UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Sabtu, 23 Julai 2011

Najib bertemu rakyat program Sepetang Bersama PM di Subang!

Mungkin ada sesuatu yang amat mencuit hati Najib Tun Razak sehingga ketawa besar ketika membantu menyenduk makanan untuk orang ramai pada Majlis Sepetang Bersama Perdana Menteri di Padang Sekolah Kebangsaan U3, Subang Perdana, Selangor, semalam.

Hanya tiga jam selepas pulang ke tanah air daripada lawatan kerja selama lapan hari ke Turkmenistan, United Kingdom dan Itali, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini terus turun padang menemui rakyat. Program Sepetang Bersama Perdana Menteri itu dimulakan pada pukul 1.20 tengah hari dengan menunaikan solat Jumaat bersama lebih 500 jemaah di Masjid Subang Perdana di sini.

Selepas itu, Najib terus ke rumah seorang anggota polis, Razali Palal, 46, kira-kira pukul 2.10 petang untuk menukar pakaian sebelum makan tengah hari dan sempat menyambut ulang tahun kelahiran anak Razali, Nur Afiqah, 12, sebelum bersama kira-kira 2,000 orang di Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan U3 di sini.

Dalam program di SK Jalan U3 itu, Perdana Menteri menyampaikan sumbangan kepada 200 penerima yang terdiri daripada ibu tunggal, anak yatim dan fakir miskin selain peruntukan untuk membaiki lima buah rumah menerusi dana 1Malaysia Development Berhad (IMDB).

Najib kemudian meneruskan lawatannya ke rumah seorang guru agama yang juga pembimbing haji dan umrah, Hashim Karim, 57, di Kampung Melayu Subang untuk minum petang serta beramah mesra bersama ahli keluarganya.

Perdana Menteri yang tiba di rumah Hashim kira-kira pukul 4.30 petang meluangkan masa lebih setengah jam sebelum berangkat pulang dengan titipan tiga naskhah buku agama.

Najib turut melawat Gerai Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Kampung Melayu Subang serta beramah-mesra dengan peniaga di kawasan tersebut. Ketika di gerai berkenaan, beliau meluangkan masa bermain dam aji bersama salah seorang pelanggan di situ, Hassan Ijoh, 66, selain beramah mesra dengan para peniaga.

Juragan Malawati..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan