Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyifatkan tindakan itu tidak sepatutnya berlaku memandangkan masjid adalah tempat ibadat umat Islam dan sebarang aktiviti di dalam kawasan itu perlu dilakukan secara tertib.
"Saya tidak tahu dengan jelas mengenai kekecohan itu, tetapi kalau mereka (AMK) hendak berbincang, haruslah dengan cara yang terbaik.
"Salah satu perkara yang digalakkan bagi setiap umat Islam adalah mengimarahkan masjid dan penggunaan masjid itu harus tertib serta baik untuk tujuan bersolat, perkahwinan atau digunakan untuk mengadakan majlis angkat sumpah," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan program Jom Konvoi 2011 anjuran Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) di sini hari ini.
Kekecohan itu berlaku selepas solat Jumaat apabila penyokong pembangkang termasuk Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd. Akin cuba mengagalkan majlis lafaz sumpah laknat oleh Shazryl Eskay yang mewakili trio Datuk T bagi merungkai isu rakaman video aksi seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang.
Ekoran kekecohan itu, beberapa anggota polis terpaksa menenangkan keadaan.-UM.
Juragan Malawati..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan