UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Ahad, 15 Mei 2011

Kantoi : Liwat Saiful Bukhari - Anwar diperintah bela diri!


Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim diperintahkan untuk membela diri atas pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, empat tahun lalu.

Hakim Datuk Zabidin Mohd. Diah memutuskan demikian selepas mendapati keterangan Mohd. Saiful Bukhari boleh dipercayai, kejadian liwat itu benar-benar berlaku dan tiada apa yang disoal ketika soal balas boleh menunjukkan bahawa dakwaan liwat tidak boleh dibuktikan.

Sebelum itu : Penyokong Anwar penuhi kompleks mahkamah Kuala Lumpur!


Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta, di sini hari ini dipenuhi para penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hadir bagi mengetahui keputusan di akhir pendakwaan kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang itu dan bekas pembantu peribadinya.

Dipercayai sebanyak tiga buah bas yang membawa para penyokong Anwar tiba di sini dan berkumpul di Masjid Wilayah, berhampiran kompleks mahkamah tersebut.

Juragan Malawati..

1 ulasan:

  1. Wahai maknusia gunakanlah akal fikiran yang Allah anugerahkan kepada engkau agar tidak membuat kerja yang sia-sia.
    Segala yang Allah jadikan diatas muka bumi ini tiada satupun sia-sia.

    BalasPadam