UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Isnin, 9 Mei 2011

Lagak DAP bangsat : 100 peniaga berdemonstrasi!

Sebahagian peniaga membuat bantahan terhadap Jenice Lee mengenai operasi roboh gerai di hadapan pejabat DAP di Taman Muda, Ampang, semalam.

Kira-kira 100 peniaga Melayu dan India di Flat Kos Rendah Pandan Perdana dekat sini mengadakan demonstrasi membantah tindakan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) merobohkan gerai mereka tahun lalu.

Demonstrasi yang diketuai Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Mohd. Ridzuan Abdullah itu diadakan di hadapan pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Jenice Lee di Jalan Bunga Tanjung 10, Taman Muda, Ampang hari ini.

Demonstrasi selama 30 minit itu digunakan peniaga terbabit untuk menyuarakan rasa tidak puas hati dan kekecewaan terhadap kerajaan negeri Selangor pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas yang menganiaya peniaga Melayu dan India di kawasan tersebut.

Menurut Mohd. Ridzuan, penindasan yang berunsur perkauman itu membuktikan bahawa kerajaan negeri bukan sahaja tidak mempedulikan kebajikan peniaga kecil Melayu dan India di negeri itu, malah dilihat mahu menutup terus pintu rezeki peniaga terbabit.

"Kerajaan Selangor sebenarnya cuma mahu kroni mereka sahaja yang berniaga. Saya kesal dengan tindakan kejam mereka dan mahu peniaga di tempat lain turut bersedia menghadapi kerakusan seperti ini," katanya kepada pemberita selepas demonstrasi tersebut.

Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan Selangor membayar ganti rugi dan menyediakan tapak baru yang sesuai dan berpatutan untuk peniaga-peniaga tersebut.

Seorang peniaga, Ali Hashim, 67, berkata, sejak pembangkang mentadbir negeri itu tiga tahun lalu, peniaga Melayu dan India yang ditemuinya rata-rata khuatir dengan pendekatan kerajaan negeri itu yang gemar menindas peniaga daripada kaum tersebut.

"Semasa pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini, tiada langsung berlaku penindasan sebegini namun setelah DAP memegang kuasa, kami dilayan seperti pendatang haram yang gemar mereka tindas dan peralatkan," katanya.

Katanya yang sudah 15 tahun berniaga di kawasan itu, lokasi baru yang disediakan untuk mereka berniaga juga tidak sesuai kerana selain lokasinya terletak berhampiran loji najis yang berbau busuk, paling mengecewakan mereka juga dikenakan sewa tapak RM450 sebulan.

Sementara itu, G. Moorthy, 28, pula mendakwa pernah diugut Jenice supaya menarik semula laporan polis yang dibuatnya pada 12 Mac lalu jika mahu sebuah tapak gerai yang baru untuk perniagaannya.

"Saya amat kesal dengan tindakan wakil rakyat DAP itu (Jenice). Dia sememangnya tidak adil dalam pentadbirannya dan hanya menjadikan peniaga Melayu dan India sebagai mangsanya," katanya.

Juragan Malawati..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan