UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Selasa, 3 Mei 2011

Pas semakin tak percaya Anwar?

Pucuk pimpinan Pas Kelantan kecuali Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dipercayai semakin yakin bahawa lelaki dalam rakaman video seks yang didedahkan trio ‘Datuk T’ adalah Anwar Ibrahim.

Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan, Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad mendakwa, pendirian Pas negeri itu disuarakan sendiri oleh beberapa pemimpin kanan Pas Kelantan kepadanya.

Dakwa Wan Khairul lagi, hakikat tersebut juga dapat dilihat apabila Anwar sendiri tidak mendapat sambutan hangat daripada pemimpin Pas Kelantan semasa beliau mengunjungi Nik Abdul Aziz di Kota Bharu, beberapa hari lalu.

Pada masa sama, katanya, Anwar juga sewaktu berkunjung ke Kelantan hanya berceramah di kawasan yang majoritinya penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan bukannya di kubu kuat Pas seperti kebiasaan.

“Saya boleh katakan di sini bahawa semakin ramai pemimpin Pas Kelantan meragui penafian Anwar bahawa dia tidak terlibat dalam video seks. Rata-rata mereka percaya Anwar terbabit dalam video itu sebagaimana didakwa.

“Namun atas pertimbangan politik mereka ini terpaksa mengambil pendekatan tunggu dan lihat sehingga keputusan mengenai siapa pelaku dalam video seks didedahkan pihak berkuasa,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Wan Khairul berkata, cabaran exco Kelantan, Datuk Husam Musa supaya Datuk Shazryl Eskay Abdullah menjalani poligraf juga sebenarnya bersifat serampang dua mata yang bertujuan memerangkap Anwar.

Katanya, ini kerana sebagai ahli politik berpengalaman, Husam sebenarnya sudah dapat membaca bahawa Shazryl Eskay tidak takut untuk menjalani ujian tersebut, memandangkan sumpah laknat pun ahli perniagaan itu berani laksanakan.

Dalam pada itu, Wan Khairul mencabar Anwar supaya membawa kes rakaman video seks tersebut ke mahkamah syariah dengan segera jika benar beliau yakin dirinya tidak bersalah dan sengaja difitnah oleh Shazryl Eskay.

“Anwar tidak perlu menyalahkan orang lain. Bukti yang ada sekarang sebenarnya semakin tidak berpihak kepada dia. Jika dia yakin tuduhan ini satu fitnah segera failkan kes ini ke mahkamah syariah memandangkan untuk bersumpah pun dia takut,’’ tegasnya.-UM.

Juragan Malawati..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan