mengambil keputusan untuk memecat timbalan ketua Pemuda MIC, V Mugilan sekiranya dia dipilih sebagai calon BN dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.
Samy Vellu berjumpa dengan Muhyiddin awal pagi ini di pejabat timbalan perdana menteri di Putrajaya tetapi Muhyiddin dikatakan terus tidak berganjak dan menolak timbalan presiden MIC itu. Sebagai kompromi, difahamkan Palanivel akan dilantik sebagai senator atau timbalan menteri kerana bersetuju memberi laluan kepada Kamalanathan.
Kamalanathan, adalah ketua perhubungan awam Beras Jati Sdn Bhd, sebuah syarikat peruncitan beras. Beliau dipertanggungjawabkan oleh pemimpin MIC untuk menjenamakan semula parti itu selepas pilihan raya umum 2008 yang keputusannya memalukan mereka
Kamalanathan juga adalah seorang blogger, yang seringkali dijemput menghadiri rancangan ehwal semasa dan juga pensyarah sambilan di sebuah kolej swasta.
Meskipun bukan anak tempatan Hulu Selangor, Kamalanathan menetap di Rawang, sebuah pekan yang tidak jauh dari kawasan pilihan raya itu.

Rabu, 14 April 2010
PRK P94 - HULU SELANGOR : MIC mahu muka baru calon BN!
Barisan kepimpinan Barisan Nasional (BN) perlu mempertimbangkan kehendak pengundi sebelum memutuskan calon yang akan diletakkan sebagai wakil parti itu untuk memenangi kerusi Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor.
Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC, P. Palaniappan berkata, menerusi beberapa penyelidikan yang dilakukan di Hulu Selangor mendapati, penduduk di situ majoritinya mahukan anak jati tempatan diletakkan sebagai calon BN.
"Walaupun MIC mahukan Timbalan Presiden MIC, G. Palanivel diletakkan sebagai calon BN, kita juga harus pertimbangkan kemahuan penduduk yang merupakan penentu kemenangan kerusi PRK itu nanti.
"Mereka mahukan seorang muka baru sebagai calon BN dan kehendak mereka harus diteliti," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Beliau diminta mengulas mengenai kemungkinan besar, Timbalan Ketua Pemuda MIC Kebangsaan, V. Mugilan yang merupakan anak tempatan dilahirkan di Ladang Kerling, Kuala Kubu Bahru serta berkelulusan dalam jurusan Sastera dan Sains Sosial dari Universiti Malaya diletakkan sebagai calon dalam pilihan raya kecil itu.
Katanya, MIC harus memikirkan cara terbaik untuk menarik hati pengundi bagi memastikan kemenangan BN. "Kita bukan tidak mahu menyokong kehendak Presiden, S. Samy Vellu, tetapi kemungkinan jika kita tidak mengikut kehendak pengundi, susah untuk BN dapatkan sokongan penuh mereka," katanya.
Tambah Palaniappan, pengundi bukannya seperti dahulu yang mengundi semata-mata kerana parti. "Pengundi sekarang sudah pandai untuk menilai kredibiliti seseorang calon itu," jelasnya.
SEMENTARA ITU : Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar menyangkal dakwaan bahawa beliau mencalonkan Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC, K. R. Parthiban untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor.
Noh berkata, soal pemilihan calon hanya akan diputuskan oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak dan beliau berperanan untuk menyusun jentera parti bagi memenangi kerusi Parlimen tersebut.
“Siapalah saya hendak calonkan orang. Saya ingin menyatakan di sini bahawa saya tidak kacau soal calon, saya pun tidak tahu siapa calon yang dipilih. Soal itu serah kepada pucuk pimpinan parti. Saya tidak kacau kerja orang lain. “Pucuk pimpinan yang diketuai Pengerusi BN akan tentukan calon yang layak, kerja saya adalah menyusun jentera parti bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Pertubuhan Peladang Kawasan Hulu Selangor di Kuala Kubu Bharu di sini hari ini. Turut hadir Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang, Tan Sri Abu Zahar Ujang dan Pengerusi Pertubuhan Peladang kawasan Hulu Selangor, Datuk Mohamed Idris Abu Bakar.
Beliau diminta mengulas dakwaan sebuah akhbar semalam yang mendakwa beliau mencalonkan nama Parthiban untuk bertanding pada pilihan raya kecil yang akan diadakan pada 25 April ini.
Mengulas lanjut, Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani meminta supaya semua pihak berhenti membuat ramalan.
Menurutnya, semua pihak harus menerima dan menyokong sepenuhnya sesiapa sahaja calon yang telah dipilih oleh pucuk pimpinan parti. “Pilihan raya ini penting bagi mengubah landskap politik di Selangor kerana ia penentu kesinambungan BN dan penerimaan rakyat terhadap BN dan kerajaan,” katanya. Sementara itu, Parthiban ketika dihubungi berkata, beliau tidak tahu apa-apa mengenai laporan surat khabar itu.

Selasa, 13 April 2010
PRK P94 - HULU SELANGOR : Zaid bakal di serang BN kerana 'bukan anak tempatan'!
Pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor akan menyaksikan bukan ‘anak tempatan’ berentap dengan ‘muka lama’ bagi merebut kerusi berkenaan.
Barisan Nasional dipercayai akan berkempen dengan mendakwa hanya anak tempatan yang mampu memperjuangkan masalah Hulu Selangor berbanding dengan Pakatan Rakyat yang hari ini menamakan Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon mereka.
Zaid yang berasal dari Kelantan dipercayai akan ditentang oleh calon BN, Datuk G Palanivel yang juga merupakan bekas ahli parlimen kawasan itu selama empat penggal.
Ketika dihubungi, ketua pembangkang dewan undangan negeri Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo berkata keputusan PKR meletakkan Zaid sebagai calonnya akan memberi kelebihan kepada BN. “Beliau bukan anak tempatan, lebih-lebih lagi beliau adalah muka baru kepada Hulu Selangor dan juga dalam partinya sendiri.
“Keputusan PKR menunjukkan mereka tiada calon yang baik maka mereka terpaksa memilih Zaid untuk bertanding,” kata Khir. Namun demikian, bekas menteri besar Selangor yang ditumbangkan pada pilihan raya umum 2008 yang lalu berkata BN tidak menyerang peribadi lawan mereka.
Justeru, katanya BN tidak akan menggunakan keputusan lembaga disiplin Umno yang mendapati Zaid bersalah kerana terlibat dalam politik wang pada 2005 untuk menyerang beliau. Zahid adalah bekas menteri yang bertanggungjawab mengenai hal-ehwal perundangan ketika dalam barisan kabinet bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum berpaling tadah ke PKR pada tahun Jun 2009.
“Sebenarnya ini bukan isu lagi, tetapi ini menunjukkan bahawa PKR tidak buat serupa kata dengan janjinya untuk memegang kepada prinsip ketelusan, bersih, dan tidak rasuah,” katanya.
Apabila ditanya adakah Palanivel calon pilihan BN, Khir berkata terdapat beberapa nama lagi yang dipertimbangkan tetapi yang pasti calon BN adalah anak tempatan. Sekiranya, BN mengambil keputusan untuk mengekalkan Palanivel sebagai calonnya, PKR pasti akan mengeksploitasi bahawa setelah berkhidmat selama 17 tahun sebagai MP Hulu Selangor, timbalan presiden MIC itu gagal membawa perubahaan.
Sebaliknya, Hulu Selangor masih ketinggalan dari segi pembangunan dan perindustrian berbanding beberapa kawasan yang lain di Selangor. Sementara itu, ketua penerangan MIC Kamalanathan berkata pencalonan Zaid menambahkan lagi peluang MIC untuk merampas semula kerusi itu.
“Pembangkang mencalonkan Zaid dari Kelantan daripada anak tempatan kerana mereka akan memberi tumpuan kepada isu nasional. Kekuatan BN adalah calon kami. Kami mahu calon kami diterima penduduk tempatan dan juga di seluruh negara,” katanya.Beliau mendakwa Zaid akan melupakan Hulu Selangor sebaik sahaja jika dia memenangi pilihan raya itu.
“Calon kami akan berenang ataupun tenggelam bersama penduduk Hulu Selangor, sedangkan Zahid, jika menang akan pulang ke rumahnya dan mungkin tidak akan kembali,” katanya lagi dengan nada sinis.
Sebelum itu : Zaid Ibrahim calon Pakatan Rakyat di Hulu Selangor
Datuk Zaid Ibrahim hari ini dipilih sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.
Menurut sumber, pemilihan Zaid itu dibuat oleh biro politik PKR yang bermesyuarat di rumah ketua umumnya, Anwar Ibrahim pagi ini.“Keputusan memilih Zaid buat sebulat suara,” kata sumber itu lagi kepada wartawan di luar rumah ketua pembangkang di Segambut, Kuala Lumpur.
Sumber itu berkata PKR menamakan Zaid kerana beliau dilihat sebagai calon berwibawa yang mampu mempertahankan kerusi Hulu Selangor itu. Zaid adalah bekas menteri yang bertanggungjawab mengenai hal-ehwal perundangan ketika dalam barisan kabinet bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum berpaling tadah ke PKR.
Beliau dijangka akan diperkenalkan secara rasmi sebagai calon Pakatan Rakyat di sebuah ceramah di Serendah, malam ini. Kerusi Parlimen Hulu Selangor kosong selepas penyandangnya Datuk Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia pada 25 Mac lalu akibat barah otak. Pada pilihan raya umum 2008, wakil rakyat PKR itu menewaskan calon Barisan Nasional Datuk G Palanivel dengan majoriti tipis 198 undi.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini mengesahkan bahawa BN akan meletakkan calon daripada MIC untuk bertanding pada pilihan raya kecil itu yang akan diadakan 25 April ini.BN dijangka mengumumkan calonnya pada 15 April, iaitu dua hari sebelum penamaan calon, dan desas-desus mengatakan Palanivel akan diberi peluang kedua untuk merampas kembali kerusi yang pernah disandangnya sebanyak tiga penggal itu.

Isnin, 12 April 2010
Sultan: Jangan habis masa untuk berpolitik saja.
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini bertitah tidak mahu ahli politik Selangor menghabiskan masa yang banyak dengan berpolitik sahaja tanpa mengira tempat tempat dan masa.
"Di dalam dewan ini, gunakanlah kesempatan yang terhad untuk membincangkan dasar-dasar yang baik dan janganlah berkelakuan yang tidak sepatutnya.
"Semua ahli dewan harus memberi contoh baik (mengenai) akal-budi kepada semua," titah baginda pada majlis perasmian pembukaan mesyuarat pertama penggal ketiga sidang Dewan Undangan Negeri Selangor ke-12 di Shaha Alam hari ini.
Sultan Sharafuddin bertitah sebagai ketua negeri, baginda ingin melihat Selangor terus berkembang maju dan kerajaan dapat menjalankan amanah kepada rakyat dengan cekap dan lancar.
"Beta sedar dalam politik tidak mungkin ada 100 peratus persetujuan dan memang diakui bahawa sistem semak dan imbang diperlukan bagi memastikan semua kepentingan dapat diteliti," titah baginda yang ingin melihat semua pihak melaksanakan sistem yang ada atas landasan amanah dan bukan isu peribadi akibat perbezaan politik.
Baginda bertitah, perlembagaan negara memberikan hak kepada semua pihak dan sifat perlembagaan sebenarnya untuk melindungi rakyat sama ada daripada segi politik, ekonomi dan sosial.
"Justeru itu, fahamilah perlembagaan negara agar kita tidak berlebihan dalam usaha menuntut hak masing-masing," titah baginda.
Selaras dengan peruntukan perlembagaan, baginda bertitah penjawat awam wajib mengamalkan sikap neutral, profesional, prinsip kecemerlangan, etika yang unggul dan peka terhadap kerajaan yang memerintah serta mematuhi undang-undang negara.
Prinsip profesional dan berkecuali di sini bererti ia bertugas untuk kerajaan semasa yang memerintah dan membuat keputusan adil tanpa mengira sentimen politik, agama dan kaum," titah baginda.
Justeru, media massa perlu memainkan peranan dalam membina masyarakat dengan memberikan laporan yang tepat dan berkualiti kepada rakyat kerana mereka memerlukan sumber maklumat yang tepat, berobjektif di samping mendidik dan membina pemikiran, titah baginda.

Selangor adalah penyumbang utama kepada pendapatan negara dianggarkan sebanyak 21 peratus dan dalam hal ini kerajaan negeri dan persekutuan saling memerlukan, titah baginda.
"Beta berharap kerjasama antara kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan dipereratkan demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat negeri Selangor yang beta kasihi ini," titah baginda.
Sultan Sharafuddin juga bertitah dasar liberalisasi ekonomi di peringkat kerajaan persekutuan harus disambut sebagai cabaran menempatkan perkhidmatan bermutu demi faedah rakyat Selangor kerana ia penting supaya negeri ini tidak ketinggalan ketika pelaburan luar masuk dengan banyaknya.
Justeru, kerajaan Selangor harus memikirkan produk-produk pelancongan sama ada berbentuk alam sekitar yang asli atau lokasi buatan manusia, budaya-agama atau program-program berkala dengan tema-tema tertentu, titah baginda.
Baginda bertitah perkhidmatan pengangkutan awam dan khidmat pengguna yang berkesan amat diperlukan bagi menjayakan aspirasi ini yang akan memberi kesan positif untuk semua pihak sama ada negeri, penggerak industri perkhidmatan atau pelancongan.
Jentera kerajaan negeri juga perlu membuat anjakan paradigma untuk meningkatkan produktiviti kerja dan baginda menekankan petunjuk prestasi utama(KPI) dapat dikemas kini dan dipantau dengan rapi.
Sultan Sharafuddin juga bertitah bahawa baginda juga prihatin terhadap perkembangan jenayah di Selangor dan faham bahawa hal jenayah adalah isu yang kompleks dan tidak mudah diuruskan apatah lagi mencari kesalahan mana-mana pihak.
"Oleh sebab kerajaan persekutuan juga menyatakan komitmen mereka untuk memerangi jenayah, beta berharap kerajaan beta sedia memberikan kerjasama sewajarnya."Beta mengucapkan terima kasih kepada pasukan Polis DiRaja Malaysia Selangor atas segala usaha yang dilaksanakan bagi melindungi keselamatan rakyat di negeri ini," titah baginda.
Baginda bertitah kepesatan pembangunan di Selangor terhasil daripada kejayaan rakyat mengekalkan keharmonian antara kaum dan ini tidak mungkin berlaku tanpa kerjasama semua pihak dan baginda berkenan supaya keharmonian masyarakat majmuk di Selangor menjadi model nasional."
Beta percaya kita semua boleh memberi komitmen bahawa segala perbezaan antara kita merupakan suatu aset dan bukan punca perbalahan. Buangkanlah segala prejudis yang ada kerana apa juga cabaran yang bakal dihadapi tidak pernah mengenal warna dan keturunan," titah baginda.

Sabtu, 10 April 2010
PRK P94 - HULU SELANGOR : Jaja isu bukan strategi cerdik!
MEMANG diakui Barisan Nasional (BN) ada banyak isu untuk dijadikan modal semasa berkempen untuk pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor. Tetapi jangan lupa pakatan pembangkang juga ada isu untuk dijaja.
Bukan setakat ada, mereka sedang berusaha mencipta pelbagai isu lagi yang boleh saja menangkap fikiran dan menjadi tarikan di kalangan para pengundi di Hulu Selangor.
Kelicikan pakatan pembangkang sememangnya terbukti dalam setiap pilihan raya kecil selepas catatan prestasi buruk BN dalam Pilihan Raya Umum ke-12 dua tahun lepas. Fakta itu tidak boleh dinafikan oleh sesiapa pun. Mereka hanya menunggu masa yang tepat dan sesuai untuk menabur modal tersebut - yang pasti boleh memberi kesan kepada saraf para pengundi tanpa mengenal bangsa dan agama.
Bak kata Datuk S. Nallakarupan yang merupakan bekas sahabat rapat Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim ada banyak agenda gila. Agenda gila itu semestinya diturunkan kepada barisan kepemimpinan pakatan pembangkang dan ahli-ahli yang masih mendendangkan lagu setia berbakti dan berkhidmat demi parti. Peliknya agenda gila itu diterima pakai di kalangan segelintir rakyat.
Rakyat percaya apa yang Anwar kata, rakyat terpesona dengan kepetahan Anwar terutamanya apabila mengaitkan Israel dengan Malaysia - sesuatu yang amat sukar diperjelaskan kepada rakyat yang telah tertanam di fikiran mereka Israel adalah Yahudi dan Yahudi membunuh umat Islam di Palestin serta menyingkirkan mereka dari negara sendiri. Begitu juga dakwaan ejen Israel dalam Pasukan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) - satu tuduhan berat yang tidak boleh dipandang ringan tetapi semestinya bahan paling sempurna untuk digoreng oleh pakatan pembangkang.
Biarpun logik akal sukar menerima walaupun satu peratus pun kesahihan dakwaan tersebut namun strategi pakatan pembangkang ternyata ada kesannya.
Sebab itu untuk berhadapan dengan 64,500 pengundi di Parlimen Hulu Selangor bukan tugas mudah. Kemenangan BN menerusi Tan Sri Isa Samad di Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang tidak boleh dilihat sebagai petanda kesinambungan di Hulu Selangor.
Cabaran di Hulu Selangor amat berat dan mesti digalas secara berhati-hati untuk mengelak sebarang kesilapan walau sebesar zarah sekali pun. Setiap petugas mesti menjaga kerahsiaan parti dan berkempen dengan ikhlas untuk memastikan pengundi di Parlimen Hulu Selangor mendapat manfaat daripada pemerintahan BN jika menang kelak.
Lantaran menabur isu sahaja tidak cukup. Apatah lagi isu berkaitan sekumpulan wakil rakyat pakatan pembangkang meninggalkan gabungan itu telah pun dimanipulasi oleh barisan kepemimpinan mereka. Ini kerana kesemua wakil rakyat tersebut tidak menyertai BN. Mereka mahu berperanan sebagai wakil rakyat bebas - bebas menegur yang kanan dan yang kiri. Tentunya ada alasan mereka berbuat demikian. Alasan itulah yang dimanipulasi oleh pakatan pembangkang biar pun ada pendedahan tentang salah laku Anwar kerana ada di antaranya gagal dijawab oleh pihak yang membuat pendedahan.
Hakikatnya, kebergantungan terhadap isu untuk dijaja semasa berkempen bukan satu strategi yang jitu dan cerdik untuk memenangi hati rakyat. Rakyat mahukan pembangunan. Rakyat dahagakan peluang pekerjaan, pendidikan dan penyediaan pelbagai kemudahan yang akan menyenangkan urusan seharian mereka.
Rakyat tidak kisah akan cerita-cerita luka dan duka BN atau pakatan pembangkang jika segala keperluan mereka dipenuhi. Mereka mahukan pemimpin yang bekerja, dilihat bekerja, tidak sombong dan mampu menjadi wakil kepada mereka di Dewan Rakyat kelak.
Yang bahayanya apabila keperluan rakyat dinafikan. Cuba lihat kawasan Parlimen Hulu Selangor dan tiga lagi DUN di bawahnya? Adakah segala kemudahan yang dikecapi disediakan semasa wakil rakyat pakatan pembangkang berkhidmat di situ. Atau tidak ada yang boleh dibanggakan? Sempatkah wakil rakyat sebelum ini menabur budi dan bakti kepada pengundi di situ seperti mana janji-janji manis semasa pilihan raya umum dua tahun lalu.
Di situ sebenarnya isu. Soal calon tidak timbul. Jika calonnya dari MIC tetapi khidmat yang ditunjukkan cemerlang dan gemilang pasti pengundi Melayu tidak akan teragak-agak untuk memangkah BN. Apatah lagi telah menjadi sejarah turun temurun dan bukannya tradisi, kerusi di situ ditandingi bukan Melayu dan diterima baik oleh para pengundi.
Ada beza antara sejarah dan tradisi. Lantaran sejarah ada bukti susulannya manakala tradisi amalan yang diambil kira berasaskan keperluan majoriti kaum di situ. Tradisi itu tidak berlaku di Hulu Selangor selama ini. Jika tradisi yang menjadi kriteria maka sejak tahun 1959 calon yang bertanding di situ semestinya Melayu.
Tetapi sejarah cuba dicipta di Hulu Selangor sejak 1959 dan ternyata berjaya biar pun menyanggah tradisi. Ia diteruskan cumanya masalah di belakang hari adalah apabila calon yang sama diletak di situ mengiyakan bahawa sejarah adalah matapelajaran membosankan sehingga ada cubaan untuk kembali kepada tradisi. Apatah lagi apabila pembangunan di situ menjadi semakin lembap menambahkan kebosanan para pengundi sehingga menuntut satu revolusi yang belum dapat dipastikan keberkesanannya.
Hakikatnya biarpun ada cabaran tetapi BN mempunyai bukan setakat isu untuk dijaja.
BN mempunyai bukti. Tugas BN adalah untuk membentangkan bukti-bukti tersebut menerusi pendekatan yang mampu diterima rakyat. Hati pengundi mesti ditawan bukan setakat menuang tar bagi menutup jalan-jalan berlubang tetapi dengan keikhlasan bahawa dalam negara yang berbilang kaum sesiapa pun boleh menjadi wakil rakyat asalkan segala tanggungjawab dipenuhi.
Keikhlasan penting kerana tanpa kriteria itu akan timbul usaha untuk mensabotaj parti sendiri. Ini pernah berlaku dan tidak dinafikan. Lantaran kecintaan kepada parti didorong oleh habuan apabila gagal mendapat habuan maka gerak kerja kempen tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Itu satu lagi kekurangan BN. Semangat kecintaan kepada parti kadangkala dibatasi wang ringgit terutama di kalangan anak-anak muda sehingga menyebabkan poster tidak digantung, kempen dari rumah ke rumah tidak digerakkan dan pelbagai peristiwa malang lagi. Cuba lihat cara anak-anak muda dalam pakatan pembangkang terutama Pas bekerja.
Mereka sanggup berhujan, berpanas melaksanakan tugas serta peranan masing-masing. Mungkin ada habuan tetapi nasi bungkus dan duit poket sehelai yang nilainya cukup untuk membeli kudap-kudap. Sebab itu sebesar dan sebanyak mana pun isu yang boleh dijaja oleh BN tidak cukup untuk memastikan Parlimen Hulu Selangor kembali ke pangkuannya. Ada beban dan tanggungjawab yang lebih besar.
Tumpuan di tiga DUN iaitu Kuala Kubu Baharu, Batang Kali dan Hulu Bernam mesti diperhebatkan. Kemenangan pakatan pembangkang dengan majoriti 198 undi hakikatnya amat besar dan mesti diratapi oleh BN. Angka itu bukan main-main. Sekadar mendendangkan semula isu-isu yang telah pun diketahui rakyat tidak cukup untuk BN membuat catatan baru di Parlimen Hulu Selangor.
Isu-isu tersebut sudah basi, biarpun baru sebulan diperdengarkan. Lantaran rakyat semakin muak dengan politik kebencian dan politik terlebih yakin yang akhirnya mendorong mereka memangkah sesedap rasa tanpa peduli apa kesannya terhadap masa depan mereka sendiri.
Sebab itu pada pilihan raya ke-12, ramai yang tidak peduli akan nasib mereka. Kesemuanya kerana didorong rasa jelak yang akhirnya mengundang ke jelikan terhadap politik yang dilihat mengkayakan kelompok tertentu. Inilah masanya untuk barisan kepemimpinan BN belajar untuk memenangi semula hati rakyat yang pernah terluka.
Diakui tugas itu tidak mudah. Ada rakyat yang sekali terluka terus serik dan enggan menurunkan kesetiaan kepada parti. Ada juga boleh melupakan kelukaan itu hanya jika kesilapan lama dapat diperbetulkan. Ini kerana kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan parut lama berdarah kembali malah ada kemungkinan menyebabkan luka menjadi bertambah parah.
Kekosongan kerusi Parlimen Hulu Selangor hakikatnya menguji keutuhan BN yang sebenarnya masih berhadapan dengan masalah di kalangan parti-parti komponennya. Pilihan raya kecil yang akan berlangsung dua minggu lagi menuntut kerjasama erat pemimpin parti-parti komponen untuk sama-sama turun padang. UMNO tidak boleh dibiarkan hanya berdua-duaan dengan MIC.
Pemimpin-pemimpin MCA dan Gerakan mesti turut serta - bermula dari hari pertama berkempen sehinggalah menjelang embun menutup tirai berkempen. Itu satu lagi cabaran BN. Ini kerana dalam beberapa pilihan raya kecil, semangat seumpama itu tidak terserlah. Jika calon BN dari parti UMNO yang bertanding maka dibiarkan UMNO terkontang-kanting sedangkan ada pengundi Cina di situ, ada juga pengundi India.
Tetapi jika calon MIC, MCA atau Gerakan dipilih, UMNO juga terpaksa bertungkus lumus menimbulkan persepsi rapuhnya semangat setiakawan di kalangan komponen yang berbeza bangsa dan agama. Parlimen Hulu Selangor menunggu dan bakal mencatatkan bukti sejauh mana BN belajar daripada pengalaman buruk 8 Mac 2008.
Ayuh UMNO Bahagian Kuala Selangor! Bila nak mula bergerak ke P94...!

Khamis, 8 April 2010
Tangkis laporan negatif media baru!
Barisan Nasional (BN) perlu menambah 'pasukan penggempur maya' untuk menangkis dan memperbetulkan komen-komen tidak tepat serta berunsur fitnah mengenai kepimpinan parti itu yang disiarkan oleh media baru propembangkang.
Penolong Ketua Pengarang I Kumpulan Utusan, Zaini Hassan berkata, penubuhan lebih banyak pasukan itu perlu kerana bilangan penulis blog yang pro BN adalah sedikit dan jumlah itu tidak berupaya untuk berhadapan dengan portal berita dan ratusan penulis blog yang memihak kepada parti lawan.
''Jika BN tidak berhadapan dengan media baru ini, maklumat yang tepat tidak dapat disampaikan dan yang salah tidak boleh diperbetulkan. ''Ini tidak boleh dibiarkan berlaku kerana pembaca dan pengikut media baru yang kebanyakannya pengundi muda lebih mudah terpengaruh dengan maklumat berunsur negatif yang disiarkan di Internet.
''BN juga harus bersahabat dengan media baru supaya mereka dapat membantu mengeluarkan maklumat yang memihak kepada parti itu," katanya. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah bertajuk Sindrom Media Baru dan Pengundi Baru pada sesi Tokoh Bicara Sosial pada Konvensyen BN Selangor di sini hari ini.
Turut menyampaikan ceramah ialah bekas Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tan Sri Ibrahim Abu Shah dan Pensyarah Kanan Kumpulan Penyelidik dan Peradaban Islam Universiti Pertahanan Nasional, Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah. Menurut Zaini lagi, laporan di portal berita dan laman blog juga perlu dipantau dan diperbetulkan setiap masa supaya dapat mengelak budaya dan amalan negatif yang boleh merosakkan pemikiran rakyat dan mencetuskan ketegangan kaum khususnya generasi muda berleluasa.
Sementara itu Ibrahim dalam ceramahnya turut menyentuh tentang perlunya penyampaian maklumat yang tepat kepada masyarakat mengenai apa yang telah dilakukan BN kepada rakyat khususnya di Selangor dalam usaha menawan semula negeri itu. Ini kerana jelas beliau, rakyat terutama golongan muda sering mendapat maklumat yang tidak tepat dan telah diputarbelitkan oleh pakatan pembangkang sedangkan mereka jelas telah gagal mentadbir Selangor berdasarkan data-data yang diperolehi daripada laman blog dan akhbar.
''Pakatan pembangkang di Selangor juga tidak memperjuangkan kepentingan rakyat tetapi lebih mengutamakan agenda politik dan gagal membangunkan sosio ekonomi negeri. ''Ini dapat dilihat dalam beberapa isu antaranya kegagalan mentadbir Universiti Industri Selangor (Unisel) hingga menyebabkan kerugian RM20 juta.
''Selain itu mereka juga membuat keputusan salah dengan membatalkan pembinaan UiTM di Serendah, Rawang dan tidak dapat menyelesaikan masalah air dengan baik hingga timbul ura-ura mahu menyerahkan pengurusan air kepada Singapura," kata beliau.
Sehubungan itu katanya, jika ingin menawan kembali Selangor, BN perlu memastikan apa yang dilakukan tidak bertentangan dengan kehendak rakyat dan boleh merugikan mereka.
Dalam pada itu, Mohd. Ridhuan pula membangkitkan perlunya pemimpin memberi contoh yang baik kepada rakyat agar kepimpinan mereka dihormati.
Beliau juga menyentuh mengenai pentingnya sikap saling hormat menghormati hak serta kepercayaan agama sesuatu kaum seperti yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan serta tidak mempersoalkannya atas alasan keadilan agar negara terus aman dan makmur. ''Keadilan pada saya perlu diletakkan sesuai pada tempatnya. Jika ini dijadikan pegangan pasti negara kita akan terus aman," katanya.
Guna data tawan Selangor
Barisan Nasional (BN) perlu menggunakan data-data ekonomi semasa di Selangor bagi memberi penerangan kepada rakyat mengenai ketidakupayaan pembangkang. Pengarah Institut Penyelidikan Perakaunan (ARI), Profesor Dr. Normah Omar berkata, pemimpin parti itu tidak boleh hanya melontarkan persepsi mengenai kegagalan ekonomi Selangor tanpa data-data yang konkrit.
Menurutnya, data-data di Internet menunjukkan Selangor telah berubah wajah daripada sebuah kerajaan yang banyak membantu rakyat miskin semasa pentadbiran BN kepada kerajaan yang mengambil langkah-langkah ekonomi yang boleh dipersoalkan.
"Data-data ini boleh dijadikan modal oleh pemimpin BN mengatasi masalah sosioekonomi rakyat Selangor iaitu dengan mengumpulkan orang-orang miskin dan ibu tunggal untuk diberikan bantuan,'' katanya ketika membicarakan soal ekonomi di Konvensyen BN di SACC di sini hari ini.
Normah menambah, pemimpin dan ahli-ahli BN termasuk dari sayap Puteri dan Putera UMNO perlu mendedahkan fakta itu untuk menyedarkan rakyat situasi sebenar ekonomi negeri itu.
Sementara itu Pengarah Eksekutif Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM), Datuk Ramlah Othman dalam ucapannya berkata, ahli-ahli BN perlu sentiasa bekerja keras dengan ikatan setia kawan diperkukuhkan sepanjang masa. ''Kita semua jangan mengamalkan NATO (No Action Talk Only) kerana sifat itu akan menyebabkan BN bertambah lemah dan usaha merampas semula Selangor mungkin menemui kegagalan," ujarnya.

Langgan:
Catatan (Atom)